Friday, 16 August 2013
Itulah Perjuangan Sebenar, Merekalah Pejuang Sebenar
Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata-kata;
Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.
Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang;
Kamu berhimpun menuntut keadilan dengan Al-Quran sebagai 'pedang'.
Ketika kami marah akan kecederaan Messi;
Kamu tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.
Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona;
Rakyat dan media kamu bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.
Ketika kami mempertahankan surau yang tiada jemaah;
Masjid kamu penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.
Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat;
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.
Ketika isteri di sini dipukul hanya kerana suami yang bebal;
Anak isteri kamu di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.
Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah;
Kamu di sana berdiri megah dan syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.
Ketika kami di sini mempersoalkan ulama' bersunnah;
Kamu di sana menentang hujah ulama' yang punah.
Ketika Muslimah kami mempersoalkan tokoh ilmuwan Islam beristeri dua;
Muslimah kamu meyokong suami dan anak menuntut keadilan samada muda atau tua.
Ketika mufti kami baru mengeluarkan fatwa HARAM sertai pertandingan ratu cantik;
Ulama' kamu berfatwa mempertahankan dataran itu adalah wajib, lebih baik dari beri'tikaf di masjid tanpa pengaruh politik.
Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka;
Pemimpin kamu menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.
Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit;
Masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.
Ketika kami berjuang melalui facebook dan twitter dengan sambil lewa;
Kamu berjuang berhabis keringat, wang, makanan, dan nyawa.
Kamu menggunakan kesemua medium bagi menegakkan keamanan, menuntut keadilan pelbagai cara;
Sedangkan kami ingin menekan 'share' akan nukilan ini pun masih berkira-kira.
Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana; Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.
Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya;
Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya.
( Sumber Penuh : Himpunan Aman Mengutuk Kekejaman Kudeta Mesir
aku share kan kata-kata ini kerana semuanya betul tentang aku, tentang apa yang aku nampak,
tentang apa yang kita buat, dan tentang apa yang mereka di sana sedang buat di ketika ini.)
Yup!! berlainan sangat situasi yang berlaku di negara kita dan negara diorang .. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman
ReplyDelete