Saturday, 17 September 2011

kenapa aku memberontak??

satu persepsi tentang pemberontakan
yang menyebabkan ia selalu disalah anggap sebagai penderhaka
siapa yang melemparkan fitnah terhadap agenda pemberontakan itu
kalau bukan pemerintah yang sedang takut kepada kejatuhan?

lihat sejarah dulu-dulu...
siapa pemerintah? siapa rakyat? dan siapa pemberontak??
suatu masa dulu...
pemerintah kita zalim, kejam, dan tak berhati perut terhadap orang2 kita
rakyat semua takut, lemah dan terpaksa tunduk dan akur sahaja
tetapi kezaliman pemerintah tidak dapat menandingi keberanian para pejuang kita
yang memberontak bukan kerana peribadi mereka jahat
tetapi mereka bangun..memberontak demi maruah bangsa
mereka memberontak kerana mereka tahu kebenaran
mereka memberontak kerana mereka ingin menyebarkan kebenaran
mereka memberontak untuk menggulingkan yang salah
dan menggantikan ia dengan kebenaran dan keamanan !
itulah pejuang-pejuang kita suatu masa dulu...

sekarang anda nak cakap apa tentang pemberontakan?
anda nak cakap semua pemberontak itu jahat?
padahal mereka memberontak kerana mereka tahu kebenaran
di kala semua rakyat tahu kebenaran tetapi hanya mendiamkan dan akur..
mereka bangun menentang
anda fikir mereka bodoh kerana menentang dan hanya akan memakan diri sendiri?
anda yang bodoh jika anda fikir begitu
sepatutnya anda malu sebab anda tidak mempunyai kekuatan
dan keberanian seperti itu untuk menolong bangsa anda
anda fikir pemberontak akan sengaja memberontak sesuka hati?
rakyat akan senang hati dan taat setia dengan pemerintah dan negara
sekiranya pemerintah adalah seorang yang layak dan melindungi negaranya
tetapi jika sebaliknya? itulah sebab pemberontakan berlaku..
sedang mereka memberontak mempertahankan hak mereka
pemerintah zalim memerah otak mencari jalan supaya mereka itu 'didiamkan'
dalam pelbagai cara !!

zaman berganti zaman...pemerintah berganti pemerintah...
namun rakyat semakin pandai..bukan bodoh seperti dahulu yang hanya akur dan tunduk
kami melihat, kami alami dan kami nilai
dan daripada apa yang aku nilai selama ini...
memang aku ada sebab untuk aku memberontak

No comments:

Post a Comment