Saat aku menaip ni, tinggal lebih kurang 3 minggu
Hanya tiga minggu.
Memang sekarang ibarat zaman perang student-student art.
Berperang dengan keinginan untuk tidur, tengok movie,
berhuha-huha VS final project yang melambak belum siap lagi.
Haha ! :D
Ya. Degree show 2 minggu lagi.
Tapi aku nak tulis tentang tempoh yang tinggal 3 minggu tu je.
Hanya tinggal 3 minggu saja,
untuk kita bergelar sebagai seorang pelajar.
Mungkin ada yang continue to master tapi semua tak kan macam dulu.
Kita dah habis belajar.
Lepas ni, kita susah nak jumpa, jarang dapat macam dulu masa study.
Kita dah habis belajar.
Lepas ni, masing-masing bawa haluan hidup masing-masing :')
Jauh.
Masing-masing jauh.
Sibuk.
Tak sama.
Teknologi ada tapi tetap tak sama.
Anda setuju?
Sekarang ni, mood aku dah ala-ala graduation. Dengar lagu graduation tu
dah rasa touching lebih pulak, mengalahkan rasa nervous untuk ke degree
show :p
Aku rasa macam baru semalam, aku jejak kaki ke Uitm Melaka.
Diploma berlalu pantas, 3 tahun rasa kejap je. Kemudian, sambung
degree, dapat lagi kawan baru, clazzmates baru, rasa macam
semalam je jejak kaki kat Uitm Shah Alam.
Rasa macam semalam je konvo diploma, ni dah nak habis degree.
Haha, sedihnya :)
Tak sangka aku dah nak habis belajar.
Serius, dengar lagu graduation time-time mood macam ni memang
boleh nangis..hadoiyai (-_-')
Tiga minggu je lagi...
Hihi.. T_T
Damn !
apsal touching lebih pulak ni, tak sedar diri Academic Writing ko
belum siap lagi lerr Lynn Damya ! Nak kena fikir tema dinner lagi
nanti nak pakai baju apa...
ada ke patut tema 'Wannabe' ??
hmm....
ah.. tahniah. nanti dah dpt keja jgn lupa nak update blog pula :D
ReplyDelete