Wednesday, 27 February 2013

Owh Cikgu Yang Tamak Haloba


Salam semua. Hari tu aku kena buat design besar-besaran untuk kempen kat sebuah
sekolah ni. Kena pulak cikgu yang in charge kempen tu amatlah selfish dan asyik
pentingkan kekayaan peribadinya saja, maka banyak gila aku kena design. Hadoi.

Aku tak kisah, sebab buat design memang bidang aku, cuma yang tak bestnya tu bila
dia reply email aku or call aku untuk berdiskusi (chewah~) tentang design-design tu,
dia akan cakap macam ni;

"Adik kalau boleh design banyak-banyak sikit, bagi yang ceria-ceria kan biar budak-
budak tengok, rambang mata, and nak beli semua. Cepat sikit akak kaya.."

Bukan sekali okay, boleh kata setiap kali kitorang berbincang pasal design-design
untuk kempen tu, confirm akan keluar ayat puaka dia tu;

"Cepat sikit akak kaya.."

T_T Adoi, cikgu, kalau anak aku ada sekolah kat situ, memang aku pindahkan anak aku
ke sekolah lain. Buat masa sekarang, items yang cikgu tu order adalah button badge,
dia nak 3 design. Bila dah laku, dibantainya aku suruh buat lagi 5 design buttob badge,
design keychain banyak-banyak dan T-shirt. Aku tak kisah tentang design cuma yang
tak bestnya bila semua items-items itu dibuat untuk dijual kat murid-murid.

Ohoi~~~murid-murid memang lah nak beli semua, rambang mata, tapi yang parah mak
bapaknya. Huhu~ Pokai obah dan omak diorang, cikgu oii~~

Owh lagi satu aku geram sangat kat cikgu ni, dia punya tamak haloba sangat lah over !
Hari tu dia suruh aku buat design kad hari guru, kad hari ibu, kad hari bapa, dan kad hari
raya. Suruh aku design banyak-banyak okay. Siap dah komen bagai macam tu macam ni,
at last...

Apa pun tak jadi!
Sebab, dia cakap alamak bajet tak cukup lah dik.
Owh, damn~~nasib aku keje bawah orang, kalau freelance memang aku hantar orang-
orang aku pergi belasah cikgu tu..hahaha (gebang lebih)

Okay, design-design yang aku buat untuk cikgu tu memerlukan aku melukis doodles
budak-budak sekolah rendah, jadi nanti aku postkan doodles-doodles tu ya. Soon.
Thank you sudi singgah sini. Kasi preview sikit designnya :


p/s : ini cerita tentang cikgu tu sahaja, aku tak cakap semua cikgu macam ni. Kang ada
manusia-manusia yang tak faham bahasa pulak nak cakap aku kutuk cikgu, ketuk pale
tu kang ! Dush

10 comments:

  1. hahhaha...lyeen pernah kena cikgu mcm tu time sekolah dulu..sebelum dia mnagajar..dia buka koprasi dlm kelas...adeh...harap2 lyeen x jdi mcm tu nnt..hahaha:P

    xpsl2 jual cupcakes dgn student..:P

    ReplyDelete
  2. Cikgu kapitalis. Kenapa cikgu tu tak bukak shopping mall je dalam sekolah tu. Cepat sikit kaya.hehe

    ReplyDelete
  3. haha, mcm2 ckg tu eh...suka tgk hasil seni damya... =)

    ReplyDelete
  4. hahah sabar lah ye.. kalau report ni habis cikgu tu

    ReplyDelete
  5. CANTIK desing nya.. budak2 kecik.. semua barang kadang dia suka ^^

    ReplyDelete
  6. hahahaha.. dush..dush.. untuk org yg tak baca bebebetui..

    sila tabahkan diri anda lyndamya :)

    ReplyDelete
  7. hahahha sabo jelah ..tapi serius cantik buat design tu

    ReplyDelete
  8. Manusia selalu pentingkan diri sendiri

    ReplyDelete
  9. hahaha gile la cikgu tu cakp macm tu.suruh die benti jadi cikgu.bukak kedai sendri klu nak kayo sngt..cute la doodles tu >_<

    ReplyDelete
  10. hahaha apa punya ckgu daaa. tp mmg kuasa membeli kanak2 hebat. kesian mak paknya.

    i tot u buat freelance babe . buat la freelance jugak mesti lg mahsyuk

    cicitembikai

    ReplyDelete