Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 31 January 2012

My Handmade Photo Frame !

Memperkenalkan, frame gambar hasil kerja tangan saya pada masa lapang.
Segala corak dan pattern pada setiap frame dilukis sendiri menggunakan pen
khas, dan ia ditentukan sendiri oleh anda untuk memilih corak yang anda suka!


Kelebihan frame ini ialah ianya ringan, environmental friendly, boleh digantung di
mana-mana, unik dan limited edition sebab anda boleh pilih corak yang anda nak!

 Boleh digantung pada hiasan dalam rumah seperti ranting kayu ini :)

Ini adalah contoh-contoh lukisan pada frame mengikut tema :



Terdapat juga photo frame yang berangkai macam ni :

Untuk frame berangkai, ketiga-tiga frame akan mempunyai corak/pattern
yang hampir sama supaya seragam, contoh macam ni (tema Lace) :




Berikut adalah tema yang avalaible setakat ini :


Okay, itu saja. Sesuai untuk dihias di rumah / dijadikan hadiah.
Ingat ia limited edition, hanya anda yang ada corak anda sebab anda yang
tentukan. Support saya ! (n_n)

Terima kasih


Makin Tua, Makin Kejar Harta


Assalamualaikum and hi readers. 

Korang setuju tak kalau aku bagitau yang manusia ni, makin tua sebenarnya
makin tak matang perangainya. Dari apa yang aku nampak, kebanyakannya
makin memikirkan standard, harta dan pangkat. Nak contoh? Okay,macam ni :

Makcik Senah seboleh-boleh nak buat majlis khawin anak perempuannya
segrand yang boleh, nak buat secara besar-besaran dan havoc gila, sebab..
tak nak kalah dengan Makcik Joyah, merangkap jiran yang baru je lepas
buat majlis khawin anaknya secara besar-besaran minggu lepas.

Memang setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya, tapi yang
kebiasaanya yang kita nampak zaman sekarang ni, kepentingan anak dah
tak difikirkan lagi, tak peduli anak mampu ke tidak, bakal menantu tu penat
lelah cari duit nak pinang anak dia, yang penting, majlis kena grand, baju dan
hantaran kena tip-top, semuanya gara-gara ibu-ibu yang pentingkan standard
diri sendiri. Tak nak kalah dengan jiran sekampung. Bagus ke macam tu?

"Ha, kamu ni dah habis belajar, cari duit dulu, jangan terus-terus nak khawin
je, biar mak kamu rasa kereta besar, TV besar, barang kemas semua tu haa..."
kata Makcik Lijah kepada anak perempuan makcik jual bawang kat kedai
runcit taman perumahan anak sedaranya.

Ok fine, terang-terang dah nampak sangat otak dia asyik fikir harta untuk
dibuat modal untuk menunjuk-nunjuk kat jiran. Kenapa tak cakap, cari duit
untuk bawak mak ayah pergi ke Mekah untuk tunaikan haji? Nampak sangat
lah, barang kemas sampai ke lengan tu lagi penting kan, datin-datin sekalian~ ?

Lagi satu, bukan salah besar pun kalau khawin awal, kalau dah sampai seru,
khawin je lah. Jodoh dah sampai kan, kata nak elak maksiat dan pembuangan
bayi~ Tapi, kenapa ramai orang yang dah berumur ni tak setuju dengan statement
khawin awal / khawin muda ni? Ish, mestilah risau, harus paksa anak-anak belikan
peti asi 3 pintu dulu, tukar set sofa baru kat rumah, belikan Tv sekeping kat rumah,
beli kereta besar gedabak then parking kat tengah laman, supaya satu kampung
boleh nampak...kan?

Aku tak bercakap untuk semua, ini hanyalah segelintir yang mana aku selalu
nampak dan dengar. Rimas ! Sampai aku tertanya dalam hati, makcik-makcik
ni makin tua, makin lupa diri pulak. Harta yang disibuk-sibukkan, harta yang
dikejar-kejar, lepas tu niat untuk menunjuk-nunjuk. Kan dah tambah dosa sebab
riak dan takbur tu. Semoga makcik-makcik Joyah, makcik Lijah, makcik senah
semua tu sedar-sedar lah diri sikit dan hidup dengan berlandaskan syariat Islam.

Kalau nak buat majlis khawin tu, buat lah ikut kemampuan. Takkan nak buat
grand, then esoknya pengantin baru pulak yang ikat perut sebab berhutang, 
semata-mata memenuhi impian makcik-makcik sekalian untuk buat majlis
besar-besaran. Sepatutnya kita ni hidup bersederhana dan selalu bersyukur :)

...

...

...


Owh ye, aku baru update blog artwork aku, klik image bawah ni :

Tadi, tengok Tv dengan mak aku, keluar iklan shampoO...then mak aku
cakap, cuba lynn bela rambut panjang pulak, mak nak tengok camne..

(-_-') aku rambut panjang? 
Mampukah?


Huhu, okay itu je untuk entry kali ni, thanx sudi baca ya (n_n)


SEGMEN : SEDETIK LEBIH BERSAMA IBU DAN AYAH


Jarang ada segmen macam ni, jom join dan ingat semula kenangan kita
dengan parent kita :) (click banner di bawah untuk join)


 Mama. Aku panggil mama dengan panggilan emak. Emak saya hanya
suri rumah sepenuh masa, tidak seperti sesetengah ibu yang bekerjaya,
tapi dia seorang ibu yang sangat penyayang :)



Banyak sangat kenangan antara kami, tapi tak ada satu pun yang aku lupakan.
Sejak kecil lagi, emak aku berulang-alik di jalanan. Aku ingat lagi, masa aku
darjah 6, nak UPSR. Pagi, hantar abah ke tempat kerja, balik rumah memasak,
kemas rumah, tengah hari, pergi sekolah aku, bawakkan bekal, temankan aku
makan sebab aku tak ramai kawan dulu. Lepas tu, mak aku tunggu pulak aku
sampai habis kelas tambahan, kemudian kami solat bersama di masjid dan mak
hantarkan pulak aku ke sekolah agama. Dari jam 3-6.30 petang. Mak aku tunggu
kat car park, luar gate sekolah aku. Mak aku tak balik rumah langsung, sampai
aku balik dari sekolah agama, mak ambil pula abah dari tempat kerja. Masa tu
aku tak kisah sangat, tapi bila aku dah besar, aku terfikir, betapa bosannya menunggu
sendirian sehari suntuk macam tu, selama beberapa tahun. 
Tapi mak tak pernah mengeluh... :)




Setiap malam, aku kena siapkan kerja rumah yang cikgu aku bagi. Paling aku
tak suka ialah subjek matematik, sebab aku kena belajar dengan abah. Dulu,
abah ajar garang gila, aku selalu kena marah dan kena cubit kalau tak dapat
jawab..haha ada satu kali tu abah aku denda aku suruh ketuk ketampi 20 kali
tapi aku tak nak, degil betul. Aku berdiri je sampai 20 minit sebab aku seboleh-
boleh tak nak ketuk ketampi okay :p 




Lagi satu, dulu masa kecil-kecil kan kena
hafal sifir, mak aku buatkan buku sifir untuk aku guna manila kad, dan dia tulis
satu-satu sifir 2 sampai sifir 12, untuk aku. Sebab abah aku dah tetapkan tarikh
untuk aku baca sifir depan mak abah aku. Kira buku sifir tu mak aku buat supaya
aku bersedia dan senang nak hafal lah. Haha..mak..mak, ingat lagi masa malam
sifir tu, mak abah aku duduk atas kerusi, aku pulak kena duduk berlutut macam
orang Jepun, tapi bukan betul-betul depan diorang, agak dalam 1.5 meter camtu.
Rasa macam masuk court ! (-_-') Banyak gila abah aku soal sifir, aku dah nak nangis
sebab ada yang aku terlupa, nasib mak aku bagi hint dengan isyarat jari, hahaha...
Bila fikir-fikir balik, sebab ni lah aku hafal sifir dengan cepat..hihi..
(owh masa ni darjah 3 ye)




Paling best ialah bila aku kena denda 100x ketuk ketampi dengan mak aku
sebab asyik salah baca time mengaji al-Quran. Aku dengan adik aku memang
kena belajar mengaji setiap kali lepas solat Maghrib. Satu malam tu, aku dengan
adik aku asyik tersilap baca je, mak aku dah geram gaknya terus dia suruh kami
ketuk ketampai 100x. (-_-') Hahaha, sampai sekarang aku mesti tergelak bila
teringat pasal ni sebab lepas je kitorang selesai ketuk ketampi 100x tu, kaki ni
dah tak boleh berdiri tegak, even time jalan pun rasa macam nak terhenjut-henjut.
Sengal betul, kalau korang nak rasa camne rasanya, try lah ketuk ketampi 100x :p
Hahaa...tapi, Alhamdulillah, berkat mak aku mengajar kami tu, sampai sekarang
kami reti baca al-Quran :)




Pasal abah aku, aku memang panggil abaahh... :) Hehe, aku memang manja sikit
dengan abah, selalu aku buli abah time aku makan. Kalau ada udang, aku akan
mintak abah yang tanggalkan kulit udang tu, sebab aku malas ( kejam betul aku )


Abah aku ni dulu hidup dia susah, sangat susah...mungkin sebab tu dia taknak
bagi aku dan adik hidup dalam keadaan yang mewah dan senang. Biarlah kami
susah-susah dahulu, biar kami tahu macam mana rasanya susah kan :) Abah aku
ni jenis lembut hati. Aku ingat lagi, masa kena rotan dengan mak, abah aku yang
stop kan semua tu :) Abah aku tenang orangnya :)




Paling terharu ialah masa aku dekat diploma dulu, aku tak dapat balik rumah,
kira lama jugak lah aku tak balik rumah. Then, mak mesej aku, bagitau abah
tidur kat bilik aku malam tu, sebab dia teringat kat aku. Serius abah aku memang
tak pernah tidur kat bilik anak-anak dia, terus sayu aku dengar... :'( Tak pernah
abah rindu anak dia sampai macam tu sekali...wuwuwu



Abah aku dulu kerja di bank, tapi dah berhenti sebab tak tahan dengan tekanan
orang atasan. Sekarang, abah menyara kami sekeluarga dengan berniaga popcorn
dan ice blended di pasar malam. Abah tak macam rakan-rakan sekolahnya yag lain,
semuanya dah berjaya mendapat kerja yang bagus-bagus, dan aku tahu, jauh dalam
hati abah rasa malu dan segan. Sebab, setiap tahun abah aku mendapat jemputan
reunion daripada kawan-kawan sekolah dia dulu, tapi setiap kali itu jugalah abah
tak nak pergi. Mak bagitau aku, abah segan sebab dia berniaga pasar malam je...




Tapi abah, lynn harap abah tau yang lynn tak pernah nak mempertikaikan kerja
abah ni, lynn sendiri pon seronok berniaga (n_n) Lynn tak pernah rasa malu nak
bagitau abah dan mak saya, berniaga kat pasar malam je..sebab lynn tak rasa
ramai orang yang berpeluang dan bertuah dapat rasa pengalaman berniaga macam
ni, hehe :) Lagi satu yang aku sedih, abah aku masa pergi konvo diploma aku
hari tu, (mak aku cerita), abah aku tengok-tengok lelaki yang duduk kat sebelah
dia, lelaki tu ayah seorang student jugak tapi tak tahu lah siapa, tapi mungkin dia
ada kerjaya yang bagus, sebab dari segi penampilannya nampak macam loaded.
Then, mak aku cerita, abah betul-betulkan baju abah, mungkin dia nak nampak
segak macam bapa orang lain juga...(nak nangis dah ni)


Okay lah, sebelum aku menangis, better aku habiskan entry ni. Jasa dan
pengorbanan ibu bapa kita semuanya sama, jaga dan menyayangi kita, bezanya
pada cara dan bagaimana mereka meluahkan dan menunjukkan pada kita tentang
rasa itu. Itulah antara kenangan yang paling aku tak dapat lupa antara aku, emak
dan abah. Lynn sayang semuanya :)

Ni gambar family aku :

adik, mama, abah dan aku (n_n)


Okay, aku tagkan kepada


Okay, sesiapa yang tidak ter-tag, kalau korang terpanggil untuk sharekan
kenangan dan pengorbanan terbesar yang parent korang buat demi korang,
sila kan :) Click banner atas ye, thank Q baca entry ini (n_n)


Saturday, 28 January 2012

10 Gambar Perkhawinan Dengan Tema Yang Menyeramkan di Malaysia


Assalamualaikum and hi readers. Semalam aku dah buat entry pasal ni tapi
aku tak letak gambar sebab aku sendiri seram nak tengok, yelah sebab aku
tulis entry tu tengah malam kan, so agak meremang sikit bila tengok lama-lama.

So, sementara tengah siang ni, aku buat semula entry pasal ni dan share
terus gambar-gambar menyeramkan tu dengan readers sekalian okay :D

Tema : The Walking Dead / Zombie

Photographed by : Critical Episode (FB)

Sinopsis : Kisah sepasang pengantin baru yang menginginkan sebuah percutian
          berbulan madu yang menjimatkan dengan memilih sebuah resort 
                    terbiar sebagai destinasi mereka. Dan tanpa mereka sedari, resort yang
                    kelihatan usang dan kosong itu sebenarnya didiami mahkluk yang lain...














Korang nak tak gambar khawin nanti buat macam ni? Kalau aku diberi
peluang untuk buat satu wedding photoshoot yang ada concept macam
ni, aku rasa aku tak nak lah jai zombie, aku nak vampire/gothic style~
Hehehe, ini sekadar suka-suka saja, gambar wedding yang normal tetap
ada kann :) Tapi, kalau tengok betul-betul cara editing dia, memang sangat
style ! I like~~ (n_n)

Okay, thank Q sudi baca..hehe

Being Unique Among The Rest (Degree Show Jan 2012)

Assalamualaikum and hi readers. Kali ni aku nak share sikit pasal Degree
Show student Part 6 (Graphic). Degree Show ni ialah suatu exhibition besar-
besaran di mana student akan menunjukkan The Final Project dengan
menggunakan segala kepakaran dalam bidang Graphic. Faham? Bagus~ :D


Before aku balik cuti sem, aku sempat pergi ke fakulti jap untuk tengok
artwork-artwork diorang, not bad, ada yang impressive, ada yang okay,
dan ada juga yang biasa-biasa. Biasa-biasa I mean bukanlah tak cantik
atau tak berguna, maksudnya artwork itu macam yang kita dah biasa tengok
sekarang ni. Tapi tak kisah lah kan :)


Cuma, ada satu artwork ni yang aku rasa lain daripada yang lain

(O_o)
Style gila !


Lama aku berdiri depan meja student tu...

...


...



Design by Ken Kamaruddin @ Nur Kamar Asyikin


Miss Invisible Campaign

Tagline : "Bullies, Bullied or Bystanders, Which One Are You"

Description : Encourage the victims or student who in the school bulliying
circle to be brave to take move against it and not letting them self being
the people's punch bag for any longer. Tell them that being unique is not
something to be ashamed.


(-_-')


Okay, macam ni...orang yang kena buli ni kebiasaanya akan mengalami
rasa rendah diri yang melampau, dan kalau yang dibuli tu pulak jenis yang
low of self-esteem, mungkin dia akan mengalami trauma sebab dia dibuli
berulang-ulang kali, lama-lama dia akan jadi stress dan tak mustahil untuk
bunuh diri !

Jadi, kempen ini diadakan untuk memberi semangat kepada mangsa-mangsa
buli ni, dengan menanam rasa percaya pada diri mereka bahawa mereka ni
special dan supaya mereka rasa kuat untuk melawan pembuli-pembuli ni semua.

Ok, jom kita tengok gambar lain :)

Designer menggunakan pendekatan emosi untuk menarik perhatian remaja.
Dia menggambarkan rasa takut dan trauma yang dialami oleh mangsa buli,
seolah-olah dia memberitahu; 'Kalau tak nak jadi macam ni, makan vitamin ni'


Ini vitaminnya ( actually ini hanya gula-gula, diimaginasikan sebagai 
pemberi semangat kepada mangsa buli ), yang warna putih tu stickers
Cara minum vitamin @ gula-gula pemberi semangat (n_n) :



dan yang paling menarik perhatian :




*Aku tak tau nak explain macam mana, tapi Miss Invisible Campaign ni
menggunakan pendekatan psikologi yang mana hanya mangsa buli yang
boleh feel semua ni. Kita mungkin tak pernah kena buli jadi kita mungkin
tak tahu kenapa nak kena guna vitamin, kenapa nak kena buat darah-
darah macam tu, tapi bagi mereka, itulah simbol penderitaan mereka :)

(cheh, aku cakap macam faham pulak kan, hihi)

Harap maaf kalau ada tersalah maklumat tentang Campaign ni

That's all, thanx for reading this (n_n)


Friday, 27 January 2012

*1ST G.A. BY NURFERL: SAYA SEORANG PENULIS BEBAS DAN SAYA RASA HEBAT !!*

Assalamualaikum and hi readers. Lama aku tak join pape dalam blog ni.
Tadi aku BW, terjumpa lah segmen ni, nampak cam menarik, hadiah pon
menarik + sweet ! So, terus aku tertarik-tarik untuk join :p

nurferl~ 

GA ni dianjurkan oleh sweety girl yang telah pun berpunya, hehe...
(click banner tu klw nk tau lebih lanjut)

Dia tanya aku, kenapa aku beriya-iya sangat nak berblogging sedangkan
banyak lagi benda berfaedah yang boleh dibuat. Hmm, kenapa ye...?



....

....

....

....

....

....

....

....

( 1 jam kemudian.....)



...

....

....

....

....

....

....

....

....


Arrghhhhhh !!!!


...

...

...
...

 Di suatu pagi yang hening, aku terkebil-kebil memandang siling dan
kipas angin yang sedang berputar laju. (yelah, baru bangun tidur,
mamai lagi) Tiba-tiba, handphone aku berbunyi, aku tersenyum, mesti
pakwe aku mesej bg goodmorning ni ! Terus aku check inbox dan baca.

" Tak elok lah tulis status kat facebook macam tu, awak tu pempuan,
tulis lah elok-elok sikit "

(-_-')

Pagi-pagi dah kena marah :( Spontan aku teringatkan status aku yang
mengandungi unsur-unsur carutan 18Sg di facebook malam semalamnya.

Aku mengeluh sendirian, sambil bermonolog dalam hati,
"ala, habis nak tulis kat mana. Dah geram sangat nak maki, tulis je lah...
hmmm....."


**************************************

Aku duduk kat kerusi sambil makan makanan kucing aku, sedap gak (-_-')
Aku berfikir pasal apa yang pakwe aku cakap tu, betul jugak. Facebook
semua orang baca, jadi aku kena lah berhati-hati kalau nak update status
lepas ni. Tapi, arhhhhh tak boleh lahhh....

Banyak benda yang aku nak tulis kat status tu, kalau boleh nak buat essai
sekali, tapi.....kan ke panjang benau nanti ?
Haishhh.....camne ni, nak tulis diary malas..tersangatlaahhh malasnya !
(aku suka tidur je)


***************************************


Aku tengah asyik ber'online' di facebook, stalk orang sana-sini (ini tipu),
hack orang sana-sini (ini lagi lah tipu), tiba-tiba aku ternampak kawan aku
post sesuatu kat wall dia.


....

....

....

Hmmm....macam best !


....

....

....

Menarik ! 


....

 ....
Dia post blog dia !

Daripada situ, aku sangat tertarik untuk buat blog. Aku rasa blog adalah medium
yang paling style untuk aku luahkan rasa dan pendapat aku, di samping share
kegembiraan aku dengan orang lain.Aku sangat teruja sampai merayu-rayu
mintak tolong dia ajarkan aku buat blog, tapi aku segan sebenarnya. Then, aku
pon belajar sendiri sikit-sikit, sangat excited bila ada orang sudi follow blog
kita ok, sangat memberi semangat untuk terus berblogging. Then aku start
mengenali perkataan blogwalking, cbox, shoutbox, dan segala bagai yg ada
dalam dunia blog ini.

(n_n)


Aku berblogging ni sejak bulan August 2011, belum genap setahun pon.
Masih baru, dan aku sangat seronok berblogging ni, sebab :

1. Aku boleh luahkan apa yang aku rasa sesuka-suki hati je
2. Aku boleh share artwork aku kat sini
3. Aku boleh share pengalaman aku yang mungkin tak berpeluang
dirasai oleh orang lain
4. Aku suka baca blog orang lain dan komen sekali
5. Aku suka menaip ! (rasa mcm kerja detektif) hahaha :p


Aku rasa macam panjang pulak entry ni (-_-')
Korang rasa panjang tak?
Berapa centimeter ek? Hahaha
Okay, jangan lupa join tau...(n_n) Thank Q !






Thursday, 26 January 2012

Mixed Feeling About Future After 23


Assalamualaikum and hi readers. Again with the midnight sadness :(



Hmm, this lately, I keep thinking some kind about my future.

"What's happen next?"

"What am I going to be?"

"What if I forget that, and do this?"

What if I just do that, and forget this?"

"What about that, what about this....."



Yes...
those big questions keep running in my head. Hmm..sighs~


My dream?
Yeah, of course I have a lot of dreams !

I wanna be somebody that good in designing,
and at the same time run a business so that I can be called as
successful entrepreneur~

But, wanna be good in designing....
I have many ideas, but I don't have enough time to create it..
At home, I just wanna helping my parents..I'm just wanna help them too much
until I'm not thinking to make a design at all...it's just help my mom & dad
flea market..that's fit me!

Next dream, entrepreneur.....I'll just need to move a step, then it will start..
But, people will asking what the purposed of Art & Design scroll that I've
got ? Hmmm....if they're able to understand what I'm going to explain to
answer that question, it will be easier...but, people...they keep judging and
mocking...heh~ (u_u)



So, what am I going to do?
I don't know..every steps that I've took, will be witnessed by hundreds eyes
If I'm success, they're will be the great relative...
But if I'm not, they keep make me down...


One of my weakness, give up easily....


Sometimes, I just thought that I think too much, but if I'm not
thinking, who'd will be thinking about me?


Me, my life, my mistake, it should be my lesson, but people keep
interrupting others life~


Seriously, I wanna be an entrepreneur by applying all the knowledge
of art that I've learned. That's all thank Q..



Confused girl, 
Damya




Tuesday, 24 January 2012

Diari Gadis Popcorn : Macam Mana Popcorn Boleh Jadi Colourful ?

Assalamualaikum and hi readers. Sorry, aku lama dah tak update
pasal DGP ni. Huhu maklum lah aku sangat obses dengan Running Man
sekarang ni, nak wat apa pon tak bley~~

Okay, dalam siri lepas, aku ada bagitau popcorn terhasil dari biji jagung.
Ni biji jagung nya, comel je (n_n) :


Kalau korang nak tahu, biji jagung ni akan diproses di dalam mesin popcorn.
Yang korang tengok mesin popcorn kat cinema-cinema, itu versi yang lama.
Family kami order design yang baru, macam ni bentuknya (n_n) :

Kiri : Bahagian atas mesin tertutup ketika popcorn sedang dimasak.
Kanan : Bahagian atas mesin dibuka untuk menjatuhkan popcorn dari
periuk ke bawah :)

Pandangan atas mesin : Bila popcorn dah masak, ia akan meletup-letup keluar
daripada periuk tu, masa ni agak bahaya sikit sebab kalau terkena popcorn
yang baru keluar tu, sakit gila :(...selalunya, bahagian kulit yg terkena popcorn
tu akan menggelembung sikit, sebab panas. 

Tapi, kalau aku masak popcorn ni kat gerai time pasar malam, masa ni
lah yang orang-orang selalu tunggu. Kadang-kadang orang yang lalu-lalang
tu ter'stop' depan gerai aku, sebab nak tengok popcorn tu meletup keluar.
Hehehe (n_n) aku pon dulu jakun gak, suka tengok :p




Tapi...............





Macam mana pulak boleh jadi colourful macam ni pulak kan ??

Untuk pengetahuan korang, popcorn ni keluar jadi colourful macam ni sebab
ianya akan dicampur dengan bahan pewarna masa proses pemasakkan beliau.
Pemasakkan................(-_-') ?


Basic pewarna yang selalunya terdapat kat pasaran hanyalah :

Merah, Hijau, Kuning dan Biru


Ngehehe..... (n_@)

Jadi, sebagai art student, harus guna kreativiti sket kan, maka terhasillah
warna-warna yang lain iaitu :

Orange, Dark Purple & Light Purple, Dark Green & Yellow Green, Pink,
Gold, ...even kelabu / hitam pon pernah jadik tau, tapi itu sebab
aku tersalah campur warna (-_-') Alaaaa....sorry lah mak, abah... (cuak)



So, itulah sebabnya popcorn jadi bewarna-warni.
Ada pape soalan lagi? Sila tanya di ruang komen ye, thank Q (n_n)

Owh akan datang aku akan introduce kat korang popcorn-popcorn aku.
Popcorn aku ada ketua tau, ikut warna. Macam sukan-sukan kat
sekolah dulu~~~~ Hahaha (n_n)
Okay, dah habis, terima kasih sudi baca. Tunggu siri akan datang yek :D

Nah jemput lah makan (n_n)


Midnight Sadness


Have anyone knows what the scientific name to call a person
that always feel sad in the midnight?

I wish i could know the name....

Somebody said it was paranoid, firstly I thought it was right...
But until know, there's no confirmation, so..
Is it right ?

And until now, I keep searching what is it...
Why I keep imagining worse things while I lay down on my bed?
One thing is....I couldn't stop it...
It happened without my own of mind permission...It's just happens
all time....Seriously, it makes me exhausted...

and it keep repeating....whenever I'm all alone...