Tuesday, 1 November 2011

Artis : Jawapan atau Alasan semata-mata ?

Assalamualaikum readers. Korang suka tengok Melodi tak? Dulu
aku sangat mengikuti rancangan tu okay, tapi sekarang dah jarang
tengok sebab bosan. Balik-balik gossip, gossip dan gossip lagi.
Dan artisnya pula kalau ditermuramah, masuk je soalan-soalan
panas dah macam gelabah dah. Spontan keluar jawapan cliche
yang wajib diguna pakai oleh semua artis bila berdepan dengan
situasi yang hot lagi kontroversi ni. Contohnya :

(M : Media   A : Artis)

1. M : Ada yang nampak you berjalan berdua-duaan dengan 'tuuutt'
dekat 'tuuutt' hari itu. So, ada apa-apa ke?
A : Err..sebenarnya kami takde pape hubungan , kami setakat
kawan biasa saja, I selesa berkawan dengan dia.

2. M : Gaya pakaian you nampak lebih up-to-date selepas menang
anugerah Matahari Glamour hari tu. Ada komen?
A : Ya, I suka dress yang comfortable, ringkas dan simple.

3. M : Ada peminat cakap fashion dan pemakaian you terlalu seksi, betul ke?
A : Eh, seksi ke? (Sambil melihat-lihat dress yang dipakai time tu
sambil tersenyum) Takde lah, seksi ni bukan pada pemakaian je,
terpulang pada pendapat orang tentang seksi, dan I rasa style I ni
tak lah seksi pun. (sambil betulkan tube dress yang sedang dipakai
bersama mini skirt paras punggung)

 *kalau dia gelabah dia akan babitkan artis lain macam ni :
Alaa, ada si 'tuuut' tu lagi seksi pakai baju jarang dan ketat.

4. M : Sekarang you pakai kereta mewah, baju pon branded, rumah besar,
mana dapat ni? Ada sponsor ke, sugar mummy/daddy ke?
A : Eh, you ingat I ni anak ikan ke? Semua ni hasil titik peluh I sendiri
tau, buat album buat performance sana-sini...

*dan akan menambah bila media macam tak percaya jugak macam ni :
Errr...I pon ada buat bisnez jugak, tu yang dapat beli semua ni.

5. M : Apsal hari tu performance you tak bagus?
A : Alaaa...I demam / tak sihat / batuk laaa on that day.
(nak yakinkan lagi, memang semua penyakit boleh keluar)

Hahahaha...persoalannya sekarang, adakah jawapan-jawapan
itu benar atau alasan semata-mata? You've got brain, you've know
the answers. TQ for reading this :)

No comments:

Post a Comment