Friday, 11 October 2013

BIG Cara & Ayam Penyet mak saya ! :D

Salam and hi all. Harap semuanya sihat walafiat lah ye~ (n_n)

Aku dah lama tak update entry kisah aku berniaga kat pasar malam, sebab semuanya
biasa je. Hehe, tapi hari rabu lepas, mak aku dengan rajinnnnn nya dia nak masak
segala jenis makanan untuk dijual. (-_-') Maka, aku pun dengan rajinnya ambil lah
gambar~ hahahaha...

Owh ye, kalau dulu kami jual makanan dalam polisterin je, tapi sekarang mak aku dah
up to date, guna tupperware you alls~~ Puncanya adalah sebab bila ramai sangat
customer datang sekaligus, kami tak cukup kaki tangan nak 'kipas' makanan untuk
halau lalat. Kami sangat mementingkan kebersihan makanan, so solutionnya adalah isi
makanan terus dalam tupperware dan tutup. Sekarang, tak perlu halau lalat lagi~ Yess !

Ini adalah lempeng kelapa. Lempeng kelapa pun nak duk dalam tupperware tau~
3 gulung + sambal tumis : Rm 1.50
Haaa, ni aku nak citer nih..hari Rabu lepas, mak aku buat dua menu baru iaitu Nasi Ayam
Penyet dan kuih BIG cara daging ! Hahaha...syabas mak! syabas~~~

My Mom's Nasi Ayam Penyet~~~~Ayam tu besar gila okay, siap dengan bergedil sejibik,
tahu besar, timun panjang, kacang panjang macam chopstick..tapi nasi ayam penyet ni mak
aku jual 2 bungkus je hari tu, hahah..
Tak lupa juga, sambal belacannya :D
Haa, dan lagi satu menunya ialah kuih BIG Cara Daging !!


Ala, korang mesti tahu kan kuih cara daging / cara berlauk tu? Cuma ini, mak aku buat
size gergasi punya, cheh gergasi lah sangat. Haha.. (n_n)


Haaa okay itu lah citer baru tentang 'cerita berniaga' keluarga aku kat pasar malam :D
Harap terhibur dan harap korang terliur lah ye, hahahahaha ! Okay lah, tu je, bye~~ ;)



11 comments:

  1. damya,, sedapnya zaza tengok..moga dmya dan keluarga sukses buat biz ni.. ;) amin

    ReplyDelete
  2. nampak cara nih teringat satu masa dulu cuba buat tapi tak menjadi ... melekat kat acuan ... heheheee

    ReplyDelete
  3. Weeee.. akku tak pernah makan nasi ayam penyet. :3

    Oh ya,... kuih cara daging tu feveret aku. Weeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  4. Wahhhhh.. nampak sedap nasi ayam penyet tu. Tapi aku tak pernah makan. :3

    And... kuih cara daging tu feveret aku. huuuuuuuuuuuuu :D

    ReplyDelete
  5. uish.. nampak sedap ni..nyum2 :) Suka part pentingkan kebersihan tu. Thumbs up. :D

    ReplyDelete
  6. penggemar nasi ayam penyet.. kalau boleh nak jual :) tapi ntah laku ke tidak.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Nak! Kalau dekat dah lama pergi beli dekat gerai Lynn. Lama tak makan kuih cara,kalau dapat yang besar macam ni mesti best!

    ReplyDelete
  8. Nampak tak.. nampak tak...

    Air liur akak meleleh dah ni...

    Hehe... serius. Nmpak best je jualan korang ni

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Besaqnyaaaa hang punya cara berlauk! Favourite aku tu >_<

    Aku suka la ko punya gmbr tu, style big apple gitu. ^_^

    Urmm, aku baru skali je pernh makan nasi ayam penyet.. itu..tauhu goreng kan. Memula aku ingt lobak,keh3.

    ReplyDelete