Tuesday, 1 November 2011

Kau melawan, aku tetak kau !!

Assalamualaikum readers. Aku nak tanya korang, orang-orang kita
ni dah takde kerja lain ke selain merompak dan menetak orang?
Dah miskin sangat ke sampai kena buat macam tu? Owh mungkin
dah kaya sangat ke amal ibadat tu sampai berani buat macam tu?

Ini berkenaan video dua orang remaja Melayu, aku ulang lagi okay
MELAYU yang telah merompak sebuah kedai runcit dan menetak
tokey, isteri dan anak tokey kedai tersebut bertubi-tubi. Remaja itu
bertindak mengacu dan menetak bertubi-tubi setelah berang melihat
tokey kedai tersebut melawan. Agak-agak lah weyh, tokey tu pun
melawan guna kayu je, kalau kena kepala batu kau tak mati sangat
pon, kau gelabah apsal? Yang kau libas banyak-banyak kali kat tokey
tu ialah parang tau. PARANG !! Sekali libas kalau tepat boleh mampos
tau !

Korang dah tengok belum video ni? Bagi yang belum, klik sini --> BODOH !

Video itu je dah cukup sial dan memalukan bangsa aku iaitu bangsa Melayu.
Yup, aku tahu siapa-siapa boleh jadi perompak, siapa-siapa boleh jadi tokey.
Bukan aku nak libatkan racist tapi INI REALITI. Aku baru je ditunjukkan
dengan video orang cina memaki-hamun orang Melayu hari itu, dan orang
yang menunjukkan video itu ternyata sangat marah pasal video tu. Dan video itu
memang glamour dekat YouTube dan bahagian komen memang penuh dengan
orang Melayu yang mencarut kononnya marah dengan orang yang membuat video
tu sebab lontarkan bahasa kesat kat bangsa kita. Wow,aku tak respon pape,
cuma tersenyum. Dan bila video ni keluar, aku nak gak tengok apa respon
orang-orang kita bile tengok bangsa mereka macam ni. Aku baca komen
dekat bawah video rompakan tu, dan aku jumpa sesuatu yang aku rasa tak
patut dan buat aku panas hati. Baca ni :

(Kau bagi tips ke apekah? So, kalau nak merompak kena hati
kering macam lu arr der?
Video perompak merompak guna parang dan tetak tokey kedai
bertubi-tubi macam tu tak lawak okay. SERIUS !

Nak racist ke apa ni? Kalau nak racist sangat, tengok bangsa
siapa yang tengah tetak orang tu der...Tak payah nak libatkan
kaum kat sini, sesiapa pun akan melawan bila melibatkan hal
keluarga kat sini. Tokey tu nak defend and protect kedai dia
dan keluarga dia faham?? Dan FYI, atleast diorang taklah
sebodoh orang kita yang yang bergaduh sampai bertikam-
tikam dan berbunuh-bunuh sesama sendiri semata-mata nak rebut
awek. Dan taklah sebodoh orang-orang kita yang nak main 
simbah-simbah asid semata-mata nak rebut podan lah sial !

Heh ! Aku pelik dengan sesetengah sikap orang kita yang cepat melatah.
Memang penyakit keturunan kot. Bila kena hina dengan kaum lain, amboi
melatah kemain panjang, tak habis-habis nak bawa isu itu ke hulu-hilir.
Semangat juang katanya. Marah habis, panas gila babeng lah konon tu.
Tapi bila dalam kes macam ni, apsal senyap?? Tak malu ke korang
asyik salahkan bangsa lain tapi tak tengok pulak bangsa kita ni macam
mana?? Sikap melayu yang suka tuduh melulu macam ni lah yang buat
bangsa-bangsa lain meluat dengan kita tau ! Kerana nila setitik, 
habis rosak susu sebelanga. I'm mention here AKU BUKAN RACIST !
Tapi aku malu dengan sikap bangsa aku !

No comments:

Post a Comment