Happy Three Friends

Miss Money

Saturday 27 April 2013

'Nothing' means....?


 Perempuan, kalau lelaki tanya dan dia cakap;

"Takde pape..."

atau pun

" Saya okay..."

Maksudnya, dia tak okay or dia tengah sembunyikan sesuatu dari korang dan berharap
korang akan tanya lagi sekali, so that dia akan mengaku yang dia sebenarnya tak okay.

Lelaki, kalau dia cakap;

"Takde pape.."

atau pun

"Saya okay..."

Maksudnya, memang dia okay. So tak payah tanya banyak-banyak kali untuk menunjukkan
yang korang caring sangat kat dia. Sebab itu tak kan menunjukkan yang korang take care,
sebaliknya korang dianggap macam annoying pada diorang.

Caring is annoying, huh ?





Thursday 25 April 2013

Koleksi Baru Bantal Handmade Aku

Miko-miko Coupled Character
RM 55
Keistimewaan Bantal ini : Mereka boleh pimpin tangan, muka yang kiut walaupun
agak sewel. Hahaha


Lagi gambar Miko-miko :


Custom Square Pillow + Felt Lace
Rm 40



Social Media Pillow (YOUTUBE)
~ini ditempah oleh seorang peminat Anwar Hadi, dan Alhamdulillah telah pun
sampai kepada beliau, and this is photo daripada instagram Anwar Hadi
sendiri, thank you~


Love Petals Pillow
RM 45


Meow !
Rm 40
By the way, ini first time aku buat meow ni guna warna purple terang ni, okay jugak kan?
Hehe..


Crown Pillow
(special Request Pillow)
Actually, ade kesilapan besar kat bantal ni, aku mintak maaf sangat-sangat
dekat customer aku yang ni :(


Meow X-Series
RM 40


Actually, Meow X-Series ni aku reka khas untuk mat-mat kental yang kononnya tak suka
pillow-pillow yang cute. Hahaha..aku design lah yang ganas-ganas, ada 3 koleksi semuanya:


dan masih ada yang dalam proses sekarang ni. Coming soon plan adalah
cotton pillow, aku masih usahakan sekarang ni, insyaAllah akhir bulan Mei,
or awal bulan Jun akan aku publishkan produk tu. Hohoho tak sabar (n_n)

dan owh ya, terima kasih kepada customer aku sorang ni, beliau buat pre wedd
photoshoot dengan menginterframe kan meow-meow yang aku buat ! :D


Thank you sangat ! 

Sesiapa yang berminat nak cuci mata ke, or nak tempah pillow aku, boleh klik SINI
Terima kasih! (n_n)


Tuesday 16 April 2013

Tutorial Memakai Ribbon Watch Malaysia

Ribbon Watch Malaysia (Tutorial)
Salam semua. Hari tu aku ada update entry INI , berkenaan Ribbon Watch Cute yang
aku jual. So, agak ramai yang berminat tapi kurang tahu macam mana cara nak pakai
jam tangan berikat ni. Jadi, hari ni aku nak bagi tutorial nya ya~ (n_n)

CARA-CARA MEMAKAI JAM REBEN / JAM BERIKAT


1. Pilih reben yang korang suka
2. Masukkan hujung reben di pemegang jam
3. Dan tarik hujung tu supaya melepasi belakang kepala jam, sehingga hujung reben terkeluar
   melalui pemegang jam yang sebelah lagi tu


4. Tarik kedua-dua belah hujung reben supaya sama panjang

5. Tarik sikit reben yang belah belakang kepala jam tu macam ni (ikut size pergelangan tangan):


6. Sarungkan pada pergelangan tangan
7. Tarik kedua-dua hujung reben supaya sama panjang (ketat terpulang pada korang)

Okay, proses mengikat pula macam ni, terbalikkan tangan korang, then....

i. Ikat biasa sekali :


ii. Lepas tu, ikat reben :

Pastikan kaki reben tu menghala ke bawah ya
Tadaaa ! Siap sudahh (n_n) 



Owh, reben ni sebenarnya ikut suka hati dan kekereatifan pemakainya sendiri. Korang
boleh juga guna 2 reben untuk nampak lagi best , sesuai untuk digayakan if korang pergi
dinner. Macam ni :


Dan, boleh sangkut dekat beg, seluar dan sebagainya. Ni contoh aku ikat dekat beg aku.
Sayangggg nak bukak balik, haha..biar je kat situ (n_n)


All images by me. Thank you (n_n)


Wednesday 10 April 2013

Ribbon Watch RM 50 ONLY !!

Ribbon Watch Malaysia
Korang !! Mari mencomelkan diri korang dengan hanya RM 50 sahaja !!

Dengan Rm 50, korang dah boleh dapat satu set kotak comel ini, dalam dia ada :

- 1 jam dpd Japan (Japan Movement) yg Water Resistant
- 9 ribbon yang comel & colorful

Contoh cara ikatan :

 

Banyak lagi cara ikatan yg korang boleh buat, ikut kreativiti sendiri, aku akan
update hujung minggu ni, InsyaAllah. Kasi photoshoot dulu~ Heheh (n_n)

Cute Ribbon Watch
Apa yang bestnya Ribbon Watch ni ??

1. Banyak pilihan warna, boleh mix & match ikut warna baju yang kita pakai

2. Ribbon jam tu boleh dibasuh, dan ia tidak berbulu

3. Ribbon jam amatlah selesa dan lembut di tangan

4. Jam tahan lama

5. Boleh digayakan dengan brooch comel (akan diupdate nanti)

6. Boleh dijadikan hadiah kepada yang teristimewa sebab packaging dah memang
sedia comel !

7. Ribbon yang disediakan adalah sangat praktikal, boleh di adjust ikut
size tangan

8. Ribbon juga boleh dipotong untuk hasil yang lebih kemas (ikut size tangan)

9. Ribbon boleh ditukar kepada ribbon korang sendiri (beli ribbon lain,
then sambung kat jam, mudah kan!)

10.  Satu set hanya RM 50 SAHAJA !! macam korang beli 9 jam, tapi Rm 50 je??
OMG, harus beli (n_n) !!


Currently Avalaible Stock : 6 only

4 only

2 only


Postage Sem. Malaysia : + Rm 8
Postage Sabah, Sarawak : + Rm 13

Siapa nak boleh pm aku kat lynndamya@yahoo.com

~Thank you~

WW : Somebody...


Monday 8 April 2013

Ulasan Tentang ABPBH 2013 daripada aku (-_-)

Ini semua poyo!! Kau tengok tajuk entry aku tu, poyo kan? Macam lah aku ni juri,
hahaha tapi dekat kawasan Lynn Damya, akulah yang paling berkuasa untuk menaip
segalanya tentang ABPBH kali ni. Hahahaha (gelak sumbang)

Okay, dengan berkonsepkan Ledakan Geometri, aku rasa stage dia very nice, ade
macam diamond kat tengah-tengah tu (ni semua nak interframe Habib Jewels lah ni).
Cuma aku rasa konsep ledakan geometri tu tak berapa nak meledak sangat lah sebab
tak ketara sangat pada fesyen artis malam tadi. Pape pun, aku bersyukur sebab hanya
Didie Alias je yang err...mengikut tema (-_-')

Didie Gaga in the house you alls~~~
1. Artis Wanita Paling Cantik ABPBH 2013

- Lisa Surihani (ahh, damn takde gambar baru pulak, belum masuk google)


- Khilafairy (hmmm, xde gambar gak)

- and of course Anzalna (peminat setia)..hahaha apa? neelofa tak cantik ke?? Not my taste~


Malam tadi Anzalna dan Neelofa digandingkan bersama untuk menyampaikan award.
Dan bila ditanya mengenai perselisihan faham antara mereka, Neelofa beriya cakap
diorang dah berbaik. Ishh, apesal aku tak suka betul si Neelofa nih. Huh~

2. Artis Lelaki Paling Hensem ABPBH 2013

- Aiman Hakim Rizal

Yang ni boleh lah, aku tak reti nak tengok lelaki ni tang mana kehensemannya. Owh, Aaron
Aziz ke? Sorry, tak minat gak. Huh~ (habis aku kena hentam dengan fans dia nanti :p )

3. Fesyen Artis Paling Berani ABPBH 2013


- Memang secara automatiknya aku terus pilih Didie Gaga, eh? Sangat sangat sangat berani
  dan gila kukuh keyakinan beliau. Ala, tapi memang dia daripada dulu dah terkenal dengan
  fesyen-fesyen pelik dia tu. High taste kononnya~ Hehe

- Fida (ala yang muka macam Siti tu, yang dulu gossip dgn Mamat Sepah tu)...Hmmmmm..
  tak berkenan menengoknya semalam. Entahlah, macam tak best gitu, sebab dulu baju-baju
  dia takdelah begitu..Hmmm...

- Rosyam Nor (wahhhh coat dia warna oren terang derrr, cool habis. Naseb baik Rosyam
  Nor yang pakai, nampaklah cool sikit, hahah)

4. Part Paling Huru-hara ABPH 2013

Yang pink tu Dato AC Mizal, dan yg pakai seluar pendek warna biru tu Fida
- Starting dah okay, tapi bila masuk AC Mizal, estrellar entah macam mana nak eja dengan
si Fida bawak lagu Apo kono eh jang tu, perghhhh bingit. Sakit telinga. Terjerit-jerit. Arhhh !
Stress ! Bila live je hancurssss lagu kau. Damn~~~

- Then, masuk pulak One Nation Emcess. Aku minat gak group ni tapi tu tak menghalang
aku untuk mengomen mereka. Okay diorang bawak lagu Dikir Puteri. Serius ke laut. Adoi
pening pale otak aku dengar. Entah dikir nya kemana, puteri nya ke mana.

* Starting ABPH je dah huru-hara, terkinja-kinja. Sorry aku rasa majlis ABPH ni berprestij
dan segala performance haruslah nampak 'segak dan ekslusif'. Ini starting dah macam
gig underground mana nih~

- Part performance untuk penutup yang menampilkan Zizan, Johan dan group yang nyanyi
lagu Aku Pelat tu. Lagu tu best tapi bila live je, hadoiiiiiiiii !

5. Part yang macam...."Krikkk...krikkkk....."

- Part Tasha Shila, Nazim Othman dan NurFathia jadi tetamu untuk umumkan
pemenang award. Tasha Shila konon nak beramah mesra dengan bertanyakan
Nazim dan Fathia tentang siapa pelakon kegemaran mereka. Dan lepas dorang dah
jawab, benda tu macam owhh...then 'krikkkk...krikkkkk.....' Dan Tasha Shila agak gila
kuasa pulak malam tadi, dia pegang kad, dia bukak kad, dan jerit sorang-sorang nama
pemenang. (-_-')

6. Part PALINGGGGG BESTTT ABPBH 2013 !!!


- Kemunculan otai-otai rockers yang mempersembahkan lagu-lagu mereka yang hit
di pusat-pusat karaoke. Gamat suasana, Rozita Che Wan ikut nyanyi bersungguh-
sungguh haa~~Minat sangat nih ! Haha

Search menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Serius Legend !! :D
- Part paling best dan nostalgia aku rasa waktu artis-artis terpilih yang menyanyikan
lagu Search iaitu Ella, M. Nasir, Ziana Zain, dan sape entah aku lupa, diorang nyanyi
ramai-ramai lagu korus Rozanna. Fiuhhhh~~ layan~~~ nostalgia sangat~~~ :D

7. Part Paling Pecah Perut ABPBH 2013

Memang semua yang tengok semalam pun akan cakap part Johan parody kan lagu
'Sayang' yang telah diparodykan oleh seorang mamat lem...yang skang tengah feymes
kat youtube. Ahakkk sangat macam haram !! Lawak gila..

 
Sampai terburai tu haaa rambut si johan. Haraaaammmm betul ! Haha
Tengok video kat sini : Video Parody Johan 'sayang'
Dan Part yang aku rasa berpuas hati adalah part di mana.......

Bagus ! Rampas balik daripada Aaron Aziz !!

Shaheizy Sam menang !!!

Ada dua sebab kenapa aku suka gila beliau nih menang.

1. Sebab beliau memang bagus berlakon.

2. Sebab beliau berjaya merampas kemenangan ini daripada Aaron Aziz !! Aku
puas hati giler ! Hahahaha >_<

Sorry Aaron, wa lagi popular tahun nih ! Haha


Sumber gambar : Facebook Media Hiburan & Triggy.com

Friday 5 April 2013

My Superhero : ABAH :)

Sedar tak sedar, abah aku rupa-rupanya dan berumur 51 tahun. Dah separuh abad. 
Tapi, oleh kerana rupa fizikalnya yang awet muda, buat aku lupa tentang usia sebenar
abah.

Sekarang ni, abah aku cepat penat. Kadang-kadang pergi kedai beli barang, balik je
terus penat. Aku pelik, abah aku ni asyik penat je. Sampai aku geram. Aku mengeluh
kat mak,

"Mak, abah tu asyik penat je. Pergi kedai jap je dah penat. Jalan sikit je dah penat.."

Dan mak aku jawab,

"Abah tu dah 50 tahun dah, dah tua. Nampak je macam muda.."

Hmm...lepas mak aku cakap macam tu, aku baru tersedar. Dan ayat tu masih
terngiang-ngiang lagi kat telinga aku ni. Aku memang baru tersedar, abah aku tu
sebenarnya dah tua. Kudrat dia pun dah tak kuat sangat. Hmmm....

Sedihnya...kenapa abah aku dah tua..Aku tak nak ahli keluarga aku tua. Aku nak diorang
semua sama je macam sekarang ni. Hmm...

3 April lepas, hari jadi abah. Abah dah 51 tahun.

Ini abah aku :)

Semoga abah dan emak diberi kesihatan yang baik sepanjang hidup mereka, semoga
mereka dipanjangkan umur dan diberi kesihatan dan kesejahteraan yang baik,ya Allah.
Amin~

Dannnnn, mari kita tengok keriangan abah aku ni bila bergambar. Sejak tengok aku
dengan adik aku berlompat sakan depan kamera, abah aku pun nak gak. Hahaha~


Kegembiraan yang tak terbendung (-_-')
Okay itu lah sedikit tentang abah aku. :) Thanx sudi singgah sini.