Sunday, 18 November 2012

Bukan sekadar universiti...


(hasil karya clasmatez kitorang, Mat : Kami di-cartoon-kan mengikut final project kitorang.
Aku buat berkaitan dengan skateshop, so nampak tak belah paling kiri yang girl terbalik pegang deck
itu adalah icon aku, haha)


Universiti Teknologi Mara
ia bukan sekadar sebuah universiti
Ia tempat di mana aku
Mengenali erti sebenar
tentang kehidupan
Tentang tanggungjawab
Tentang susah dan senang
dan juga tentang kasih sayang

Masih segar dalam ingatan aku
Kali pertama jejak kaki ke alam diploma
Aku ingat aku sorang je
Budak perempuan dalam kelas tu
Suspen jugak fikir,
macam mana aku nak survive ni
Kalau takde clazmates perempuan?
Hmm..rupa-rupanya, ada..
Cuma diorang
Berkumpul dekat tempat yang jauh sikit
daripada tempat aku tu..
Fuh, lega rasa~~

Minggu pertama,
dah pandai keluar pergi bandar
Masa outing itu lah,
aku dapat kawan-kawan
yang kononnya 'family'
ada gelaran along, angah, adik
dan aku
digelar 'achik'
cuma yang aku tak sangka,
masa kitorang keluar tuuuu lah
Berlaku sesuatu yang aku
tak pernah expect langsung
Haha..
biarlah cuma kami yang tahu :)

Teringat lagi,
kenangan di studio,
kenangan di cafe,
kenangan di hostel,
kenangan di pasar malam,
kenangan di dewan makan,
kenangan di tepi tasik, 
even dalam tasik pun ade kenangan

(sudah direndam, ditabur tepung pulak, tunggu nak goreng jer, haha)

(-_-') Hahaha~
Sebab masa buat birthday party classmates,
beberapa orang clazmates lelaki
telah menjadi mangsa korban
dan dicampak ke dalam tasik
yang sangat bersih airnya tu~~~
HAHAHAHAHA ! (>_<)

Dan yup,
teringat jugak birthday party member yang lain
Yang diatur oleh pengatur yang setia
iaitu 'Bunga Sejambak'
termasuk lah pengaturan untuk birthday party aku
Terharu sangat masa tu
Hihihihi...

Bila melangkah ke alam degree,
semuanya tak segila alam diploma
Pemikiran dan idea seolah-olah disekat
Nak buat itu tak boleh,
nak buat ini tak boleh,
Agak biased sikit,
rasa macam agak tak dipedulikan oleh orang atasan
Memang rasa di anak tirikan
Memang,
rasa lain..
Dah lah aku lain kelas dengan 'yang itu'
Rasa poyo bila sebab tu pon
aku nak menangis,
Hahaha... :p

Degree,
memang lain
Yang dulu rapat,
rasa macam jauh,
yang dulu tak pernah bertegur
tiba-tiba sekarang jadi bestfriend
Alhamdulillah,
'kami masih lagi..'

Degree,
memang mencabar
Dengan subjek-subjek yang aku
ibaratkan macam pil-pil tidur
Kalau pergi rasa mengantuk
Kalau duduk dalam kelas tu lama-lama
boleh overdose,
memang mencabar
Report ! Report ! Report !
Proposal ! Proposal ! Proposal !
Damn~~

Pulak tu subjek pil tidur tu
subjek yang memerlukan kedatangan
yang konsisten
tapi even aku jarang ponteng pun,
tetap kena tanya orang lain jugak
Sebab aku rasa macam...
apakah lecturer ni ajar (-_-')
Eh...
jarang ke aku ponteng?
Hak.hak..hak..

Tapi even macam tu pun,
aku ada seseorang
yang merupakan
Pil perangsang aku
Selalu mengomen, memberi idea, mengkritik dan membetulkan
segala tentang assignment aku
Dia jugak ibarat macam
Minyak yu yee cap limau
Selalu hilangkan pening
dan sakit aku
Bila aku rasa stress
pasal assignment
dan dia jugak
ibarat sang badut
Yang mengiburkan
dan melayan saat aku sedang sewel
Pun disebabkan oleh assignment..
Hahaha (n_n)

Banyak !
Banyaaaaak gila benda yang tak boleh nak lupa !
Dulu, masa nak masuk degree,
benda yang paling aku ngeri
ialah buat Thesis

Sepatah haram pun
aku tak tau
menatang apakah itu?
Yang aku faham,
Thesis tu
boleh membunuh !
Hahaha

dan yeeeeeeee....
memang aku rasa nak mati
masa buat Thesis tu
Owh aku tak boleh nak ingat semula
Betapa bersusah-payahnya
Aku bermalam di fakulti
Selama beberapa hari,
dengan makan snek-snek yang
langsung tak mengenyangkan
Wuwuwu...
Lagi time bila Thesis tu
tiba-tiba bertukar format,
masa tu serius rasa
macam dah nyawa-nyawa ikan
Semput bila ingat semula..
Dah lah time tu
aku tak sihat..
Ish3...

Tapi, Alhamdulillah
semua itu sangat berbaloi..
Sangat-sangat !
:)


Soon..
A week later,
I'm officially graduated
and it's the beginning
of the new stage of my life
The stage that requires me to be more serious
More commitment
and thousand times more stronger
then before..

This is just
the beginning...
and I'll believe in myself,
...
I
can
do
it
!
:)






6 comments:

  1. Huwaaaa, miss my old buddies too. Kalau orang kata kita rindukan Uitm kita bukan rindukan Uitm sebenanrya tapi kita rindukan kenangan di sana. Huhu. Congrats in advance for graduation

    ReplyDelete
  2. fifie : ah i can't reach ur blog sbb bb blom bayar, haha next time okay dear..owh ya i agreed! haha when i said i miss Uitm, it mean the memories and the fun, hihi :D

    ReplyDelete
  3. wah..congrts kamu...lyeen x sbr nk cpt2 habis study tp ofkos akn rindu juga dgn time2 study dgn kgkwn lama..T_T

    ReplyDelete
  4. aku dah lupa whether aku dah komen ke tak..ehehe. Tapi aku rasa mana2 tempt yg kitapergi lebih3 lagi yg ada kenangan yg kita tak akan lupa sepnjg hayat, kita akan ingat temot tu sampaibebila.. ehehe.

    tak tahu apa yg aku merepek ni. Sila layan aje.. ekekek

    ReplyDelete
  5. Cik Lyeen : hehe welcome (n_n) mmg rase nk hbis study cepat, tp bila dh kerja, rse rindu zaman study dulu tau..wuwu

    Reenapple : hahaha xpe, aku faham ape yg ko merepek ni, and aku setuju dgn kau :D

    ReplyDelete
  6. wahh...tahniah2..widget yang mana yer?

    ReplyDelete