Sunday, 8 January 2012

Anak Asset Ibu Bapa ke Neraka ??

Assalamualaikum and hi readers. Okay, tadi aku online facebook dan
ternampak sorang mamat ni shared satu video daripada uztaz Don Daniyal
bertajuk :

Okay, ini sangat menarik sebab tengok tajuk je dah buat kita macam
tersedar something yang kita ni sebagai anak-anak sangat-sangat penting
demi kesejahteraan ibu dan bapa kita.

Semua anak-anak sayangkan mak ayah masing-masing
(except yang durjana dan derhaka je lahhh tak sayang)



Fikir balik, macam mana cara kita sayang mereka?




Dengan doa, kasih sayang, atau dengan harta?



Sayang mak ayah dengan kasih sayang sahaja tidak mencukupi, tapi
sayang mak ayah dengan kasih sayang berserta doa adalah cukup bagus.
Tapi ramai lagi yang 'sayangkan' mak ayah mereka hanya dengan harta
semata-mata.







Selalu aku tengok dalam facebook, mereka tulis kat wall, mereka
sayangkan mak ayah mereka, untuk yang sudah tiada mak atau ayah
atau kedua-duanya sekali, mereka tulis di wall, semoga arwah sejahtera
di sana.




Tapi, bila melihat si penulis itu pula, aku terfikir, sejahterakah arwah ibu
dan bapa mereka di sana? Kalau melihat anak-anaknya yang masih hidup
semakin bergelumang dengan dosa dan maksiat?




Yup, anak-anak akan tanggung sendiri dosa mereka apabila mereka telah
mencapai akil baligh, tapi....




untuk anak perempuan, kita harus ingat....

ada empat golongan lelaki yang akan kita tarik bersama-sama kita di akhirat
nanti, sama ada ke syurga atau neraka...

Salah seorang daripadanya ialah ayah kita...






Jadi, kalau kita sayangkan ayah kita, 


anda semestinya tahu yang anda harus menarik mereka kepada ketenangan,
bukannya kepada azab sengsara.


Pesanan untuk semua dan diri sendiri yang bergelar anak :)






No comments:

Post a Comment