Saturday, 12 May 2012

Kalau dah bukan rezeki kita...


Sejak petang tadi, perut aku dah mula menyanyi-nyanyi memberi
signal kepada aku bahawa beliau sudah lapar...
tapi aku buat dek jek sampai lahhhh lepas magrib tadi
aku betul-betul lapar !

lepas solat terus aku siap-siap pergi koop beli makanan..
Koop aku best~~~

Ada jual bihun, nasi lemak telur mata, nasi lemak ayam,
burger, dan pelbagai lagi yang mengenyangkan..hihi

Dek kerana dah lapar sangat, maka aku membeli
nasi lemak ayam dan bihun, dua sekaligus untuk dimakan
jap lagi dan tengah malam nanti...

Hahaha, siapa yang kenal aku memang tau lahh yang aku ni
jenis makan banyak, tapi maintain je slim world..hakhak :p

So, dah berpuas hati dengan apa yang aku beli tadi, aku
pon naik lah tangga nak ke bilik aku...

Dekat level, terserempak dengan levelmates aku, Mascommers..
diorang ada buat event siang tadi dan ada buat makan-makan
sikit, so tadi ada lebih 4 bungkus..

Dari jauh, dia tanya aku...

"Lynn, dah makan belum?"

Aku nampak kat tangan dia ada 4 bungkus nasi. Dalam hati aku
cakap ni mesti dia nak bagi kat orang yang belum makan lagi ni.
Hahaha...

tapi kat tangan aku sendiri dah pegang makanan kannnn....
 Kalau aku jenis yang tak malu, memang aku boleh je
mintak nak satu, hahaha

tapi, keseganan terlampau tinggi kan... :p


So, terpaksa lah cakap, aku dah beli makanan...

Ish3...kalau lah aku bersabar sikit tadi, confirm dah memang
rezeki aku lah nasik free tadi tu, ngahaha manusia kan~~
siapa yang tak suka barang free..hihihi (n_@)

Itu lah namanya, kalau dah bukan rezeki kita ye tak...

OK, dah lapar gila pon sempat lagi update blog, bye..
Jemput makan semua~~~

 

No comments:

Post a Comment