AWAS ! ENTRY INI PANJANG BERJELA SEPERTI NOVEL. SILA TAHAN
MENGUAP ANDA TU YA. SEKIAN :P
Salam semua. Kalau korang nak tahu, aku berjinak-jinak dengan bisnes ni sejak aku
sekolah rendah lagi. Haha kalau korang tak nak tahu, sila keluar dari blog aku ni, sebab
untuk entry kali ni, aku nak cerita pengalaman aku berniaga daripada aku kecik sampai
lah sekarang ni. Tak sangka siot~ Haha
Mula-mulaaa dulu yang paling aku ingat, terjebaknya aku dalam bisnes ni masa aku
sekolah rendah, darjah 1. Semuanya hasil cadangan mak aku. Jual ais krim batang tu.
Nostalgia sungguh bila ingat balik.
Rumah nenek aku betul-betul depan sekolah rendah yang ramai kanak-kanak kehausan
bila balik sekolah. So, memang strategik betul jual ais krim masa tu. Haha. Aku yang
ajak kawan-kawan aku datang rumah, beli ais krim. Wee~ Dan paling comel, aku yang
buat lukis papan tanda 'Ais krim Batang di jual Di sini' masa tu. Erk, comel ke?
Then darjah 2 aku pindah rumah baru, dah tak duduk rumah nenek. Masa tu abah aku
kerja bank, jadi abah aku dapat banyak kertas-kertas recycle saiz A4. Abah aku potong
4, then stapler dalam 80 mukasurat masa tu, dan dia bagi aku untuk buat buku kira-kira
Matematik.
Aku bawak pergi kelas buku tu, ramai betul kawan-kawan aku tanya pasal buku tu, err..
macam kat kedai takde jual buku conteng je masa tu kan~ Dan diorang nak order. Jadi,
abah aku potongkan banyak-banyak dan jual, satu 50sen je (n_n)
Tapi, masa tu kalau aku betul-betul berniaga, memang dah boleh bankrup dah sebab masa
aku jual tu dah dekat akhir tahun. Jadi, kawan-kawan aku yang tak bertamadun ni main
amek je buku tu dan cakap nak bayar tahun depan. Aku pun okay je lah sebab aku masa
tu tak tahu tahun depan tu lama rupanya ! Dan aku pasti kawan-kawan ketot aku tu pun
main cakap je tahun depan, tak tahu tempohnya yang panjang tu. Erkkk~ Rugi~~~rugi~
Kemudian, sekolah dilanda demam sticker. Maka aku dengan bijak pandainya membeli
sticker-sticker kartun, sticker kumpulan Westlife dan sebagainya. Aku potong-potong
dan jual kat kawan-kawan sekolah aku. Serius jakun mereka tengok sticker2 comel tu :p
Kali ni, aku teringat yang masa tu sticker aku dah tak laku sangat :( Aku tak bagitau mak
aku, tapi mak aku macam tahu je..dia pun buat-buatlah nak beli sticker aku tu, sticker
hello kitty paling besar, aku letak Rm 1.50 masa tu, mak aku berkeras nak bayar even
aku cakap nak bagi free. Then dia belilah sticker tu, utk dilekatkan almari baju aku..
Pe motif mak aku ni, tapi aku tahu, dia saja nak bagi aku semangat utk berniaga lah tu :)
Then, bila masuk sekolah menengah, aku tinggal kat asrama. Sekolah sains kan, asyik
kena belajar je, terbantut minda aku nak buat bisnes. Serius tak terfikir langsung,kalau
tak, mesti aku dah kaya skang nih ! HUahahahaha ($_$)
Habis sekolah, pun bangang jugak. Aku menganggur lama gila sementara nak tunggu
masuk U tu. Masa tu pun terlibat jugak dalam bisnes family kt pasar malam. Jual
popcorn & ice blended. Seronok !!!! :D
Masuk diploma, masih tak terfikir nak buat bisnes. Aduhai~ rasa lamanya masa terbazir
tanpa side income daripada bisnes. Owh ye, mungkin masa tu zaman-zaman aku baru
nak up kot, nak mengenali dunia luar, nak bercintan-cintun dan berhuha-huha, maka
mungkin masa tu aku lebih gemar menghabiskan duit je..owhhh damn~~ T_T
Tapi, sekarang......akhirnya yeayyy !!!!! Aku dah ada bisnes aku sendiri. Dimulakan
dengan modal ihsan daripada encik pakwe aku yang bernilai RM 50 sahaja, aku dah
jadi jutawan~~~hahahaaha okay belum lagi, tapi tulah~
Alhamdulillah sangat, sangat tak sangka Pillow handmade yang aku buat tu mendapat
perhatian daripada mereka-mereka yang sukakan barangan yang cute dan kreatif. :D
Sebenarnya, sebelum aku start HUMMY LOVEY ni, banyak jugak aku try set up tapi
gagal akibat kemalasan aku sendiri dan ketidakmatangan fikiran sendiri. Hmmm...
Tapi berkat research yang mencukupi, maka aku dah berjaya lepas stage pertama. Dan
even korang pon boleh dowh~~~ (tetiba semangat) haha, mana kawan i Bunga sejambak
tu, i galakkan u buat bisnes ya, besttt ! Haha :D
Okay tu je entry panjang tak bergambar yang memboringkan lagi colorful nak di
baca. Okay bye, thanx singgah sini (n_n)
Hehehe , bestnya ber bisnes !! Nurrul minat.. tapi hangat-hangat taik ayam jek lah.. hehehe :)
ReplyDeleteGoodluck akk !!
Fy bakal menyusul! Hahaha
ReplyDeletewaa...
ReplyDeleteda dapat modal da :)
zaza pun minat bisnes tp mampu kecik2 je..kluarga pun ada yg xsokong sgt..suruh kerja jgk..hurm...
ReplyDeleteadeh.. punya pnjang lebar akak komen tadi.. tetiba line tenet disconet sesuke hati.. cis..cis..
ReplyDeletebabe i tergelak bab stcker i pun jual masa primary dulu. beli kt psr mlm pastu ptg kecik2.
ReplyDeletei start masa tdka i beli gelang celup emas tu bwk g tdka pastu jual. org tnye berapa i jwb brapa brapa je. hahahha ada yg bg rm1 ada yg bg 20sen. mklumla tdka kan. balik umh mak suh pulang balik duit amek balik gelang -,-''
cicitembikai
baguslah dari kecik dah berjinak2 dengan bisnes. kira dah banyak pengalaman. kalau minat bisness teruskan tau :) inyaallah pasti berjaya :)
ReplyDeleteowhh maaf yang..cik bunga sejamak baru je baca blog u..hakhak..yeayy thanks bagi semangat kat i..insyaAllah nak start tapi kna slow2..wedding thingy i kna setelkan dulu hahaha nevessssssss~~ doakan i jutawan macam u jugak yang~ miss u~
ReplyDelete