Friday, 20 January 2012

Kenapa Facebook Tak Sesuai Dijadikan Medium Untuk Berkenalan?

Assalamualaikum and hi readers.

Seriously, Facebook bukan ruang untuk korang berkenal-kenalan
dengan kawan baru atau lagi tepat dengan orang yang tidak
dikenali, sebab ?




1. Facebook bagaikan album peribadi korang


(upload segala bagai gambar daripada yang ayu dan sopan-santun hinggalah
kepada yang terdedah sana-sini tak cukup kain)



2. Facebook adalah tempat untuk korang memaki-hamun + mencarut

(buatnya orang yang tak dikenali tu, yang korang anggap sebagai kawan
baru tu sangat obses dengan politik, salah faham pulak kat status korang,
haaa...aku tak tau kalau kena print screen~)


3. Facebook adalah tempat anda mendedahkan rahsia sulit anda !

Ada 3 jenis rahsia besar yang ramai orang tak perasan sebenarnya,
bila ia didedahkan di Facebook, akan memudaratkan korang, iaitu :

iii. Relationship Status
Awas ! Orang yang korang approved mungkin seseorang yang berniat
jahat dengan hubungan bahagia korang. (O.o')


ii. Gambar-gambar

Walaupun hanya dalam gambar, setiap lekuk badan anda (perempuan)
tetap bernilai bagi pencuri-pencuri gambar yang tak bertanggungjawab!
Approved mereka yang tak dikenali dengan sewenang-wenangnya
seolah-olah korang menyediakan tubuh badan korang untuk tatapan
si mata-mata keranjang yang tak senonoh ! 



3. Status Updates

Approved orang yang tak dikenali, lepas tu dengan selamber update
status yang menyatakan secara terperinci dan tepat tentang segala lokasi
dan masa korang. Lagi teruk, ada yang mention alamat rumah dekat FB
okay. Memang lah ajal dan maut di tangan Tuhan, tapi kita kena elakkan.
Jangan lah mention benda-benda macam tu kat status ! Bahaya laahhh~





Aku tau, ada readers yang akan cakap suka hati lah, account aku,
suka hati aku lah nak approved sapa, nak kawan beribu ke apa...
Confirm mesti ada punya lah ! Tapi, ada aku kisah? Aku ingatkan
korang jer, sebab ramai kawan-kawan aku yang main approved
or add je sape-sape yang dia tak kenal. Meh sini aku nak bagitau,




Better Being Safe
Rather Than Pretend Hot And Surrounded
By So Many Unfamiliar Faces




Sebab tu lah, Facebook ni tak sesuai sangat kalau nak dijadikan medium
untuk korang tambah kenalan baru, better be negative sikit lah kan sebab
sometimes, negative itu perlu supaya kita alert dan berwaspada sikit.
Okay guys, pilihan kat tangan korang lepas ni sama ada nak approved
atau ignore orang yang korang tak kenal tu. 

Personally, Cici Tembikai pernah add aku kat FB, first aku approved
tapi entah lah, aku rasa FB aku tu terlalu private, hanya untuk orang-orang
yang aku kenal di alam realiti jer, so aku mintak maaf kat cici dan
unfriend dia balik. Even kami sama-sama perempuan, still, tak semua boleh
dibagitahu kat orang-orang yang baru kita kenal, macam tu je. Dan thanx
Cici, sebab hormat keputusan aku tu, tapi kami tak pon lost contact
sebab, kami still contact in blog :) Got it !


Banyak lagi cara nak tambah kenalan baru, dengan cara yang
lebih selamat, insyaAllah (n_n)
Thanx for reading this ! :)





7 comments:

  1. setuju la..
    takleh app orang sewenang sangat .
    bahaya ..

    ReplyDelete
  2. yana : thanx yana, betul tu, tp ramai je yg app and add sape2 yg dorg xkenal tau..

    ReplyDelete
  3. angkat tangan setuju!!.Naru dah delete sume gambar yang ade dalam FB Naru bahye ooo...

    Naru ni cepat percaye kat orang tapi tak de la sampai nak post butiran terpernci pasal Naru..tapi kawan Naru suke wat camtu..bhyenye la..lps kne stalker baru takut..seblum post x beringat huhu T^T

    ReplyDelete
  4. akak ! lame tak jumpe . jumpe ? haha -,- akak sehatt ? okayy . tatau akak bole tengok blog adik macam bese or tak lagi . hee :')

    ReplyDelete
  5. fatinah ! (n_n) haiii, a'a kan lame x 'jumpe', haha :p okay2 akk check blog adik jap ade ke x kt dashboard akak :)

    ReplyDelete
  6. -.- terkejotz i tetiba terbaca nama i babe -.-'' hahahah

    so true babe , i pun faham situation you . and i pun pilih kwn jugak -.-'' kadang2 musuh dtg berselimut -.-'' dah lah add nak stalk je -.-'

    ohh i penah private kan wall tetiba orang dok pm i kata bajet hot -.-' padahal selama ni tak penah chat . ha dah sah lah dia selalu jalan2 kat wall i kan -.-'' hampehh

    pic zaman baru nak up semua dah di prvate kan but still rasa bahaya , mana tahu kena hack ke -.-'' yg tinggal pic dgn beliau je kot , tp tu pun harus di tapis .

    ReplyDelete
  7. hahaha, ni nmenye surprised tak berbau :p sorry terkejutkan u :) hehe..ehh sakit apa beliau tu, nk panas pulak, suka ati kite lah kita nk private kan ke apa, nk hot pulak..lawak tol.. :p haha

    ReplyDelete