Assalamualaikum and hi readers. Okay, hari ni aku nak buat entry
yang serius sikit (muka serius) Sekarang ni, kita dihidangkan dengan
baaanyak isu-isu gejala sosial dan jenayah kan? Memang salah
mereka lah, siapa suruh tak jaga diri, or ikut kawan, kan dah jahanam.
Tapi, bila kita tengok lebih dalam lagi, basically apa yang aku
nampak ialah kesilapan itu datangnya daripada pihak ibu bapa
sendiri. Okay, untuk entry ni, aku akan bincangkan tentang
certain ibu bapa yang tidak kisah dan membenarkan. Macam mana?
1. Membenarkan anak-anak mencari hiburan di luar
Sering kali kita dengar, ibu bapa berjaya di luar, berjaya dalam kerjaya,
berjaya naik pangkat dan memegang jawatan tinggi dalam syarikat, ada
saham besar, kereta besar, rumah besar, mereka ada segala-galanya tapi
di rumah, mereka gagal menjadi pembimbing dan teman kepada anak-anak
mereka. Mereka lebih rela
cancel untuk dinner bersama family, cancel
plan untuk ambil report card anak-anak, cancel holiday plan yang dah
bertahun dirancang, cancel semua aktiviti dengan family semata-mata
untuk kejar meeting dengan clients untuk dapatkan projek berjuta-juta.
Akhirnya, akibat tidak cukup masa untuk diluangkan kepada anak-anak,
maka not RM1000 sewenang-wenangnya diberikan kepada mereka
yang kadang-kadang baru je berumur belasan tahun. Di sini, walaupun
takde sebarang ayat yang mereka membenarkan, tapi tindakan ibu bapa
itu seolah-olah membenarkan anak-anaknya buat apa saja dengan duit
itu asalkan tidak mengganggu masa kerja plus masa rehat mereka. :)
So, anak-anak terpaksalah pergi melepak dengan mat rempit, melepak
sambil men'drug' kan diri, men'clubbing'kan diri then mabuk dan
check in kat hotel-hotel untuk dapatkan secebis kasih sayang... :)
2. Membenarkan anak-anak berbogel
Siapa tak tahu rancangan Akademi Fantasia, GangStarz, Mentor, Idola
Kecil ? Semua itu mungkin dilihat hanya sebagai satu hiburan, untuk
suka-suka aje. Tapi bila bercakap tentang hiburan, ianya pasti akan
membawa banyak kesan negatif daripada positif. Aku sangat tak faham
macam mana ada
ibu bapa yang sangat teruja menyokong anaknya ketika
sedang beraksi di atas stage sambil memakai pakaian yang
seksi-meksi dan terdedah sana-sini,
sedangkan mereka (ibu bapa) menutup aurat. Err...tak malu ke?
Aku tau ibu bapa sangat bersikap supportive, tapi fikir-fikirlah sikit.
Ibu bapa seolah-olah memberi galakan untuk anak-anaknya berpakaian
seksi, bergelek menari depan orang ramai, bersorak macam orang
kena histeria, dan kalau untung pon jadi artis, akan merosakkan
industri tanah air sendiri watpe? Bila dah kantoi kena tangkap khalwat,
kantoi gambar anak bogel tersebar, baru nak tau malu ke? Baru nak
rasa sedih ke?
rasa sedih ke?
3. Membenarkan anak-anak merasai kemewahan pada usia terlalu awal
Kecil-kecil lagi dah belikan anak-anak handphone, yang canggih-canggih
pulak tu, aku dulu nak handphone punyalah susah tau, kena beli sendiri,
budak-budak sekarang pergh mintak kat daddy, nak blackberry...Boom
terus dapat sebijik! Dulu mintak kat parent ayah nak blackberry, dapat
memang dapat lah, dapat blackcurrant (-_-') kann~~ So, aku ada dengar
roomate aku merungut, adik sedara dia yang baru umur 6 tahun dah pandai
nak main Ipad,..so abiz tu mak bapak dia bagi main tak? Roomate aku
jawab bagi lah, sebab tak nak anak dia ketinggalan zaman..................
(-_-')
So, apa pendapat korang? Mak bapak yang exposekan anak-anak
dengan teknologi-teknologi canggih macam tu awal-awal kan, so bila
diorang dah besar umur 8, 9 tahun (besar sangatlah pada kanak-kanak tu)
diorang minatk Iphone sebijik, Ipad sebijik, Blackberry sebijik, haa jangan
nak membebel pulak kat budak tu. Tak ingat ke korang yang dedahkan
mereka dengan gadget-gadget canggih tu dan galakkan budak-budak tu
guna dengan alasan taknak mereka ketinggalan zaman pada usia 6 TAHUN?
So, bila ibu bapa sendiri yang membenarkan......jangan salahkan
anak-anak. Ibu bapa sepatutnya menjadi pembimbing dan pelindung
kepada mereka sejak mereka kecil lagi.
Ingat beri kasih sayang, bukan duit !
yes bee. i dah lah pakai n73. pastu bile dlm bus tgk budak kat sebelah i pegang iphone -.- maybe mak dia punye but err i sampai la ni tak reti pakai touch screen.
ReplyDeletemcm2 dorang dpt. baju branded. kira tak reti susah lah. konon parents taknak bagi rasa susah . tapi bahaya kalau spoiled sangat =/
to be honest i tak reti main psp, playstation and all -.-''
so i tak sabar nak ajar anak i main batu seremban -.- nak ajar dia tak malu hahahha . erk insya Allah :D
cici : haha babe, u ade geng sbb i pon xreti guna..so klw nk try main game kt fon kwn2 i yg touch screen i akn jujur ckp, weyh aku xreti guna, nmpk la cm cute sket kan bila mengaku..haha dpd buat2 bajet mcm reti guna sekali slh tekan trus gelabah, kan dh kantoi~~ ahakz :p psp i bru reti maen sbb pkwe i ajar tp agk bising gak time main sbb i x expert lg nk tekan2 menatang tu (-_-') huuu~~ weh batu seremban best ape..ceper, baling selipas, baling tin..seronok woO ! ahah
ReplyDelete