Monday, 13 August 2012

Masalah Broadband Tak Berapa Nak Kering


Yaaa~~~~broadband aku sekarang ni memang basah. Lembap aje.
Punca aku tak dapat hupdate blog aku dengan sewenang-wenangnya.
Memang menyampah. Kadang-kadang rasa geram sampai nak cicah je
broadband ni dalam air Nescafe panas, dan kunyah-kunyah ia sampai
lumat. Malangnya, broadband bukanlah sejenis kuih apatah lagi kuih raya.


Banyak aku nak update, malam tadi nak update entry sedih kononnya
sempena hari raya, tapi bila dah tulis tu, hati jadi lega dan aku delete balik, 
sebab bila dah lega, aku rasa tak perlu dikongsikan. Hahaha
Apa jenis prinsip lah ni.. (-_-')


Owh lepas tu kan, aku dengan semangatnya nak buat dodol doodles lagi
untuk rakan-rakan yang excited nak sambut raya, tapi tu lah....photoshop
aku sekarang ni tengah digunakan secara maximum untuk mendesign
banner wedding untuk akak sedara aku. So, adobe Photoshop aku pun
secara automatik menjadi lembap juga.


So, entry tentang doodles itu bertukar menjadi draft sahaja. Mungkin
raya tahun depan baru publish..Hahahaha...


Owh ye, rakan-rakan blog aku memang baik hati. Bila aku update entry
sedih, ramai yang bagi semangat. Uhuk-uhuk~~ terbatuk-batuk dan
terharu aku membacanya. Terima kasih korang :') Untuk follower baru,
pon terima kasih sudi jenguk blog aku. Sangat membakar semangat untuk
terus menulis blog. (n_n)


Okay lah, itu je setakat ni. Wa nak siapkan banner..Uhuk-uhuk mate
ngantuk :( Line pun lambat, tunggu dapat duit raya baru boleh bayar
insuran nyawa broadband ni..Semoga penyamaran aku menjadi kanak-kanak
pada raya tahun ni menjadi, hahaha...


Lai..lai...duit raya~duit raya~~~



3 comments:

  1. haahah.cianberukband kau jd mangsa kerakusan kau..keepitu writing.jgn sedh2 ;D

    ReplyDelete
  2. duit raya duit raya ... lalalaa ~

    ReplyDelete
  3. Sarah : hahaha tau xpe kann :p

    Gugu : jgn lupa duit utk aku tau, haha :p

    ReplyDelete