Assalamualaikum
Sumber : Majalah Mastika
Maklumat asal daripada : Zainal al-Johan
(wakil Persatuan Sejarah Malaysia & jurunasihat Adat Istiadat Negeri Melaka)
Okay, aku nak tanya sama ada korang betul-betul tahu yang bangsa Melayu ini hebat
satu ketika dulu? Tahukah kamu yang sebenarnya kita dijajah bukan kerana kekayaan
rempah ratus seperti yang tercatat dalam sejarah yang diolah dengan sesuka hati oleh
sang penjajah? Dan tahukan kamu yang kita ini sebenarnya dijajah kerana kehebatan
tamadun bangsa Melayu itu sendiri. Aku memang bangga jadi bangsa Melayu. Sebab
itulah aku perlu untuk berkongsi maklumat tentang ini. Ramai generasi muda yang tidak
pernah tahu dan tak tahu pun betapa hebatnya peradaban bangsa Melayu iaitu :
1. Orang Melayu Cipta Meriam
Meriam terbesar dicipta oleh orang Melayu dan diletakkan di dalam istana Sultan Melaka.
Namun, ianya telah dirampas dan dibawa ke Goa, India sewaktu Melaka ditakluki oleh
penjajah. Dan meriam itu masih ada sehingga kini, tetapi untuk membawa balik semula
artifak agung itu ke tanah air kita bukan mudah dan memerlukan kos jutaan ringgit.
2. Keris Tempa Melaka yang mengalahkan pedang Samurai
Kenapa? Sebab pedang Samurai dihasilkan daripada 12 campuran logam manakala Keris
Tempa Melaka itu dihasilkan daripada 21 jenis campuran logam dan sehingga kini, keris itu
masih tidak dapat ditandingi oleh mana-mana keris atau senjata. Dan bangsa Melayu telah
memiliki teknologi ini sejak lebih 500 tahun yang lalu.
3. Bangsa Melayu cipta jam 2 abad lebih awal
Masih ingat dengan Panglima Awang yang berlayar mengelilingi dunia suatu ketika dulu.
Dan dalam pelayarannya beliau menggunakan jam yang dicipta oleh bangsa Melayu dua
abad lebih awal daripada bangsa Eropah mampu mencipta jam.
4. Bangsa Melayu menguasai ilmu pelayaran lebih daripada bangsa Eropah
Panglima Awang berlayar di lautan tanpa menggunakan kuasa enjin dan tidak pernah
sesat ketika pelayarannya, sedangkan Kapten Columbus berbulan-bulan tersasar dalam
pencariannya mencari tanah datar Amerika. Kepakaran bangsa Melayu berlayar ini telah
wujud lebih lama sebelum bangsa Eropah mampu menggerakkan bangsa berlayar mereka
mengelilingi dunia.
5. Teknologi tentera haiwan menggantikan manusia
Sewaktu era kegemilangan empayar Melaka dulu, bangsa Melayu sedang bereksperimen
untuk membina pasukan tentera di kalangan haiwan yang boleh diseru, disuruh dan dipandu
arah. Tapi sayang, sebelum teknologi itu dikembangkan, penjajah telah 'mencuri' teknologi itu
dan mereka kaji dan guna pakai untuk kepentingan bengsa mereka.
6. Bangsa Melayu sudah cipta pemetik api di saat mereka baru berjaya mencipta mancis
Ketika bangsa Eropah sangat bangga dengan penghasilan mancis yang permukaannya
bila digores akan menyalakan api, bangsa Melayu telah pun berjaya mencipta pemetik
api yang diperbuat daripada tanduk dengan serbuk putih daripada pokok enau yang
bertindak seperti kerosin dan teknologi ini telah dikuasai oleh bangsa Melayu 600 tahun
yang lalu sebelum bangsa Eropah berjaya menghasilkan mancis itu.
7. Bangsa Melayu cipta kunci mangga
600 tahun yang lalu,bangsa Portugis berjaya menghasilkan kunci mangga seperti yang
kita gunakan sekarang, tetapi teknologi ini telah dikuasai oleh bangsa Melayu sejak 2000
tahun yang lalu dengan menggunakan besi tembaga.
Macam mana? Anda terkejut? Tak percaya yang bangsa Melayu begitu hebat suatu
ketika dulu? Hairan kenapa semua kehebatan ini tiada langsung dalam subjek sejarah
selama ini? Ini semua kerana penjajah yang bertindak menghapuskan semua bukti-bukti
kehebatan tamadun bangsa Melayu. Beribu-ribu dokumen, buku, persuratan dan khazanah
bangsa Melayu telah dirampas oleh penjajah. Salah satunya ialah usaha Raffles yang membawa
catatan ribuan buku Melayu dalam kapal The Fame yang akhirnya terbakar di tengah lautan.
Bayangkan apa agaknya yang terkandung dalam ribuan catatan dan buku orang Melayu yang
hangus terbakar dan terkubur begitu saja di tengah lautan luas itu? Dan penjajah mengolah semula
sejarah baru untuk generasi akan datang iaitu kita untuk mempercayai bahawa mereka lah
yang terkuat dan bertamadun. Mereka mengubah sejarah sesuka hati mereka dari mata
pandangan mereka sendiri supaya generasi baru akan memandang bangsa Melayu
tidak ada apa-apa kekuatan dan mereka pula ada segalanya.
bangsa Melayu telah dirampas oleh penjajah. Salah satunya ialah usaha Raffles yang membawa
catatan ribuan buku Melayu dalam kapal The Fame yang akhirnya terbakar di tengah lautan.
Bayangkan apa agaknya yang terkandung dalam ribuan catatan dan buku orang Melayu yang
hangus terbakar dan terkubur begitu saja di tengah lautan luas itu? Dan penjajah mengolah semula
sejarah baru untuk generasi akan datang iaitu kita untuk mempercayai bahawa mereka lah
yang terkuat dan bertamadun. Mereka mengubah sejarah sesuka hati mereka dari mata
pandangan mereka sendiri supaya generasi baru akan memandang bangsa Melayu
tidak ada apa-apa kekuatan dan mereka pula ada segalanya.
inilah En. Zainal al - Johan
untuk makluman, dia sentiasa berpakaian begini sejak 10 tahun yang lalu
dalam usaha untuk memartabatkan bangsa Melayu. Salute !
(Sekadar berkongsi maklumat dan gambar barang-barang di atas adalah gambar hiasan,
untuk keseluruhan artikel, sila rujuk Majalah Mastika November 2011)
Panglima Awang was a very high ranking official in the Malacca sultanate. At the same time he was also a Portuguese collaborator. He had never been a slave throughout his life except for being the subject of the Malacca Sultan to whom Panglima Awang had served loyally. Panglima Awang changed his allegiance to Alfonso de Albuqueque and thus become another King of Portugal's subject on 16 July 1511. Panglima Awang fought on Portugal's side and eventually help Alfonso de Albuquerque capture Malacca in late August 1511.
ReplyDeleteanonymous : owh really? i almost forgot about that..but thank you for sharing those info, really appreciate for ur kindness to comment it here, TQ :)
ReplyDelete