Sunday, 28 August 2011

wOi korang dah bley komen lahh

YAHOOOO !!
(errr...sekadar gambar hiasan okay)

hahahaha gembira sungguh aku
patotlah selama nih
takde orang yang komen2 kat entry aku
rupenye2 aku salah setting
nasib ada seorang blogger yg baik hati
buat report kat aku pasal masalah problem ni..
huhu thanx to An Najwa
one of friendly admin of Blogger Area..
kalau dia tak bagitau,
sampai bila lah aku tak tau yg blog aku ni
tak boleh dikomen..huhu
jadi skang aku nak jerit kuat2...
"weyyy koranggg...
mai ah lawat blog aku..
korang dah boleh komen kat sini~~~ haha"

okay sory aku excited...
korang jgn mengata aku ok..hahahaha...
komen jgn tak komen weyh..haha

Kad Raya dpd aku

makin dekat nak raya,
makin ramai yang sibuk post kad raya sana-sini...
cantik-cantik semua..
aku pon ada jugak dapat kad raya..
tapi semuanya online..
aku malas nak buat..
tapi nanti ada yang terasa pulak
tak dapat kad raye dpd aku..
jadi, aku pon buat lah..
tadaaa !!

alaaa....korang mesti nk cakap
err....tak macam kad raye ponn??
haha...suke ati aku lah kan nk design cmne pon..
aku tgh xde idea..
tu yg jadi mcm ni..adeyy..
xpe2, unik sket kot..lain dpd yg lain..
haha bg semangat kat diri sendiri..
kad ni overall utk kawan2 aku semua..
yg ni lak edisi khas utk blogger2 sekalian..
Orange Rules !! hehe

sama je, cume tukar warne and ucapan tu..hehe
and last but not least...
is special for my swEetHeaRt~~~ <3

haha special tau...sbb ade muke aku..
haha...orang lain mane dapat...
ucapan hari raye pon special tau..hehe
oklah...itu je citer entry kali nih..
kad raye ni aku tag kat girlfriends aku je..
sbb dia cm comel sket..
pakwe aku xpe..dia suka.......err suka kot..
hehe.okay readers..selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin

(n_n) dan selamat merdeka juga.. ;)

Saturday, 27 August 2011

wOnderfuL LiFe

 
life is not about matter
not only to think about your problems
sometimes..
u need to appreciate life
and yourselves
live moves pretty fast
if you don't stop and look around
once in a while
you could miss it
life short
fuck that trouble
don't waste your time
by thinking nonsense
grab your opportunity
doing the best
showing your talent
and spread the love
you will be happy
(n_n)

being dumped?

 
you're being dumped?
you're left by your girlfriend?
you lost your love?
you're alone?
it is hard rite?
that feeling...
you really hate that feeling
but you can't do anything
you are so weak at this time
so weak...
just a loser
i know...
and i'm understand
you're keep telling yourself
that she's gone
impossible for her to come back
but deep in your heart..
u keep comfort yourself
by telling
she will return to you
deep in your heart
you're hoping for a miracle
...but still
you need to accept your fate
this is reality
yes dear you can cry
because it is sad
it is painful
broken heart...
just let the times
handle it...

(n_n) be strong..be a heartless person...nobody's can hurt you !

lelaki jahat dpt pempuan baik, lelaki baik dpt pempuan jahat??

"lelaki yang baik dengan wanita yang baik-baik...
dan begitulah juga sebaliknya..."

tapi kenapa kadang-kadang kita tengok..
lelaki nya baik sangat, tapi minahnya pula agak liar..
ada juga yang perempuan sopan-santun, ayu..
tapi balaknya pulak...huh ! tak sepadan langsung kalau tengok perangai !!
kalau anda yang melihat, 
mesti anda cakap....ish tak sesuai lah dowg tu..
sorang baik, sorang jahat !
dan ada orang yang cakap macam ni :

"tak sesuai lah aku kawan dengan dia tu..jahat giler..
aku lagi layak dapat orang yang baik2...sebab aku ni kan baik..
orang yg baik akan dijodohkan dengan org yg baik2 je..."

tak macam riak ke tu?
bukan ke ada unsur-unsur membangga diri kat situ??
ok, memang betul statement itu memang janji Allah pada hamba-Nya
tapi sejauh mana korang untuk tahu apa yang telah
Dia aturkan untuk korang??
boleh jadi orang yang paling jahat itulah yang akan bersama dengankorang
Allah itu Maha Mengetahui
apa yang aku nak cakap ni ialah jangan dump atau pon jangan menyesal
kalau korang dapat pasangan yang tak sebaik korang
selagi boleh bertahan..bertahanlah
jangan mengeluh..
doa banyak-banyak
bimbing pasangan korang supaya jadi baik macam korang
sebab kita tak tahu..
apa yang akan berlaku akan datang
mungkin pasangan korang jahat sekarang ni...
tapi Allah tau korang adalah hamba-Nya yang baik
sampai masa yang ditetapkan
Allah pasti akan buka pintu hati pasangan anda untuk berubah
menjadi lebih baik..
itu janji Allah..memang yg baik akan dapat yang baik
cuma yg baik itu belum tentu datang kepada kita dalam keadaan yang baik
mungkin kita yang perlu bawa dan bimbing dia kepada kebaikan
ingatlah korang bahawa yg baik akan selalu diuji oleh Allah
ini juga mungkin ujian Allah untuk korang
tapi, kalau jodoh korang bukan dengan pasangan korang yang tak berapa baik tu
percayalah, Allah pasti ada yang lebih baik untuk anda
tapi ingat..mungkin dia datang pada korang dalam keadaan yg tidak sebaik anda
jadi...berusahalah... :)
ok itu je aku nak share..
thanx kalau sudi baca..

(n_n) my sweetheart guide me, and i'm guide him too...insyaAllah.. :)





sebenarnya movie bukan sekadar cerita rekaan

aku rimas
bila ada yang perli aku macam ni :
'itu cerita jer ah..xyah arr emo sangat !"
kalau gurau takpe..
ini perli dengan nada yang cari gado
memang aku rasa macam nak sepak je sekor-sekor..
ok memang aku feeling habez bila layan movie..
bukan takat movie je..
dengar lagu pun aku boleh nangis tiba2..
tapi tengok lirik gak lahh..
ok korang cakap cerita dalam tv tu lakonan je kan..??
lagu dalam radio tu pun rekaan je kan??
skang aku nak bagi tau kau..
ko rasa pengarah filem, pengubah lirik semua tu
dapat inspirasi daripada mana??
dalam mimpi??
kalau korang nak tau, 
mereka memerhatikan kehidupan manusia
mereka take note apa yang berlaku kat sekeliling mereka
mereka cuba memahami apa yang kita buat kalau ada masalah
mereka melihat cara kita gembira, menyelesaikan masalah
menghadapi musuh..
mereka cuba belajar dan memahami pelbagai jenis manusia atas muka bumi ni
termasuk kita !
daripada situ barulah mereka kembangkan idea
menjadi sebuah movie..
kalau korang anggap movie tu hanya lah movie..
lakonan semata-mata..
memang sampai bila pon
korang takkan ambil pengajaran daripada apa yang korang tengok..
yelahh....kan movie jer...
tak payah lah emo sangat kan???
ni aku pulak perli kau...saje nak cari gado..

Thursday, 25 August 2011

The Best Pendant i've Ever Had (stand for 24hours only)

the best pendant i've ever had

Name : Bloody Necklace
Gift from : My sweetheart
Aged : ONLY 24hours
Reason : My silly mistake.....

and i've regret until now..
 it's not an ordinary necklace..
i love the pendant very much..
the red liquid inside of it
just like the blood of him,
put on my neck..
close to my heart..
by wearing this necklace..
i can feel him nearby me..
and i feel like i've been rescue..
i feel safe

(n_n) hoping for 2nd bloody necklace

Wednesday, 24 August 2011

kesian kat mak

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil sayangilah ibu kita.
:'( menangis baca...

P.e.O.p.L.e

make me happy
then make me sad?
make me stronger
then let me down?
make me smiling
then make me cry?
make me lives
then u kill me..
 



bagi jawapan best sket

ade orang nak berkenalan dengan aku
tapi aku tak nak lah

then dia cakap
"tak kenal, maka tak cinta"

dan aku jawab
"saya dah jumpa cinta saya,
jadi saya tak perlu nak kenal dengan awk lagi"

hahahaha...senyap terus..
stylee~~

(n_n) tegas sikit, baru lah ade pendirian kann...


Diploma Love Story(1)

23 September 2007
- i will never forget that day...it's the day that i agreed to be his special girl

and now, it's been almost 4 years..thank God
it's such a very..very beautiful moments
that i've been through with him
everyday...
between the times..

and i wanna share something here with readers....

that is the special gift for him
i've made it by myself on our anniversary last year(2010)
it's a drawing on the playwood
but it is not just a drawing..
it's the story of us...
it is the story between me and my sweetheart..
those are my beautiful scenes in my life..
those are my precious memories..
the real moments in my life..
i just wanna say that..

 "i've no regrets with you.."

(n_n) i wrote this because i miss him at this time...and i'm cried...


giler takde idea

warghhhhh...tension !! tension !!!
tolongggg aku takde idea skang nih....
rasa nak sepak terajang je harta-benda aku kat bilik nih..
camne nih, contest tu tutup 27 ogos ni..
arini dah 24 ogos...erkkk
alahai...aku ni dah lah jenis kalau nak dapatkan idea kena duk pk
berjam-jam..
gambar2 yang dowg bagi lak rasa tak membantu pale otak aku ni..
ikutkan hati tak nak lah join, tapi
kesian pulak kat sweetheart aku tu..
dia nak aku join contest ni, dengan dia..tapi
artwork dia dh siap..aku belom lagi..
ade lagi 2 hari je ni..esok niaga..
kamis buat kuih raye, malam konfem lah ak pengsan sbb penat..
esoknye dah kne hantar..
warhhh...
idea...idea...where are you??
come to mama please...
zzzzz....

nostalgia KAD rayer dulu2


 "zaman dah maju....dunia dah berubah....."

sekarang, SMS, MMS, social networking, Email..telah menggantikan tugas KAD rayer..
senang je...by few clicks, anyone will get ur card..
tak payah susah2 nak pegi kedai, cari kad rayer..
beli setem bagai..pastu kena pegi pos pulak..hadoyy leceh kan??

tapi, cuba kita ingat balik zaman kita kecik2 dulu.. :)

1. seminggu puasa, kita dah start pegi kedai, pegi shopping complex sebab nak cari kad raya.
kena beli cepat !! nanti tak sempat nak pos.....kan?

2. sampai je kedai, singgah semua kedai yang ada jual kad rayer..
dan owh..jangan lupa semak list yg korang dah sediakan awal2 hari tu..
untuk mak satu, abah satu, kakak, abang, kawan rapat...dan opz..untuk yg tersayang juga...kan?

3. time nak pilih tu punya lah lama, kalau boleh nak tengok satu2 design & apa yg kartun2 tu
tulis dalam kad raya tu kan...

4. okay, dah siap pilih ! sekarang nak pilih untuk pakwe/awek pulak..hmm
kena lah cari yang besar2, yang comel2, dan ADA BUNYI2...kan?? haha

5. balik rumah, xmenyempat nak tulis...antara yg paling koman pon akan tulis mcm ni :
" selamat hari raya....
mintak maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki"

lepas tu akan ada berderet pertanyaan seperti ini :
1. banyak dah buat kuih raye?
2. dah beli baju raye? warna ape? berapa pasang?
3. arini puase tak? diikuti dgn "kalau xpuase penuh, xleh raye tau.."
4. kasut raye awak dah beli?
dan byk lagi...

dan last sekali, akan ade P.E.S.A.N.A.N. K.E.R.A.M.A.T iaitu :
"pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca, harap balas"
(bagi besar sikit sbb sangat keramat !)

hahahaha...haaa tak percaya pegi check balik kad2 raya korang yg dulu2 tuuu...
mesti macam ni ! haha
best tau..kenangan dapat kad raya pon sangat lah indah..
kita akan tunggu posmen lalu kat depan umah..nampak je dia stop depan umah kita..
terus berlari pegi kat peti surat...dengan harapan tinggi menggunung !
" mintak2 ada kad rayer untuk aku..."
haha...punyelah excited kalau dapat time tu..
lagi2 kalau dapat sekali banyak dalam satu hari tu..
perghh....rasa nak menunjuk-nunjuk dekat jiran sebelah woO..
bangga gilerr..hakhak... (>_<)
then, lumba dengan adik-beradik yang lain, tengok kad sape paling banyak
KANN...?? hahaha
pada aku, kad raya lagi best dpd teknologi yang kita ade skang ni..
tapi nak wat cmne, skang ni semua tu hanya lah nostalgia kan..
cerita lah kat anak2 cucu kita nanti..
takot kang ade yang tak kenal apa itu kad raye... :)

(n_n) tggu kad raye dpd aku ok..hehehe




Tuesday, 23 August 2011

memang cari pasal dgn aku


 kau ni dah kenapa?
asyik nak menyibuk hal aku pehal??
kau tak kenal aku siapa...nama penuh aku pon kau tak tau
jadi jangan berlagak sangat macam kau tau sangat aku ni macam mana !
bila aku bercakap pasal kejahatan, keburukan...
terus kau label aku perempuan jahat lah..sosial lahh..
tapi bila aku bercakap pasal kebaikan pulak
kau perli aku...cakap aku ni tunjuk baik pulak..
mental betul kau ni lah..
aku malas nak cakap apa-apa pasal aku..
kau tu bukan sape-sape dalam hidup aku..
aku tak kisah..
dan tak perlu untuk bagitau kau aku ni macam mane orangnya
buang masa..
sebab bagi aku..kau ni jealous je kat aku..
kau nak jadi macam aku kan...tapi kau tak dapat jadi macam aku..
hahaha so damn pathetic..
yang kau tau, ialah
mengkritik aku supaya aku rasa tak selesa
aku tau kau cuba hilangkan keyakinan aku kan??
sorrylah dowh...
kalau kau ni family aku ke, pakwe aku ke..bestfriend aku ke..
atleast ada effect jgk kat diri aku bila dikritik..
masalahnya kau tu bukan sapa2 pon...
kau bukan sapa2 dalam hidup aku..
sooo...sorry to say lahhh kan..
don't care at all !!





kenape blog aku TAK comel??

errr....entry ni aku buat sebab ada 2,3 orang kawan aku
yang tanya aku,
"weh..apsal blog ko tak berape nak comel ha?"

comel yg dorg maksudkan ialah...
- kenapa bground colour bukan warna pink/warna2 yg sweet?
- kenapa takde element2 bunga/kerawang2?
- kenapa takde glitter/banner yang lap-lip2?
- kenapa takde character cartoon yg comel2 ala2 penyambut tetamu kat sudut2 blog tu?
- kenapa cursor ko biase je? kenapa xguna yg ade special icon tu? kan comel??
- kenapa xguna pic ko untuk bahagian header tu?
- dan banyak lagi kenapa...

errr...camne ekk aku nk explain...
kalau nak guna ayat memang aku xtau nak start cmne..
so, aku explain by pic okay..
korang pernah tgk cite NANA The Movie??
kalau tak tau pon xpe..
just tengok pic2 kat bawah ni...

ada dua jenis perempuan kat atas tu..
apsal blog aku TAK comel??
sebab aku ni jenis perempuan mcm yg dress in black tu..
errr.....tak faham jugak ea? okay xpe..
lepas ni korang fokus kat awek yg rambut pendek tu je..




so, faham tak kenapa blog aku TAK berapa nak comel?
sebab aku....macam ni

bukan macam ni....

dan aku memang daripada dulu macam ni...

bukan cute mcm ni....

nampak tak perbezaannya kat situ??
hehe...aku TAK cute...dan TAK feminin...aku lg suka cool and darkness..
dan lagi satu..aku suka minimalisme dan simple..hehe
sebab tu blog aku pon tak lah secomel mane...
sekian terima kasih

(n_n) cute depan org tertentu sahaja..hehe

bersediakah kita utk merasai kehilangan?

aku tau..korang semua sedang gembira
ada yang sedang bahagia sangat..
aku pon macam tu..aku tengah bahagia dan tenang sekarang
dikelilingi oleh orang2 tersayang dan yang menyayangi kita..
tapi satu hal yang korang kena ingat dan selalu ingat..
semua orang akan merasa sakit
yup, selalu aku dengar orang cakap yang kita akan bahagia satu hari nanti..
tapi aku rasa statement tu akan buat orang tak peduli sangat apa yg mereka ada skang ni..
yelah, tak kisah apa yang ada skang, sebab satu hari nanti konfem bahagia kan?
jadi aku ubah sikit je..

semua orang akan disakiti satu hari nanti..
everybody's hurt..


  maksud aku..kita tengah bahagia skang ni..
tapi pernah tak terfikir yg mungkin esok kita tak mungkin bahagia mcm hari ni?
...........................................................

kita tengah gembira skang ni..
tapi pernah tak terfikir yg mungkin esok kita akan menangis?
....................................................................

kita tenang bersama yg tersayang di saat ini..
tapi pernah tak terfikir yg esok mungkin kita akan kehilangan mereka??
.....................................................................


bersediakah kita andai ditakdirkan esok kita akan merasai kehilangan?


cerita kuih raya untuk pakwe

korang dah buat kuih raya??
aku baru buat semalam dengan mak aku..
kami buat biskut koko dgn biskut rama-rama..hehe
sambil aku tunggu-tunggu biskut tu dibakar, aku pon petik lah barang 1,2 gambar...

ni namanya biskut rama-rama...sebab acuan dia bentuk butterfly kan..
before dibakar..hehe masukkan ke dalam oven..tggu dalam 15minit dan TING !

dah siap !! nampak mcm sedap tak? hehe biskut ni dapatlah dalam satu tupperware...


ok tu biskut rama-rama aku..skang aku nk tnjuk biskut koko pulak..hehe
ni dia..biasa je biskutnya...ni before dibakar...

ni bila dah siap masak...nak rasa?? datanglah umah aku..hehe
anyway aritu, aku tanya my sweetheart, kalau kuih raya, dia suka yg mcm mane?
then dia jawab, dia suka yg ada coklat-coklat..
aku pon dah janji nk buatkan dia biskut yg ade coklat-coklat tu..
biskut koko ni sebenarnya memang untuk dia, tapi aku tgk mcm biasa je..
sebab kalau beli kat kedai pon senang je nak cari biskut cmni..melambak !
kalau nk buat kuih yg sedap2 lak, hahaha mcm tak mampu pulak..
jadi, aku pon dengan rajinnya create lah sebijik biskut ni untuk dia..
rasa sama je mcm biskut koko ni cuma bentuk dia yg special sket..:p hehe
Mula-mula...
aku terpaksa buat love shape sendiri untuk doh tu sebab kat umah aku
takde acuan bentuk love..doh lak tu tinggal ciput je, baru aku terpikir idea nih..
agak lama jugak lah aku nak bentukkan supaya bentuk love nye tu nampak cantik..
siap je bentuk...mak aku pulak tambah idea..
"haa..atas tu kalau letak warna merah mesti cantik !"
aku cakap dalam hati betul jugak mak aku cakap tu..
then dengan rajin hati, aku pon mula lah mencorakkan biskut love tu..
korang tau kan chocolate rice tp yg colourful tu?
haa...aku amek satu2 warna merah daripada colourful rice tu, then susun atas biskut tu..
sabo je lah kannn...
tapi memang aku tengah rajin dan excited time tu..
(err...maklumlah first time buat kuih raya untuk yg tsayang..chewah)
setelah dekat 1/2 jam aku dok ngadap biskut tu..then siaplah beliau...
korang nak tengok cmne biskutnya??
haaa...itulah biskut untuk pakwe aku...cantik tak??
ala, kalau korang cakap tak cantik pon aku tak kisah...
yang penting pakwe aku suka...(er..harap2 dia suka..haha)
ni before dibakar...

ni pulak time tengah dibakar..hahaha antik kan oven aku tu??
susah nak cari woO skang oven macam tuu....

dan ini lah dia Love Cookies aku untuk my sweETheart~~~ dah siap !!
tadaaaa !!!
special cookies for the special person in my heart <3
(oleh kerana biskut ni ada satuuuuuu je dan khas untuk dia, maka aku dh warning adik aku
supaya jangan makan atau sentuh biskut ni...kat abah aku pon aku dah pesan..hihihi..nasib baik abah aku tak dengki kat aku dan makan biskut ni...kalau tak, mau frust aku sampai raya tahun depan..haha)

(n_n) ok itu jer..TQ for reading..kalau nak rasa biskut2 ni, jemputlah beraya kat umah ea..

Monday, 22 August 2011

perlu ke identiti k-pop/ j-pop kalau nak jd artis??



aku ni bukan peminat k-pop mahupun j-pop..
cuma baru2 ni aku tertengok satu video clip artis malaysia dan indonesia
yang aku rasa baru je dalam industri seni ni..
dan apa yang tak menariknya ialah..
mereka juga terikut2 dengan identiti k-pop dan j-pop

dan video2 clip tu memang lah buat aku rasa emosional..
jadi, aku try lah 'mencari'...kot2 aku je yang masih tak tahu m-pop(malaysian pop)
dan i-pop(indonesian pop) ni dah popular...dan ni yg aku dapat..

type k-pop, and you'll get this

 type j-pop, and you'll get this

now, type m-pop (malaysian pop konon2nya)

and i-pop (indonesian pop)

jadi apa yg korg rasa??
pada aku lah, k-pop dan j-pop hanyalah untuk mereka dan SESUAI utk mereka SAHAJA !
mereka kat sini bermaksud the real korean/japanese..
aku bukan nak mengutuk sapa2 TAPI,
aku kesian tengok anak2 muda yang baru nak jadi artis ni
dah macam xde identiti sendiri..daripada segi fashion, hairstyle, lagu,
dan BILANGAN AHLI KUMPULAN yg kalau boleh nak bawak satu kampung..
aku tak rasa ni boleh dibanggakan..sbb hakikatnya mereka meniru/klon sahaja
tu kalau penampilan, kalau pasal DANCE pon satu hal jugak..
hai...kau ingat asal kau asal ada rupa, badan cantik, dress likes a korean doll/japanese
then dance setakat tau 2,3, step je...dah boleh glamour kat sini??
dah boleh kaut berjuta2 peminat dpd seluruh negara
mcm wonder girls, girls generation, DBSK dan entah ape lagi..
(aku xminat, so aku xberapa kenal)
boleh je cari identiti sendiri kalau nk setup band ke ape ke..rasanya lg unik kot kalau ada trademark
sendiri....kan??

nah try layan clips ni..ne tau korang minat..
(m-pop)
2. Honey Bunny Sweety
(i-pop) yg ni cari sendiri...nk share link pon aku xsanggup....MALU

(n_n) bangga dengan group2 legend Malaysia dulu : KRU & Elite

something about A.L.O.N.E

it is not difficult to be alone...
but it is difficult to be left alone...

Sunday, 21 August 2011

tembak orang guna payung?? STYLE !

hahaha bunyi cam pelik je..tapi designer2 skang ni memang kreatif..
jom tgk ni mcm mane payung boleh menembak...

ini lah rekabentuk payung yg boleh menembak tu..hehehe
senang je sistemnya...bahagian atas batang payung itu dibiar tidak bertutup..
tujuannya supaya air dapat dikumpul di sepanjang batang payung tu ( masa hujan lah kan)

jadi..............
boleh lahhh korang bermain tembak-tembak time nak pergi kerja ke, nk pergi kuliah ke...
tembak je sape2 yg korang suka..kalau dorang tembak balik..
payung tu sendiri leh jd perisai...tp kalau dorang kejar....err....try je lah hadiahkan payung ni kat dowg..
dowg mesti suka kan..haha

(n_n) nak payung ni~~~~~ hehe

design uncang teh yg cool


ni sesuai untuk cafe2 dekat dalam kawasan hospital...cuma jangan terletak handiplast betul sudahh...

ni teh untuk yang berani saja ! hahaha...


menyelam sambil minum air teh?? hehehe...jangan sampai tertelan pulak kapal selam tu..
naya je...haha

ni aku tak lalu nak minum...eeuwwwww....geli lah !

menggunakan element alam semulajadi...sesuai dihidangkan untuk pelanggan2 di
spa-spa kecantikan / di sauna....aman rase... :)

hahaha yg ni cool...aku tak sure lah dalam ni betul2 teh atau sekadar gimik je...
ada ke teh yg menyala??

uncang teh yang ni agak smart and casual...
kira style lah untuk digunakan dekat cafe dekat office2..

sape kata baju T tak boleh diminum skang??

ni tea bag yg designnya macam cookies...korang boleh jimat jugak masa tea time..
tea bag ni merangkumi teh dan cookies..hehe

tea bag ni feminin dan nampak lembut je...kalau gadis2 yg guna memang sweet.. <3

haaaa...ni sweet ! aku suka..hehehe rasa nk buat utk my sweetheart je..hihi

ni paling style ! kalau ada jual kat malaysia memang aku book dulu...
kalau halal aku minum, kalau tak halal, aku simpan buat collection jer..
last sekali.........CHAK !! hehehe cute kann dak ni..thanx for reading.. :)

(n_n) tea time..............~~~