Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 30 May 2013

What's Special in Her Village? ;)



Bangun pagi, selak langsir tingkap, dan aku lihat ini...




Malam itu, masa aku sampai tempat ini, suasana dah gelap. Dan aku memang
langsung tak expect depan kampung ni ada sebuah gunung yang cantik gila !


Nampak tak yang ada tiang bendera tinggi tu, kat belah kanan. Haa...
kat situlah rumah kawan baik aku :) Aku sampai kat tempat ni pun, sebab nak
pergi wedding dia lah ! :D Seronok kan tinggal kat situ, rasa segar je, hari-hari
aku nak panjat gunung tu (n_n) hahaha

Nice view from my window

Zoom in bahagian jambatan

I love this place very much !
Let's see how small i am than the mountain. I felt i'm soooo small ! :D

Satu lagi yang aku suka...




Dan ini view betul-betul daripada
depan rumah kawan aku tu...


Sukanya !!!!
Owh ya, masa wedding tu, aku sempat snap pic kucing ni, terngah berangan
nak kawin jugak agaknya ! :p

Muka dah ala-ala kantoi pulak the cat nih~~

Owh ya, inilah pengantin dan pasangannya,
dua-dua kawan aku tu~~
Hakhak :p




"Semoga berbahagia dunia dan akhirat,
Jirah & Farid"

-Amin-

25.5.13 @ Baling, Kedah


Friday, 17 May 2013

Bantal Handmade Baru !

Salam semua ! Inilah :

MIKO-MIKO (THE COUPLE CHARACTER)

" we're handmade ! we're cute ! and we're know it !! (n_n) "





Terima kasih kepada customer aku yang bernama Robiatul Aqilah :)
Semoga anda berpuas hati (n_n)

Owh ye, meh aku kasi review sikit bantal handmade terbaru aku yang aku buat
guna printed cotton ni :


Mulanya aku nak jual bantal ni dengan harga Rm 25 sahaja, tetapi mak aku
dah cop bantal ni, dia cakap dia nak. Hahaha, maka dengan rasminya
bantal ini menjadi milik emak aku. FOC untuk emak tersayang (n_n)


Okay, terima kasih sudi singgah sini ya :D

p/s : apesal shoutbox aku tak berfungsi kat sebelah kanan tu :'(


Thursday, 16 May 2013

RINGKASAN THE DEADLY MIST (50 percent)

Deadly Mist by Jerry D.Gray
Hari tu aku dah share sinopsis paling ringkas tentang buku ini. Dan sekarang aku nak share sikit
apa yang aku baca, faham dan renungkan, setakat 50% yang aku dah baca tu :

1. Pemimpin-pemimpin dunia yang menyokong penuh agenda sistem Dunia Pemerintahan Baru
(New World Order) sedang mengawal jumlah penduduk dunia, iaitu kita, demi mencapai sistem
pemerintahan itu, mereka dikawal oleh Illuminati, Freemason dan Zionis.

2. Cara mereka 'mengawal jumlah penduduk dunia' adalah dengan menggunakan 'senjata biologi'
dan menyebarkannya ke seluruh dunia, secara rahsia, secara senyap-senyap, dan secara sulit.

3. 'Senjata biologi' bermaksud menyerang manusia dengan bahan-bahan kimia yang berbahaya
melalui pelbagai 'kaedah rahsia' yang tidak diketahui umum, kepada manusia di seluruh dunia,
tidak terkecuali kepada kita juga.

4. Serangan 'senjata biologi' telah bermula sejak zaman perang lagi dan lebih dikenali sebagai
'Perang Biologi', untuk membunuh musuh dengan mudah. Harus diketahui bahawa semua
penyelidikan dan kajian tentang bahan-bahan kimia yang berbahaya itu diuji terhadap manusia!
(iaitu golongan tahanan, banduan-banduan, termasuklah askar tentera mereka sendiri!)

5. Kenapa mereka racun askar tentera mereka sendiri sedangkan mereka berjuang demi negara?
Kerana orang-orang yang mendukung sistem New World Order tidak mempedulikan semua
itu. Bagi mereka hanya kelurga-keluarga mereka sahaja yang berhak terhadap dunia ini.

6. Mereka menyokong 'eugenik', kelahiran melalui penggabungan baka-baka terpilih untuk
melahirkan generasi yang sangat baik. Dan mereka menganggap kita, orang-orang biasa,
orang-orang yang lemah, golongan kurang upaya dan cacat, PERLU DIHAPUSKAN!

Bagaimana??? Tentulah melalui 'senjata biologi' yang 'disahkan selamat'

7. Contoh penyerangan besar-besaran 'senjata biologi' secara rahsia kepada kita :

- Fluorida : Merupakan racun perosak yang menyebabkan kesan jangka panjang seperti -
                Osteoporosis, Tulang Pinggul Retak, Kanser, Ketidaksuburan, Kerosakan Otak,
                Alzheimer, Rasa sakit dan lemah badan, Penyakit Hati, dll

                 Tetapi media mempromosikan Fluorida disahkan SELAMAT dan digunakan
                 untuk mencegah kerosakan gigi.


- Aspartame : Bahan beracun yang mengandungi alkohol metanol, digunakan sebagai antiseptik
                    atau larutan untuk mengawet spesimen patologi yang apabila terdedah pada suhu
                    lebih 30 darjah Celcius, akan berubah menjadi Formaldehid (cecair atau gas).

                    Formaldehid yang terkandung ini menyebabkan pelbagai jenis masalah saraf,
                    dan boleh membawa maut, tetapi secara perlahan-lahan.

                    Dan lagi sekali media mempromosikan Aspartame disahkan SELAMAT,untuk
                    dijadikan sebagai pemanis tiruan, oleh badan yang dipercayai, iaitu FDA sendiri!


Kenapa WHO dan FDA mendiamkan diri tentang bahaya bahan-bahan ini? Kerana mereka
juga ada keuntungan dalam hal ini. Ibarat pencipta virus yang mencipta virus dan kemudian
menjual pula anti-virusnya. Tak ke kaya??

Jadi 'aktiviti jenayah terancang' ini turut menguntungkan industri farmasi, yang 'kebetulan'
di bawah jagaan keluarga George W. Bush, Syarikat Bayer (NAZI) dan beberapa syarikat
lain yang turut menyokong sistem New World Order.

Jadi, tak hairanlah kalau masyarakat tidak mengetahui apa-apa yang sebenarnya bahaya,
kerana badan-badan yang bertanggungjawab telah memalsukan maklumat kepada
orang ramai, termasuk kita.

8. Wabak penyakit berjangkit seperti AIDS dan Serbuk ANTRAKS, juga bermula daripada
mereka. Juga diceritakan 'sejarah' tersebarnya Antraks dalam buku Deadly Mist ini, yang
melibatkan nama besar bintang Hollywood iaitu Jennifer Lopez, hampir menjadi mangsa
pertama!

Tidak ada seorang pun kah yang prihatin untuk menyebarkan tentang kejahatan
yang dilakukan di Amerika Syarikat ini??

i. Media - Media antarabangsa turut terbabit dalam jenayah terancang ini, dengan tidak
              meuar-uarkan bahaya sesuatu ubat-ubatan itu kepada kita.

ii. Saintis / Doktor - Menurut buku ini, majoriti yang cuba mendedahkan 'rahsia besar'
                             Amerika Syarikat ini dibunuh / hilang pekerjaan / dimalukan oleh media
                             dengan berita palsu

iii. FDA / Doktor pakar/ Saintis pakar
 - Dah dimaklumkan tadi, bahawa mereka akan mendapat berbillion-billion keuntungan
   hasil penjualan ubat daripada kesan sampingan bahan bahaya yang digunakan secara
   meluas oleh kita daripada dulu sehingga ke hari ini. Dan sesetengah doktor dan saintis gila
   mendapat perlindungan istimewa daripada kerajaan Amerika Syarikat atas usaha mereka
   membantu menghsilkan virus berbahaya yang berkesan

iv. FBI dan CDC telah membenarkan Arkib Negara Negeri Lowa memusnahkan bukti-bukti
    sampel antraks yang dimiliki oleh mereka demi menyelamatkan ketua mereka iaitu
    kerajaan Amerika Syarikat, dan kemudian memberi alasan tidak sengaja kepada umum.
    Adakah munasabah alasan itu dikeluarkan daripada FBI?

v : Penulis buku ini - Beliau mengakui memang bahaya untuk membongkar rahsia besar ini,
                               tapi atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab, beliau berserah kpd
                               Allah sahaja dalam aktivitinya ini

Okay, itulah sedikit sebanyak yang aku ringkaskan daripada buku ni yang aku dah baca
hampir separuh. Actually, memang dah susah nak ringkaskan sebab semuanya penting
dan amat mengejutkan. Dah habis nanti aku akan ringkas kan lagi.


Sekali lagi aku ingatkan, kenapa mereka sangat kejam dan sanggup membunuh sampai
macam ni sekali, ini adalah kerana mereka hanya ingin mencapai sistem New World Order.

...



Apa aku fikir sekarang, berapa banyak racun yang dah ada dalam badan aku ni, dan
berapa banyak produk lagi yang ada bahan-bahan berbahaya ni?

p/s : sambil aku baca, sambil aku research di internet, tetapi information agak terhad.
       Adakah kerana ia disembunyikan...? Yang ada ternyata bertentangan dengan apa
       yang aku baca. Lagi-lagi di wikipedia. Hmmmm....


WARNING : JANGAN TERUS BUAT KESIMPULAN LAIN DARIPADA APA YANG
AKU TULIS KAT SINI, SEBAB INI BUKANLAH HASIL KAJIAN AKU, TETAPI IA
HASIL PEMBACAAN AKU MENGENAI BUKU DEADLY MIST INI SAHAJA. JADI,
JANGAN PANDAI-PANDAI NAK BUAT KESIMPULAN LAIN DAN TOKOK TAMBAH
YA. TERIMA KASIH



Wednesday, 15 May 2013

Berkobar-kobar dahulu, bermalas-malas kemudian...


1. TUTORIAL ADOBE PHOTOSHOP (BERTULIS)

Aku nak siapkan tutorial bertulis tentang Adobe Photoshop untuk adik aku,
setelah mendapati banyak buku-buku kat kedai tu macam 'tak ihlas' je nak mengajar, eh.
Means, apa yang aku study, apa yang aku explore selama 5 tahun aku guna photoshop
akan aku tuliskan dalam notes tu. TAPI.......

Nak terangkan pasal tools pun tak siap-siap lagi..hahaha

2. PROJECT DOODLE PILLOW

Kau masih ingat lagi tak gambar ini?

Aku baru jahit one side sebelah kiri sahaja...lepas tu belum ada masa lagi nak sambung..haha
3. Wedding Doodle Pillow

Ini memang aku belum rasmikan kat page online shop aku. Masih dalam perancangan
katernyerwww~~~~


4. Amek lesen kereta

L

Ini memang dalam perancangan, cuma aku tengah mencari masa yang sesuai je nih.
Haha~

5. Belajar guna Auto Cad, Sketch Up dan kerahkan otak untuk membuat bangunan pulak.

Saje je nak tambah skill selain Adobe Photoshop dan Illustrator. Mana tahu aku boleh
jadi arkitek ke kan, boleh buat rumah hantu untuk korang, haha.. hari tu dah beli buku Auto Cad,
tapi haraaam aku nak baca (u..u)

6. Khatam buku ini :

Melalui buku ni, baru aku tahu kenapa kita cakap manusia sekarang ni nyawa pendek,
tak macam orang-orang zaman Nabi dulu, boleh hidup sihat  100 tahun lebih..

Okay itu lah dia antara aktiviti-aktiviti aku yang belum dibuat / sedang tergendala /
sudah hampir tercapai. Bila dah banyak-banyak macam ni, rasa macam alaaaaaa...
mane satu nak buat dulu nih !!! Lepas tu, terbiar tanpa dibuat. Hahaha...ok bye~~

p/s : bloglist baru aku dah bertambah kat bawah tu, tu semua blog yg aku suka baca,
korang pon boleh terjah blog diorang ya, thank you (n_n)


Tuesday, 14 May 2013

Sifir Popcorn untuk Mama



Ini sifir popcorn bagi memudahkan mak aku kira harga popcorn masa tengah
niaga kat pasar malam. Sebungkus popcorn Rm 1.50, kalau setakat 3,4 bungkus
tu mak aku boleh lah congak, tapi kalau dah sampai 8,9 bungkus, agak tak
yakin untuk mak aku mencongak. Tambah pulak kalau orang tengah ramai masa tu.

Jadi, ini untuk mama :)


(teringat masa kecik-kecik dulu, mak aku tuliskan sifir 1-12 untuk memudahkan
aku mengira dan membuat latihan Matematik)

:)


Saturday, 11 May 2013

My Morning Surprise ! :D (Moist Cake)



Not this cat, but a cake ! Aku lupa yang aku ada order moist chocolate cake dengan
kawan kerja aku hari tu. Aku lupa yang aku order dan cakap aku nak kek tu hari ni,
iaitu hari Sabtu. Dan aku lupa bahawa kek sebesar itu berharga amat-amat murah !

Hahaha, maka disebabkan 'kelupaan' aku yang sebegitu, hal kecik macam ni pun aku
rasa macam,

"wahhhh seronoknya !"

macam bagi surprise kat diri sendiri, lepas tu buat-buat lupa. Haha~ So, aku dengan
bangga abadinya ingin berkongsi gambar kek yang sedap gila plus murah itu dengan
korang-korang semua yang mesti belum sarapan kan..kan..kan?? Hahaha lagi~

Pisau itu atas ehsan kawan aku
Saja aku contrastkan lagi gambar ni biar nampak coklat dia tu nyum..nyum..nyummm
Size besar ni weh : 9.8 x 9.8 inch (RM 25 SAHAJA !)


Paling best kalau beli chocolate moist cake ni adalah coklatnya yang banyak dan kek ni,
coklat dia melimpah ruah !

Tengoklah betapa pemurahnya akak yang buat kek ni, begitu banyak dia tuang coklat tu
dannn..ehem-ehem, jom jamah sikit (n_n)

Nyumm~nyummm~~

Haha jadi itulah dia morning surprise untuk aku. Kepada yang tak gemar kek-kek coklat
macam ni, maksudnya anda memang beruntung sebab selamat daripada godaan ini. Haha~

Cuma aku tengah fikir, macam mana aku nak bawak balik kek ni balik rumah, sebab aku
naik bas. Mau sampai rumah bergolek2 kek ni ~~ T_T adoi~~


Wednesday, 8 May 2013

People, you MUST read this book !


Currently reading this book....and guess what, baru 7 page baca,
aku dah rasa seram, takut, lemah dan tak tahu nak buat apa...

Aku rasa kebenaran ni sangat-sangat melemahkan aku. Serius.

Penulis : Jerry D.Gray (bekas perajurit Tent. Udara Amerika Syarikat (USAF)
yang kini sudah memeluk Islam dan aktif menjalankan aktiviti dakwah.

Sinopsis Buku : Beliau mendedahkan kejahatan dan usaha Amerika dalam
merosakkan kesihatan kita, i mean satu dunia ! Kau akan terkejut betapa
engkau dah dirosakkan secara senyap-senyap dan dalam diam oleh mereka!

Buy and read, ini bukan promosi, tetapi aku share sebab benda ni semua
orang kena tahu dan ambil tahu !

(RM 25 only)

Tension?? Jom layan anak kucing (n_n)



Salam semua. Lagi satu cara aku nak tenangkan minda aku adalah dengan melayan
kucing. Tak kira lah, main kejar-kejar dengan kucing ke, pegang kucing ke, tengok
gambar kucing ke, tengok video kucing ke or pape yang berkaitan dengan kucing.

So, jom tengok sini, comel-comel belaka !












Hahahahahaha apekahhh iniii ???!!


Auwwwwww comelnya !!!






Sweetnya..






Alolololololololo....melting by this kitty cat (n_n)


Jahat..hahaha


Muka bahagia gila kucing nih dapat ikan besauu, haha

Ini paling lawak!!Hahaha


Hahahaha...kucing memang comel kann...(n_n) Ruginya pada siapa yang takut kucing.




Owh ya, cakap pasal kucing, aku ada buat design baru untuk Teddy Meow aku, ni dia:


Klik ntuk maklumat lanjut & lebih lagi gambar: Hummy Lovey (Craft Shop)

Hehehe, sempat lagi promote kan..okay thanx sudi singgah sini. Aku tengah
menyerap kembali mood aku untuk berblogging. Hadoi~~semangat yg hilang~~