Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 28 June 2013

Rumah Cermin VS Rumah Terbalik ??

Salam, huaaahhh tadi aku nampak kawan aku post pasal illusi rumah cermin ni,
yang aku rasa memang cool untuk mahkluk-mahkluk yang suka mengambil
gambar secara kreatif ! Ini dia :

 width=

 width=

 width=


 width=

 width=

 width=

Okay, tolong buat kat Malaysia, pleaseeee....buat kt johor ek, senang aku nak pergi..
haha...korang rasa nak buat photoshoot tak kat rumah cermin ni? (n_n) 


FINAL MATCH !!

Huarghhhhhhhh ! Pada mulanya, aku support biasa-biasa je lah terhadap pasukan negeri
kelahiran aku iaitu Johor Darul Takzim ni, TETAPI......



Apabila kawan officemate aku, si Ana ni ambil cuti hari ni dan esok semata-mata nak pergi
stadium untuk tgk final ni,

dan apabila radio jahat ni on air kan lagu-lagu bola dan lagu-lagu yang boleh menimbulkan
semangat sukan aku ni menjadi berkobar-kobar tahap dewa punya....

membuatkan aku tension, sebab aku tengah kerja....arhhhh damn !!!
Rasa nak ambik cuti gak, tapi tiket dah habis T_T

Kau nak tahu apa turutan lagu yang radio jahat ni bukak sejak pagi tadi ??

1. Lagu JDT (Johor)
2. Lagu Red warrior (Kelantan)
3. Standing In the Eyes of The World
4. Zamina mina ey..ey Waka waka ey..ey (lupa tajuk)

dan kemuncaknya....

" We are the championnnnn~~~ 
                 we are the championnnn~~~~"

Imagine kau adalah seorang lelaki yang minat gila dengan bola, tapi oleh kerana kau
bekerja sebagai tukang masak kat kedai mamak 24jam yang menyiarkan live match,
kau tak dapat gak tengok, sebab kau kena masak....hahaha

macam tu lah perasaan aku nih T_T


All the best for both team, aku seronok melihat scene bola sepak kita yang makin
lama makin mendapat sokongan semula daripada rakyatnya sendiri. Hehehe...


Wednesday, 26 June 2013

Will You Marry Me.... ? (bunyi jantung)


Tuu diaaaa....siap dengan bunyi jantung bagai kan~~over sangat ! Hahaha
Tadi aku round-round Facebook, (apa kena bahasa aku hari ni) then aku ternampaklah
pic kat bawah ni :


Beberapa persoalan mula timbul blup blup bluppp dalam fikiran dan minda aku ni...

1.Macam mana perempuan tu nak ber-reaksi terkejut / terharu?

Macam tak best je, reaksi akan jadi slllooooooowwwww mmoooootiiiioooooonnnnn je,
yelah kan dalam air....pergerakan semuanya terhalang dek kerana tekanan air..

2. Macam mana perempuan tu nak lompat-lompat dengan excited?

Hahaha ni aku pon tak tahu lah apa punya reaksi ni, mungkin sebab terlampau excited
or dah bertahun sangat menunggu kan? Haha :D Cuma, kalau aku, mungkin akan 
terlompat bintang lah sikit, sebab terkejut sangat + happy. Eh?

Tapi tu lah, kalau kat darat, boleh lah macam lompat-lompat or lari-lari keliling pinggang
just untuk menunjukkan betapa terujanya seseorang gadis itu apabila dilamar, tapi kalau
dalam air, adakah gadis itu akan berenang-berenang ke muara untuk mengekspressikan
rasa keterujaan tersebut? Hmmm....

Yang penting aku tak nak kawen dalam air, sebab kucing aku tak leh berenang/menyelam.
Aku nak kawen kat darat, nanti kucing aku 2 ekor tu leh jadik pengapit aku~~~ Haha


Meow~

meow~



Ni aku ke kucing-kucing aku yang kawen nih ??


Friday, 21 June 2013

Facebook Aku...

Aku ingat lagi, akhir semester 5 masa diploma, aku telah dipaksa habis-habisan oleh
kawan-kawan aku supaya membuat account FB nih. (-_-') Masa tu aku memang buta
IT, yelah awal diploma pon aku still guna disket kan~~ (Rujuk SINI)

So, memang takde perasaan langsung terhadap FB, tapi setelah didesak, aku pon mula
buat acc FB dengan bantuan Jojo, roomate aku yang gila. Hahahaha

Antara profile pic aku yang terawal
Dan, tau apa jadi lepas tu?

Masa cuti semester, aku sanggup ajak mak dan adik aku teman aku ke McD semata-mata
aku nak gunakan Free Wifi kat situ, hanya untuk berFacebook (-_-'), siap sanggup aku
belanjer diorang lagi tu. Betapa rakusnya aku menggunakan teknologi di ketika itu kan~~~

Status apa yang aku update?

Memang tak dinafikan, ketika umur setahun jagung baru nak up masa tu, memang aku
pendiam, tapi bila aku marah or tak puas hati, confirm aku mencarut dekat status tu. Puas
hati aku ! Puas dapat lepaskan dan rasa puas bila orang tahu yang aku tengah marah masa
tu ! Tanpa memperdulikan perasaan dan sensitiviti masyarakat masa tu, hahahaha..

Tapi itu dulu, lepas kena sound dengan seseorang, aku lebih berhati-hati seperti seorang
artis popular. Hahaha, segala apa yang aku update dan gambar apa yang aku upload harus
tidak 'menyentapkan' orang lain. Begitu juga dgn kata-kata aku. Sekarang, aku still lagi nak
lepaskan perasaan + kegeraman, tapi aku guna double meaning, dan paling kasar pon aku
guna 'Damn'. Hehehe

Kata orang :

"Percakapan kita melambangkan sikap dan perangai kita"

Aku setuju ! Korang? :D

Siapa yang aku add & Siapa yang aku approve ?

Add biasanya takdelah masalah sangat, sbb aku yang add kan. Tapi bab approved ni
aku memang tak berhati perut + kejam. Even kawan universiti aku pon ada yang aku tak
approved. Aku sangat tak suka orang amek tahu pasal hal kehidupan aku. Sebab tu aku
tapis, siapa yang aku benarkan untuk 'tahu' siapa aku & tahu apa aktiviti-aktiviti aku, dan
siapa yang aku tak benarkan.

Memang nampak bajet hot, tapi sebenarnya aku berhati-hati. Aku takkan mudah nak approved
stranger yang baru aku kenal. Almaklumlah, sekarang ni makin ramai orang yang suka dan gila
stalker orang lain kannn~~

Sebab tu, kalau ada kawan-kawan blog aku yang add, aku tak approved. Mohon maaf sangat.

Dunia aku bukanlah Facebook

Tak nak aku hidup dalam Facebook, duk mengadap je bosanggg tahu. Tak habis-habis
menyemak dengan kisah-kisah khalwat Shah Jazle dan baju senaman Shila Amzah...eh? :p

Facebook dengan kehidupan sebenar aku memang lain. Aku tak approved bukan bermaksud
kat luar, aku nampak kau, aku terus nak tembak kau sebab aku tak kawan dengan kau. Bukan~
Hahaha...still boleh kawan, cuma cukup ler kat luar je, Facebook terlalu open, dan aku tak
benarkan orang-orang itu tahu apa aktiviti aku. :D

Owh ya, ini antara Profile Picture aku di facebook :

  

 
 

So, cukuplah aku ada blog dan Facebook je, nak layan Twitter, Keek bagai tu aku belum lagi
lah kot. Yang dua ni pon komitment tak boleh blahh apa lagi kalau semuanya aku layan kan.
Dah lah aku ni senang lupa password, hadoi~~~

Ehem..ehem...apa pulak cerita tentang Facebook korang?

(semua pic kartun dalam ni adalah artwork aku, jangan curi faham, kalau tak, aku makan korang!)

Grrrrrrr !! 


Wednesday, 19 June 2013

Hello Kitty Pillow sedang diproses !! :D

Salam semua. Hoho, bulan Jun ni aku rasa paling pack masa aku sebab dapat banyak
tempahan bantal handmade. Syukur2 Alhamdulillah~ Itu pon ada jugak yang terpaksa
aku tolak sebab serius takut tak sempat siapkan before dateline. Minta maaf sangat :(

Okay, hari tu aku dah bertungkus-lumus siapkan tempahan daripada sorang customer
aku ni, dia order Miko-miko ni, tapi versi wedding punya.

Ini original Miko-miko :



Dan ini versi wedding punya :

  

Selain Miko-miko, dia juga order X-Series Teddy (3 teddy per set)





Okay, Alhamdulillah aku dah pos semalam :), so sekarang yang menanti adalah bantal
special request iaitu bantal hello kitty. Customer aku request macam ni :


So, aku pon mencuba sedaya-upaya untuk buat sebijik macam ni, cuma material je berbeza.

Ada rupa tak bantal hello kitty ni dengan yang atas tu ?
Actually, aku tengok macam senang je nak buat nih, tapi bila tengah buat tu, baru tau part mana
yang susah tu. Bila buat bantal yang ada muka-muka macam ni, dalam bentuk yang bebas (maksud
aku takde outline or ruang untuk buat muka tu), memang kena berhati-hati.

Agak lama untuk aku adjust mata dan hidung tu supaya ia 'ada' rupa hello kitty. Kalau hidung tu
aku letak bawah lagi, or mata dia tu aku jarakkan lagi ketepi kiri & kanan, confirm hilang rupa
hello kitty tu.

So, tempahan ni jahit tepi tu aku jahit dalam kereta, ontheway g Machang, Kelantan hantar adik
aku balik U.


Serius pening gila + mencabar. Rasa macam mabuk. Nak kejar dateline punya pasal~~
Gigih sangat (u_u)

Owh btw, aku dgr-dgr lagu baru Avril Lavigne tajuknya Hello Kitty???????????????????
WTH, aku harap lagu tu tak sewel sangat dan tak lari daripada konsep lagu2 dia b4 ni.. T_T



Monday, 17 June 2013

My Creative Assignment #2 Nombor

Salam semua. Aku nak bagitau korang, aku suka course yang aku amek dulu sebab
kebanyakan assignmentnya memerlukan aku berjalan-jalan melihat alam sambil
melihat benda-benda yang kreatif. Macam assignment ini, aku kena ambil gambar
apa-apa saja yang menyerupai bentuk nombor 0 - 9.

So, berbekalkan kamera yang tak semenggah mana, aku dan team aku pon merayau
macam kucing kehilangan tuan kat tengah-tengah bandar hilir, Melaka, mencari
bentuk nombor, dan ini hasil yang aku dapat :

Nombor : 0
Objek : Taman permainan dan ape benda entah yg lagi satu tu~


Nombor : 1
Objek : Besi kat kereta api, tiang kayu


Nombor 2 :
Objek : Tebing kolam dan besi tempat letak flyers


Nombor : 3
Objek : bangku simen & corak swimming pool

(hahaha gembira gila aku, tak sangka ada nombor 3 dalam swimming pool) :D


Nombor : 4
Objek : kayu & bayang2 tiang besi


Nombor : 5
Objek : tali kesian & tangga taman mainan (huh ader rupa 5 ke? mcm S je kan, haha)


Nombor : 6
Objek : Pagar-pagar besi yang bercorak memang banyak membantu aku dalam
misi pencarian nombor ni, hahaha


Nombor : 7
Objek : Batang paip & pemegang aircond


Nombor : 8
Objek : Taman Mainan & err.....mangkung sup dan sambal nasi ayam (haha, xsenonoh)


Nombor : 9
Objek : wayar & corak batu hiasan


Haaa okay itulah assignmentnya, best tak? Selain, nombor 0 - 9 ni, kitorang kena
gak cari huruf A - Z tau, jom klik SINI untuk tengok yang alphabet huruf lak :D



My Creative Assignment #1 Alphabet Huruf


Salam. Kali ni aku takde benda baru nak cerita, so aku kongsikan satu
assignment kreatif masa aku diploma dulu.

Projek : Ambil gambar apa-apa sahaja yang menyerupai alphebet huruf & nombor
Lokasi : Bandar Hilir, Melaka



So,projek ni memerlukan kau membesarkan mata sambil melihat / memandang
persekitaran dengan sekreatif yang boleh! Haha, so ni antara hasil huruf & nombor
yang aku nampak :





Huruf : A                                                             Huruf : B
Objek : Tangga & meja makan (pandangan sisi)       Objek : Pemegang beg (gabung dua) & batu
                                                                                     angin rumah

 

Huruf : C                                                             Huruf : D
Objek : Besi pada air pancut buatan                         Objek : Besi depan kereta & Pemegang gril pintu

 

Huruf : F                                                             Huruf : G
Objek : Ukiran hiasan dpd batu (ini huruf paling       Objek : okay pathetic gila, kena susun sendiri
cantik aku dapat, berkerawang lagi tu)                               guna charger fon, sbb susah nk jumpe
                                                   
 

Then, huruf H yang aku dapat biasa-biasa je, tak cantik dan huruf I pulak memang
mudah nak cari, so proceed terus kepada huruf J ya :

Huruf : J                                                              Huruf : K
Objek : Batang paip (bersusah payah okay even        Objek : Kayu tepi papan nama kedai
           dekat longkang je pon, haha)

 

Huruf : L                                                              Huruf : M
Objek : Haa yg korang nampak tu lah objeknya         Objek :  Pemegang jongkang-jongket
haha :p

 

Huruf : N (kecik)
Objek : hmmm, dinding je pon, tapi tulah, kalau kena sudut pandangannya tu, barulah nampak ! :D


Huruf O senang, proceed to huruf P :

Huruf : P                                                              Huruf : Q
Objek : Taman permainan & amende ntah (-_-')        Objek : Apa name benda ni ek? 
                                                                           (huruf Q sgt susah nak cari okay T_T)

 

cantik gila kannnn huruf R aku ni !! hahaha             Huruf : S
ni namanya dah desperate tahap gaban !                  Objek : Gelongsor

 

Huruf : T (outline)                                                 Huruf : W kot......hmmmm (u_u)
Objek : Taman mainan                                           Objek : Lampu

 

Huruf : X                                                             Huruf : Y
Objek : Pagar besi                                                 Objek : Taman

 

dan last but not least :

Huruf : Z
Objek : Pagar besi


Haa itu lah dia, jenuh korang tengok gambar kan, hahaha :p
Nampak mudah ke? Tak sebenarnya, aku ingat lagi masa tu, kitorang pegi
ulang alik shooting tiga hari dan tak tidur langsung !


First day shooting, balik crop2 bagai, edit (tak tido malam) esok submit.
(lect tak puas hati, kena shooting lagi)
Petang tu, terus pergi shooting semula, balik malam, crop2 lagi, edit (tak tido
malam), esok submit...
(masih tak berpuas hati...) petang tu jugak terus keluar shooting lagi,
tapi area alor gajah je, dah tak larat nak ke melaka dengan mata panda...
balik crop2 lagi, edit, dan submit dan akhirnya !!!

Warghhhhhhh !!!

(lepas tu tidur tak ingat dunia dahhh...hahaha)