Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 29 March 2012

Seoul Garden VS Entry Gambar Sendiri


Assalamualaikum and hi readers. Ok nak nyanyi lagu Saleem jap.

"Bertahun sudah ku tak update~~belog ni~~~"

Okay, aku tengok orang sumer dok update cerita pasal dorg
makan kat restoran yang mempunyai hidangan-hidangan yang
sedap sampai membuatkan aku kelaparan di tengah malam bila
baca kisah dorang. Grrr (-_-')


Jadi, hari ni aku nak gak update cerita aku pergi makan kat
Seoul Garden, even cerita ni dah berminggu lamanya, tapi ia
masih fresh dalam ingatan ku. Hahah !
(tapi entry ni banyak gambar aku, huahaha)



Tak sempat gambar depan kedai, masuk dengan lajunya dan
terus mencapai pinggan untuk ambil sebanyak-banyak
daging yang ada.


Ni daging perisa apa entah, aku tak ingat langsung, tapi aku
rasa yang coklat tu Coffee Chicken, yg merah tu entah~


Ya ! Aktiviti masak-memasak..Lepas satu daging dimasak, terus
aku ngap ! Satu masak, aku ngap..hahaha >_<


Tengok tu, buzynya aku memasak~~~




Ya, ni table aku. Makan tak hingat~~~


Ni dessert aku, sedap gila !!!! Suka makan dessert kat sana >_< !!


Ni second round~~~hahaha
Ni sedap gila jugak ! Diam je aku makan benda ni sebab
menikmati hihihi~~~ (abaikan cara susunan aiskrim tu sebab
aiskrim tu ambil sendiri, haha)



Err..actually ada third round untuk aiskrim tu, tapi aku tak
ambil gambar, haha :p


Lepas membulatkan perut di Seoul Garden, kami pergi main
Boling. Aku jadi tukang sorak je sebab aku tak nak main
boling, (u_u)


 Nama masing-masing.................(-_-')


So, aku yang tak main ni telah memaksa seseorang mengambil
gambar aku dengan banyaknya di pusat bowling tu, hehe :p

Cantik tak baju aku ada banyak-banyak love~~~~~ (n_n)


Okay terima kasih kerana sudi baca entry bergambar aku
ni, hahah ! (n_n)



Sunday, 25 March 2012

Masalah Cinta? Jangan tanya aku !


Assalamualaikum and hi readers. Straight to the point, aku
nak bagitau yang aku ni bukan je takde kelulusan untuk jadi
doktor, malahan untuk jadi doktor cinta sekalipun aku
tak mampu.


Pernah jumpa tak orang-orang yang sangat bangga bila dia
digelar doktor cinta? Bila member dia ada masalah cinta je,
orang itulah yang menjadi rujukan. Perghhh, aku jamin memang
orang itu akan bangga gila sebab dia kononnya banyak
pengalaman dalam bercinta~



HAHAH !


Aku bukan takde pengalaman, ada. Banyak je. Tapi entahlah,
aku tak suka nak bagi pendapat or cadangan bila ia berkaitan
dengan masalah cinta.


Pada aku, pandapat seseorang itu tentang cinta tak boleh di-apply
pada semua kisah cinta. Contoh :


Minah ada masalah dengan boyfriend dia. BF dia terlalu sibuk
dengan kerja sampaikan jarang jumpa dengan Minah. Walau
bagaimanapun, BF minah tak pernah lupa untuk mengucapkan
goodnite dan goodmorning kpd Minah, tiap2 hari.


Minah cerita kat kawan dia, Paris Hilton yang digelar doktor cinta
setelah berjaya menukar-nukar pasangan sebanyak 10 orang dalam
masa sebulan (banyak pengalaman nih)


Paris Hilton pernah menglamai benda yang sama, tapi
kes lain sikit sebab BF dia tu memang playboy,
cakap pergi kerja tapi sebenarnya dia pergi check in hotel
dengan betina lain. 


Then, tiba-tiba Paris Hilton jadi emo lalu segala pendapatnya
bertukar menjadi hasutan yang akhirnya menyebabkan Minah
meragui BFnya yang setia tu. Hanya sebab dia fikir, pendapat
dan cadangan Paris Hilton tu boleh di applykan kepada love storynya.


Faham??

Entahlah, tak tahu macam mana nak explain, sebab pada aku,
even aku kenal siapa pakwe or makwe kau, aku tak tahu perangai
dia bila dia bersama dengan kau.



Aku tak tahu tahap kesetiaan dia, 
aku tak tahu sejauh mana dalamnya cinta dia
pada kau sebab aku memang tak tahu (-_-')
aku tak tahu gaya dia bercinta macam mana..



let's say kalau gaya bercinta aku dengan awek kau, lain...



aku santai, dia hot stuff...takkan lah aku nak bagi cadangan suruh kau
try bawak dia pergi makan tepi jalan, confirm dia awek hot stuff
dia nak makan kat restoran mahal je ye tak??




So, entahlah...

kau bercinta,
kau ada masalah,
kau settle lah sendiri...
aku bukan kejam,
bukan aku tak nak tolong ke apa,
tapi u know lah,
bila doktor salah kasi ubat kat pesakit...
tak ke pesakit tu boleh mati?




erkkkk.....

(O_o')


moral : LANTAK LAU LAHH~~ HAHAHA !

peringatan : pengalaman yg aku maksudkan tidak diukur melalui
berapa ramai pasangan anda, tetapi betapa coolnya anda
dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah cinta
anda dengan bijaksana sini.

 

Saturday, 24 March 2012

Pokok Macam Cotton Candy dalam movie Lorax


Assalamualaikum and hi readers ! Haha aku buat entry ni khas
untuk Mrs Nong Andy itu (ya, untuk kamu nih) Hahaha >_<
Sebab kesian baca komen tadi, kau duk terbayang bagaimanakah
bentuknya...Hihihi


 So, jom kita tengok rupa pokok sebenar dalam cerita LORAX.
Berwarna-warni, dan sangat cantik (n_n)


 Haaa....tu dia !
Nampak tak? Nampak tak yang warna-warni kat belakang tu?
Itu laaa nye pon adui ter ber....






Dalam gambar pon dah cantik, belum tengok dalam movie
lagi, bila kena tiup angin, rasa cam lembut je daunnya..
Kalau ada betul2 pokok macam ni, confirm aku nak tanam
banyak2 kat laman rumah ! Hehe...



Friday, 23 March 2012

Lorax comel, tapi....


Assalamualaikum and hi readers. Tadi, aku pergi tengok wayang.
Semangat nak tengok John Carter, tapi ada yang 3D je :(


Terus ubah fikiran, nak tengok citer The Hunger Games, 
tapi penuh pulak, tinggal seat depan sekali..
Owh sedihh :(


So at last, buat keputusan untuk tengok citer Lorax, menatang
yang berwarna oren tu. Orang cakap kelakar. So, pandangan
aku lepas tengok citer tu...emmmm....



okaylah kelakar, cuma aku disappointed sikit lah sebab
ingatkan Lorax tu main character, rupanya tak. So, entah
aku rasa cliche jugaklah citer dia.


But still okay, sebab scene bandar dalam movie tu sangat
unik dan pokok-pokoknya macam berbentuk macam
lollipop, dan daun dia berpusar, lembut macam cotton candy !
(sila imagine sendiri, malas nak letak gambar)

Okay, itu aku suka gila sebab cute ! (n_n) 
HAHAH :P


Next movie...ehem2...

1. John Carter
2. Batman
3. Ice Age
4. Madagascar
5. Resident Evil 5 (entah bila nak siap)

Haha :p tu je, thanx sudi baca :D



Thursday, 22 March 2012

Alice In The Box (illustration)


Assalamualaikum and hi readers. Certain readers masih ingat lagi
entry aku pasal dak kecik yang bernama Alice tu? Sekarang ni
Alice masih di luar, siang merayau mencari makanan dan malam
tidur di dalam kotak. :(


Ni lah Alice...


the making process (Psd and Ai)


dan finalnya, jadilah Alice macam ni :





Sekian, terima kasih sudi baca (n_n)


Entry Mereng Kerapu : Idea ?


Ya, tuan-tuan dan puan-puan. Tadi aku bersila atas kerusi, duduk
dengan tangan seperti sedang memohon sembah mengadap
raja, sambil menutup mata, lalu aku berkata,


"Wahai~~~ idea dari seluruh pelosok dunia... dari selatan, barat, timur
dan utara...bergabunglah dalam kepala otak ku dan bertukarlah
dikau menjadi proposal yang paling bernas......"


Pling !!!!


Yaaaa....sekarang aku dah ada tiga daripada enam proposal yang
aku rasakan bernas. Ya..ya..dan ya lagi....


Harus over confident, supaya kita rasa kita bagus. Sangat bagus !



Dan, sekarang.....aku rasa otak aku semakin panas, panas
dan panas !!!



Owhhhh !!

Adakah ini terjadi kerana idea yang TERbernas akan datang
kejap lagi ??? Adakah? Adakah?


Adakahhhhhhhh ???




..............................................................................................
( PANG !!! kena baling dengan teddy bear roomates)





Tidak sama sekali. Itu hanyalah kerana otak aku sudah pun
dipenuhi dengan minyak Yu yi cap limau......


erkk....dipenuhi ???
(-_-')



Sudahlah, aku dah pening cari idea ni....Kita sambung perjuangan
mencari idea ni esok je lah, lepas aku huha-huha di shopping mall.
Ahakz !



Wednesday, 21 March 2012

Dulu private, sekarang public


Assalamualaikum and hi readers. Lama aku tercongok mengadap
laptop ni ah, hari ni result SPM keluar kan? Ada readers yang
berstatus calon SPM ke? How was your result? Congratez
kepada mereka yang berjaya mencapai target.



Kenapa aku tak wish congratez kepada yang berjaya dapat
straight A's?


Sebab, tak semua orang target untuk dapat straight A's.
Certain orang bukan pandai sangat, dan dia bukanlah rajin sangat,
so dia target untuk lulus je, so kalau dia lulus semua, it means dia
berjaya dan sepatutnya dia pon diberi ucapan tahniah jugak lah kan?



Tapi, malangnya, kita terlalu memandang kepada bilangan A's
yang diperolehi. Nak buat macam mana...memang itu lumrah
dalam exam kan?



Teringat masa aku pergi ambil result SPM dulu. Dulu kalau dapat
result bagus, paling jauh pun dapat bagitau jiran-jiran sekampung
atau setaman. Tapi, sekarang, result SPM pun nak diprint screen
untuk diupload ke FB. 


HAHAH !



Sangat mudah untuk menunjuk dan memberitahu satu dunia tentang
kejayaan kita. Banggalahkan sebab dapat banyak A. Tahniah untuk
yang bersusah-payah study dan struggle for it !


Memang ramai yang pandang kita atau baru terperasankan kita
ni wujud kalau result kita cemerlang kan? Lagi-lagi kalau kita
ni masa sekolah dulu tak tergolong dalam kalangan 'budak-budak
target'.



Tapi sebenarnya, sekolah adalah sekolah. Yang penting ialah
macam mana kita survive di dunia luar. Dulu, aku tekanan gak
sebab sekolah sesama sekolah bersaing untuk kekalkan
rating tinggi di antara sekolah lain, kalahkan sekolah lain,
pressure student supaya ranking sekolah tak jatuh...


HAHAHA.....tired !


Rasa macam lawak pun ade, belajar untuk masa depan dengan
seronok, atau belajar demi ranking sekolah dengan stress...:p



Whatever lah pasal tu, kembali pada tajuk entry.
Akan datang kita akan tengok pulak budak-budak UPSR upload
result mereka di FB. Hehehe :p


Korang yang dah kerja ni taknak ke print screen slip gaji
korang upload kat FB?




Choi~~~~ (n_@)



Koleksi kucing bertanda Heart-shape


Assalamualaikum and hi readers. Korang suka kucing tak?
Aku suka sangat kat kucing. Orang kata, kucing ni sangat
istimewa. Kenapa?


Sebab ia comel, dan mampu menurunkan tekanan darah kita.
Bila tengah ada masalah, memang aku cari kucing aku dan
main-main dengan dia. Tengok telatah comel dan manja
kucing tu boleh terus lupa kat masalah aku.


Kalau kita sedih or tengah menangis, kucing kita akan datang
dekat dan tidur dekat dengan kita, seolah-olah faham
kita sedang bersedih. Aku rasa hampir semua yang bela 
kucing pernah mengalami benda ni kan?


So, kali ni aku nak share kucing-kucing yang bertanda 'love'
di bulunya (tuan dia punya kerja) setelah melalui proses
heart-shaped-making. Benda ni macam trend di negara-
negara Barat sempena hari valentine. Jom kita tengok :







Comel kan kucing ada tanda bentuk love? Aku rasa macam nak
buat je kat kucing aku yang bernama Blackberry dan Oren tu..
Hahaha >_< !



Heart-shaped Accessories is COMING SOON !
 Untuk mereka yang gila aksesori comel sahaja !!



psst : Akan datang dalam masa seminggu lagi (n_n)




COMEL : Bila kucing comel TERbentuk love


Assalamualaikum and hi readers. Korang suka bentuk love tak?
FYI, aku seorang yang sangat obses terhadap bentuk love,
sebab aku rasa bentuk itu sangat cute ! (>_<) Hihi...
macam kucing-kucing kat bawah yang berbentuk love ni :











Comel kan kami~~~~ (n_n)



Heart-shaped Accessories is COMING SOON !
 Untuk mereka yang gila aksesori comel sahaja !!



psst : Akan datang dalam masa seminggu lagi (n_n)


Thursday, 15 March 2012

Kesengalan Melanda


Hai guys. Tadi aku tengah mengira-ngira bajet aku.
Niat di hati nak guna kalkulator kat phone ni, tapi
rasa macam senang-lenang sangat. 


Jadi, aku pun kira lah secara manual atas kertas.
Kononnya untuk kasi otak ni exercise lahh sikit. HAHAH~


Tengok ni aku kira, setakat tambah
tolak je apelahh sangat....Pinjam sana, pinjam sini
dah dapat jawapan~




Siap darab-darab lagi tu~~~





Then, nak tunjukkan kehebatan aku lagi,
aku bahagi pulak tu~~





Eh, sengal !


Ada ke bahagi macam tu (-_-')


Actually, aku TERblur lah jugak sekejap tadi, fikir
camne nak bahagi..hahaha :p
             



psst : terima kasih kpd yg BW dan new followers blog ni, harap maaf
        sebab aku tak boleh lagi nak loading blog korg, cuba jugak, hari2
        aku cuba, tapi yelahh...BB tak bayar lg..isk2...nt dh bayar tenet,
        aku datang blog korg bwk rombongan cik kiah okay :D




Tuesday, 13 March 2012

Oh ! Melayu dan Etika !!


Assalamualaikum and hi readers. Okay, straight to the point.
Selama aku menjadi manusia ni, aku rasa orang Melayu lah
yang selalu buat aku bengang. Bukan semua, sesetengah saja.
Tapi, sesetengah tu bukan bermaksud sikit, ianya sangat-sangat
selalu terjadi.

----------------------------------------------------------------------------------


Tadi, memang aku sangat bengang dengan sorang akak kat
kedai gambar ni. Aku rasa umur dia dalam 30-an dan mungkin
juga dia owner kedai tu. Masa aku datang kedai tu, kedai dia
kosong, takde orang. Then aku tanya macam mana nak buat
member's card untuk photographer sebab aku student.


Masa tu, dia cakap kejap sebab tiba-tiba je masa tu customer
yang datang berduyun-duyun pulak. Dan customer dia tu
 aku rasa semua bukan student lagi. So, dia layan customer
dia yang lain dulu.


Aku pon, okay. Aku tengok2 custom album yang ada dalam
kedai tu. Ambik masa 15 minit gak lah masa tu, then bila
tengok makin ramai orang yang datang, aku pergi lah ke kaunter.
Supaya turn aku tak diambil.


Boleh pulak akak tu buat muka dan cakap dengan kasarnya
suruh aku pergi dulu, datang petang nanti ke datang esok ke
lain kali ke, sebab ramai orang masa tu. Tanpa senyuman okay?


Okay, fine. Cuba untuk maintain lagi. Aku tunggu orang dah
reda, dan akhirnya masa tu customer semakin berkurang dan
tinggal aku je kat kaunter tu. So, aku cakap lah baik-baik,
yelah kita ni sebagai customer perlu gak jaga adab kann?


Dengan muka ketat tu dia boleh pulak cakap,

"Eh awak datang esok je lah, saya tak cukup tangan ni !"

Terus dia pergi belakang kedai, tinggalkan aku kat kaunter.
Muka ketat dengan nada macam tu, memang tak beretika.
Kau dah tua, agak-agak lahh sikit perangai tu, takkan makin
tua, makin buruk perangai?


Okay, kalau ikut hak aku sebagai pengguna dan customer,
dia patut layan aku dulu berbanding customer-customer yang
lain sebab aku sampai dulu. Dan hello~~ aku bertanya tu
baik-baik sebab aku respect kau, tapi.....


Owhh ya aku sungguh marah. 
Sangat marah.


-------------------------------------------------------------------------
 

Dari segi ethics, aku puji orang China lagi bagus. Belum pernah
lagi aku deal dengan orang Cina, diorang cakap kasar dengan aku.
Even apek jual ais krim pun lagi peramah lahh dari kau.


Owh ye, kalau nak cakap minah tu tengah ada problem ke,
tengah fikir pasal laki dia curang ke apa, please lahh, be professional.
 Kau bukannya minah rempit yang emo tak tentu pasal, tapi
tadi cara kau layan customer dah macam budak-budak baru nak
up yang tak puas hati bila boyfriend dia kena kacau dengan aku.


Sungguhlah aku bersabar dengan kau walaupun aku boleh je
sound kau tadi. Tak payah sound, aku dah rasa nak tumbuk je
muka kau tu tau.


Elok-elok lah sikit layan customer tu, aku datang bagi rezeki kat
kau. Bukannya aku datang nak merompak ke, nak mintak
sedekah ke, kalau macam tu tadi baik aku rompak je kau terus.
Panas betul hati aku. 


----------------------------------------------------------------------------


Bukan akak tu sorang je, ramai lagi. Area seksyen 7 tu, ada
satu kedai makan, tukang amek order dia lelaki. Aku tak tahulah
ape kes mamat tu, bila amek order dekat meja yang ada pempuan
hot, dia yang tergedik-gedik. Tersengih-sengih, eh pleaselahh.


Pempuan cun tu biasa je kot, kau yang gedik lebih apesal?
Then, bila amek order dekat meja yang semua lelaki or yang
ada pempuan biasa macam aku ni, buat muka. Nak tak nak
je amek order, haram nak je aku cop tapak kaki aku ni kat
muka kau yang tak hensem tu. Heh !


Buyers gila lahhh....Nak keje ape pon kena professional, even
nak jadi tukang cuci pinggan pon kena ada etika. Kalau takde,
haa tu yang mula hempas-hempas pinggan bila buat kerja sambil
duk teringat gambar boyfriend dengan pempuan lain kat FB.


Eyhhhhh, please lah Malayyyy, 
where are your ethical??



Aku benci dengan budak-budak sekolah yang buat kerja
sampingan masa cuti sekolah. Okay, bagus kau nak buat
duit belanja. Tapi, masalahnya ialah etika mereka semasa
bekerja. 


Budak-budak macam ni selalunya yang akan buat owner
perniagaan tu muflis. Amboi muflis terus, haha...


Sebab, kau bayangkan lah masa tengah jaga gerai makanan,
boleh pulak dia smoking depan-depan makanan tu, kau nak
mati cepat, mati sendiri lah, meh aku bunuh kan, nak?


Then, bawak satu geng mat rempit dan minah-minah joyah
datang ke tempat kerja mereka, dan mula lah dia nak bajet
hot dan ala-ala gengster pendek... (-_-') 


Adab bercakap dengan customer pun tak betul gak tu. 
Buat sakit hati je, haishhhh.... Bodoh !


--------------------------------------------------------------------


Benda-benda macam ni, kadang-kadang bila kita cerita kat
orang, orang akan cakap relax lah, chill lah, sabar je lah. Weh, 
jangan nak suruh aku chill lah pasal menatang ni kalau kau orang
pun bengang pasal benda ni jugak.



Benda-benda macam ni lah yang kita tak sedar telah menaikkan
tahap stress kita. Nampak macam remeh, tapi kalau nak anggap
remeh, sampai bila pun tak selesai. Yelah, remeh sangat. Kann?
Sampai bila lah budak-budak ni tak beretika. Dan makin hilang
lah etika dalam masyarakat Melayu.



Kelas Advertising ?


Assalamualaikum and hi readers. Haha, rasa macam tak caya je
akhirnya aku dapat jugak masuk kelas advert. Baru first clazz dah
rasa macam seorang advertiser yang berjaya, padahal kat kelas
tadi lect baru mukadimah je tu.


Bila dah dibahagikan kelas ikut minat masing-masing macam ni,
aku rasa macam berkobar-kobar nak jadi salah sorang advertiser
yang berjaya di company besar gabak seperti Leo Burnett.


Perghhhhhh !!!!!



So, tadi berjumpa lah dengan classmates2 baru a.k.a pesaing
aku nanti. Sangat awkward sebab tak kenal (-_-') Sape entah?


Lecturer tadi menekankan 4 benda penting untuk jadi yang
terbaik dalam industri ni. Iaitu disiplin, tekun dan amanah.
Gitu kannn, macam polis :D 


Kemudian, skills dan idea mestilah original !! Wuahahaha,
dah rasa semangat dah ni haaa~~~~ Harap-harap tak
tension sangat dalam kelas advert ni, hihi :D



Owh ye, kenapa entah aku masih excited dengan kelas
advertising ni. Bila kita berada dalam kelas yang kita minat,
belajar dan buat apa yang kita minat, kita akan rasa
konfident !


Ya, konfident itu penting walaupun korang rasa lutut korang
agak longgar dan terketaq-ketaq ! Hahaha....


Okay, ada sesiapa nak iklan kan diri untuk cari jodoh??
Meh aku buat, HAHAHA...
ehh kang ada pulak yang nak suruh aku buat, sorry aku
gurau je... :p


Okay, dah merepek, bye2~~~
Thank Q sudi baca~~~wee~~~~~ (n_n)



Monday, 12 March 2012

Semuanya Tentang Aku, dan akan di-tag kepada kamu :D


Assalamualaikum and hi readers. Aku sorang je yang belum tidur
lagi ni. Dan terfikir pulak nak buat satu entry temuramah diri
sendiri. Haha..mari kita sama-sama tanya diri sendiri dan jawan
soalan di bawah dengan sepantas dan tuntasnya ! Ini aku punya
jawapan :


3 benda aku paling malas nak buat :

Lipat baju
Delete SMS yang tak penting dalam phone inbox yg ada lebih 2000 mesej
Packing-memacking~


3 benda aku paling rajin nak buat :

Online ( rajin sangat ! )
Jalan-jalan (karaoke, shopping, tengok wayang dan jalan2 )
Buat dek je......




3 benda paling susah aku nak ingat :

Password email ( banyak sangat, serabut ! )
Nama orang yang tak famous (hahahaha)
Emm...benda yang aku tak ingat..... (u_u) susah kot nak ingat~



3 barang free yang aku pernah dapat (hadiah tak dikira)


Free colestrol
Free dust (pemadam Faber Castle)
Freedom <-- boleh tak?



3 jenis lauk yang aku teringin nak makan sekarang ni :



Ikan pari masak asam pedas
Ayam masak kurma
Ikan goreng cicah dengan air asam

(whuaaahhhh sedapnya !!)



3 benda yang sangat mencabar dan membakar emosi aku :


Sekumpulan itik orang berjalan terkedek2 depan aku dan block
my way masa aku tengah terkejar-kejar nak cepat !
Pempuan yang bergayut dgn pakwe dia dengan suara gedik yang kuat
nak mampos !
Orang tuduh benda yang aku tak buat !



3 wangian aroma theraphy yang aku suka :


Lavender
Ocean
Lemon (sangat segar !)



Okay, itu je, sesiapa yang nak jawab soalan2 di atas, sila jawab
di entry masing2 dan jemput lah aku untuk baca tentang korang
pulak ye, hihihi

Just for fun ! thank Q (n_n)


Sunday, 11 March 2012

Bercakap dengan budak kecik


Assalamualaikum and hi readers. Korang mesti pernah
layan budak-budak kecik kan? Bersembang dengan mereka
ni kadang-kadang boleh buat aku gelak guling-guling. Hihihi
(n_n) Seronok betul !

 

Budak kecik pertama : Iman


Iman : kak Lyn, jom tolong Iman kalerkan buku ni...

Aku : Ha meh sini.....

Kitorang pun kaler lah page tu, ada gambar dua ekor
kucing tengah duduk. Aku amek pensel warna oren,
nak warnakan kucing tu. Tiba-tiba,

Iman : Eh..tak leh..tak leh...nah....

Dia bagi warna biru, suruh aku warnakan kucing tu warna
biru.

Aku : Iman, mana ada kucing warna biru...

Iman : Takpe, takpe colour je...cikgu Iman cakap ada
kucing warna biru...
(muka confident)

------------------------------------------------------------------


Budak kecik kedua : Pikah


Masa tu aku tengah ajar budak ni mengeja.

Aku : B..a...ba

Pikah : B...a...ba

Aku : S...i....si

Pikah : S...i...si

Aku : K...a....l..... kal

Pikah : K....a....l.....kal

Aku : Baaa...siiii....kaaal....

Pikah : Baaa ....bisss......kaal..

Aku : Apa babiskal pulak bunyinye pikah, haha lagi sekali...

Second time, bunyinye tetap babiskal...
Third time, pun bunyinye babiskal....

Last-last dia sound aku,

"alaa, susah lah...dah lah kita nak pergi main basikal lah..."

(-_-') Boleh pulak sebut, hadoi~~
Babiskal sungguh ! :p


-----------------------------------------------------------------


Budak kecik ketiga : Rina (adik pikah)


Hah, budak ni memang suka menyanyi. Satu hari tu dia suruh
sedara aku bukak lagu Tinggal Kenangan nyanyian Caramel
(Saleem pon ada bawak gak lagu ni)

Nak dengar sila klik Sini

Sampai past korus, lirik sebenarnya berbunyi macam ni :

Jauh kau pergi~
Meninggalkan diriku~
Di sini aku~
Merindukan dirimu~
Kini ku cuba mencari penggantimu~
Namun, tak lagi..kan seperti
dirimu~
Oh kekasih~~~

(sedap kan, tapi Rina nyanyi)

 
Jauh kau pergi~
Meninggalkan diriku~
Di sini aku~
Merindukan dirimu~
Kini ku cuba mencari penggantimu~
Namun, tak lagi..kan seperti
dirimu~
Oh gergasi~~~

 -----------------------------------------------------------

 Ada banyak lagi, tapi aku dah lupa :p
 

Imaginasi Zaman Kanak-kanak Yang Best ! :D


Hai korang...(n_n)
Korang ingat tak masa kita kecik-kecik dulu?
Kita suka main masak-masak, main doktor-doktor,
main cikgu-cikgu, main jual-jual, main nyanyi-nyanyi...

Seronok tak?
Masa tu main dengan ramai kawan !
Meriah sangat kan?
Hihi (n_n)


Tapi, budak-budak sekarang tak sempat nak main semua tu.
Tengok je lah kalau kita balik kampung masa hari raya,
anak-anak dan adik-adik sedara kita yang kecik-kecik tu,
dah pandai main game Angry Bird~ aku ni pon tak pernah
main lagi game tu (ok, kesian)


...............................................................................................................


Dulu, kalau dapat balik kampung masa sedara-mara balik
jugak, rasa seronok sangat. Macam-macam benda nak main.
Paling selalu ialah main doktor-doktor. Korang pernah main?


Main doktor-doktor sangat best. Dulu kalau aku mai, aku mesti
nak jadi nurse yang selalu jaga kat kaunter. Sebab dapat bagi ubat
dan akan cakap...

"haa ubat ni kamu kena makan 3 kali sehari...yang ni
pulak macam ni macam tu dan bla bla bla..."
sambil menyerahkan daun-daun dan bunga yang konon-kononnya
ubat.

Kecoh gila masa nak tentukan orang tu sakit apa, orang
ni sakit apa..tak boleh sama ! Masa tu kalau siapa yang
sakit dia sama, rasa macam harammm sangat (-_-')

Owh btw, masa kitorang main dulu, siap ada pesakit yang
nak bersalin tau. Gempak kan? Then bila dah bersalin, akan
ada sorang lagi yang konon-konon jadi baby...baby sama
besar dengan mak dia je pon, tapi masa tu semuanya okay !
hahaha >_<

-------------------------------------------------------------------
Main nyanyi-nyanyi, ni pon aku suka. Dulu, kat rumah nenek aku
tangga belah depan dia nampak macam 'grand'. Jadi, amat lahh
sesuai dijadikan stage untuk kami si bintang-bintang kecil yang tak
cukup popular ni menyanyi. Hahaha....


Siap ada pengacara okay~~ dan selalunya kalau main nyanyi2 ni
aku mesti nak jadi penyanyi gak, tak nak jadi pengacara. Haha~
untuk memalukan diri sendiri, aku bagitau jugaklah lagu apa yang
aku nyanyi masa kecik-kecik dulu....err


Lagu siti nurhalija kot~~~~ kahkahkah >_<


Macam haram aku duk atas tangga batu tu sambil pegang batang
kayu yang dirembat dari pokok bunga kertas nenek aku untuk
dijadikan mic.Hihihi :p


--------------------------------------------------------------------


Okay,ni lagi satu feveret aku. Main mengembara-mengembara !!
Korang tau je lah kat kampung tu kan rumahnya sebijik-sebijik,
tanah halaman pulak luas, lagi berbukit-bukau, ada pokok-pokok
renek dan sebagainya.


Maka, aku dan sedara-mara aku akan packing barang-barang
seperti daun, bunga, daun, bunga daun dan bunga lagi ke dalam
beg sebagai persiapan untuk mengembara ke sekeliling rumah
nenek ! Yeaaayyyy !! >_<


Semasa mengembara, owhh sangatlah mencabar. Sebab kami
masa tu kecik dan pendek lagi, maka longkang yang kecik pon
rasa macam sungai yang besar dan ada buaya !
Sungguh mengerikan~


Tapi, semangat kami yang tak pernah luntur, meneruskan
perjalanan hinggalah kami jumpa satu tempat yang sesuai untuk
tidur iaitu di tangga nenek aku yang 'grand' tadi tu. Huhuhu~


Kena selitkan peristiwa-peristiwa seram contohnya, masa
tengah tidur tu ada sorang yang mengigau ataupun sorang
menjerit sebab nampak hantu. Hahahaha !


Owh ye, permainan mengembara ni di main pada waktu
tengah hari buta (-_-')


------------------------------------------------------------------------


Nak lagi? takut korang boring je baca. Okay lah ada banyak
lagi, tapi aku cerita lagi satu ni je. Main buat rumah !


Dulu rumah-rumah kampung biasanya belum guna kerusi
sofa, mereka guna kerusi kayu yang guna kusyen yang bentuk
4 segi tu. So, ada banyaaaaaak kusyen kan. Hehehe !


Masa untuk menyepahkan rumah nenek aku lagi !! >_<
Cop 4, 5, 6 kusyen then dirikan jadi bentuk kotak, kalau nak
lebih luas lagi, haaa amek semua kusyen yang ada, berebutlahh
kau dengan sedara-sedara ketot yang lain. Hahaha


Untuk hias kusyen tu pulak, kita guna tudung bawal sape-sape
punya lah tak kira, then pin kan kat kusyen yang kita jadikan
sebagai pintu masuk ke 'rumah' kita tu. Best !!! Sekali main
ajak 2, 3 orang sedara, lepas dah siap semua, kita robohkan
pulak rumah orang lain, yaaaa maka jadi huru-hara lah kat
ruang tamu dan lepas tu akan dengar suara emak-emak kami
menjerit suruh diam ! 


Hahahaha.....sungguh best memori aku masa kecik dulu.
Korang ada?? (n_@)


BTW, terima kasih lah kepada rumah nenek aku yang sangat
'grand' sebagai tempat kami bermain. Hihihihi


okay guys, terima kasih ye sudi baca (n_n)


Pathetic Situation


You're watching hilarious TV show alone,
to rid the soleness,
and that Tv shows really funny,
You're laughing loudly,
Keep laughing until you've got tears in your eyes..
The soleness totally off..





but,
until just then..
the shows ended..
andwhen you're looking around...



you found that there is only you
in that room,
sitting alone and hear the silence....





Nothing gonna change if you're really felt alone..
If you're trying to be happy as you can..



You're surely know how hard you're trying
to pretend...






Saturday, 10 March 2012

Muka Buku Yang Menyusahkan Cinta


Berikut adalah perbualan rahsia antara Muka Buku dengan Cinta




Cinta : Muka Buku, kalau awak takde, tentu aku akan aman...

Muka Buku : Apesal pulak ??


Cinta : Yelah, disebabkan awak...manusia hilang kepercayaan
terhadap aku....


Muka Buku : (muka buku buat muka)....


Cinta : Dulu, sebelum engkau ada, semuanya terkawal. Jarang manusia
bergaduh dan bermusuhan. Terutama bagi manusia yang sedang
bercinta. Dulu mereka saling percaya masa kau takde. Tapi,
sekarang....


Muka Buku : Sekarang mende ??



Cinta : Bila kau wujud, kau bagi peluang mereka mengenali lebih ramai
manusia. Kau bagi peluang pada lelaki untuk kenal dengan lebih 
ramai perempuan, kau bagi peluang pada wanita untuk kenal
dengan lebih banyak lelaki. 

Kau bagi peluang pada manusia untuk mencari dan mengumpul
skandal. Kau tahu apa itu skandal? Bukan sandal okay...


Kemudian, kau bagi manusia peluang untuk mereka mencari
semula cinta sejati mereka dulu, untuk cari semula bekas-bekas
kekasih mereka dulu yang mungkin sudah pun berumah tangga
sekarang. Kau buka jalan untuk mereka berbaik semula.


Aku sedih bila melihat ramai lelaki-lelaki yang sudah pun
bergelar suami, berchatting dengan 18sx-nya dengan skandalnya
tengah-tengah malam di kala isteri mereka sedang tidur.


Aku sedih melihat wanita-wanita yang sudahpun bergelar
isteri melayan lelaki-lelaki lain dengan mesra. Walaupun itu hanyalah
di alam maya, tetapi layanan itu sepatutnya 
hanyalah untuk suaminya.
 
 
 
Kau baca surat khabar tak? Tahu tak berapa kes cerai, kes lari dari
rumah, kes putus tunang, kes suami tinggalkan isteri, kes isteri lari
ikut bekas kekasih lepas 'diberi peluang' oleh kau, kes curang dan
sebagainya yang melibatkan engkau??


Itu baru kes cinta, belum masuk kes rogol, kes bunuh, kes bomoh
dan sebagainya yang membabitkan engkau !! Kenapalah kau wujud?  
Kau menyusahkan aku, 
kau menyusahkan manusia !



Akal dan minda manusia dah tak boleh berfikir dengan waras
disebabkan engkau. Hilang kepercayaan di antara kekasih dan
kawan. Dulu, kalau tak puas hati, simpan je dalam hati. Tapi,
bila kau ada, semua diluahkan pada kau. Aku tengok kau takde
telinga pun, sah-sah lah kau ni bukan pendengar yang setia, ye tak??
Harapkan muka je biru (-_-')
 
 
 
Muka Buku : Hoi, biru-biru jangan sebut ea...aku pantang betul !!
Kau dah habis cakap? Hah? Aku ni wujud untuk senangkan
manusia, untuk memudahkan kehidupan seharian mereka yang
sentiasa lambat dan lembap. At least bila aku ada, cepat sikit
info dan maklumat terkini sampai pada manusia. 
 
 
 
Kau cakap aku yang rosakkan hubungan mereka?? Manusia
yang bodoh, mereka tak tahu macam mana nak gunakan aku
dengan betul. Aku dibuat untuk menambah kenalan manusia,
untuk meluaskan jaringan sosial manusia, untuk manusia saling
bertukar pendapat dan maklumat.
 
 
 
Bukan salah aku kalau manusia sendiri yang nak cari ex-ex mereka.
Kau pernah guna aku tak? Ada kau nampak dalam function aku
tertulis macam ni :
 
Click here if you want to find your ex-gf / ex-bf
 
Ada??
 
 
Dan segala masalah yang kau kaitkan dengan aku tu, sebenarnya atas
kehendak manusia sendiri. Aku ni tangan pun takde, 
macam mana nak suruh diorang itu, suruh diorang ini. Jadi,
janganlah salahkan aku.
 
 
Manusia yang bodoh, mereka sebenarnya tak tahu nak guna
sesuatu yang baik itu dengan baik, yang mereka tahu ialah
hiburan dan menjahanamkan sesuatu benda tu. Nampak
macam reti guna tapi tengok-tengok semuanya yang
memudaratkan. 
 
 
 
Cinta, aku tau kau sedih bila manusia hilang kepercayaan terhadap
kau, tapi kau kena faham, semua tu bukan salah aku. 
 
 
Semua tu salah manusia sendiri. 
Bila mereka tahu batas-batasnya
bila bercinta, bila bergelar kekasih, bila bergelar suami dan isteri,
mereka pasti lebih percaya pada kau. Cuma sekarang, sangat
sedikit untuk jumpa manusia yang macam tu.


Semuanya bodoh
sebab terlalu 'bijak' gunakan aku. 



 


......................................
Jangan salahkan teknologi bila anda sendiri yang menyalahgunakan ia.
(pesanan khidmat masyarakat)