Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Saturday, 30 March 2013

Bisnes OH ! Bisnes~~

AWAS ! ENTRY INI PANJANG BERJELA SEPERTI NOVEL. SILA TAHAN
MENGUAP ANDA TU YA. SEKIAN :P

Salam semua. Kalau korang nak tahu, aku berjinak-jinak dengan bisnes ni sejak aku
sekolah rendah lagi. Haha kalau korang tak nak tahu, sila keluar dari blog aku ni, sebab
untuk entry kali ni, aku nak cerita pengalaman aku berniaga daripada aku kecik sampai
lah sekarang ni. Tak sangka siot~ Haha

Mula-mulaaa dulu yang paling aku ingat, terjebaknya aku dalam bisnes ni masa aku
sekolah rendah, darjah 1. Semuanya hasil cadangan mak aku. Jual ais krim batang tu.
Nostalgia sungguh bila ingat balik.

Rumah nenek aku betul-betul depan sekolah rendah yang ramai kanak-kanak kehausan
bila balik sekolah. So, memang strategik betul jual ais krim masa tu. Haha. Aku yang
ajak kawan-kawan aku datang rumah, beli ais krim. Wee~ Dan paling comel, aku yang
buat lukis papan tanda 'Ais krim Batang di jual Di sini' masa tu. Erk, comel ke?

Then darjah 2 aku pindah rumah baru, dah tak duduk rumah nenek. Masa tu abah aku
kerja bank, jadi abah aku dapat banyak kertas-kertas recycle saiz A4. Abah aku potong
4, then stapler dalam 80 mukasurat masa tu, dan dia bagi aku untuk buat buku kira-kira
Matematik. 

Aku bawak pergi kelas buku tu, ramai betul kawan-kawan aku tanya pasal buku tu, err..

macam kat kedai takde jual buku conteng je masa tu kan~ Dan diorang nak order. Jadi,
abah aku potongkan banyak-banyak dan jual, satu 50sen je (n_n)

Tapi, masa tu kalau aku betul-betul berniaga, memang dah boleh bankrup dah sebab masa

aku jual tu dah dekat akhir tahun. Jadi, kawan-kawan aku yang tak bertamadun ni main
amek je buku tu dan cakap nak bayar tahun depan. Aku pun okay je lah sebab aku masa
tu tak tahu tahun depan tu lama rupanya ! Dan aku pasti kawan-kawan ketot aku tu pun
main cakap je tahun depan, tak tahu tempohnya yang panjang tu. Erkkk~ Rugi~~~rugi~

Kemudian, sekolah dilanda demam sticker. Maka aku dengan bijak pandainya membeli
sticker-sticker kartun, sticker kumpulan Westlife dan sebagainya. Aku potong-potong
dan jual kat kawan-kawan sekolah aku. Serius jakun mereka tengok sticker2 comel tu :p

Kali ni, aku teringat yang masa tu sticker aku dah tak laku sangat :( Aku tak bagitau mak

aku, tapi mak aku macam tahu je..dia pun buat-buatlah nak beli sticker aku tu, sticker
hello kitty paling besar, aku letak Rm 1.50 masa tu, mak aku berkeras nak bayar even
aku cakap nak bagi free. Then dia belilah sticker tu, utk dilekatkan almari baju aku..
Pe motif mak aku ni, tapi aku tahu, dia saja nak bagi aku semangat utk berniaga lah tu :)

Then, bila masuk sekolah menengah, aku tinggal kat asrama. Sekolah sains kan, asyik
kena belajar je, terbantut minda aku nak buat bisnes. Serius tak terfikir langsung,kalau
tak, mesti aku dah kaya skang nih ! HUahahahaha ($_$)

Habis sekolah, pun bangang jugak. Aku menganggur lama gila sementara nak tunggu
masuk U tu. Masa tu pun terlibat jugak dalam bisnes family kt pasar malam. Jual
popcorn & ice blended. Seronok !!!! :D

Masuk diploma, masih tak terfikir nak buat bisnes. Aduhai~ rasa lamanya masa terbazir
tanpa side income daripada bisnes. Owh ye, mungkin masa tu zaman-zaman aku baru
nak up kot, nak mengenali dunia luar, nak bercintan-cintun dan berhuha-huha, maka
mungkin masa tu aku lebih gemar menghabiskan duit je..owhhh damn~~ T_T

Tapi, sekarang......akhirnya yeayyy !!!!! Aku dah ada bisnes aku sendiri. Dimulakan
dengan modal ihsan daripada encik pakwe aku yang bernilai RM 50 sahaja, aku dah
jadi jutawan~~~hahahaaha okay belum lagi, tapi tulah~

Alhamdulillah sangat, sangat tak sangka Pillow handmade yang aku buat tu mendapat

perhatian daripada mereka-mereka yang sukakan barangan yang cute dan kreatif. :D

Sebenarnya, sebelum aku start HUMMY LOVEY ni, banyak jugak aku try set up tapi
gagal akibat kemalasan aku sendiri dan ketidakmatangan fikiran sendiri. Hmmm...

Tapi berkat research yang mencukupi, maka aku dah berjaya lepas stage pertama. Dan
even korang pon boleh dowh~~~ (tetiba semangat) haha, mana kawan i Bunga sejambak
tu, i galakkan u buat bisnes ya, besttt ! Haha :D

Okay tu je entry panjang tak bergambar yang memboringkan lagi colorful nak di
baca. Okay bye, thanx singgah sini (n_n)


Wednesday, 27 March 2013

Kartun Kucing Berry & Anissah

Salam semua. Semalam kan, aku terajin sangat sampai rasa nak buat kartun untuk dua ekor kucing yang ada kat rumah aku tu, iaitu Berry & Anissah. Sedap kan nama beliau-beliau nih~

Maka terciptalah artwork ini yang memang bersempena dengan mereka :


Yg hitam tu nama nya Berry dan yang putih tu nama dia Anissah.

Sejarah Penamaan Mereka :

1. Berry : Sebab masa tu tengah famous handphone BlackBerry kan. So, nama penuh si hitam ni adalah BlackBerry, tapi panggil berry saje...hehehe

2. Anissah : Aku rasa ade certain kucing, muka dia mirip kepada seseorang. Or orang tu yang muka dia mirip kepada kucing?? Hahaha, yang penting, masa pertama kali aku nampak je kucing ni, aku terus teringatkan kawan sekolah tadika aku yang bernama Anissah. Mata diorang sama. Haha lalu aku panggil je lah nama putih tu Anissah, lekat sampai sekarang :p

Okay itu saja tentang si comel aku :D...sekarang ni, Blackberry dah takde, tinggal Anissah dan kucing-kucing yang baru. Hehe..terima kasih sudi singgah sini :)



Thursday, 14 March 2013

Jawapan Teka-teki yang sengal (u_u')

Salam semua. Dulu-dulu kalau korang bosan, mesti pernah main teka-teki kan?
Sama lah macam aku, asal takde topik nak bercerita je, confirm keluarlah semua
bagai jenis teka-teki, termasuklah teka-teki yang sengal untuk dijawab (-_-')...

Antara teka-teki paling sengal yang aku tak leh lupa sampai sekarang adalah :

4. Teka-teki binatang yang berangkai

Korang mesti ingat kan teka-teki permulaannya yang berbunyi macam ni :

"Macam mana nak masukkan gajah dalam peti ais?"

lepas tu,

"Macam mana nak masukkan zirafah dalam peti ais?"

Penat-penat fikir, rupanya jawapannya : Buka peti ais, masukkan gajah, tutup &
                                                       : Buka peti ais, keluarkan gajah, masukkan zirafah, tutup

(-_-')......dan nampaknya gajah pun tercabar dengan jawapan itu...

3. Teka-teki sekolah

Ni aku terdengar kat Radio Sinar FM. Teka-tekinya berbunyi macam ni'

"Banyak-banyak sekolah, sekolah apa yang meja takde, kerusi takde, cikgu takde,
murid takde, papan hitam takde, lampu kipas dan segala-galanya takde?"

Tau apa jawapannya?

'Sekolah air' 


(-_-').....




(-_-').....




(-_-').....




Faham? Ni haa sekolah air...


2. Teka-teki Ahmad

Haa ni kawan aku punya teka-teki. Soalannya macam ni,

"Ahmad ni tinggal kat kondominium. Satu hari tu dia terjatuh kat kondo dia tu, tapi dia
tak mati, padahal dia jatuh dari kondo dia. Kenapa dia tak mati?"

Macam-macam jawapan kitorang bagi, cuma satu yang kitorang tak perasan iaitu klu
yang sangat penting untuk menjawab soalan ini sebenarnya. Chewah~ ala detektif conan gitu
dan jawapannya adalah~~~


1. Teka-teki Ahmad Lagi !!! (-_-')

Ini paling tak bleh blah. Hadoi, teka-tekinya bunyi macam ni,

"Ahmad ni tinggal kat kondominium. Dia tinggal kat tingkat 10 kondo tu. Suati hari tu,
ditakdirkan Ahmad terjatuh dari tingkat 10 kondo tu, tapi dia tak mati ! Kenapa??"

Jawapan sebenar adalah tahap bangang melampau. T_T

Jawapannya adalah~~~~~



.................



.................



.................



.................



.................



.................


"Ahmad seekor burung~~~"



(u_u')....okay itu je...Tak mampu nak ingat lagi dah, menyosal den menjawabnya aihh !

Wednesday, 13 March 2013

Inilah permulaan kelaparan~~~ (u_u)

Salam semua. Okay, hari ni aku dapat tugas yang pastinya membuatkan aku
kelaparan pada tahap maksima, sebab tugas tu related to food and cafe. Apa
yang aku kena buat ialah design print items like banner, menu dan sticker
untuk cafe yang menghidangkan western food tu. Uhuk-uhuk, lapar lah aku jap
lagi ni T_T...

Jadi, untuk berlaku adil dan saksama, maka aku hidangkan barang sepinggan dua
western food untuk korang menjamu selera menggunakan mata, hahaha~

Chicken Chop Mushroom Sauce
Fish n Chip
Tauhu Bakar
Uwaaa....aku yang lapar penyudahnya T_T okay dah lah nak sambung wat kerja
dalam kelaparan. Haha thanx sudi singgah makan kat sini :p

Tuesday, 5 March 2013

Design Button Badge & Mesin Pembuat Button :D

Salam semua. Hadoi busynya aku. Semuanya 'cikgu tersebut' punya pasal.
Okay, aku tak kira aku nak update gak blog aku yang dah bersarang sepaideman nih.

Hari tu, aku buat design button badge dan banner untuk client aku. So, kali ni aku
nak share lah button-button yang dah siap tu. Aku nak introduce sekali mesin
ajaib pembuat button badge kat tempat aku ni, kat korang.

Ini design-design button :




Sebenarnya, design-design kali ni tak boleh nak dibanggakan sangat bagi aku, sebabnya
kartun-kartun yang aku guna tu memang ready-made doodles. Cikgu tu nak design cepat,
pastu nak demand itu ini, memang aku pun buat 'kerja pantas' je lah. Haha

Ini pun design button untuk sorang lagi customer aku, tapi yang siap jadi buttonnya aku tak
sempat nak snap  :


Owh seperti yang aku cakap tadi, aku nak kenalkan kat korang mesin pembuat button
badge yang memenatkan~~~~ Ini dia :


Menatang ni memang mujarab kalau korang teringin nak rasa sakit pinggang ke, sakit
belakang badan ke, haaa memang mesin ni dapat membantu korang. Serius !


Haa, benda alah bawah dia tu boleh berpusing-pusing, siapa tahu guna menatang ni tahulah
macam mana nak buat button. Memang best kalau dapat memiliki mesin ni. Boleh buat
button sendiri sesuka hati :p

Okay itu je, ini lah 500 button yang sudah disiapkan untuk sekolah tersebut.



Hasil kerjasama ala-ala Wonder Pet memang sangat membantu walaupun aku rasa bini boss
aku ni kejam sebab bagi kitorang masa selama 4 hari je untuk siapkan. Huh! Owh ye, aku lupa
nak kenalkan lagi satu mesin yang terlibat dalam pembuatan button badge ni, iaitu mesin
pemotong kertas menjadi bulat. Itu lagi lah, aku try gak guna, memang kalau tak kuat iman,
boleh mencarut sebab penat. Haha..

p/s : dulu order button tahu nak cepat siap je, sekarang bila aku dah tahu betapa mencabarnya
buat button, rasa macam tak nak bagi orang order button lagi kat sini. Haha