Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 29 February 2012

Kreatif ! Dah macam alat Doraemon !! :D


Assalamualaikum and hi readers. Aku nak share something yang
serius cool gila ! Biar aku mukadimah dulu okay :p


Hari tu, aku dengan family aku pergi lah ke Carefour, beli barang.
Sampai satu tempat dalam tu, kira macam area stationary, dalam
rak tu, ada macam-macam barang, tapi semuanya pelik-pelik.


Termasuklah kapsul dalam gambar ni :




Nampak macam biasa je kan. Tapi size dia sebenarnya,



Agak mampus jugak kalau nak makan (-_-').....


Baiklah, sila lihat gambar seterusnya dengan excited !!








Whuaahhh !! (>_<) <-- sila buat muka terkejut dan kagum gila !


Hahaha, masa terjumpa benda ni, abah aku try bukak plastik
dia, dan bukak penutup kapsul tu dann..Whuahhhh ~~~

okay, kitorang sangat jakun (-_-')


Aku dengan abah aku lama gila kat situ, pilih nak beli warna apa,
haha mak aku tak kuasa nak melayan~~ :p


Kitorang beli 10 okay, sebab dah terlampau jakun ! Hahaha~





Sayanggg babe nak guna capsule pen yang comel dan colourful ni,
kitorang simpan dalam mangkuk je..ala-ala pil biasa~~~ :p



Jangan sampai ada yang tertelan sudah, erkk tapi agak-agaklah kan
kalau nak tertelan, besar kot (-_-') Hahaha...


Okay itu je, terima kasih sudi baca, lepas ni rajinlah aku menulis
kannn~~~~ hahaha :p


(nak tengok collection aku yang lain? sila klik di label
My Rare Collection
dalam ruang secret label di sebelah kanan tu ya, tQ)




Tuesday, 28 February 2012

Alice Si Kepala Besar


This story is about a poor little girl, who has nobody in her life.
Her mom was died since her at 5 years old. 



When she's been asked by the policeman, she's only said,
"Mom so sleepy.....she can sleep while hanging....."
 
 
 
Mom.....so sleepy......
she can sleep......even while hanging....................
 
 
 
The truth is, her mom commit suicidal by hanging herself.
Her father was disappeared after that incident. Left his dead-body-wife
with the daughter.



That little girl named as Alice. Her mom commit suicidal.
Her father disappeared. She's grows up alone. Now, she's
7 years old. 


A little girl, only at 7, could you imagine how hard
she's trying to have a good life? Or at least she can smile
for every morning when she's wake up?
 
 
I guess not....you don't even know how hard it is.

__________________________________________________






Hmm..dah kenapa aku tulis entry macam ni kan? (-_-') Takde,
sebenarnya aku tengah overdose novel Emily The Strange dan
memang daripada dulu lagi aku menyimpan impian untuk menulis
cerita novel yang simple dan ada unsur-unsur emo macam ni.



Owh ye, aku ada lukis gambar Alice, ni dia..


Alice Si Kepala Besar~~~ (-_-') yee, aku tau, nanti aku adjust
sket rambut dia tu, hahaha :p



Cerita malam ni hanya sebagai permulaan je lah,
aku tak tahulah tahun bila lagi nak update pasal cerita rekaan aku
ni. Cheh, entah-entah esok dah update lagi, bukan leh caya owner
blog ni, haha...
 
 
 
Okay, sesiapa yang takde langsung elemen kesedihan, kesepian
dan ke-lonely-an dalam diri, mungkin tak berminat langsung dengan
cerita ni. Tapi, aku tak kisah sebab aku tengah overdose ni dan
aku menulis untuk kepuasan hati saja. Hahaha...
 
 
Okay, tapi thank Q kalau ada yang suka (n_n)
 
 

 
 
 
 
 

Monday, 27 February 2012

Pilih Ministry Of Moment untuk Wedding anda !


Dalam sesebuah perkhawinan, bukan hanya pakaian pengantin,
barang kemas, mahupun hiasan pelamin untuk pengantin bersanding,
tetapi yang paling penting adalah peristiwa atau 'moment' ketika
majlis perkhawinan itu dilangsungkan. 



Apa perasaan anda ketika melihat foto-foto di bawah?



Korang rasa turut bahagia dan gembira tak bila tengok foto-foto
tu semua? :) 'Moment' itulah yang saya maksudkan, suasana
sesebuah perkhawinan itu. Foto nampak 'hidup' dan meriah !


Semua foto ini 100% merupakan portfolio 'mereka'. Kalau
anda lihat, teknik dan tone 'mereka' agak berlainan dan hasilnya nampak lagi
smooth, tenang dan lain daripada yang lain ! :D


Oh, siapa 'mereka' ??
'Mereka' merupakan sebuah photographer company yang sudah
amat berpengalaman dalam bidang ini.  Ramai artis yang telah
menjadikan 'mereka' sebagai official photographer pada hari
perkahwinan masing-masing.


Ehem..ehem, nak tau siapa gerangan artis-artis tersebut??
Jom scroll down lagi ! (n_n)






Yup, itu Umie Aida :)



Anda kenal siapa dalam foto di bawah ini?

Kenal wanita bertuah yang cantik ini?

Wanita itu milik Tomok :D



Ada juga artis dari luar yang menjadikan mereka sebagai
official wedding photographer mereka. Nak tahu siapa??



"Aku memang pencinta wanita~~
Namun ku bukan buaya~~~
Yang setia pada seribu gadis~~
Ku hanya mencintai dia......"


Yup, Irwan Syah pun menjadikan Ministry Of Moment
sebagai official photographer untuk wedding mereka !




Dah puas tengok gambar? Ada yang terasa tiba-tiba je nak khawin?
Atau ada yang memang merancang untuk berkhawin dan sedang
mencari official wedding photographer untuk majlis perkhawinan
anda?? Jika situasi anda begini (nak khawin) :



sila hubungi



dan dapatkan tawaran harga yang menarik !!



Ministry Of Moment atau lebih dikenali dengan MOM
menjanjikan bukan sahaja yang terbaik, tetapi juga yang
terunik luar biasanya, khas untuk anda :)



Selamat Pengantin Baru !!!
(tiba-tiba)





Ohh, korang ignore je ye link tu~~~ Rugilahh, tak dapat tengok
wedding photo Lisa Surihani dan Yusry~~~






Saturday, 25 February 2012

Masa Depan Untuk Kenangan Cinta Kami ?


Okay, aku tak tahu kenapa aku akhir-akhir ni aku terfikirkan
something yang aku kategorikan sangat serius. 


Aku nak sediakan sesuatu untuk my sweetheart, sesuatu yang
berharga, yang dapat mengimbas segala kenangan kami bersama,
dan aku nak tempatkan segala cerita tentang kami untuknya.


Aku harap dengan tersedianya sesuatu itu, dapatlah mengubat
kerinduannya padaku, jika aku dah takde lagi nanti. Biar lah
segala yang aku buat tu dapat kurangkan rasa rindunya pada
aku, biar dia rasa macam aku hidup, walaupun pada masa tu
aku mungkin dah jauh tinggalkannya.



Tapi.........aku terfikir sesuatu yang lagi serius !



Kalau aku buat sediakan kenangan itu, macam mana pula dia
hendak melupakan aku nanti? Adakah dia sanggup untuk
padam dan delete segala-galanya tentang aku, supaya dia boleh
menerima kehadiran perempuan lain untuk menggantikan aku
di sisinya, menjaga dan mencintainya?




Aku tidak sanggup hendak melihat dia terseksa. Aku tak boleh
menyiksa perasaannya dengan menyediakan sesuatu yang menyebabkan
dia sukar nak melupakan aku. Aku nak dia bahagia walaupun
selepas aku pergi selama-lamanya. Aku nak dia boleh lupakan
aku dan terima kehadiran perempuan lain dalam hidupnya.
Aku nak dia bahagia dan meneruskan hidup. Gembira.




Aku masih dilema, aku cuma nak dia tahu yang aku memang 
sangat sayangkan dia, aku nak buat sesuatu yang special untuk dia
sebagai kenangan bila aku sudah tiada nanti.



Tapi, dengan kenangan itu, mungkin dia sukar untuk bahagia
dan menerima kenyataan, mungkin dia akan sentiasa merindui aku.



Tapi, tanpa kenangan itu pula, seperti tiada ubat untuk dia
mengenang kembali masa kami bersama...



......




(kenapa aku fikir mcm ni? ini kalau dia baca mesti aku kena
cubit jarak jauh ) (-_-') erkkk...


Friday, 24 February 2012

Kisah Seram Untuk Orang Bijak Sahaja !!


Assalamualaikum and hi readers. Aku tak tahu lah sama ada korang
pernah tengok ke tak cerita hantu ni, tapi ianya agak bijak dan aku
nak share kat korang pasal kisah ni :)


****************************************


Ada seorang lelaki ni datang menginap di sebuah hotel. Setelah settle
semua hal, lelaki itu pon berjalan masuk ke dalam biliknya. Dipandang
pintu bilik yang terletak bersebelahan dengan biliknya dengan rasa
ingin tahu. 


"Ingat, jangan buka atau masuk ke dalam bilik sebelah bilik kamu tu!"
owner hotel itu memberi warning kepada lelaki itu tadi.



Nak je lelaki itu bukak je pintu bilik larangan itu, tapi badannya
berasa penat, lalu dibatalkan niatnya dan terus saja masuk ke
dalam bilik penginapannya. 




Selesai mandi, dia berbaring di atas katilnya sambil menonton
televisyen. Tiba-tiba, dia teringat kembali kata-kata pesanan tuan
hotel itu tadi. Rasa ingin tahunya begitu membuak-buak. Dia mencari
jalan untuk melihat dalam bilik tersebut.




Dan kini, dia telah berada di hadapan pintu bilik larangan yang
terletak bersebelahan dengan pintu biliknya. Perlahan-lahan dia
membongkokkan badan dan mengintai melalui celah lubang yang
terdapat di tombol pintu bilik larangan tersebut.




Suasana dalam bilik kelihatan biasa sahaja. Dan daripada lubang
kecil itu, lelaki itu dapat melihat seorang perempuan sedang bersandar
di tepi katil, membelakangkan lelaki itu. Lelaki itu hanya dapat
melihat paras perempuan itu dari belakang sahaja. Cantik. Kulitnya
halus, dan rambutnya paras pinggang.




Lelaki itu berdiri semula, berasa hairan.




" Biasa je, kenapa orang tua (owner hotel) tu tak bagi langsung
aku bukak or kacau bilik ni?"




Akhirnya, lelaki itu mengambil keputusan untuk tidur saja kerana
hari sudah lewat malam.



...............................................................




Keesokan harinya, lelaki itu pulang ke hotel agak lewat malam.
Ketika melintas di hadapan pintu bilik itu, hatinya terdetik lagi
untuk mengintai di lubang kecil itu. 



Lalu perlahan-lahan dia mengintai, dan apa yang dilihatnya kini
ruang bilik itu bertukar menjadi warna merah semata-mata.
Merah !



Lelaki itu semakin pelik ! Semalam okay, tapi ni mengapa jadi
warna merah pulak??



Tetapi, dia simpan perasaan hairannya itu sehingga esok pagi,
akhirnya dia bertanya juga kepada owner hotel itu.


"Uncle, apa sebenarnya yang berlaku kat bilik sebelah bilik saya tu?"


Lama uncle tu diam, tetapi akhirnya membuka juga cerita sebenar.

" Dahulu, terdapat satu kes perempuan kena bunuh dengan
suaminya kat dalam bilik tu...."


" Eh, mustahil lah uncle, hari tu saya tengok okay je, ada perempuan
cantik, putih kulit licin....." potong lelaki itu.


"Hmm, memang lah kulit, badan rambut dia semua cantik,
tapi....












mata dia.........
 
 
 

 
 

 
merah !"



.......


*************************************


Okay, sila imagine apa yang berlaku semasa kali kedua lelaki itu
mengintai di lubang tombol pintu itu. Korang akan rasa meremang
jika korang dapat tangkap 'sesuatu' ?


Hihihihiiii~~~~~~



Hanya orang bijak yang akan menikmati kisah seram ini ;)



Tips Percintaan Yang Menyeronokkan !! (Edisi Tidak Romantik)


Okay okay faster ! Harus menulis tanpa mukadimah sebelum segala
yang terlintas di fikiran aku ni hilang !

1. Kalau pergi karaoke, tak payah nak romantik sangat nyanyikan
lagu-lagu cinta untuk si dia. Bagitau aku, apa lagu yang korang
selalu pilih untuk ditujukan kepada si dia? Mesti lagu tu berentak
slow, mendayu-dayu, dan perkataan cinta dalam lirik lagu tu diulang
dengan beribu kali, ye tak??


So, untuk menyeronokkan lagi aktiviti karaoke korang bersama si
dia, haruslah pilih lagu yang rancak dan kalau boleh takde kena
mengena dengan cinta. Pilih yang rancak, dan nyanyi bersama.
Bukan pergi karaoke je bersama, nyanyi pon kenalah bersama.
Tak kisah lah lagu duet ke apa. 


Apa, ingat korang tak boleh nyanyi lagu yang fun sikit ke macam
lagu Lady Gaga dengan si dia. Try lah~~~



2. Okay, ini sangat best sebab pasal makan. Pada korang yang suka
sangat makan kat food court tu, cuba try makan kat gerai-gerai tepi
jalan. Pada korang yang suka makan gerai-gerai tepi jalan tu, cuba
atleast kumpul duit sikit untuk makan kat tempat grand sikit. Aku
bukan suruh pergi hari-hari, sesekali je lahh, kang pokai pulak :p



Atleast, bila pergi makan bersama si dia di tempat baru dalam
suasana yang baru, takdelah korang akan berbual benda yang
sama je dengan yang 7tahun lepas kan?? Contohnya macam,


" Awak sayang saya tak?"

" Eh mestilah sayang..awak"

"Saya pun sayang awak..."

"............................................................................" diam seribu bahasa.




Conversation sangat penting 
dalam menjaga hubungan anda dengan
si dia. So, atleast kalau makan kat tempat baru, ada lah idea sikit kan,
korang boleh cakap pasal suasana or decoration dalam kedai tu ke.


And jangan marah kalau makanan kat situ mahal sangat or
tak sedap, sebab itu satu bonus. Korang boleh mengutuk bersama !
(aku bukan ajar korang benda tak baik, itu adalah reflection bila kita
rasa makanan tu tak sedap or terlalu mahal, kann~~)





3. Buat surprise !!! 
Kejutan memang sangat sinonim dalam percintaan
dan ia sangat digalakkan sebab dikatakan mampu membuat pasangan
gembira gila !! Tapi, jangan pulak buat surprised yang sengal contoh
"sayang, jom kita break ari ni, I tak suka lah dengan you !"
Jangan, jangan, itu surprised yang boleh membawa maut !


 
I mean, contoh korang tengah berjalan di dalam mall, then tiba-tiba
korang tersedar yang dalam poket korang ada 20sen, lalu korang
pon tiba-tiba tarik tangan si dia pergi ke kedai gula-gula sambil cakap,

"Jom, saya belikan awak gula-gula mentos. Saje nak bagi awak
hadiah~~"

Haaa, mesti si dia gembira sebab dapat hadiah tiba-tiba je kan :p


eh, macam mana aku boleh expert???
Only the closer knows the answer :p Haha~


  Okay, selamat mencuba !! (n_n)

Dengarlah Mimpi Mengarut Aku Nih


Assalamualaikum and hi readers. Benarlah kata orang, kalau terlalu
fikirkan sesuatu atau seseorang, kita akan terbawak-bawak sampai
ke dalam mimpi. 



Dan malam semalam, aku TERmimpi aku berjumpa dengan penyanyi
favourite aku. Siapa lagi kalau bukan Avril Lavigne !! Hahaha :p
Mungkin aku masih lagi terkilan sebab tak dapat pergi concert dia
hari tu. Sampai termimpi-mimpi haa....motif sangat kann~




Kisah mimpi aku tu, mula-mula aku dengan kawan aku naik kereta
nak pergi mana entah. Pakwe aku ada kat belakang, naik kereta lain.
Masa tu kitorang nak pergi concert Avril Lavigne. Berebut nak pergi
ke satu tempat yang dijanjikan dalam internet bahawa ada suprised
party untuk peminat yang datang awal ke concert beliau.




Guess what, tak boleh blah sebab aku, kawan aku dan pakwe aku
sampai awal, orang first !!! Hahaha...tapi, bila masuk je...aku rasa
macam nak keluar balik !! Sebab......




Tempat tu, macam ada unsur-unsur pemujaan untuk Black Metal !
Dan masa kitorang kat dalam tu, pintu dewan tu tiba-tiba ditutup.
Masa tu sayup-sayup berkumandang lagu Bring Me To Life nyanyian
Evanesence. Korang sure pernah dengar lagu tu kan, imagine lah
starting music tu agak macam berhantu sikit, cuak babe, dalam tu 
serius ada banyak lilin dan sebijik macam dalam filem yang ada pemujaan
syaitannirajim tu (-_-') 



(mungkin aku jugak terkilan sebab tak dapat pergi concert
evanesence semalam, tu yang termasuk sekali lagu diorang)



Cepat-cepat aku lari keluar dewan tu, perghhh ngeri ! (-_-') Tapi, 
tiba-tiba je suasana dalam dewan tu bertukar jadi meriah dan hilang
segala suasana yang menyeramkan tu. Tiba-tiba jadi satu tempat yang
ramai crowd dan tiba-tiba aku terpandang seseorang tengah bermekap.




OMG , It's Avril !!! >_< hahaha...



Tapi, kesian masa tu muka dia penat sangat, sebab banyak buat concert.
Then yang paling tak boleh blah ialah kitorang sempat berborak okay.
Tak nak style pulak si Avril tu berbahasa Melayu dengan aku ! tapi
dalam mimpi kann, semua boleh jadikkk, hahaha :p



Apa entah yang aku bualkan pon aku tak ingat, dan aku cakap
aku nak amek gambar dengan dia. Tapi, masa tu pulak phone
aku entah ke mana perginya, then dengan selambernya Avril
cakap, 


"Pakai phone aku je lah....." kata Avril



Perghh ! Baik hati sungguh beliau. Kahkahkah (>_<) Then, amek
lah gambar bersama. Time nak tengok je pic tu, aku terjaga
sebab abah aku panggil kejutkan aku, bawak oren kucing aku
pergi klinik tadi. (-_-')



Haishhhh, tapi sengal gak aku tadi. Bangun-bangun je rasa
terharu. Padahal dalam mimpi je pon~~ Motiffffff !!!


haha, tabah sangat korang baca mimpi mengarut aku ni, btw
terima kasih, tinggalkan komen or link, nt ak BW balik okay...

Thanx (n_@) !


System For Us or System For Their Money ?


Assalamualaikum and hi readers. 


Firstly aku nak bagitau yang aku dah berusaha sedaya-upaya macam
nak mati untuk last sem.



Aku rasa aku layak untuk berasa kecewa sebab aku
memang dah bermati-matian buat yang terbaik dengan groupmate aku.
Tak payah lahhh aku nak cerita satu-persatu usaha yang aku dah buat
tu sebab yelahh, kami ni student je. Suara kami kecik je.


Macam suara semut ! Owh tak pernah dengar pon kan suara semut~
cuba try dengar, semut-semut tu mesti cakap "jangan pijakkk kamii~~"
(ok aku tak suka semut)



No wonder akan ada je yang tetap salahkan student sebab tak
serius, tapi kalau nak kata tak serius, hampir majority student
course aku result menurun. So, KAMI tak serius ke? Ramainya kan :p



So, hahaha bila masing-masing beranggapan jadi student ni terlalu
relax, maka tambah lah segala bagai subjek termasuk yang
mengarut semua tu, pecahkan lagi subjek besar jadi subjek-subjek
kecik supaya kitorang mati. Owh aku tak nak mati sebab stress
buat kerja, tapi mereka yang menghasilkannya :)



Aiyoo, mau bunuh kami kaa ???




BTW, congratez to all my friends yang resultnya meningkat :)



and to the SYSTEM yang macam ****
tahniah sebab berjaya spoilkan result kami !
(kami merujuk kepada student yang berusaha menyiapkan
tugasan dengan sedaya-upaya, tidak merujuk kepada
student yang memang dilahirkan genius okay?



I love my course, I love art and I love being a designer
until the stupid system created...
and messed up everything.




NEXTSEM, we take a revenge by create
success !

BIG SUCCESS !!

(owh tolong lah, masih rasa nak mencarut lagi)

ok bye !

Thursday, 23 February 2012

Review Filem Animasi SeeFood Sambil Berenang !


Hey guys, Malaysia seharusnya berbangga dengan penghasilan
filem animasi terbaru daripada Silver Ant Studio ni  yang
bertajuk SeeFood. Seakan-akan filem animasi barat yang 
bertajuk Shark Tale, Seefood juga mengisahkan perjalanan ikan jerung,
bukan di laut tetapi di atas darat !!



Aku tak nak cakap banyak, korang review lah filem ni sendiri
kat Akuarium Sini


Babe, pastikan korang pakai swimming suit dengan oxygen
before review okay, sebabbbbbbbb.......haha klik lah link tu :p


BEST KANNNNN~
Gempak filem animasi tempatan ni Jangan lupa okay, tontonlah
SeeFood pada 8 Mac 2011
di pawagam !!!




Wall Design Di Studio Animasi Boboiboy (15 photos)


Assalamualaikum and hi readers. Aku tengah takde idea nak update
apa, so aku godek-godek lah image folder dalam Laptop aku ni.
Terjumpa pulak folder gambar masa group aku pergi interview
Animonsta Studio yang buat animasi BoboiBoy tu.



So, memandangkan tidak ramai orang pernah melawat studio tu,
jadi aku nak share lah sikit gambar kat sana. Yang paling best
ialah sepanjang lorong studio mereka, dekat dinding-dinding lorong
tu dilukis dengan gambar-gambar kartun yang coOL gila !!!
Jom tengok !


Errr, aku harap pihak Animonsta Studio tak marah aku share kan
gambar-gambar ni. Kalau nak suruh saya delete, bagitau di ruang
komen ya, saya akan delete. Jangan bawak masuk court tau ! :)



Owh lagi satu, masa group aku datang interview sana, pihak Animonsta
Studio tersangatttt lah baik hatinya melayan kami budak-budak baru
belajar ni ! Owner dia melayu, so kami sangat respect dan bangga.
Animator kat situ seriously sangat sempoi dan hebat betul buat
illustration dan animation ! Amazed ~~~ (O_O)



Haha, okay itu saja aku nak share kat korang.
Terima kasih sudi jenguk sini (n_n)



Tuesday, 21 February 2012

Bawak Gunting Sebagai Protection Kononnya


Assalamualaikum and hi readers. Aku tengah keseorangan di rumah
ni. Tak ikut parent aku pergi niaga sebab aku tak berapa sihat hari ni.



So, masa yang terluang kat rumah ni aku gunakan untuk berehat
sambil tertidur. Aku tak nak tidur tapi dah TERtidur kan, nak buat
macam mana :p Hihi...




Ni aku dok layan lagu Avril je ni, hadoi gian dah ni haa nak 
berkaraoke~~ Hahaha



Owh aku nak cerita pasal tadi. Tengah-tengah aku layan je lagu
What The Hell ni, tiba-tiba je aku macam terdengar bunyi orang
ketuk pintu belakang rumah aku. Terus aku muted kan sound Laptop.




Betul, memang bunyi orang ketuk pintu. Tapi, tak ada suara.
Ketuk pulak tu jenis kasar punya. Ala-ala laki panas baran ketuk
pintu bila isteri tak bukak-bukak pintu dang ! dung ! dang ! dung !
 Tak reti sabar...




Maka, amat wajarlahhh aku berasa suspen ! Dan bertindak ala-ala
watak heroin dalam filem bergenre thriller action. Aku capai gunting
sebagai senjata (laahhhh kononnya) dan terus menuju ke bawah
(rumah dua tingkat)




Opz, kejap..naik bilik balik, ambil handphone, mana tau boleh
digunakan kalau-kalau ada sesuatu yang tak best akan berlaku !
Sementara itu, ketukan kat pintu masih bertalu-talu. Hati aku makin
berdebar. Cisss ! Siapakah gerangannya manusia durjana ini ?!!




Bila aku sampai je dapur, aku tengok je pintu belakang rumah aku
tu. Pintu masih diketuk, dan tiba-tiba barulah terdengar suara,






....







....






....



 
"Uncle...nak beli popcorn !"







(-_-')




Sengal !!! Rupa-rupanya anak jiran aku datang Maghrib2 ni
nak beli popcorn. Patutlerr senyap je tak bagi salam, beliau
seorang India...Hampeh betul. Penat aku beraksi ! (-_-')




Owh btw, pesanan kepada perempuan-perempuan semua, 
kalau nak pergi mana-mana, sentiasa pastikan dalam handbag
korang tu bukan setakat untuk simpan make up je okay, bawak
segala benda yang boleh dijadikan senjata untuk korang gunakan
sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. 


Pesanan khidmat masyarakat !


 (siapa tengok running man? Aku beraksi tadi macam HAHA) :p
hahaha...

THE OH!SEM TAGLINE CONTEST!!


Assalamualaikum and hi readers. Yaaaaa, aku nak join lagi satu contest.
Contest mencipta tagline ! Macam best kan. Siapa nak join klik gambar :

 
 
 
....
 
 
 
....
 
 
 
 
Dan tagline yang dah aku cipta untuk kedai Kiz ni :
 
 
........
 
 
 
'Yakin Untuk Bergaya !'
 
 
Okay, good luck untuk diri sendiri. Haha :p
 
 

Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah


Assalamualaikum and hi readers. Tadi, aku BW dan terjumpalah
blog ni, first masuk je terus tertarik dengan header beliau. Aku
rasa sangat style je gambar dalam header tu. Hihi, terus follow (n_n)
Owh okay, bukan selalu aku follow kerana header cantik :p


Okay, dan beliau ada buat satu Giveaway. Mari kita rebut peluang
ini untuk dapatkan hadiah-hadiah best daripada KOREA itu !
Korea okay, bukan Kedah ke whatever. Hahaha...


Jom support beliau. Nak join klik banner bawah ni okay :

 
Thank Q (n_n)
 
 

Edit Gambar Bangunan Separuh Siap Kepada Yang Siap


Assalamualaikum and hi readers. Semalam, makcik sedara aku
mintak tolong editkan gambar. Aku ingat gambar dia ke apa, rupanya
gambar untuk kerja dia.


Gambar bangunan yang separuh siap. Dia nak bangunan tu nampak
macam dah siap. Erkkk... (-_-')


So, tadi siang aku tak sempat buat sebab busy tolong mak, petang
lak pergi keluar jap. Then balik malam dalam jam 10 malam.
Sampai area taman perumahan aku, tengok suasana gelap semacam.
Rupa-rupanya black out....



Aiseyh, terus aku teringat makcik aku cakap nak gambar tu
esok (selasa). Matilah aku kalau letrik takde sampai esok :(



And Alhamdulillah, akhirnya jam 12 tadi letrik ada semula. Terus
cepat-cepat aku buat, dan akhirnya siap jugak. Hahahaha~
(gelak dengan mata tertutup sebab dah ngantuk)


Ini lah hasilnya :

(sebelum dan selepas)




Penat betul 'bertukang' tadi (-_-') Agak rumit jugak sebenarnya.
Tengok macam takde pape, tapi bila zoom banyaknya besi-besi
dan bungkusan simen kat dalam gambar tu. Terima kasih Photoshop.



Okay, ngantuk sudah, esok nk bangun pagi bawak Oren
pergi klinik. 
Errr...Oren itu adalah seekor kucing. 

Monday, 20 February 2012

Simpati Yang Disalahgunakan


Assalamualaikum and hi readers. Tajuk entry kali ni nampak macam
ada unsur-unsur jenayah gitu. :p



Manusia ni memang mempunyai naluri semulajadi iaitu simpati.
Ramai yang mudah berasa simpati terhadap kesusahan orang lain,
terutamanya rakyat Malaysia. Kalau tidak, masakan ada orang yang
menjadikan 'peminta sedekah' sebagai pekerjaan tetap di sini !



Lihatlah, betapa ramainya orang yang meminta sedekah pada hari
ini, terutamanya di kawasan bandar-bandar besar. Tidak sah takde
peminta sedekah merayau-rayau dari meja ke meja di saat kita
sekeluarga enak menjamu selera di restoran.



"Derma ikhlas, encik...derma ikhlas, cik...."



Tapi, bila kita berikan sekeping not RM1, dia pulak 'buat muka' ?




Itu satu, lain pulak ceritanya dengan warganegara kita yang terlalu
prihatin sehinggakan 'sudi' membawa dan memimpin orang-orang tua
yang buta ke sana ke mari dari sebuah restoran ke sebuah restoran
yang lain, sambil meminta sedekah dari pengunjung restoran.



Ini daripada pengalaman, aku pernah makan di sebuah restoran
 sekitar seksyen 7, shah alam. Turun daripada motor, depan restoran
aku nampak dua pemuda yang kemas dan sihat walafiat, sedang
pimpin orang tua yang buta. Seorang pemuda pimpin orang tua lelaki,
yang seorang lagi pimpin nenek tua yang juga buta. 



Berpecah dan pergi meminta sedekah bersama aset orang tua buta
itu. Apakah?? (-_-') Bukan ke lagi bagus pemuda-pemuda sihat
walafiat itu bekerja, dapatkan duit untuk menyara orang tua buta
itu? Kalau betul dia mahu menyara, pasti dia akan bekerja, kan? :)




Yup, manusia memang mudah simpati, ada orang buta datang
dengan muka kesian, baju lusuh, rambut kusut masai...kita mudah
je rasa kesian. Bagilah sedekah sikit untuk ringankan bebannya.
Tersenyum orang buta itu ucapkan terima kasih. Lega hati kita, 
turut gembira, sambil pesan kat dia, jalan hati-hati :)



Orang buta itu makin menjauh, kita ikut dengan ekor mata kita.
Dah agak-agak jauh tu, tiba-tiba dengan selambanya si buta tadi
itu berjalan sambil melangkah longkang besar di hadapannya. 
Siap melompat lagi tu.


Aishhhh, buta warna je ke orang tu?




Kat pasar malam pula selalunya, ada ejen yang akan hantar
peminta-peminta sedekah ni mintak sedekah, jadi hamba. Lagi
kesian sebab 'hamba'hamba' itu majoritinya kudung sebelah kaki
atau kudung kedua-dua belah kaki. Menyelit / meniarap di tengah-
tengah sesak orang ramai di pasar malam.



Dapat duit, bukan hak mereka,
tetapi 100% hak ejen mereka.




................


..................



Kita memang mudah rasa simpati, tetapi bila senario-senario seperti
ini berlaku dan smeakin menjadi-jadi sekarang ni, sedikit sebanyak
pasti simpati kita tu akan tercemar dengan keraguan.


"Orang miskin tu betul ke miskin?"


"Orang buta tu betul ke buta?"


"Orang cacat ni kalau aku derma, bukan dia yang dapat, tapi
ejen dia yang dapat..."


"Betul ke orang ni mintak derma untuk sekolah agama,
atau ni semua tipu je??"


Kan? Bermacam-macam persoalan yang timbul. Tapi, setiap persoalan
pasti ada penyelesaiannya. Ada ustaz bagitau,


"Kalau nak derma, niatlah dengan ikhlas untuk bantu orang itu,
selebihnya macam mana orang tu gunakan duit derma kita tu,
sama ada betul atau tidak, itu urusan mereka dengan Allah SWT"


:) jadi, dermalah dengan ikhlas.

Sekian , terima kasih sudi baca entry ini ya (n_n)



Sunday, 19 February 2012

Tiba-tiba je berlambak


Owhhh alamak..alamak......
Banyak pulak kejanya ni haaa~
Mak suruh design banner untuk gerai ice blended kitorang,
re-design menu sekali...
Kak sedara aku suruh design kan bunting khawin dia yang
bulan Sembilan tu (-_-'), tapi details tentang tarikh, venue
nama pengantin semua belum bagi lagi..
aje kang aku letak gambar aku dengan tarikh birthday aku..
hahaha, opz !
Lagi satu kerja, mokcu aku pulak mintak tolong editkan
gambar untuk kerja beliau...



Sempat kah aku untuk mengupdate blog ku ini esok dan
seterusnya?


 

Artwork Update ! Again with photomanipulation


Assalamualaikum and hi readers. Okay, ermm...sebenarnya aku dah
addicted nak buat photomanipulation. Tapi, aku masih tak tabah nak
buat sampai berjam-jam lamanya. Aku nak cepat siap je. Haha :p



Baru-baru ni, aku ada try lagi buat photomanipulation. Yeah macam
biasa, mula-mula konsep aku lain tapi bila dah tiba-tiba diserang
malas, terus konsep aku bertukar jadi se'simple yang boleh (-_-')



Emm...sebenarnya, aku takut nak share artwork aku yang ni sebab
entah, ahhh entahlah aku takut nak dengar kritikan daripada si dia
yang hebat buat photomanipulation. Hahaha


"Awak~~~saya baru belajar" :( (muka sedih konon)


Haha tapi, takpelah, share je lah kan. Ha ini lah dia photomanipulation
aku yang berinspirasikan The Black Star Perfume daripada Avril Lavigne.


Kira aku nak buat ala-ala advertising lah...

Al maklum je lah kalau dah buat xtra large ni maka akan terlihatlah
segala kecacatan jisim yang ada pada artwork di atas (-_-')



Ini original images yang digunakan :



Ehem..ehem..dah lepas publish ni, macam biasalah, 
tunggu kritikan daripada beliau pulak huhu~... (mengigil)


...


Saturday, 18 February 2012

Graphic Degree Show 2012


Assalamualaikum and hi readers. Entry ini aku buat khas untuk tontonan
umum...( tontonan?? ) especially untuk member graphic aku. 


Jadi, inilah major project yang senior kita buat :)





























Sorrylah sebab dapat share gambar tanpa ada apa-apa description pon~
Sebab masa aku amik gambar ni, parent aku sudah pon menunggu di
fakulti sambil makan mee goreng. Jadi, jangan tanya aku siapa designer
dan apa yang diorang buat sebab main petik saje (n_n)


Owh honestly, aku rasa degree show kali ni agak suram...Entahlah
masuk je dalam studio tu, rasa macam tak nak masuk pon, diri
depan pintu je. Kenapa?


Bukan sebab artwork diorang tak best,
tapi sebab sistem yang
katanya menjimatkan
dan memudahkan student~~ Serius, bosan !


Memanglah ada meja untuk letak segala bagai file, or other promotion
items dan mock up, tapi jarak meja tu dengan board tempat gantung
frame tu even tak sampai setapak, memang apa yang terkandung dalam
frame tu tak boleh nak dibaca ! Bukan buta or rabun (-_-') tapi tulisannya
kecik macam cacing tawuu !


Dan tak akan menarik minat untuk dibaca kecuali lah korang betul-betul
berminat je dengan artwork tu dan even anda lecturer pon rasenya,
anda akan tengok presentation je. Hahahhahaha....frame~frame~
(hai...luahan perasaan nampak) :p


Next degree show kita buat kat Pavi okay~~
print besar-besar
gabak macam gajah. Simpan duit !
Puas hati aku !
hahahahaha (evil laugh sangat)



okay, that's all..thank Q (n_@)