Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 31 October 2011

Cerita, Jawab dan Soal ( adakah anda pun ter-tag di sini? )

.
Assalamualaikum readers

SEGMEN 1 : 8 PERKARA TENTANG AKU

1. Nama penuh aku ialah Lynn sahaja. Lynn binti Utoh Berahim.
Kenapa pendek? Mak aku suruh letak Liyana, tapi abah aku
letak Lynn je supaya orang senang ingat. Memang berkesan
sebab dalam claz, memang cikgu asyik tanya aku je tau..wuwu

2. Aku suka kumpul barang-barang vintage contohnya : Necklace,
pendants dan combi van volkswagen.

3. Aku tak boleh baca novel Melayu. (aku ni jenis yang tak bersabar
sebab kalau novel kan panjang, ayat dia pun sangat berbunga,
so aku prefer komik daripada novel. Serius !)

4. Pernah meng'gothic'kan diri zaman-zaman aku tengah mencari
identiti dulu (-_-')

5. Aku pandai buat popcorn. (cheh, macam aku sorang je tau)
(-_-')

6. Aku suka beli buku-buku cerita English bila ada sale
(beli sebab cover cantik je) untuk diusun dekat rak atau atas
meja aku. Nampak macam kemas dan teratur. Errr...jarang baca.
(-_-')

7. Aku suka dress yang pattern macam suratkhabar..hahaha
dan yang ada typography tu aku suka lah..Sweater aku semua
pattern macam buat daripada suratkhabar. Haha..

8. Aku tak suka amek tau hal orang lain.

SEGMEN 2 : JAWAB SOALAN PENGE'TAG'

1- bangun tadi mimpi apa ?
Alaa dah lupa...

2-bagi ciri-ciri scandal idaman?
 Muka macam vokalis kumpulan The Calling

3- bagi ciri-ciri Boyfriend idaman?
Kelakar, pandai mengambil hati, boleh memimpin dan haruslah
mempunyai minat yang sama :)


 4- bagi ciri-ciri Hubby idaman?
Sama macam ciri-ciri untuk Boyfriend idaman..hehe
(mean orang yang sama kalau jodoh panjang, amin~)

5- secara jujur, apakah most visited site korang ?
( kan kalau bukak new tab ada top visited)
setiap kali on internet mesti kena log in blog dgn FB dulu..hehehe


 6- pernah tak stalk ex boyfie/ girlfie?
Dua bulan lepas clash, ade..lepas tu pergi mampos lah kau wahai ex-ku

7- pernah lepak depan entrance Pavi tak ? cerita pengalaman....
err..lepak tak pernah, tapi pernah shooting kat situ dan kena tegur
dengan guard, tak boleh amek gambar ke arah Pavi, hmm macam
aku nak sangat amek pic bangunan Pavi tu..(-_-')


8- kalau you all duduk sebelah mamat/ awek ni . dressup dah class,
tetiba keluarkan handphone cikai , takpun N73 ke . apa persepsi you all?
mungkin ke you all rasa dia fake ?takde duit? baju pinjam?jujur ek 
Errr...entah lah tak amek port kot, tapi kalau ternampak jugak,
mungkin akan terfikir owh bagus dia ni, takde lah pentingkan
brand / model phone yang canggih. Actually, lagi menyampah kalau
orang menunjuk-nunjuk phone dia yang mahal sangat tu sebab aku
tak kisahkan brand, aku pentingkan basic function dan murah :)

9- selalu baca entry blogger sampai habis ke tak ?
Sampai habis, dan kalau BW pon wajib untuk baca 2,3 entry, komen
dan tinggalkan jejak untuk memeriahkan suasana blog tu, hehehe


10- apa pendapat you all tentang belog Tembikai ni ?
Gaya penulisan yang tersendiri dan memang patut diletakkan warning
sebab ada adult content.

11- kalau bfffff ajak keluar , tetibe kekasih hati ajak keluar jugak 
sebab dia nak outstation for a few weeks so kira nak spent time berdua. how ?
Aku akan spend masa dgn my sweetheart tanpa rasa ragu-ragu, sebab
sebelum kami bercouple, kami adalah BFF, and he is the best bestfriend
i've ever had :)
Jadi, aku nak tagkan kepada......Jengjengjeng~


 SEGMEN 3 : SOALAN UNTUK MANGSA TAG (n_@)  

1. Nama panggilan korang dan maksudnya sekali..jujur tau 
 
2. Berapa tarikh lahir ayah korang?

3. Pengalaman korang ter'malu'kan diri sendiri depan pasangan korang?

4. Sandwich dengan roti krim, korang pilih yang mana?

5. Cuaca terik, korang pakai payung tak?

6. Pose yang korang selalu buat bila nak bergambar?

7. Korang tengah berlari-lari anak sebab nak cepat, tiba-tiba tersepak
batu lah pulak..spontan terkeluar perkataan apa daripada mulut korang?

8. Blog aku ni best ke tak best? Jujur okay..

So, itu lah tiga segmennye, First : statekan 8 perkara tentang diri korang.
Second, jawab soalan orang yang tag korang, and the last is
bagi 8 soalan kat orang yang korang tag pulak. Ingat tau,mangsa
tag harus 8 orang..hehe.. (sepatutnya 11, tapi macam banyak sgt lah haha)

Sunday, 30 October 2011

Korang, sorry...charger gua rosak !!

Assalamualaikum readers. Haa..melayang dah duit aku tadi pergi
beli charger laptop. Semalam after aku layan movie hantu yang bertajuk
'Seru', habis je movie,aku pergi toilet jap, balik bilik tengok laptop aku
dah terpadam. Tengok lampu charger tu tak menyala. Ah sudah !
Charger aku rosak lah ni. Bateri laptop aku ni memang dah lama
tak berfungsi, so nyawa laptop aku ni depend 100% on plug lah kan.
Baru satu malam tak dapat on laptop, aku dah resah gelisah dah.
Haha, yela selain online, aku kalau makan mesti nak kena tengok
movie, so bile dah tak dapat on laptop, terpaksa lah aku makan
sambil baca buku The Art of Bee Movie ni.

Tabah je kan..huhu..dan sorrylah lama tak post sebab kerosakan teknikal ni.
Hehe..(n_n)

Saturday, 29 October 2011

" Contest Best Photo of Me by Mayalisa "

Ok, aku nak join contest ni, actually lama dah cici tembikai
tag kat aku contest ni, tapi sorry dear tak cukup masa.
So tadi aku check..owhh naseb baik tarikh tutupnya 10 Nov ni,
ada masa lagi..Hehehe so best photo of me is....

(err..ni gambar bajet hot namanya (-_-')

ok, aku tagkan kepada rakan blogger aku
1. Nurul cLumsy
2. Oh Adwa

Kalau berminat, sila klik blog Maya Lisa

The Key of Freedom

Who honors those we love
with the very life we live?
Who sends monsters to kill us...
...and at the same time sings that we'll never die?
Who teaches us what is real
and how to laugh at lies?
Who decides why we live
and what we will die to defend?
Who chains us?
And who holds the key that can set us free?
...

...it's YOU
yes you have all the weapons you need


and NOW FIGHT !

....and get your real freedom....


Friday, 28 October 2011

Aku nak promote blog seseorang.......(3)

Assalamualaikum readers.
Dah berapa lama korang berblogging?
Siapa yang masih baru lagi dlm dunia blog ni?
Mesti korang nak cantikkan blog korang
macam blog-blog otai yang lain,
tapi.....
tak tahu camne???
So, sekarang aku nak promote blog kreatif iaitu
(n_n)
Blog dia ni menyediakan segala tutorial
bagi blogger-blogger baru.
Apa lagi, ushar lah blog dia cepat!
hehe :)

Entry Penghargaan

Assalamualaikum readers :)
First of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada
readers-readers dan bloggers yang sudi melawat
blog aku ni.
TERIMA KASIH
(n_n)
tapi, minggu ini aku sangat busy,
jadi mintak maak kalau aku tak
dapat nak Blogwalking ke link
korang semula dalam masa terdekat
ni. HARAP MAAF :(
Tapi, lepas aku dah reda sikit dan
ada masa free, aku akan BW ke
blog korang pulak ea.
Okay, take care !
(nak pergi clazz dah, ada presentation)
Doakan aku. Bye~~

Aku nak promote blog seseorang.......(2)

Assalamualaikum readers.
Blog ni dah lama aku nak promote cuma tak cukup masa.
So sekarang aku nak promote blog kegemaran aku
blog cik Cici Tembikai
(n_n)

Kenapa??
Sebab dia ada gaya penulisan yang tersendiri.
Dia suka membebel dan buat entry panjang-panjang
TANPA GAMBAR (selalunya)
Tapi aku tak pernah boring
Betul...tak boring kot baca
:)
Tak percaya ke?
Cubalah try ushar blog dia.
Sekali baca, confirm korang terus follow.
Hehehehehe...
(n_@)

Aku nak promote blog seseorang.......(1)

Assalamualaikum readers. Okay ini first time aku promote blog orang lain.
So aku nak promote blog INILAH FAHMI

Kenapa? Haaa korang kena bukak sendiri dan ushar.
Paling menarik ialah header dia.
Kalau nak tempah, RM25.
Mahal??
Eh korang tengok lah dulu header blog ni.
Baru tau berbaloi ke tak bayar RM25 tu.
Hehehehehe
(n_@)

next blog is...............

Thursday, 27 October 2011

'Give Money To Earn Respect'

Assalamualaikum readers. Harap semua sihat sejahtera. Amin.
Anda mesti pernah dengar pepatah Inggeris yang berbunyi macam ni kan :

'Give Respect To Earn Respect'

Maksudnya, kalau kita hormat orang, orang akan hormat kita balik.
Jadi, anda setuju?
Sebenarnya, itu hanya pada zaman dulu. Sekarang, aku
tak rasa pepatah ini masih relevan dengan masyarakat
kita. Kenapa?
Sebab orang-orang kita sekarang dah hilang rasa hormat
bukan saja terhadap orang sekeliling tapi juga terhadap
diri sendiri. Anda bayangkan, kalau diri sendiri pun tak
dihormati, apatah lagi nak menghormati orang lain kan?

Apa yang aku nampak sekarang ni, orang yang dihormati
adalah orang-orang yang berharta dan mempunyai kekayaan,
bukan lagi macam dulu di mana orang yang berbudi bahasa
dan bersopan-santun akan dipandang mulia. Kenapa?
Sebab zaman sekarang, harta dan kekayaan serta pangkat
lebih diutamakan dan malangnya, ramai yang menjadi mangsa.

Akibatnya?

Yup, ini bermaksud dalam dunia zaman sekarang, kalau anda ada harta
dan kekayaan anda akan dihormati, walaupun perangai dan kelakuan
anda tidaklah sebaik mana. Asal ada duit, semua orang akan hormati anda.
Banyak situasi macam ni berlaku. Tapi, aku taknak kongsi yang besar-
besar, cukuplah aku ceritakan apa yang berlaku kepada aku. :)

Aku pergi makan dengan my sweetheart, kami pun duduk kat meja.
Datang sorang kakak untuk ambil order. Kami senyum, tapi muka
dia tetap masam macam tak reti senyum. Kami pun order, dia layan
macam nak tak nak. Pakwe aku order ais kosong, dia buat muka
pelik. Dia tanya "Ais kosong?" Pakwe aku jawab " Ye, ais kosong"
Lepas itu, dia tanya lagi dengan nada yang agak kuat pulak. Aku dah
pandang-pandang pakwe aku, pakwe aku pun sama, pandang-pandang
aku. Lepas akak tu blah, kami pun meluahkan ketidakpuashatian
bersama. Kami fikir, kakak itu memang layan pelanggan macam itu.
Tapi, lepas itu datang sebuah keluarga makan kat situ. Dan teka apa
yang kami nampak? :)
Kakak itu daripada belakang dah menyambut sekeluarga yang datang
itu dengan sangat baik sekali. Mesra. Senyum lebar lagi. Kami tengok
keluarga itu nampak macam loaded. So, barulah kami faham, mungkin
standard kami hanyalah sebagai seorang student sahaja. Yang masuk ke
restoran sup yang 'terkenal' itu hanya dengan memakai pakaian yang
simple-simple je. Kami mungkin terlihat tidak layak untuk makan kat
restoran itu.Tapi, bukan ke semua customer harus diberi layanan yang
sama tanpa mengikut status dan standard seseorang itu? Aku rasa etika
itu perlu ada dalam setiap profession yang ada dalam dunia ni kan?

Tapi ini realiti dunia zaman sekarang. Ini adalah dunia.
D.U.N.I.A
:)

Wednesday, 26 October 2011

Pikat semua lelaki dalam satu masa?

Assalamualaikum readers. Dah makan? Aku menaip ni sambil makan maggi kari.
Actually aku teringin nak makan mi kari (sedapnya !) tapi malas nak keluar beli,
so maggi kari pun layan je lah. Alhamdulillah ada lagi makanan kan.
(Motif ada mukadimah camni, tak pernah aku buat before ni)
(-_-')

Aku dulu pernah gak buat kerja bodoh cam tajuk entry aku tu. Berusaha
nak seek attention from all guys yang ada kat mana aku berada. Masa tu
zaman-zaman sekolah lah kan (belum matang..harap kebodohan aku ni
dimaafkan) Aku bukanlah jenis yang suka buat bising ke, huha-huha dengan
member aku, sebab aku ni teramatlah pendiam. Dan aku lupa macam mana
aku try nak biar lelaki nampak aku, dan setiap kali keluar then ada lelaki,
memang itu je lah yang aku fikir (bodohnya kan?) Bila lelaki itu tak perasan
pun pasal aku, aku cam kecewa (ok fine, sengal gak aku ni dulu) Tapi, lama-
lama, bila aku naik form 4, aku rasa aku dah dapat kuasa ! (BOBOIboy~~)
(-_-')

Aku dah dapat kesedaran yang tinggi dan telah mencipta satu falsafah hidup
aku sendiri (-_-') !! Aku cakap dengan diri aku;

"Kau jadi diri kau je, yang tak suka pergi mampos, yang suka bermaksud
dia betul-betul ikhlas dengan kau !"

...dan akhirnya sampai sekarang aku masih gunakan falsafah hidup aku ni.
Dan of course aku tak jadi bodoh macam dulu. So, aku nak share lah
kat korang semua. Sebab sekarang ni ramai yang berusaha sehabis
mungkin untuk nampak sempurna di mata semua orang. Korang kena
ingat, citarasa semua orang berbeza. Kalau kau ikut citarasa si A, si B
 dan C belum tentu suka. Kalau kau berjaya pulak ikut citarasa si A, B
dan C, yang D,E ,F, G,H sampai Z tu belum tentu akan suka jugak.
So, jalan yang terbaik adalah jadi diri kita sendiri saja. Buat apa nak
puaskan hati orang lain yang nampak kita pada masa itu je, baik kita
jadi diri kita sendiri dan biarkan orang suka kita dengan cara kita itu.
Barulah kita tau, mereka yang dekat dengan kita itu ikhlas berkawan
dengan kita, bukan sebab diorang tertarik dengan penampilan kita
yang plastik tu kan. (macam ni lah aku nasihat diri aku dulu) (-_-')

Jadi, korang tau apa yang korang kena buat supaya tak nak nampak bodoh
macam aku dulu kan? Selamat berubah ! Thanks for read this entry !
(n_n)

Tuesday, 25 October 2011

Akhirnya, ia tetap salah insan yang bergelar WANITA

Assalamualaikum readers :), Lihat tajuk entry?
Apa agaknya salah wanita?
Aku bagi lima situasi di bawah. Sila kosongkan minda dan baca
dengan tenang :
1. Lelaki usik-usik perempuan dengan kata-kata lucah
Kalau benda ini jadi kat anda, anda marah? Panas hati kan? Selalu yang aku
lihat dan dengar, bila perempuan dikacau macam ni, mereka akan marah dan
merungut. Lagi-lagi bila orang yang kacau kita itu adalah lelaki-lelaki yang baru
nak hidup (budak sekolah), geng-geng mat rempit atau pon kaki-kaki lepak di
tepi-tepi jalan tu. Rasa macam nak tampar je mulut sekor-sekor kan? Aku tak
tengok siapa yang mengacau, tapi aku TENGOK SIAPA YANG DIKACAU.
Aku selalu perhatikan, mangsa adalah perempuan yang free hair, dress up
seksi-seksi, package ketat + mampat + padat + nak terkoyak pon ada,
jalan depan lelaki berlenggok-lenggok cam cacing kepanasan. Itu adalah
type of woman / biatch maybe yang lelaki suka kacau. Dan selalunya yang
aku tengok, perempuan type macam tu lah yang selalu marah-marah bila kena
ushar cakap lelaki tu gatal lah, miang lah, tak sedar diri lah. Ko balik tengok
cermin, kau tu yang silap pakai baju adik oiii.... (-_-') hishh !

2. Lelaki berani cuit atau pegang-pegang perempuan
Ada perempuan yang marah bila ada lelaki cuit-cuit dia, tapi bila aku tengok balik
perempuan tu, hmm padanlah..Jenis yang tak kisah. Dress up pun macam gaya seksi
kat atas tadi tu hah. Manalah lelaki tak suka nak cuit-cuit. Comel sangat kot... (-_-')

3. Lelaki yang merogol perempuan
Semua akan cakap ini semua salah lelaki kan? Tapi cuba kita tengok siapa yang
menaikkan nafsu mereka ni? Takkan pondan lak kan ye tak? (euwww~~)
Dah tentu-tentulah insan yang bergelar wanita. Pakai seksi-seksi kat public,
tergedik sana tergedik sini, aku yang malu tengok kaum sejenis aku macam
tu. Tak malu ke? Bila kena rogol tau nak menangis, tau nak salahkan orang.
Kau yang tak reti jaga diri sendiri. Tak payahlah nak cakap kau sayang diri
kau sebab cara pemakaian kita dah mencerminkan kita ini macam mana.
Sebab itu, Islam sediakan panduan untuk umatnya dalam cara-cara berhias
supaya tidak melampau. Semua untuk kebaikan kita dan untuk menghindarkan
diri daripada semua keburukan ini Insya Allah.

4. Lelaki rogol perempuan tua / kanak-kanak
What a taste kan? Tapi tau tak ini semuanya disebabkan perempuan-perempuan
yang daring sangat untuk dress up like a biatch dekat public. Tak yah nak buat-
buat terkejut pulak. Yelah, dah lelaki tak dapat rogol engkau, dia lepas lah kat
siapa-siapa yang dia dapat time tu. Termasuklah kat nenek tua atau pon budak
kecik. Tak kesian ke? Memanglah tak kesian, sesetengah perempuan macam
kau ni bukan nya peduli benda-benda macam ni. Apa yang kau nak ialah enjoy
macam tak ingat mati. Astagfirullah al'azim.

Ini adalah peringatan untuk aku juga, dan untuk pembaca-pembaca blog ini
terutamanya yang bergelar perempuan. Anda adalah perhiasan di dunia ini.
Pilih je, nak jadi perhiasan yang tak ternilai atau pun nak jadi perhiasan yang
boleh dibeli kat kedai runcit RM2 tu? Dan kepada kaum Adam pulak, tak
payah nak rasa bangga sangat bila baca entry ini. Asalnya memang ia salah
perempuan tapi engkau lelaki, bukannya guna atau ambil kesempatan terhadap
kelemahan kami sebagai perempuan. Bimbing kami ! Lindungi kami !
Bukan tau nak merosakkan je !! Faham??!

Ada sesuatu yang aku fikirkan

Assalamualaikum readers. Harap semua sedang happy.
Dua tiga hari ni, aku rasa macam tak bersemangat.
Dalam hati aku macam ada sesuatu, dalam fikiran aku
macam ada sesuatu yang berat tapi aku tak tahu apa?
Aku rasa sesuatu yang aku tak tahu apa dan sesuatu itu
buat hati aku jadi sayu dan sedih. Kenapa?

Aku asyik
termenung memikirkan sesuatu yang aku tahu apa benda
nya tu. Bila aku dengar lagu sedih, hati aku bertambah
sedih, aku rasa macam nak nangis tapi kenapa tak boleh?
Aku tau aku jenis yang mudah tersentuh denga hal-hal
yang kecil, tapi sekarang aku dah tak boleh nak menangis.
Aku rasa rimas dengan perasaan sedih dalam hati aku ni.
Aku nak luahkan tapi aku tak tahu macam mana. Aku
tak boleh nangis ! Banyak yang aku fikirkan. Tapi air
mata aku tak boleh keluar. Kenapa?


Monday, 24 October 2011

It is game of ROBOTS !! ( REAL STEEL ) 15 photos

REAL STEEL
Siapa yang belum tengok lagi movie ni angkat kaki ????!!!!
Pergi tengoklah weyh, cerita ni sangat best. Aku tengok semalam (Isnin)
haruslah pergi bukan pada weekend kan, takut sold out pulak tiket.
So movie ni memang sangat terbaik !! Tak tau nak cakap apa lagi dah.
Korang mesti tengok movie ini okayyyy !!! (JERIT SEKUAT HATI >_<)
Satu yang sangat unik pasal movie ni ialah aku rasa macam aku bukan
berada dalam cinema sedang menonton wayang, tapi aku rasa macam
aku ada sekali di antara crowds yang ada dalam stadium dalam movie tu,
tengah tengok perlawanan hidup mati antara robot ATOM dan ZEUS !!
This is ridiculous babe, but in REAL STEEL...
ITS DAMN REAL !!! (jerit sekuat hati lagi >_<)

Okay, now aku nak introduce the robots pulak :

1. HUGH JACKMAN and his robot named AMBUSH !! (sorak~~sorak) 

2. Make some noise for NOISY BOY from Japan !! (whoaaaahh~~~ !!)
3. MIDAS ROBOT the Competitor

4. ZEUS THE FOREVER WINNER !! (..............amazing!!)

5. And the forever winner in crowd's heart is...
ATOM ROBOT !!!!
(stand up and shoutttttt aloudddd !!!! >_<)
He is the herooooooOOOOOOooooo !!!! (>_< ) <3

ada lagi robot yang lain tapi aku tak ingat apa namanya.
So, robotnya sangat gempak okayyy.

 Dan aku nak angkut robot atom dengan zeus ni kalau ada....errr dekat
AMCORP MALL agak-agak dah ada tak ea robot ni? Naakkkk !!!
Actually, aku bukanlah peminat robot tapi movie ni membuatkan aku
rasa nak beli robot-robot ni terutamanya ATOM tu hah...harap je robot
tapi muka dia caring...hahaha (-_-')

Okay, ni aku nak share beberapa scene dalam movie ni. Enjoy !!

other movie posters

OMG WATCH OUT !! ZEUS stares at you O.O'

battle scene between ZEUS and unlucky robot

Owh it seems ZEUS done his battle successfully !!

Charlie and ATOM ROBOT were practiced together ! Hiyarghhh !!

 and right now, in front of ZEUS...ATOM was ready..

 ..TO DESTROY ZEUS !! (whoaaaah~~~make some noise crowddd !!! )

BUT, remember...ZEUS are really hard to go for a second place.
He is the forever winner in WRC League and he is made from damn
of advance and superb technologies ! He is the mighty robot but...
ATOM will never give up.

 Did ATOM succeed to be the winner against ZEUS in WRC?
To destroy ZEUS until it become a worthless steel?
WATCH THEM IN THE REAL GAME OF ROBOTS...
THE REAL STEEL

Tips Hubungan Cinta Jarak Dekat

Assalamualaikum readers, ramai yang buat tips untuk hubungan jarak jauh kan?
Dan untuk itu, kepercayaan yang tinggi amatlah diperlukan. Tapi, dalam hubungan
cinta jarak dekat pulak macam mana? Ada yang cakap hubungan dekat camni
best sebab dapat selalu dengan si dia. Tapi best ke sebab ada pulak yang cakap
boring sebab selalu sangat jumpa. So how kalau dah memang yang dekat tu lah
yang anda suka?? Jadi kali ni, aku nak share tips sikit on how to
maintain relationship yang dekat dan rapat ni (-_-') hehe :

1. Jangan selalu belanja/mintak belanja makan
Biasanya, pasangan hubungan jarak dekat ni akan sentiasa bersama ke mana-mana,
termasuklah pergi makan sama-sama. Mereka akan kerap ber'dating' dan makan
bersama. Jadi, jangan pulak gunakan peluang ini untuk anda meminta belanja daripada
si dia. Hari-hari makan sama-sama, anda mintak si dia bayarkan. Lama-lama pasangan
'bengkok' lah pasangan anda itu, asyik kena bayar makan untuk dua orang je. Silap-
silap bila anda ajak dia makan lagi lepas ni, dia kerap cari alasan macam-macam. Anda
time tu mesti fikir yang dia dah berubah, mungkin ada yang lain, tapi hakikatnya mungkin
dia takot nak keluar makan dengan anda yang macam pisau cukur tu. We should give & take !
Belanja makan boleh tapi ianya untuk yang special-special saja, barulah rasa best camni :
candle light dinner~~~


2. Enjoy the tiniest thing
Yang ni selalu pasangan-pasangan lupa. Anda ingat kala bercinta, waktu untuk enjoy adalah
time korang ber'dating', tengok wayang, candle light dinner or time sambut anniversary saje?
Salah tau, dalam hubungan jarak dekat ni, anda akan kerap berjumpa dengan si dia, betul?
jadi bayangkan secara logik, kalau nak hari-hari buat contoh macam kat atas tu untuk enjoy,
gilalah. Kita ada jugak kerja lain nak dibuat kan. So tolak ansur sikit dan cari masa untuk
cover balik. The tiniest thing is how can u turn the bad times into a happy and sweet moments?
Contoh, motor si dia rosak, yang perempuan tolong jangan marah-marah, dia tak mintak pun
motor dia jadi macam tu. Macam aku cakap tadi, cari idea untuk change it into happy moments.
(n_n)

3. Jaga Batasan Pergaulan
Ini perlu. Kalau dah berjumpa hari-hari, mestilah anda selalu nampak si dia di mana-mana
pun kan. Si dia mungkin juga akan bersama kamu hampir setiap masa (especially untuk
mereka yang sama clazz dengan pasangan). Jaga pergaulan anda dengan clazzmates anda
especially terhadap yang berlainan jantina dan jangan terlalu mesra sangat.
Hormat yang si dia ada disebelah anda. Jangan tau
nak menggatal je (ni untuk perempuan dan lelaki) Aku tak menyebelahi mana-mana pihak
okay. Ada orang yang kalau dah couple pun, si dia ada kat sebelah dia boleh layan
orang lain (berlawanan jantina) sampai tak ingat. Mkan hati je lah si dia tu hah.
Then, kalau nak ambil berat pun, tengok dulu si dia macam mana. Contoh macam,
kau terserempak dengan clazzmate ko yang berlainan jantina, dan terus je kau perasan
dia macam tak sihat, sebab muka dia pucat. Dan-dan terus tanya, kau tak sihat ke?
Sedangkan si dia kat sebelah kau yang time tu tengah jalan dengan kau tu asyiklah terbatuk-
batuk, ada kau tanya? Ada kau kisah? Sedar sikit okay, benda itu pun kadang-kadang
boleh menyentapkan pasangan anda.

4. Percaya
Yup, ingat hubungan jarak jauh je ke yang kena ada kepercayaan ni? Jarak dekat
pun ada tau (actually semua hubungan memerlukan kepercayaan itu) Tapi maksud aku
dalam hal hubungan jarak dekat ini ialah percaya untuk memberikan kebebasan kepada
si dia. Bukan total freedom but atleast jangan lah kontrol dia sangat. Anda sudahlah
selalu ada dengan dia, mintak handphone pulak nak buat inspection mengejut, mintak
lagi password segala lamang soO sial si dia, then tak bagi pulak dia nak lepak dengan
member-member dia....Silap-silap si dia boleh bosan tau. Jadi jangan fikir itu adalah
the best way untuk anda maintainkan si dia menjadi milik anda untuk tempoh masa
yang lama. Beri ruang untuk dia berehat daripada memikirkan anda sekejap. Beri ruang
untuk dia bersama dengan kawan-kawannya sekejap. Macam anda, anda juga perlukan
ruang untuk diri sendiri kan? That is goes same with your partner. :)

Okay itu je aku nak share. Thank Q readers for read this entry.
Appreciate it (n_n)

8 Sikap Orang Melayu Paling Hot 2011

Assalamualaikum readers, Okay sebelum ada yang panas hati baca entry aku
kali ni, aku awal-awal nak bagitau yang aku tulis ini berdasarkan realiti. Okay,
so...8 Sikap Orang Melayu Paling Hot 2011 :

1. Tak Sabar
Bukti : Kerjanya nak langgar lampu isyarat tengah merah je, kalau tengah jem, asyik nak
tekan je bunyi hon tu macam kau sorang je yang nak cepat, dan paling aku
pantang kalau orang yang memotong barisan. Wa rase nak potong je itu
olang maa.....ni aku nak bagitau falsafah hidup aku, kalau kau nak berebut,
aku tak kisah, berebutlah korang but once you dah masuk dalam line, sila
jangan potong Q ! Biadap sungguh lagi-lagi kalau kau dah la tak beratur, then
terus potong Q makcik-makcik tua yang dah beratur lama kat situ tu pastu
buat muka selamber. Aku rasa cam nak tempeleng je tengok. Hish !  

2. Muka Perang
Bukti : Ada orang rasa yang kalau dia senyum, dia akan rugi satu juta ringgit ! Erk...
Betul ke? Betul ahhh...habez kalau dah susah sangat nak senyum. Muka
ketat, aku panggil muka perang. Yelah, orang pergi berperang kan muka
serius gila tahap dewa. (-_-') Satu lagi yang aku tak leh terima bila aku senyum
kat orang, then dia boleh buat dekkkk je?? Damn !! Rasa macam loser sangat.
Kurang hajar betul, payah sangat ke nak balas senyuman? Kalau kau cantik pon,
tak yah nak kerek sampai macam tu sekali lah kannn...grrr....
3. Kurang Ajar Dengan Emak dan Ayah
 Bukti : Baca paper, tgk berita, cari dalam internet. Berapa banyak kes yang menyedihkan
melibatkan anak kandung terajang ibu kandung?? remaja belasah ibu sampai koma??
remaja belasah ayah sebab tak bagi duit?? Nak lagi durjana punya anak...dah berani
bunuh ibu bapa kandung Astagfirullah al'azim...semoga kita dilindungi dan dijauhkan
dari perkara-perkara buruk ini amin~~

4. Tak Hormat Cikgu
Bukti : Aiii kalau dah mak ayah pon dia tak hormat, apatah lagi nak hormat cikgu??
Tak payah cakap lah, tengok je lah 'contoh terbaik' daripada dak-dak skolah
zaman sekarang. Masih ada respect lagi ke kat cikgu? Tau nak melawan je
kejenya. Homework kalau siap tak pe jugak, ini dah lah IQ tak berapa nak
tinggi, study malas, homework tak bersentuh, kurang hajar pulak dengan cikgu.
Keluar sekolah pergi daftar persatuan mat rempit, bohsia, pelacur, mat gian,
jadi gengster, jadi jahat. Sangatlah menyumbang kepada kebaikan negara (-_-')
hampeh !

5. Mengampu
Bukti : Kalau kau kipas sikit boss kau, lepas tu dapatlah naik gaji sikit, dapatlah
naik pangkat sikit. Pastu tak tahu buat kerja. Yelah dah naik sebab
mengampu, sah-sahlah bodoh..tau mengampu je..tak reti nak usaha
sendiri..dah naik pangkat, menyusahkan orang. Bodoh ! Dasar pengampu !

6. Suka Bergaduh
Bukti : Dah tak boleh berfikir secara rasional lagi dah, sikit-sikit nak bergaduh.
Awek keluar dengan jantan lain, bergaduh bertumbuk, ada geng
rampas kawasan, gaduh lagi, tersiku sikit je, pon nak gaduh jugak.
Yelah, gaduh bertumbuk tu cara paling efektif kot untuk settle masalah.
Kepala brain kau !

7. Gangster Wannabe
Bukti : Hahahah bunyi cam comel je kan?? Of course lah comel, dah tentu wannabies
nya terdiri daripada dak2 sekolah.. (err...dak sekolah lagi ke??) Yelah,
korang tengok balik, sape je yang belasah sapa??? Majority budak-budak
asrama okay. Latest news yang aku tau aritu, pempuan kena belasah teruk
atas kesalahan besarrrr iaitu SENYUM kepada salah sorang geng gangster
wannabe kat situ. Owhhh hot sangat kot, few days lepas tu kumpul geng then
panggil perempuan tu masuk bilik dan dibelasah cukup2. Takut kannnn??
Perempuan pon berangan nak jadi yakuza ker? Behave sikit okay, korang
sekali kena ngap dengan lelaki, baru kau tahu tentang erti penyesalan
(dialog kL gangster) (-_-') baru kau tahu yang kudrat kau tu bukanlah kuat
sangat. Setakat lawan bawak geng, face to face one by one lah babe.
Halahaiii....anak-anak zaman sekarang ni..Susah !

8. Tak Malu
Bukti : tengok dress up lah kan. Dedah sana-sini, tayang itu-ini. Owhhh tahniah
anda se'hot' Megan Fox.. entahlah padam word Megan itu, jadi anda se'hot'
fox...(-_-') oklah tu, hot jugak kan. Aku tak hot, aku loser, tapi apa aku peduli??



Sunday, 23 October 2011

An Hour to Live, an Hour to Love


 "If you had
one hour to live
and could make just one phone call,
who would you call?
what would you say?"

i've found this simple question since 2009
until now, i can't even answer it
will you?

Saturday, 22 October 2011

Rasa Bersalah Kat Alam Semulajadi

Assalamualaikum readers, yup seperti tajuk entry kat atas ni, aku bukan saja rasa
bersalah dekat manusia atau pun kat haiwan, tetapi aku juga rasa bersalah dekat
alam semulajadi ini. Aku ni memang dilahirkan sebagai pencinta alam (chewah), tapi
betul lah kot sebab aku suka mendekatkan diri aku dengan alam semulajadi. Kira kalau
dalam bahasa sasteranya macam bersatu dengan alam lah kan. Aku suka tengok
pemandangan cantik-cantik. Aku suka semua tentang alam ini, aku suka tengok air terjun,

tengok sungai-sungai yang mengalir, tengok hutan-hutan yang tebal dan hijau,
tengok pokok-pokok besar dan hijau yang tersusun tepi-tepi jalan,
hmmm...nyamankan? :) aku suka tengok bunga-bunga
yang tumbuh sendiri dekat semak-semak or dalam hutan, tengok tasik yang luas dan sejuk,
tengok langit yang biru dengan awan yang comel-comel tu,
 kalau malam pulak lagi indah.
Aku suka tengok bulan yang terang tu, dengan bintang-bintang,
 aku suka duduk sorang-sorang dekat dengan semua ni dan rasa angin segar bertiup kat aku.
Percayalah, ianya sangat-sangat nyaman dan menyegarkan.
Kalau ada kucing yang tengah teman time tu lagi best. Hehe...
 comelnye.... (>_<)

Aku memang sangat-sangat sayang kat alam semulajadi ni. Sebab itu, kadang-
kadang benda remeh pon aku akan marah dan panas je hati bila ianya melibatkan
sikap-sikap manusia yang tak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Bumi kita sedang dicemar dengan sebanyak-banyaknya !
 jangan sampai satu hari nanti, kisah kita sama seperti yang dipaparkan dalam
filem animasi Wall E, di mana semua penduduk bumi terpaksa tinggal di sebuah
kapal angkasa yang besar, jauh dari bumi dan mereka tak boleh balik ke bumi !
sebab bumi dipenuhi dengan sampah-sarap dan langsung tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan,
sungai, hutan dan segala alam semulajadi musnah sama-sekali.

Dan aku terasa jugak kehilangan bila King of Pop dunia telah pergi buat selama-lamanya.
Bukan sebab aku minat sangat kat dia, tapi sebab aku nampak usaha-usaha beliau masa
hidupnya, banyak yang melibatkan alam realiti termasuklah dengan alam semulajadi ini. Aku
sangat minat tengok video klip lagu 'EARTH SONG' dia tu. Ni pic dpd clips tu,sangat gempak !

Tapi, umurnya tak panjang.
(T_T) sedih sangat, aku risau. Dia sangat berani dan bersungguh-sungguh mempertahankan
hak alam semulajadi ini, tapi selepas beliau pergi, aku tertanya sendiri;

Who will be the next Micheal Jackson who is really cares
and protect the beauty of nature...
without thinking the profit and popularity only???

Aku?? Korang?? Ke Fasha Sandha?? (dia bz sgt dgn gossip dia, mana sempat kann)
Yup, semua orang tak peduli. Semua orang tak kisah. Setiap hari Sabtu, kita semua tahu
HARI SABTU IALAH HARI TANPA BEG PLASTIK
tapi korang tengoklah, ada beza ke? Semua masih tetap sama. Kempen itu ada macam
takde. Semua orang masih boleh dapatkan beg plastik dengan hanya bayar RM0.20
untuk setiap beg plastik yang digunakan tu. Apalah sangat bayar 20sen daripada kena
beli beg mesra alam yang harga RM5.00 tu kann. Semua orang fikir macam tu. Tak kisah
lah, kalau takde duit sangat, guna je beg yang korang ada asalkan ianya mesra alam
dan bukan plastik bising tu. Tapi semua orang tak kisah, tak peduli dengan semua ni.
Aku pulak asyik terlupa je, nak bawak beg ni bila keluar beli-belah pada hari sabtu.
Sebab tu aku cakap, aku rasa sangat bersalah bila aku terlupa bawak beg plastik tadi (hari Sabtu)
Aku rasa aku tak menyumbang apa-apa pon kat alam sekitar ni sebab aku masih gunakan
plastik untuk isi barang. Jadi, mulai saat ini, aku nak try practicekan amalan menggunakan
beg mesra alam tu bila pergi beli barang. Aku berazam bersungguh-sungguh, aku bukan
orang kaya yang boleh anjurkan event besar-besaran seperti 'Kempen Kitar Semula',
aku jugak bukan lah penyanyi seperti Micheal Jackson yang boleh menyampaikan
pesanan tentang pentingnya memelihara khazanah alam semulajadi ini di dalam bait-bait
lagunya, aku hanya seorang blogger yang boleh menulis di ruang aku untuk menyeru
kawan-kawan yang lain tentang kesedaran ini. Jadi, sama-samalah kita pergi beli beg
yang mesra alam tu untuk digunakan pada hari Sabtu. Mungkin bila dah terbiasa, barulah
kita boleh guna untuk tiap-tiap hari bila kita nak beli-belah (bukan setakat sabtu je)
hehe..haa kan seronok tu, kita wujudkan satu komuniti pencinta alam yang sayangkan
alam sekitar dan serius dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai pencinta alam.
Okay readers, TQ baca entry aku ni. Ni aku nak share design bag yang environmental friendly
ni kat korang. Even bag macam guni, tapi stylo babe..haha Jom ushar !
(maybe lepas ni aku nak wat contest pasal alam semulajadi pulak..menang dapat
beg ni kan...hmmm ok mesti masuk dalam list future planning nih..huhu :D)

No One Should Have To Suffer

Life means problems.
Trouble is a friend.
Sadness is enemy.
Laughing is the best medicine.
Everyone deserve the happiness.
Let imagine problems is the father of happiness.
If you can handle the father wisely,
you've might be with his son forever.
Everybody deserve the 'son'
because no one should have to suffer.

being happy my friends (n_n) !

Friday, 21 October 2011

Perempuan bodoh rebut jantan tak guna

Hello, apa nak jadi dunia zaman sekarang ni??
hari tu dah lah lelaki rebutkan pondan, sekarang ni perempuan rebutkan
jantan. Owh normalkah?? memang normal sebab hubungan mereka tak
songsang, tapi yang tak seronoknya ialah sebab mereka tu perempuan,
gaduh in public, terjerit-jerit maki-hamun mencarut kuat-kuat..weyh pempuan !
kau ingat cool sangat ke buat macam tu? Kau pikir jantan tu akan anggap itu
sebagai pengorbanan terbesar kau ke? Malu lah weyh, korang gaduh nak
tunjuk hebat, tapi sebenarnya korang memperbodohkan diri sendiri la weyh
orang duk gelak-gelakkan korang gaduh pasal rebut jantan, aku
rasa jantan yang kau rebutkan tu entah-entah pun tengah gelak macam
setan bila tengok dua pempuan bodoh berebut pasal dia yang aku
tak tahu lah berupa ke tidak..hadoii...Sial ah aku panas betul tengok video
tadi tu. Korang dah tengok? Check lah kt facebook korang, maybe ada friends
korang yang post video yang memalukan ni. Tajuknya lebih kurang macam ni:

Perempuan bergaduh rebut jantan di kedai kasut

aku malas nak cari link, korang cari sendiri, kang ada yang cakap aku promote
pulak. Hello aku tak promote okay, aku sedang komen dan mengutuk video
itu dengan sepenuh hati. Damn ! start video je scene terus tunjuk ada dua
orang girls ke biatch ke aku tak sure, sorang free hair iaitu awek jantan yang
dimaksudkan, dan sorang lagi bertudung yang kononnya orang ketiga. Uwekk
macam dalam novel. Geli okay ! (-_-') Then duk berperang mulut, maki-hamun
macam sial in public, malulah dowh. Orang-orang yang lalu lalang kat sekitar tu
tengok je kot. Lebih-lebih lagi lelaki yang tengok. Tak manis tau adik-adik, aku
rasa dak-dak sekolah lagi tu, tengok gaya dress up ala-ala mentah lagi. Haha...
Dress up mentah cam mane pulak? Dress up yang pergi mall ke, pergi bandar ke
pakai T-shirt short sleeves + tracksuit. Tracksuit okay, itu kan trademark diorang.

So, video tu agak lama sampai kan minah free hair tu beberapa kali kena lempangan
padu minah bertudung tu. Yelah, sakit hati betul dengar minah free hair tu duk
memaki hamun, tak nak mengalah pulak tu, kalau aku bukan lempang je, aku
terajang je kaki aku naik kat mulut biadap dia tu. (tak main ah tarik-tarik rambut)

Dan yang aku musykilnya, yang rakam tu aku rasa pempuan gak, so perlu ke
dirakam untuk diupload dalam internet? Atas tujuan apa? Nak malukan pempuan,
or korang nak rasa bangga yang korang ada di tempat kejadian masa tu? Bangga
dapat rakam dan upload then berjaya hit views over 1000 within a day maybe?
Sanggup pempuan jatuhkan maruah pempuan hanya sebab itu?? memalukan lah weyh
Aku tak tau ah, sakit hati betul aku tengok video tu, tapi mungkin bukan silap mereka
yang bergaduh tu, yelah budak-budak sekolah kan, belom matang lagi..hmm boleh
ke macam tu? Masing-masing tengah mencari identiti? Errr..yeke?? Next entry aku
nak cerita pasal budak-budak yang baru nak UP ni. Camne gayanya kan??
See you soon okay, thanx readers for reading this entry. (n_n)

BERGADUH KAT PUBLIC TERJERIT-JERIT SEBAB REBUT JANTAN
SANGAT TIDAK COOOL OKAYY 
! Pleaseeeeeeeelahh....



Wednesday, 19 October 2011

Sedih baca mesej daripada emak

Salam readers, aku nak bagitau yang aku baru habis presentation about my internship
training tadi. Agak ah kan janji pukul 2 petang, tiba-tiba bila baca balik kat notis tu rupanya
pukul 3-5 petang. Aku dengan member2 aku dengan tabah hatinya menunggu lah lagi sampai
pukul 4 lebih, baru lecturer datang untuk access kitorang. Amatlah sedih kan, Untunglaahhhhh
lecturer datang gak kan. Dan aku sangat lega sebab dah present, so tak yah susah-susah dok
pikir lagi pasal mende tu, cuma sekarang ni, aku kena improve lagi slide presentation aku tadi
dan hantar semula pada lecturer aku tu, sebab slide aku ade yang tak lengkap. Baikkannnn~
lecturer aku. Haha, nasib baik beliau baik :p so sekarang ni, before aku menaip untuk improve
slide tu, better aku menaip blog dulu sebab aku ada cerita sedih sikit ni...Wuwu :'(
_______________________________________________________________________

So, tadi lepas habis present aku pun cek lah phone aku, kot2 ada mesej ke sebab aku memang
silent kalau time class or presentation. Kenalah kann. So aku cek lah, dan ada mesej daripada
abah aku. Aku pun opened that message and read. Then tiba-tiba hati aku jadi sebak. Mak aku
kadang-kadang share phone dengan abah aku, so aku kenal gaya penulisan diorang, dan
daripada mesej tu, aku tau ia ditaip oleh mak aku. Dan aku tahu, sesusah mana pon diorang,
diorang akan senyap dan tak bagitau or takdelah sampai cerita kat aku dalam mesej on that time
jugak, kalau ada pon selalunya bila aku balik rumah or call baru lah mak aku cerita. Tapi mesej
tadi betul-betul buat aku rasa nak balik time tadi tu jugak.. :'( mesejnya berbunyi macam ni :

"Kesian mama dan abahkan...hujan, ribut petir...
cari rezeki untuk kita sekeluarga...hujan lebat ni"

Kenapa mak? Hujan lebat sangat ke? Mak kena hujan time niaga? Abah pon kena hujan ke?
Semua okay? Ramai customer tak hari ni? Hujan lagi ke sekarang ni kat sana? Dan bermacam
soalan lagi tertanya-tanya kat kepala brain aku ni. Terus aku diam time tu, hati aku sebak, sedih.
Rasa nak balik time tu jugak. Isk..Isk...serius aku TER'melinangkan air mata aku ni bila baca
mesej tu. 

Owh, aku lupa nak mention yang abah dan mak aku kerja berniaga kat pasar malam.
Jual popcorn dan ice blended. Niaga daripada pukul 4.30 - 9.30 malam every Monday until
Friday, hari Ahad niaga pagi pukul 6.45 - 11.00 tghari dan every weekend memang cuti hari
Sabtu. Memang kalau aku balik cuti, aku tolong mak abah aku pergi niaga. Aku tak sampai
hati nak tengok diorang pergi sendiri sedangkan anak-anak tau duk umah je tengok tv. Sebab tu
aku sedih, aku takde kat sana masa mak aku niaga tadi. Dan hari ni hari selasa. Aku tau, hari
selasa memang hari paling menagntuk kalau niaga, sebab takde orang. Tempat niaga hari selasa
tu kawasan orang-orang pendatang asing, so most of them tak tau makan popcorn. Imagine
kalau lebat cam tu hujan package dengan petir ribut semua, aku tak boleh nak bayangkan wajah
mak abah aku duduk kat bawah payung tu sambil tunggu customer yang entah berepa orang je.

Memang aku tak sampai hati. Aku sedih sangat tadi. Terus aku call mak aku, tapi cover suara
lah kan, tak nak lah diorang tau yang aku sedih. Dengar suara mak aku, terus aku rasa lega.
Sekurang-kurangnya, aku dapat teman dia niaga dalam telefon pon jadilah :) Emak dan abah,
nanti lynn cuti balik rumah, lynn tolong mak dan abah buat popcorn dan tolong niaga tau ! Hehe
 (n_n) thank Q readers sudi baca entry sedih ni..(n_n)

this is my family (pic adik xde time ni)


Tuesday, 18 October 2011

Kekuatan 'Bismillahirahmanirahim'

Ramai orang sekadar mengucapkan kalimah ini
kerana sudah terbiasa menyebutnya atau sebab lagu kumpulan Raihan
yang berbunyi macam ni;
"Dimulakan dengan Bismillah"
amalan ini memang digalakkan dan kita akan dapat pahala
InsyaAllah...
tapi apa kata selepas ni, kita ucapkan kalimah ini dengan yakin !
Sebab pada aku, kalimah ini adalah doa yang paling ringkas
dan jalan yang paling mudah untuk kita memohon bantuan
dan perlindungan daripada-Nya. Aku mintak maaf kalau ada
yang tak bersetuju tapi aku menulis ini untuk sharekan apa yang
aku rasa dan lihat daripada kalimah ini.

Setiap kali aku dalam
kesusahan atau pun sangat mengharapkan sesuatu yang baik itu
berlaku, aku akan mengucapkan kalimah Bismillahirahmanirahim
dengan sangat yakin di dalam hati,
bahawa ketika itu, Allah mendengar permintaan aku dan memperkenankan
permintaan aku itu. Paling selalu aku buat ialah time aku
kejar nak naik bas dengan my sweetheart, yelah kitorang
takde transport, so pegi jalan pon naik bas..hehe sesak dan ramai orang
dan aku ni jenis kesian tengok pakwe aku berdiri lama-lama,
so aku akan bersungguh-sungguh bila part nak kejar bas dan cop
seat untuk kitorang..haha..(korang tak perlu lah nak imagine okay.malu aku)
dan setiap kali tengah tunggu bas, nampak je kelibat bas yang kitorang nak naik tu,
aku akan ucapkan Bismillah sambil dalam hati aku cakap dengan yakin,
'dengan nama Allah yang maha penyanyang lagi maha pemurah'
dan terus aku cepat-cepat pegi ke arah pintu bas tu dan Alhamdulillah
selalu dapat tempat duduk even terpaksa berebut2 dengan ramai orang lagi
especially pendatang-pendatang asing. (-_-')

Dan Alhamdulillah, selama aku amalkan
macam ni, Dia mendengar dan memakbulkan permintaan aku itu..
hampir semua urusan aku dipermudahkan. :) Nampak tak?
Sebab tu lah, aku nak share dekat korang,
supaya korang pun akan amalkan lepas ni.
Tapi, jangan pulak merungut atau mengeluh jika tiada apa-apa
yang berlaku untuk membantu anda ketika anda meminta,
kerana Allah pasti mahu menguji anda terlebih dahulu
sebelum dia memberi sesuatu kepada anda.
InsyaAllah.. (n_n)

Tak rugi break up kalau dia dah selalu sangat curang dengan kita

Yup,semua orang pernah rasa putus cinta. Sama ada aku, kau atau dia, semua pernah
mengalami keadaan ini. Yang berbeza ialah sejauh mana keseriusannya dan how we
handle this situation. Sebenarnya, aku buat entry ni sebab aku baru dapat tau yang sorang
kawan aku ni baru je break up dengan pakwenye. Kenapa? Aku tak tau citer yang betul
tapi aku cuba pertimbangkan apa yang aku tau selama ni. Well, aku dah kenal lama jugak
dengan kawan aku ni, selalu gak dia cerita pasal pakwenye kat aku, cuma skarang ni masa
agak tak mengizinkan, so aku jarang lagi dah jumpe and bergosip dengan dia. Cuma
beberapa bulan yang lalu, aku sembang2 dengan dia. Dan entah macam mana time tu
dia ter'bukak' cerita dia dengan pakwe dia. Dan aku memang sangat terkejut bila dapat
tau mamat tu buat macam tu kat kawan aku. 

Kecurangan pakwe dia tu sangatlah melampau-lampau dan menyakitkan hati aku yang
memang cepat panas bila dengar cerita lelaki curang ni. Okay, bukan nak menangkan lelaki
sangat tapi, tengok jugaklah kan..pada aku kawan aku ni baik, boleh masuk kategori yang
ada sifat-sifat keperempuanan dan keibuan lah (ok harap2 dia tak bace blog aku, kalau tak
confirm kembang semangkuk..menyampah ! haha) dan pakwe dia tu dulu baik, cuma sekarang
ni entah lah, baru kenal dunia kot...agak culture shock sikit sampai agak lupa diri dan agak
liar kannnn......agak-agak ah kan bro, kalau nak berubah pun biarlah ke arah kebaikan, ini
ko makin teruk pulak, ape cer......? Kesian kat kawan aku tu, hari tu cerita sampai nangis-nangis
depan aku, aku pon join sekali lah..mana leh tengok member nangis, confirm aku pun nak
nangis tawuu....lembut hati sangat, adoyai pun... (-_-')

Tapi diorang putus tu aku meang dah leh agak dah dan tahniah untuk kawan aku tu sebab
aku tak tahu lah dah berapa lama dia pendam dan tabah gila and then finally, buat keputusan
untuk break up dan tinggalkan lelaki itu..HAHAHAHA (gelak jahat) bukan gembira tapi
errr...gembira sikit lah sebab aku support tindakan kawan aku tu..kalau ko bace blo aku ni
wahai kawanku (sape2 yang terasa lah), aku nak jerit kuat2 kat ko...
"YOU'VE DONE THE RIGHT THING BABY !!"

hakhak..chillah lah kan..orang lain yang tak tahu cerita sebenarnya maybe akan salahkan
kau, sebab kau break up dengan dia tapi pegi mampos lah dengan diorang punya anggapan.
Anggapan aku lagi pentingkann..hahaha...kalau macamkes aku dulu, memang salah dua-dua
sebab yang sana curang, aku pun boleh curang gak ahh...so xde isu sape yang permainkan
sape sebab dua2 buat, so it is fair kann...tapi, dalam hal kau lain babe sebab dia yang rugi,
dia tahu kau memang dah cukup baik untuk dia, tapi dia still dengan perangai dia yang
sangat culture shock dan curang itu kan,
so listen, ko tak rugi apa-apa pon babe, okayy...kot2 ko dapat Aoron Aziz punye pakcik ke
lepas ni kan...leh khawin grand2 sikit..haha.

(n_n) : my sweetheart sekarang ni sangat terbaik untuk aku, janji xnak cari lain dah
sebab sayang sgt kat dia..opzz! hehe <3

Friday, 14 October 2011

Kehebatan Tamadun Bangsa Melayu yang langsung tiada dalam syllabus sejarah

Assalamualaikum
Sumber : Majalah Mastika
Maklumat asal daripada : Zainal al-Johan
(wakil Persatuan Sejarah Malaysia & jurunasihat Adat Istiadat Negeri Melaka)

Okay, aku nak tanya sama ada korang betul-betul tahu yang bangsa Melayu ini hebat
satu ketika dulu? Tahukah kamu yang sebenarnya kita dijajah bukan kerana kekayaan
rempah ratus seperti yang tercatat dalam sejarah yang diolah dengan sesuka hati oleh
sang penjajah? Dan tahukan kamu yang kita ini sebenarnya dijajah kerana kehebatan
tamadun bangsa Melayu itu sendiri. Aku memang bangga jadi bangsa Melayu. Sebab
itulah aku perlu untuk berkongsi maklumat tentang ini. Ramai generasi muda yang tidak
pernah tahu dan tak tahu pun betapa hebatnya peradaban bangsa Melayu iaitu :

1. Orang Melayu Cipta Meriam
Meriam terbesar dicipta oleh orang Melayu dan diletakkan di dalam istana Sultan Melaka.
Namun, ianya telah dirampas dan dibawa ke Goa, India sewaktu Melaka ditakluki oleh
penjajah. Dan meriam itu masih ada sehingga kini, tetapi untuk membawa balik semula
artifak agung itu ke tanah air kita bukan mudah dan memerlukan kos jutaan ringgit.

2. Keris Tempa Melaka yang mengalahkan pedang Samurai
Kenapa? Sebab pedang Samurai dihasilkan daripada 12 campuran logam manakala Keris
Tempa Melaka itu dihasilkan daripada 21 jenis campuran logam dan sehingga kini, keris itu
masih tidak dapat ditandingi oleh mana-mana keris atau senjata. Dan bangsa Melayu telah
memiliki teknologi ini sejak lebih 500 tahun yang lalu.

3. Bangsa Melayu cipta jam 2 abad lebih awal
Masih ingat dengan Panglima Awang yang berlayar mengelilingi dunia suatu ketika dulu.
Dan dalam pelayarannya beliau menggunakan jam yang dicipta oleh bangsa Melayu dua
abad lebih awal daripada bangsa Eropah mampu mencipta jam.

4. Bangsa Melayu menguasai ilmu pelayaran lebih daripada bangsa Eropah
Panglima Awang berlayar di lautan tanpa menggunakan kuasa enjin dan tidak pernah
sesat ketika pelayarannya, sedangkan Kapten Columbus berbulan-bulan tersasar dalam
pencariannya mencari tanah datar Amerika. Kepakaran bangsa Melayu berlayar ini telah
wujud lebih lama sebelum bangsa Eropah mampu menggerakkan bangsa berlayar mereka
mengelilingi dunia.

5. Teknologi tentera haiwan menggantikan manusia
Sewaktu era kegemilangan empayar Melaka dulu, bangsa Melayu sedang bereksperimen
untuk membina pasukan tentera di kalangan haiwan yang boleh diseru, disuruh dan dipandu
arah. Tapi sayang, sebelum teknologi itu dikembangkan, penjajah telah 'mencuri' teknologi itu
dan mereka kaji dan guna pakai untuk kepentingan bengsa mereka.

6. Bangsa Melayu sudah cipta pemetik api di saat mereka baru berjaya mencipta mancis
Ketika bangsa Eropah sangat bangga dengan penghasilan mancis yang permukaannya
bila digores akan menyalakan api, bangsa Melayu telah pun berjaya mencipta pemetik
api yang diperbuat daripada tanduk dengan serbuk putih daripada pokok enau yang
bertindak seperti kerosin dan teknologi ini telah dikuasai oleh bangsa Melayu 600 tahun
yang lalu sebelum bangsa Eropah berjaya menghasilkan mancis itu.

 7. Bangsa Melayu cipta kunci mangga
600 tahun yang lalu,bangsa Portugis berjaya menghasilkan kunci mangga seperti yang
kita gunakan sekarang, tetapi teknologi ini telah dikuasai oleh bangsa Melayu sejak 2000
tahun yang lalu dengan menggunakan besi tembaga.

Macam mana? Anda terkejut? Tak percaya yang bangsa Melayu begitu hebat suatu
ketika dulu? Hairan kenapa semua kehebatan ini tiada langsung dalam subjek sejarah
selama ini? Ini semua kerana penjajah yang bertindak menghapuskan semua bukti-bukti
kehebatan tamadun bangsa Melayu. Beribu-ribu dokumen, buku, persuratan dan khazanah
bangsa Melayu telah dirampas oleh penjajah. Salah satunya ialah usaha Raffles yang membawa
catatan ribuan buku Melayu dalam kapal The Fame yang akhirnya terbakar di tengah lautan.
Bayangkan apa agaknya yang terkandung dalam ribuan catatan dan buku orang Melayu yang
hangus terbakar dan terkubur begitu saja di tengah lautan luas itu? Dan penjajah mengolah semula
sejarah baru untuk generasi akan datang iaitu kita untuk mempercayai bahawa mereka lah
yang terkuat dan bertamadun. Mereka mengubah sejarah sesuka hati mereka dari mata
pandangan mereka sendiri supaya generasi baru akan memandang bangsa Melayu
tidak ada apa-apa kekuatan dan mereka pula ada segalanya.

inilah En. Zainal al - Johan
untuk makluman, dia sentiasa berpakaian begini sejak 10 tahun yang lalu
dalam usaha untuk memartabatkan bangsa Melayu. Salute !

(Sekadar berkongsi maklumat dan gambar barang-barang di atas adalah gambar hiasan,
untuk keseluruhan artikel, sila rujuk Majalah Mastika November 2011)