Sunday, 29 April 2012

Ni Atuk Aku Ke Atuk Sape Nih?


Kami sekeluarga dalam perjalanan pulang ke kampung
masa tu. Umur aku masa tu sekolah rendah lagi lah.
Sampai kat satu kedai makan, abah aku berhenti singgah
untuk beli lauk.


Masa tu, aku, mak aku dan adik aku tunggu dalam keter
je. Mak aku suruh aku call nenek aku, mintak tolong diorang
masakkan nasi, sebab kitorang ada beli lauk, so kitorang
sampai nanti terus boleh makan sama-sama :)


Aku pun dail lah nombor rumah atuk aku, guna phone
ayah aku....



Truttttt....trutttttttt.......


"Hello......." 
kedengaran suara lelaki tua di hujung talian.
(pergh motif ayat aku bertukar jadi ayat novel plak ni)


Owh ye lupa pulak nak bagitau, tu suara atuk aku (n_n)
Lalu aku dengan gembiranya menjerit dalam talifon tu...


"Atukkkkkkkk :D..............Lynn nak balik rumah atuk
jap lagi...atuk masak nasi tau, kita dah beli lauk..."


Lepas tu atuk aku boleh tanya aku siapa? (-_-')
Grrrr...atuk ni !


"Ni lynn lah tokkk......"

"Lynn?" atuk aku tanya balik.

Ehhh atuk aku ni dah kenapa tak kenal cucu sendiri ke?

Aku jawab lagi, "A'ah lynn ni...."

"Lynn mane?" atuk aku tanya lagi.

"Lynn lah ni, cucu atuk....."

"Cucu atuk?"

Halahaiiiii, aku rasa macam nak bilang cobaan~cobaaaan saja
masa tu (>_<)


................................


Setelah lama atuk aku tanya aku siapa, dan penat aku bagitau
aku ni Lynn, cucu dia...Zupppp !


Handphone di tangan aku diambil oleh mak aku.
Lepas tu aku dengar mak aku ketawa segan silu sambil meminta
maaf.................




Ok ye, masa tu kan aku kecik lagi, dail no telefon malam-
malam pulak tu, manalah nampak, keypad phone abah aku
masa tu kecik sangat (ok salahkan keypad pulak, haha)..






aku bukan tak hafal no rumah nenek aku tu, tapi yelah,
dah tersalah dail kannnnn~ nak buat macam mane :p


Hahaha, lepas mak aku putuskan talian dengan 'atuk' aku tu,
mak aku cakap orang tu pelik, tiba-tiba aku telefon
cakap aku cucu dia, then suruh masak nasi pulak tu...


Hahaha, malu sungguh hamba masa tu~~ :p



Owh, sekarang ni atuk aku dah takde lagi...sekarang ni musim
bola. Teringat pulak aku, masa dulu atuk aku sanggup berjaga
malam semata-mata nak tengok bola. Dengan air nescafe dia
segelas besar tu, bila gol je nak bergegar rumah tu dia jerit, hahaha...

Atuk~~atuk~~~ :)



Terlupa Nak Tolong Ibu Bapa di Akhirat ?

Sedar tak,
 kadang-kadang kita terlupa
yang kita ni sebenarnya terlebih bantu ibu bapa kita di dunia,
sampai kita terlupa nak bantu mereka di akhirat kelak?


Sesetengah anak-anak, terlalu sibuk bekerja,
baguslah kerana mereka kata, untuk ringankan beban
ibu bapa di kampung....


Tapi, kita terlalu asyik bekerja sehinggakan solat dan ibadat
pun tunggang-langgang (Na'uzubillah)...Macam mana tu?


Tiap-tiap bulan kita kirimkan duit untuk ibu bapa kita di kampung,
tapi bagaimana dengan doa untuk mereka?


Jika kita sibuk sangat bekerja sehingga tidak solat, jadi bila
masa kita berdoa? Memang kita boleh berdoa pada bila-bila
masa tetapi selalunya kalau tak bersolat, mungkin jarang juga kita
sedekahkan al-Fatihah dan doa kesejahteraan untuk kedua
ibu bapa kita.


Memang kita boleh berdoa pada bila-bila masa kerana
Allah itu maha mendengar, tapi pada aku lagi afdal lah jika
berdoa selepas kita bersolat. Diri kita sedang suci, masih
dalam wuduk, mungkin lebih dekat dengan Allah, dan doa
mungkin senang termakbul, InsyaAllah :)


Bila ibu bapa kita meninggal dunia, hanya dua benda saja yang
dibawa masuk ke kubur, iaitu amalan...
dan doa anak-anak yang soleh dan solehah...


Anda sanggup kah membiarkan ibu bapa anda di sana
sehelai sepinggang tanpa doa-doa daripada anda untuk mereka?

...


Anak-anak yang bekerja bagus, lumayan pendapatannya,
sebulan mungkin sampai beribu dikirimkan kepada ibu bapanya
di kampung, tetapi.....adakah wang itu dikirim dengan pahala,
atau dosa sekali?


Lihat kerjaya anda.....Alhamdulillah kalau rezeki melimpah-ruah,
ringan beban ibu bapa anda...


tetapi lihat pula penampilan anda......
lebih-lebih lagi untuk yang perempuan :)


Memang dosa kita tanggung sendiri, tetapi kita sebagai
anak perempuan harus ingat !


Kita boleh tarik sekali ayah kita
yang kuat beragama, taat perintah Allah,
cukup solatnya, terjaga imannya,
ke dalam neraka jahanam...

hanya kerana kita sebagai anak yang hidup tak tentu hala 
macam orang Barat !


...



Yang lelaki, anda juga tidak terkecuali...


Jika ibu bapa anda telah berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencari rezeki, tetapi masih saja tidak cukup, masih saja ditimpa
pelbagai masalah, rosak itu rosak ini, sakit itu sakit ini, tak baik-baik...
 jangan salahkan mereka....
terutamanya ibu bapa yang patuh perintah Allah !


Mungkin semua itu berpunca daripada anda sendiri,
yang duduk di rumah tak pernah lekat,
duduk di rumah tak pernah sembahyang,
duduk di rumah tak pernah mengaji,
duduk di rumah tak pernah mendoakan ibu bapa langsung !


Malaikat tak masuk rumah~
Rezeki jauh sekali~


Macam tu anda kata sayang sangat kat ibu bapa anda?


...



....



....




Kita mati hanya membawa dua benda...

Amalan kita, sama ada baik atau buruk...

dan doa anak yang soleh....

"Semoga Tuhan mengasihani kedua ibu bapa kami sebagaimana
mereka mengasihani kami ketika kami kecil dulu"

Amin~~





Pesana Khidmat Masyarakat : Be Better For The Sake Of
Our Parent :)



Thursday, 26 April 2012

Kucing Comel Dapat Pasangan Seiras !


Assalamualaikum and hi readers. Jom, kali ni aku nak share
pasal kucing aku yang bernama Black Berry atau nama glamournya
Berry~Berry~Mon~~


Kucing ni asalnya bestfriend kepada kucing aku iaitu Oren.
Mereka berdua ni memang berkawan baik~


Tapi, sebenarnya si Berry tu je yang perasan lebih. Berry manja
gila dengan Oren~

....dan sebenarnya,selepas gambar di atas ni diambil,
terus Berry kena cekau/cakar dengan Oren, hahaha :p


Baru-baru ni, aku balik rumah, Berry ni dah ade girlfriend~~
Yang bestnya, boleh pulak dia cari girlfriend yang sama
sebijik macam dia........ (-_-')

Yang berdiri tu Berry, dan yang tengah duduk tu lah girlfriendnya.
GF dia bernama Berry Tina, yg bermaksud....errr...Berry Betina...

Ini Berry Tina.....
dan yang hensem ni Berry~



Haha, okay itu je cerita tentang Berry (n_n)
Semoga hubungan mereka berkekalan lah kann~ :p


Owh ye, baru je petang tadi ada sekor kucing jantan ngurat
Berry Tina..errr (-_-')



Saturday, 21 April 2012

Some of My Serious Skecthes :)


Assalamualaikum and hi readers. Ok, aku sangat mengantuk ni ah.
Tapi rasa macam nak update blog, cuma takde idea nak tulis apa.
So, entry kali ni aku just nak share je lah some sketches aku :)


Ok, ni sketches-sketches aku dalam buku journal aku, yang
mula-mulanya memang aku nak jadikan sketch book aku saje-saje,
tapi buku tu dah terjadi buku untuk tulis nota lak (-_-'), so ni certain
drawing yang sempat dibuat dalam buku tu (n_n)



Drawing tu diinsiprasikan oleh foto kecik kat belah bawah kanan tu,
aku tak tau kenapa aku sukaaaaaa sangat pic tu, so aku pon
abadikan lah pic tu dalam drawing aku...perghhh abadi sgt ! (-_-')



Then, aku nak buat drawing perempuan sedih tengah naik
buaian, mungkin kecewa kerana cinta......



...tapi entah tiba-tiba datang idea sengal aku, dan aku sambung kat
page sebelah, jadilah macam ni, hahaha :p




Kesian minah tu baru nak feeling-feeling bagai kan, sekali
tergolak tersembam kat tanah :p



Ni aku try nak buat hot girl~~~~~~


Owh ye, dalam drawing aku, aku suka guna rambut panjang
untuk perempuan yang tengah kecewa or sedih. Rambut pendek
pulak aku akan guna bila nak tunjukkan perempuan tu elegant
dan cool~~~ Ngehehe :p


 

Thursday, 19 April 2012

Eee Yucks Perempuan Pengotor !


Assalamualaikum and hi readers. Okay2 aku tengah hot sangat
ni dengan perangai certain kaum aku yang sangat tak
bertamadun, tak bertanggungjawab dan pengotor ! grrrrr...


Hari tu masa aku jalan kat Jusco, tengah lalu kat deret-deret
kedai dalam mall tu, tiba2 keluar sorang awek ni keluar daripada
Post Office yang memang ada dalam mall tu. 


First impression, daripada uniformnya yang ala-ala kerja
pramugari kat Air Asia tu, dengan hot mantap semua cukup ahh,
jalan pon catwalk bagai tiba2 dengan selamber badak kerbaunya
dia campak kertas kat tengah2 laluan tu....


Okay, mungkin dia dah terbiasa sangat dengan habit buang
sampah merata-rata sebelum ni, sampaikan bila dalam mall
yang lantainya selalu licin, bersih dan takde langsung sampah
tu pon kau nak cemarkan??


Eh come on lah minah, kawasan tu bersih tau, sampah
yang kau buang lak tu sangat menyerlah kat situ...Depan post
office tu ada kerusi untuk pengunjung berehat, memang ramai
yang tengah duduk situ dan menjadi saksi bila awek tu
keluar je post office terus baling resit tu ke tepi.....



Sungguh kurang ajar di situ, aku yang time tu tengah lalu kat
belakang ala-ala terkagum sampai rasa nak pukul je minah tu,
arghhh geramnya aku dengan orang yang buang sampah
merata-rata ni !!!!!


Pantang betul haku ! >_<


Ni lagi satu kes, yang memang dah beribu kali jadi.
Standard lah duk kat kostel kan, masalah-masalah di toilet
memang akan mengganggu ketenteraman jiwa dan minda.


Aku bukan nak malukan or jatuhkan kaum sendiri ke apa,
tapi hadoi.....kau dah basuh segala tupperware kau dekat sinki
tu lepas tu tak reti-reti ke nak bersihkan sinki tu semula??


Then before kau basuh tu, kau tak reti ke nak buang dulu
sisa-sisa makanan kau tu ke dalam tong sampah?? Ye lah
mungkin orang-orang jenis ni kat rumah lepas makan main
tinggal je kot, pembantu rumah yang kemas segala, kan?


Ini sangat lahhh menyusahkan dan mengganggu tau tak.
Aku nak sound orang tu pon aku tak tahu, yelah masuk-masuk
toilet je tengok sinki dah kotor camtu, tukang buatnya
tak nampak dah, cabut kot~ (-_-') grrr....


So, tu aku cakap, orang Malaysia ni ramai jugak yang
pemalas. Tengok lah kat negara kita ni ahh, macam-macam
kempen dah dibuat seperti Kempen Senyum, Kempen
Nilai-nilai Murni, Kempen Tandas Bersih, Kempen Jangan buang
sampah merata-rata, kan? Semua nak kena ingatkan, semua nak
kena kempen, bosan !


Cuba lah buat je sendiri, bertanggungjawab sikit, haishh...
Tak hairanlahhh kes buang bayi makin banyak~ Huh !


Tuesday, 17 April 2012

Inilah Dia Lukisan Termahal Di Dunia


Assalamualaikum and hi readers. 
 
Foto ini diambil oleh seorang lelaki yang bertuah bernama
Andreas Gursky's Rhine II. Pada awalnya, foto ini bernilai
$4.3 million, tetapi telah meningkat kepada £2.7 million !


Dan ini lah foto yang termahal di dunia itu :
 



So, korang rasa cantik ke foto termahal di dunia ni? :)


Personally bagi aku, aku suka ! Simple, clean, contrast,
peace, and just nice..hehe, cuma aku takdelah sanggup
habiskan duit camtu sekali kan (-_-')


Owh ye, foto ni jugak dah kalahkan pemegang rekod foto
termahal yang dulunya dipegang oleh err....beliau jugak melalui
karya fotonya ini :


Gambar ni bernilai $3.89 million,
okayyyyyy~~


Sebenarnya, dalam art ni ikut rezeki dan siapa yang memandang
dan menilai. Aku rasa kalau aku letak gambar ni dekat rumah
aku, memang kena kutuk je lah kan, sebab taste orang kita
ni dengan orang luar sangat berbeza.


Orang barat sangat menghargai art dan sangat mengkagumi art,
mereka memandang dari segi perspektif lain, tu yang kadang-
kadang sanggup bayar jutaan dollar untuk satu painting
yang kita tengok kadang-kadang tak faham pon mende...


Hehe, okay itu je, aku nak jual photo aku
RM 100 pon belum tentu dibeli kalau kat Malaysia ni,


HAHAH ! :P


Friday, 13 April 2012

Sejak bila aku minat dia nih ??


Hmm, aku pon tak tahu sejak bila aku jatuh cinta dengan
beliau nih....ehem2, bila aku cakap pasal jatuh cinta, 
aku sure ada someone yang dah tak senang duduk...
 
HAHAH ! Go to hell dear~


Okay lets go to the main topic here, aku rasa aku jatuh
cinta kat dia masa aku sekolah menengah lagi..Aku rasa
dia ada aura yang membuatkan aku berangan-angan nak
jadi macam dia. 


Yeahh, biasalah angan-angan budak baru nak up masa tu
kann~~~ :p


Aku start kenal dia dalam majalah Gempak....dia jadi
cover girl masa tu~


Uikk...aku jatuh cinta pada perempuan?? Hahaha...


Start daripada situ lah, aku mula follow perkembangan dia
nih. Memang style habis minah ni ! Heheh...


Then, aku teringat zaman-zaman tu jugak lah aku ada
admirer kat sorang lelaki ni haa... Muka macam vampire !


Lepas tu aku pon ada minat kat sorang ni, yang ni style gak, 
suara dia rock habis, rockstar gitu ! Whoa~ @_@


Ahhaaaaa, banyak benau yang aku minat ni haaa~~



So, basically kalau tanya aku bila aku start minat diorang ni,
aku pon xingat bila tapi yang penting, aku start minat
 
 
 
 
Avril Lavigne, My Chemical Romance dan Linkin Park
 
start masa aku sekolah menengah~


Huhuw~~~

Okay itu je, aku takde feel nak update blog sebenarnya, tapi
bila aku nampak je update status kat fanpage Avril :

"When do you become an Avril Lavigne fan?"


Terus otak aku berfikir dengan kencangnya, mengenang
kembali masa-masa kami bersama dulu~~


Hahaha, okay talking nonsense again, take care korang,
maaf masih buzy untuk BW di blog korang, wuwu...


Btw, thank Q kpd yang support aku, hmmm.... :')


Tuesday, 10 April 2012

Bye Bye korang (n_n)


Korang nak tau ape yang best dalam blogging ni?

:)


Bila ramai orang datang blog kita untuk baca entry,

Bila log in je ada komen, even satu dua je pon dah
happy...

Lepas tu, bila tengok followers kita semakin hari
semakin bertambah...

Happy sangat ! (n_n)


Lepas tu, blog kita macam rumah kita tau...
Kita hias, kita decorate cantik-cantik....

Sejak aku berblogging,
link first yang aku open bila aku cucuk broadband aku
ialah link blogger.com

Wajib ! Rindu kat blog...

Kita boleh tulis apa je yang kita nak, 
apa je yang kita suka, 
dan apa je yang kita rasa nak luahkan...


Macam sesetengah orang luahkan perasaan melalui art,
tapi kita melalui penulisan di blog....

Serius, aku seronok gila berblogging :)


Tapi guys, aku rasa dah xleh komitmen pada blog, 
banyak sangat kerja, dan aku nak delete blog
tak guna ni, hahaha ! >_<


Kepada loyal readers aku Zaza, Nong Andy, Gugu,
Fyfy, Fatieynah, Sarah Salleh, Naru, Reenapple, Cici
dan semua followers aku....thanx a lot of the ring my dear~


Koranglah yang bagi aku semangat untuk update
entry dalam blog ni,hehe...

Ok, take care bye (n_n)


Tuesday, 3 April 2012

Cerita Aku Dan Lipas.......Eeuwww !


Assalamualaikum and hi readers. Mata aku dah ngantuk dan
otak aku rasa macam dah penat, tapi aku belum boleh tidur
lagi sebab berlambak lagi kerja aku ni haa~


So untuk hilangkan tension wat keje nih, aku curi lah sikit
masa untuk berkongsi pengalaman aku dengan serangga yang
paling popular di kalangan remaja perempuan iaitu Lipas !


Ehem..ehem..ada aweks suka lipas ke? Kalau kat dalam bilik
ada lipas, confirm melompat-lompat atas katil sambil
menjerit-jerit kan? kecoh satu bilik, sebab ada lipas~ (-_-')


So, aku pon xsuka lipas. Sebab lipas menakutkan ! (O_o')
Tapi, telah ditakdirkan aku, mengalami peristiwa disgusting ini~~~

 ****************************************************

Satu hari tu, aku makan kat food court seksyen 2 shah alam,
tau je lahhh certain tempat bukan bersih sangat pun~

So, aku duduk lah makan dengan kawan aku. Meja kitorang
kat tengah-tengah masa tu. Sekitar tu pun bersih je. Makanlah
kitorang dengan aman.

Masa tengah makan tu, aku rasa cam something merayap
kat kaki aku. Masa tu aku rasa sekitar pergelangan kaki aku
lah. Aku cam eh amende nih, tapi aku biar je...

Tak lama lepas tu, aku rasa macam something pulak kat
betis aku. Attention, masa tu aku pakai jeans yg longgar sikit.
So, aku pun tepis-tepis lah, entah apa yang aku buat, yang
penting aku berusaha untuk menghilangkan rasa 'merayap' itu.


Aku tengok sekeliling. Ada orang kena kan aku ke, huhu,
tapi suasana masa tu nampak normal je..Hmm aku pon
sambung je lahh makan~~ (u_u)


Sekalinya something tu merayap dah sampai ke lutut aku,
terus laju tangan aku memicit benda alah itu, bayangkan
korang picit something yang berair dan fresh, siap terpercik2
lagi tu....


Masa tu aku dah Oh My God, amende nih????!!!!


Aku hentak-hentak perlahan kaki aku tapi laju-laju sampailah
something itu jatuh ke bawah...and guess what...


Ia adalah seekor lipas !!! 
Lipas besar !!!



UrgHHHHhhhhhhhhh !!!


Stress aku bila teringat cerita nih ! Serius aku cam nak
pengsan masa tu ! Hadoi terus tak selera aku nak makan.


Masa aku nampak je lipas yang jatuh tu, aku cam terdiam.
Aku jenis yang terdiam kalau terkejut gila...so aku diam je...
(O_o') tapi dalam hati dah menyumpah-nyumpah (-_-')


Start daripada tu, aku makin tak suka kat lipas. Serius weh
meremang bila fikir rupa-rupanya yang merayap kat kaki aku
sampai lutut aku tu ialah seekor lipas. 


Dan aku picit lak lipas tu sampai mati, dalam jeans aku lak tu....
owhHHHHH Myyyyyyyy !!!



(*_*) okay tu je aku nak cerita.
Moral : pakai jeans ketat, eh gitu pulak kan~ HAHAH ! :P

aku tak nak letak pic lipas dalam blog aku (-_-')




Sunday, 1 April 2012

The Hunger Games ! Best !!


Assalamualaikum and hi readers ! Aku tengok semua orang duk
cakap movie The Hunger Games best? So, untuk membuktikannya
best ke tidak, maka aku pergi lah tengok movie tu semalam~



Pada aku, citer ni sangat best dan memberi impak kat aku.
Impak apa entah lah, haha tapi bila keluar wayang tu rasa cam
nak beli tiket lagi satu dan tengok lagi citer tu :p


Cerita dia bermula dengan scene dalam desa-desa Inggeris yang
terpencil, di mana semua orang hidup miskin, serba kekurangan lah.
Ada 12 daerah/desa...


So, cerita ni tentang masyarakat bandar Capitol, yang aku rasa
agak gila (-_-'), telah melaksanakan The Hunger Games ni.
Setiap daerah akan dipilih 2 orang peserta, sorang lelaki &
seorang perempuan, dipilih melalui cabut undi. Kalau undi tu
tulis nama kanak-kanak, maksudnya kanak-kanak itu lahhh
yang akan masuk Hunger Games. 


Masyarakat desa-desa Inggeris tu semua memang takut bila
tiba hari pemilihan. Semua orang pasrah je dan berdoa supaya
diri dan ahli keluarga mereka tak terpilih untuk Games gila tu.


First tengok, aku dah macam rasa Whoa ! Gila betul lahh
masyarakat bandar dia, dengan fashionnya lagi..cam ni :


 Okay, maybe kalau korang tengok movie ni, baru korang akan
rasa diorang ni macam lain macam, masyarakat bandar dalam
movie tu memang trend dia pakai baju ala-ala magician yang
colourful gila striking, ada glitter2, eye shadow yang colourful
dan melentik2 panjang~, then lipstick dia sikit je calit kat bibir.


Senang citer, macam gaya fashion Lady Gaga bila dia perform
(-_-') Pelik !




Ada 12 daerah, so peserta ada 24 orang semuanya, termasuk
kanak-kanak.

Tak cukup 24 orang sebab yang lain extra talent je kot? Hihi~


So, rules games :

Masuk dengan 24 orang, sorang je akan jadi pemenang !
Dalam hutan, survive dan stay alive tak kira dengan apa
cara sekalipun, termasuk membunuh !


Sebab tu, semua orang berdoa agar tak dipilih untuk masuk
ke dalam Games ini. Seolah-olah memang confirm mati 
kalau terpilih masuk.

Suasana di daerah ke-12 saat pemilihan peserta untuk Hunger Games.
Games ni macam rancangan Survivor, ia dijadikan rancangan TV
yang boleh ditonton oleh semua orang desa or bandar. So, kalau
scene bunuh-bunuh tu, memang diorang lagi suka tengok (-_-')
 




Everybody's watching......
Killing each other to win !


(jangan ada orang gila buat games ni kat Malaysia sudah..
haishhh mental betul)