Monday, 31 October 2011

Cerita, Jawab dan Soal ( adakah anda pun ter-tag di sini? )

.
Assalamualaikum readers

SEGMEN 1 : 8 PERKARA TENTANG AKU

1. Nama penuh aku ialah Lynn sahaja. Lynn binti Utoh Berahim.
Kenapa pendek? Mak aku suruh letak Liyana, tapi abah aku
letak Lynn je supaya orang senang ingat. Memang berkesan
sebab dalam claz, memang cikgu asyik tanya aku je tau..wuwu

2. Aku suka kumpul barang-barang vintage contohnya : Necklace,
pendants dan combi van volkswagen.

3. Aku tak boleh baca novel Melayu. (aku ni jenis yang tak bersabar
sebab kalau novel kan panjang, ayat dia pun sangat berbunga,
so aku prefer komik daripada novel. Serius !)

4. Pernah meng'gothic'kan diri zaman-zaman aku tengah mencari
identiti dulu (-_-')

5. Aku pandai buat popcorn. (cheh, macam aku sorang je tau)
(-_-')

6. Aku suka beli buku-buku cerita English bila ada sale
(beli sebab cover cantik je) untuk diusun dekat rak atau atas
meja aku. Nampak macam kemas dan teratur. Errr...jarang baca.
(-_-')

7. Aku suka dress yang pattern macam suratkhabar..hahaha
dan yang ada typography tu aku suka lah..Sweater aku semua
pattern macam buat daripada suratkhabar. Haha..

8. Aku tak suka amek tau hal orang lain.

SEGMEN 2 : JAWAB SOALAN PENGE'TAG'

1- bangun tadi mimpi apa ?
Alaa dah lupa...

2-bagi ciri-ciri scandal idaman?
 Muka macam vokalis kumpulan The Calling

3- bagi ciri-ciri Boyfriend idaman?
Kelakar, pandai mengambil hati, boleh memimpin dan haruslah
mempunyai minat yang sama :)


 4- bagi ciri-ciri Hubby idaman?
Sama macam ciri-ciri untuk Boyfriend idaman..hehe
(mean orang yang sama kalau jodoh panjang, amin~)

5- secara jujur, apakah most visited site korang ?
( kan kalau bukak new tab ada top visited)
setiap kali on internet mesti kena log in blog dgn FB dulu..hehehe


 6- pernah tak stalk ex boyfie/ girlfie?
Dua bulan lepas clash, ade..lepas tu pergi mampos lah kau wahai ex-ku

7- pernah lepak depan entrance Pavi tak ? cerita pengalaman....
err..lepak tak pernah, tapi pernah shooting kat situ dan kena tegur
dengan guard, tak boleh amek gambar ke arah Pavi, hmm macam
aku nak sangat amek pic bangunan Pavi tu..(-_-')


8- kalau you all duduk sebelah mamat/ awek ni . dressup dah class,
tetiba keluarkan handphone cikai , takpun N73 ke . apa persepsi you all?
mungkin ke you all rasa dia fake ?takde duit? baju pinjam?jujur ek 
Errr...entah lah tak amek port kot, tapi kalau ternampak jugak,
mungkin akan terfikir owh bagus dia ni, takde lah pentingkan
brand / model phone yang canggih. Actually, lagi menyampah kalau
orang menunjuk-nunjuk phone dia yang mahal sangat tu sebab aku
tak kisahkan brand, aku pentingkan basic function dan murah :)

9- selalu baca entry blogger sampai habis ke tak ?
Sampai habis, dan kalau BW pon wajib untuk baca 2,3 entry, komen
dan tinggalkan jejak untuk memeriahkan suasana blog tu, hehehe


10- apa pendapat you all tentang belog Tembikai ni ?
Gaya penulisan yang tersendiri dan memang patut diletakkan warning
sebab ada adult content.

11- kalau bfffff ajak keluar , tetibe kekasih hati ajak keluar jugak 
sebab dia nak outstation for a few weeks so kira nak spent time berdua. how ?
Aku akan spend masa dgn my sweetheart tanpa rasa ragu-ragu, sebab
sebelum kami bercouple, kami adalah BFF, and he is the best bestfriend
i've ever had :)
Jadi, aku nak tagkan kepada......Jengjengjeng~


 SEGMEN 3 : SOALAN UNTUK MANGSA TAG (n_@)  

1. Nama panggilan korang dan maksudnya sekali..jujur tau 
 
2. Berapa tarikh lahir ayah korang?

3. Pengalaman korang ter'malu'kan diri sendiri depan pasangan korang?

4. Sandwich dengan roti krim, korang pilih yang mana?

5. Cuaca terik, korang pakai payung tak?

6. Pose yang korang selalu buat bila nak bergambar?

7. Korang tengah berlari-lari anak sebab nak cepat, tiba-tiba tersepak
batu lah pulak..spontan terkeluar perkataan apa daripada mulut korang?

8. Blog aku ni best ke tak best? Jujur okay..

So, itu lah tiga segmennye, First : statekan 8 perkara tentang diri korang.
Second, jawab soalan orang yang tag korang, and the last is
bagi 8 soalan kat orang yang korang tag pulak. Ingat tau,mangsa
tag harus 8 orang..hehe.. (sepatutnya 11, tapi macam banyak sgt lah haha)

2 comments:

  1. eh.. name kite kena tag laa.. teruja ! haha :D okayy.. eksaited jup -_-

    ReplyDelete
  2. hehe, teruja ea..jawab tau nt hihi (n_n)

    ReplyDelete