Saturday, 11 February 2012

The Sadness Video Games : Satu-satunya Game Terbaik Yang Misteri


Assalamualaikum and hi readers. Korang ni kaki video games atau
tak? Kalau ye, pernah dengar tak rumours pasal Sadness Video Game
ni ?? Aku bukan minat sangat main video games tapi aku rasa Sadness
game ni ada something yang lain daripada games yang lain !


Concept

Sadness Games ini diperkenalkan sebagai games yang unik dan
mempunyai survival horror yang real punya. Maksudnya, player
dalam game ni macam melalui kehidupan sebenar macam game
Resident Evil, ada jalan cerita, watak-wataknya hidup,
berbanding game action semata-mata.
 Dan Sadness Games ini bertemakan jalan cerita yang menyeramkan
dan menjadikan Slavic Mythology sebagai rujukan.


Lebih bermain dengan elemen ketakutan psikologi berbanding dengan
elemen keganasan. Ketakutan psikologi yang dimaksudkan adalah :

Narcolepsy : Chronic Sleep Disoder (gangguan tidur yang kronik)
Nyctophobia : Fear of the Darkness (terbayang-bayang apa yang akan
jadi dalam suasana yang gelap-gelita)

dan...

Paranoid Schizophrenia : Mental Disoder (akibatnya selalu berhalusinasi)


It means, selalunya games yang ada sekarang ni, musuhnya adalah
raksasa ke, monster ke, orang-orang jahat, robot-robot jahat,
paling glamour zombie lah. Kalau kita main, kita kena bunuh semua
yang jahat-jahat tu. So, target kita dalam games tu senang, sebab
semua target boleh dilihat, kita pulak boleh pilih senjata macam
senapang, machine gun, atau bom untuk hapuskan target.
(ini elemen keganasan)

Tapi, dalam Sadness Games ni, character/player yang kita main itu
akan diganggu oleh kesemua elemen psikologi ketakutan itu. Maknanya,
memang kurang elemen keganasan, tapi pemain akan diserang rasa takut
yang melampau. Menurut Nibris, orang yang
bertanggungjawab melaksanakan video games ini berkata, pemain
akan ternampak bayang-bayang atau pon lembaga yang menyeramkan,
tapi, dia sendiri tak pasti sama ada itu betul atau pon disebabkan
mental illness nya sendiri.

Jadi, tindakan pemain selanjutnya, adalah bergantung macam mana
dia atasi gangguan-gangguan psikologinya tu.


Dan untuk menjadikan video games ini lebih realistik,
senjata yang disediakan adalah terhad, jadi pemain kena bertindak
sendiri. Gunakan apa saja yang berpotensi untuk dijadikan senjata.


Contoh, pemain harus pecahkan botol kaca, dan gunakan
serpihan kaca itu sebagai pisau dengan menggunakan button yang
disediakan. Ini semua untuk membantu elemen seram itu ditonjolkan.


Lebih-lebih lagi, 
bila style games ini dibuat dalam 'gothic horror' dan grafiknya dalam
Black & White !!










Storyline & Instruction

Sadness Games ini berlatar belakangkan era Perang Dunia, di
Ukraine. Berkisar tentang seorang ibu yang bernama Maria Lengyel,
golongan aristokrat Victorian yang harus melindungi anaknya, Alexander
selepas kereta api yang dinaiki mereka kemalangan dan terkandas di
tengah-tengah pedalaman dan jauh dari bandar. 

Anaknya yang buta akibat daripada kemalangan itu, mula berkelakuan
pelik dan bertambah teruk.

Untuk memastikan pemain dapat merasakan mereka sebahagian
daripada game itu (be part of the game), beberapa feature dihasilkan
dan ia akan mempengaruhi minda dan emosi pemain.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/b/bc/Sadness_wii.jpg
Salah satu screen shot dalam Sadness Video Games yang
menyeramkan



Sadness Game Failed

Dirancang dan dibangunkan sejak 2006, mengambil masa empat tahun
untuk dijayakan. Sepanjang temph 4 tahun itu, para peminat video games
pastinya sudah tertunggu-tunggu saat game ini dirasmikan dan dilancarkan.

Satu-satunya game yang menggunakan elemen ketakutan emosi, yang
menggunakan grafik berwarna hitam putih ini pastinya memberikan
kelainan kepada mereka yang kaki games.

Namun, pada 2010, Nibris selaku owner project ini membatalkan
Sadness Video Games. 


Menurut temu bual bersama Adam Athur Antolski (Sadness Scripwriter)
berkata :


"Dalam tempoh pelaksanaan project, terdapat banyak yang diubah.
Salah satunya berkenaan tempat di mana scene dalam games ini
berlaku iaitu di Lviv (bandar besar di Ukraine), tetapi ada pihak yang
berpendapat bahawa tempat itu tidak realistik kerana watak ibu itu
boleh saja lari dan naik kereta api yang lain, dan selamat.

Tapi, pihak lain juga termasuk saya berpendapat bahawa itulah
tempat yang paling sesuai untuk tema seram untuk games ini :
Bandar lama yang penuh dengan bangunan-bangunan lama
zaman 18th Century."


Mungkin akibat daripada pertelagahan idea dan sebab-sebab lain,
akhirnya projek Sadness Game diberhentikan begitu sahaja.
Membuatkan ramai peminat video games terkejut dengan keputusan
dari pihak Nibris itu. Dan hingga sekarang, mereka masih berharap
agar games itu di-remake semula atau di-continue,


termasuklah aku....


...............................................................







No comments:

Post a Comment