Salam. Well, as expected ! ;) Dengan menggunakan ayat 'pengurangan subsidi' maka
kerajaan berjaya menaikkan harga minyak.
Ramai orang tampil dan berlagak selaku juri, memberi pendapat tentang isu ini dengan lantang.
Ada yang mengeluh, ada yang merungut, ada yang siap menjahanamkan pam di stesen minyak,
tak kurang juga yang menyokong dan rasa okay dengan tindakan kerajaan ini.
Okay, mari kita teliti satu-satu, sebab dan mengapa ataupun apakah keadaan yang menyebabkan
mereka memberi respon yang berbeza terhadap tindakan ini :
1. 20 sen je kot
Mungkin mereka jenis yang tidak berkira. Yelah, dua posen je pon, macam celah gigi je. Lainlah
kalau naik sampai Rm 1 kan? Tapi, kalau naik sampai Rm 1 sekalipon, mungkin mereka tak ambil
kisah sangat, bayar je lah. Mungkin mereka juga jenis orang-orang berada, yang tak ambil pusing
sangat benda-benda remeh macam ni. Mungkin :)
2. Okay lah tu, stabil
Mungkin mereka berpendapat dengan turunnya harga kereta, maka memang wajarlah kenaikan
harga minyak dilakukan. Orang kata, ada yang turun, ada yang naik. Jadi, kira stabil lah tu.
Mungkin :)
3. Sokong demi kebaikan kerajaan
Mungkin mereka adalah penyokong Parti Barisan Nasional yang sangat kasihankan kerajaan
yang menanggung sejumlah besar untuk subsidi minyak. Jadi, mereka rela subsidi mereka
dikurangkan dengan membayar lebih untuk harga minyak, demi menyenangkan kerajaan
mereka yang tercinta. Mungkin :)
4. Mengeluh kerana kerajaan BN
Mungkin mereka adalah penyokong Parti Pakatan Rakyat yang sudah dapat mengagak hal ini
pasti akan berlaku daripada dulu lagi, jika rakyat tidak mahu menukar kerajaan BN pada PRU
yang lepas. Kerana itu mereka mengeluh, merungut dan menyalahkan mereka yang mengundi
BN kelmarin. Mungkin :)
5. Boleh cari penyelesaian lain
Mungkin mereka adalah orang yang tak suka bergantung pada satu-satu sumber sahaja.
Contoh, dengan membeli kereta yang berbateri Hybrid, yang mampu menjimatkan minyak.
Memang menjimatkan. Tapi, mungkin mereka anak orang yang berkemampuan untuk
membeli kereta berjenis Hybrid, sebab tak semua mampu memiliki kereta Hybrid Apatah lagi
kos penyelenggaran bateri Hybrid jika rosak, masih mencecah ribuan ringgit walaupun
selepas diskaun. Oleh itu, mungkin mereka orang berada. Mungkin :)
6. Terpaksa terima
Tak nak terima, tapi apa boleh buat melainkan terpaksa menerima? Mungkin mereka ini
datangnya daripada golongan-golongan yang sederhana, yang berpendapatan rendah dan
mungkin juga terdiri daripada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik. Mungkin kenaikan
20 sen itu pada mereka sedikit sebanyak membuatkan perbelanjaan bulanan mereka terjejas.
Mungkin keadaan mereka sekarang agak terdesak, apatah lagi setelah diumumkan harga
kenaikan minyak baru-baru ini. Walaupun harga kereta turun, tapi perlu difikirkan, apa gunanya
jika mereka sudah ada kereta. Sama saja. Dengan subsidi pula dikurangkan, jadi mereka
terpaksa menerima. Mungkin :)
7. Cari gaduh
Perkara ini tercetus akibat pertelagahan pendapat daripada dua belah pihak tentang isu ini,
sama ada antara golongan berada dengan golongan kurang berkemampuan, dan antara penyokong
Parti BN dengan Parti PKR. Mungkin :)
8. Protes dan tunjuk perasaan
Mungkin mereka sudah lama marah dan menyimpan rasa bengang dengan putar belit
kerajaan yang dulunya kata tidak, tapi sekarang lain jadinya. Apabila hak bersuara itu
sebenarnya tidak dibenarkan dan tidak diambil kira ataupun terhalang hanya kerana mereka
tidak berkuasa, maka ini lah jadinya. Mungkin :)
Semua respon ini berdasarkan apa yang aku lihat di laman-laman sosial, media, surat khabar
dan sebagainya. Semua kemungkinan ini adalah olahan aku tentang apa yang mereka fikir dan
rasa, berdasarkan keadaan mereka sama ada senang atau pun susah. Semua hanya kemungkinan
sahaja :)
Jadi, siapa pun kau dan apa pun pendapat kau, memang takkan dapat diterima oleh semua
pihak kerana kau bercakap tanpa mengetahui keadaan orang lain, dan orang lain tak dapat
menerima apa yang kau cakap kerana keadaan kau lain daripada keadaan mereka. Harap kau
dan aku, boleh memberikan pendapat dan menghormati pendapat orang lain. Bukan memaksa
mereka berpendapat sama seperti apa yang kita rasa :)
Sekian, terima kasih (n_n)
Psst : Setuju tak kalau aku cakap, seseorang itu takkan faham erti dan kepentingan kitar
semula, sehinggalah dia sendiri menjadi salah seorang daripada gelandangan yang
sentiasa mencari barang terbuang untuk dikitar semula demi mendapatkan wang. Kau
tau apa itu gelandangan? Gelandangan tu orang-orang yang tidur di merata tempat,
yang tak punya rumah, dan melilau cari makan di tong sampah dan sebagainya.
Setuju, mungkin? :)
kalau bab ni xtahu nak komen apa dah..hihi
ReplyDeleteMinyak naik... terutama diesel..
ReplyDeleteAkan menyebabkan semua barang lain..
SEMUA
akan naik..
Ko xde kereta? Ko tak akan terjejas?
Salah... harga barang berpusu2 naik.. dan gaji ko yg ciput itu akan jadi sejemput..
Akak masih ingat.. beberapa tahun dulu minyak di istihar naik.. esoknya akak pergi pasar.. kuih muih yg minggu lepas berharga rm1 tiba2 sudah berharga rm2..
Kenaikan minyak 20 sen itu menyebabkan kuih kegemaran akak naik satu kali ganda.. dan pengumuman itu baru mlm kemarinnya.. tepung yg mereka beli utk buat kuih itu masih harga yg sama pada petang kelmarin.. tapi .. ada makcik tu kisah?
Itu beberapa tahun lalu.. sekarang?
Dari sudut lain.. akak berpendapat.. kerajaan perlukan dana utk kurangkan hutang sambil memenuhi janji mereka terutama BR1M, jadi kenaikan minyak dpt membantu.. jgn lupa.. tidak lama lagi gst mungkin akan di kuatkuasakan.. govermt sales tax.. nanti soping di supermarket.. akan ada gst.. dengarnya 4% kita tunggu dan lihat...
Akak marah .. geram.. sakit hati?
Keluar duit lebih utk belanja minyak sambil menikmati kenaikan harga barang yg menyebabkan nilai tunai akak menjadi kecil.. itu norma la kan....
Tapi akak tak mahu juga negara ini tergadai..
Apa pun ini cuma pendapat peribadi akak semata..
orang yang tak tau erti kesusahan dan hidup tak pernah susah memang takkan faham kesusahan orang lain kan...
ReplyDeletesemua aku setuju dik ...huhu
ReplyDeleteArghhhh doplocen lagi...
ReplyDeleteNk tau apa CiM komen, gi lah lawat laman CiM. Tp jgn krn doplocen, dosa kita plak jd 20k betingket2....