Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 30 July 2013

Beraya dengan sneakers Doodle?

Yuhuuuuuuuu salam semua ! Apa khabar kawan-kawan alam maya ku seakalian?
Camne preparation raya korang? Aku tahun ni adalah tahun pertama beraya sebagai
orang dewasa, chewah...rasa begitu banyaknya guna duit sempena nak raya ni...

Baru aku rasa macam mana 'bestnya' beraya sebagai orang dewasa. Haahahaha...
Okay tapi sekarang ni, aku bukan nak citer preparation raya aku, cuma aku nak share
tentang kasut doodles ni.

Amat popular di kalangan remaja-remaja yang gemarkan sesuatu yang unik dan kreatif, dan
yang dia sorang je ada, macam lah kasut-kasut doodle ni :





Cantik kan?



Edisi My Chemical Romance ni favourite aku, style gila !







Owh btw, semua doodle dan kartun yang ada pada sneakers ni memang handmade drawing,
terus lukis je pada sneakers-sneakers ni, customade mengikut citarasa dan kehendak customer.
Nak sebelah lain, sebelah lain pon boleh ni haa....








Haaa menarik kan?? Hampir semua collection yang ada kat atas ni adalah collection
rekaan junior aku, student graphic kat...aku tak tahu dia still terima tempahan ke tak
akan datang ni, so kalau berminat ke, boleh lah serang dia kat OlaSho


Friday, 26 July 2013

Banyak Kerja !!

Salam semua. Apa khabar? Maaf, ade certain blog yang aku tak sempat lagi nak jenguk.
Hadoi, perasaan berbelah bagi, dan terlalu banyak benda aku nak buat sampai tak tahu
mana satu nak utamakan dulu. Yang penting, utamakan keselamatan, hahaha...tak kelakar
pon T_T

Okay, sekarang apa yang aku rasa, adalah aku dah boring kerja kat tempat kerja aku
sekarang ni, tak tahu sama ada boring atau rasa nak cuba tempat baru pulak..hmmm...
Peluang interview dah ada, tapi nak kemaskini kan portfolio balik adalah sesuatu yang
leceh dan malas nak dibuat... T_T

Tapi dah bosan kerja kat sini, tapi..tapi..tapi...arghhh !! (stress gaya Gary - Running Man)

Lepas tu, aku nak setup online biznes untuk popcorn aku pulak. Ini pening sikit, sebab ianya
masih dalam perancangan, aku kena betul-betul cari supplier packaging yang murah tapi
kualiti bagus + aku kena buat label design yang lain dari yang lain. Aku nak semua orang rasa
homemade popcorn yang mak aku buat. Sangat berkobar nih ! Hahaha

Apa yang memeningkan kepala otak aku ni adalah camner nak jual popcorn dalam kuantiti
dan harga yang memuaskan customer + packaging nya yang cantik. Haaaa...camne? camne?

Okay lah tu je, lepas ni ada orang nak buat photobook bagai....ish serius aku dah takde nafsu
nak buat design untuk orang lain, hilang entah ke mana ntah passion aku nih. Ishhhhhh !!!


...


(bisnes adalah sangat best! Hahaha)



Tuesday, 23 July 2013

Doodle Raya FREE (Modern Hijabista)




Salam dan hai all. Asalnya aku design doodle ni untuk Dinner Ala Hijabista untuk puteri Umno Kulai. So, daripada situ, aku olah semula design baju, warna danaksesori pada doodle-moodle aku ni, dan hari ni aku akan share kan untuk korang :D

Sebelum korang ambil dan tinggalkan blog aku macam kacang lupakan kulit, aku mohon korang komen kat bawah, bagitau yang korang dah ambil. Kalau tak sudi ambil pon, boleh komen gak. Hahahaha...okay, use wisely ! Chewahhh :p

Doodle Diva Hari Raya

Doodle Career Woman Hari Raya

(doodle atas ni tangan kiri dia aku terlupa nak buat, haha sila abaikan tangan beliau ya)

Doodle Teenagers Hari Raya


Okay itu saja lah pilihan yang ada, haha...Kepada yang sudi ambil, terima kasih ya. Doodle ni size dia taklah besar sangat, so kalau ada yang nak guna untuk print pada graphic item yang bersaiz besar seperti banner/bunting/billboard (ade ke?) , boleh email aku di lynndamya@yahoo.com, untuk dapatkan size doodle yang lagi besar.. (n_n)

Okay, semoga bermanfaat untuk semua dan
terima kasih, jangan lupa credit to me. Thanx !

Download juga secara percuma design Hari Raya yang lain :




Wednesday, 17 July 2013

Hari Raya Aidilfitri Background Design ( FREE )



Salam and hi all. Okay, tahun 2013 ni, aku design wallpaper / background / e-card or apa-apa je lah, yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan motif ketupat.

Aku kongsikan kat sini, beberapa design, 2 jenis setiap satu iaitu format Landscape dan Potrait, dengan warna-warna yang menarik (ke?) untuk korang pilih sesuka hati. Hahaha (n_n)

HARAP MAKLUM, WARNA AKAN LARI SIKIT BILA ANDA BESARKAN IMAGE
(tetapi warna yang di-save adalah seperti yang asal)










Okay, itu saje lah designnya. Taklah secantik mana, simple je dan aku banyak main warna saja. Hehe..okay, kepada yang dah ambil tu, bagitau aku ya, yang mana ada yang guna design ni untuk buat design dia, boleh je share dengan aku. hehe..

Owh ya, 12 kad raya design ini telah siap aku print. Jom tengok blogger bertuah yang terpilih, kot2 ade nama korang kan :p



Hadiah Untuk Blogger Setia Blog Aku (n_n)

Salam semua. Amboi begitu lama aku menyepikan diri kan. Memang banyak kerja
sejak akhir-akhir ni. Owh ya petang semalam aku accident ringan. Keter kena
sondol daripada belakang. First time in my life, Alhamdulillah aku tak pape. Cuma
terkehel dan terkejut gila je.

Pheww~~ (u_u')

Okay, aku dah siap design dan print kad raya aku ! Yeayyyyy !! Ini dia kad yang aku
buat tu :


Ada 4 warna kesemuanya :


Okay, aku print 12 keping semuanya, bermaksud 12 orang blogger bertuah yang bakal
terima kad raya ni (chewah)~ So, berikut adalah blogger-blogger yang dah sedia aku pilih
sebab mereka setia menceriakan blog aku dengan komen2 mereka :D Siapa? Ni dia :

Senarai Blogger Terpilih Dapat Kad Raya


Hah, pada siapa yang dah tertera namanya di situ...sila-silalah email kan :

Nama & Alamat

kat email aku : lynndamya@yahoo.com

Terima kasih (n_n)

*Pada yang nak softcopy design ala-ala yang aku buat kad ni, sila klik SINI

Monday, 8 July 2013

Craft Review : Tiny Polaroid Fridge Magnet

Salam and hi all. Okay hari ni, aku nak memperkenalkan produk baru aku iaitu :

The Tiny Polaroid Fridge Magnet

Tiny plaroid magnet

Boleh lekat kan dekat mana-mana barang korang yg ade kuasa magnet ! Hahaha senang je,
sebab size2 magnet ni kecik dan comel, mesti muat punya nak susun :D


Terima kasih kepada kawan aku, Ash untuk sesi photoshoot ini :)




Comel tak magnet-magnet ni ?
Korang boleh letak apa saja gambar yang korang nak, 
gambar kucing kesayangan korang, gambar family, gambar kawan-kawan,
gambar boyfriend girlfriend? Semuuuuaaa pon boleh ! :D

Sangat sesuai utk dijadikan hadiah untuk seseorang yg istimewa (n_@)

Harga : RM 10 (5pcs)

Menarik??
Boleh tempah sekarang dan PM aku di Hummy Lovey untuk keterangan lanjut :D


Saturday, 6 July 2013

Tips Isi Minyak

Salam and hi all. Amboi, isi minyak pon kereta pon nak kena ade tips ke? Haha, sebenarnya
aku ada dengar jugak orang cakap, yang bila kita isi minyak, ada sejumlah minyak yang
akan disedut semula balik kepada pam minyak tersebut. Aku fikir gak, macam mana
keadaan tu boleh berlaku. Tapi, lepas aku baca satu artikel ni, aku rasa ia memang menjelaskan
rasional keadaan itu.



Bila anda isi minyak...JANGAN ISI SAMPAI PENUH !

Sebab :

Ramai antara kita yang tidak sedar kewujudan 'return pipe-line' (tiub pengembalian) di
stesen-stesen minyak. Apabila tangki petrol (dalam kereta) mencecah aras 'Penuh', terdapat
satu mekanisma yang menyebabkan injap petrol itu tertutup dan dalam masa yang sama,
tiub pengembalian tu terbuka bagi membolehkan minyak petrol mengalir semula ke pam minyak.
Tetapi, bila keadaan ini berlaku, meter minyak anda telah pun mencecah kepada 'penuh',
bermaksud anda telah 'mendermakan' semula petrol kepada Oil Dealer itu.

Tips-tips Lain :

1. Isi Minyak Pada Waktu Pagi

Waktu pagi adalah waktu yang dikatakan paling ideal untuk mengisi minyak kerana suhu lantai
stesen minyak masih rendah (sejuk). Perlu diingat bahawa semua stesen minyak mempunyai
tangki simpanan minyak di bawah tanah. Jadi, semakin rendah suhu permukaan lantai, semakin
padat zarah-zarah minyak tersebut. Manakala, ia akan mengembang pada waktu tengahari dan
petang, jadi bacaan liter anda bukanlah bacaan yang sebenar.

Dalam urusan jualbeli petroleum, keadaan tertentu seperti tarikan graviti dan suhu minyak petrol,
diesel dan bahan api jet, etanol dan lain-lain produk petroleum sangat memainkan peranan yang
penting. Naik 1 darjah Celsius pun, dah kira macam masalah besar dalam bisnes petroleum.

2. Elakkan guna 'Fast Mode'

Pada bahagian pemegang pam minyak tu, terbahagi kepada tiga mode iaitu Low, Medium
& Fast. Sebaiknya, hanya gunakan mode 'Low' supaya wap yang terhasil ketika minyak
sedang dipam, dapat diminimakan. Semua hos pam minyak, mempunyai tiub pengembalian.
Jika anda mengepam minyak pada mode 'Fast', sesetengah cecair minyak yang masuk ke dalam
tangki kenderaan anda akan berubah kepada bentuk wap, dan wap-wap tersebut akan disedut
balik semula kepada pam minyak dan kembali kepada tangki simpanan minyak di bawah tanah.
Jadi, ini akan merugikan wang anda.

Untuk lain-lain tips isi minyak boleh rujuk Sini

Haa tu dia, thanx lah kepada encik google translate yang membantu aku translate certain word
yang aku tak tau pe maksudnya tu, untuk diterjemahkan dalam entry ni sebab entry asal dalam
English. Harap tips-tips ini bermanfaat lah ya, tapi kan...


"Kalau minyak dah nak habis,
nak wat camnooo laieeee....
isi je lahhhhh, ye dakk??"

Hahaha !


Thursday, 4 July 2013

Rasa yang tak berperasaan

Salam semua. Lama tak update, nasib blog aku belum ade labah-labah lagi. Hmm...
Lama juga tak blogwalking, nasib kawan-kawan blog aku masih sudi singgah sini
dan tinggalkan komen, terima kasih :)

Sejak last aku update hari tu sampai laa~ ni, memang terasa nak update tapi rasa
macam tak tahu apekebenda yang aku nak citer. Blank.

...

Sampailah sekarang ni, masih blank sebenarnya. So, aku boleh kategorikan entry
aku kali ni adalah entry luahan perasaan semata-mata. Hmm...

Owh ya, sekarang ni, aku rasa macam dah bosan bekerja. Haha, dulu aku cakap
orang yang bosan bekerja ni, tak reti bersyukur. Bila takde kerja, merungut, tapi bila
dah dapat kerja, bosan lah..malaslah..
Akhirnya bila aku dah bekerja, baru aku faham macam mana situasi bosan ni boleh
berlaku.
Rutin harian yang sama - Kesibukan lalu-lintas yang sama-
Kesusahan untuk mendapat bonus apatah lagi naik gaji even kau perform pon,
adalah antara faktor mengapa situasi ini akhirnya terjadi...



Dan aku rindu pada diri aku yang dulu
Yang boleh stay up memalam buta sampai 3-4 pagi, dan bangun dengan segar je pada
keesokan harinya
Yang boleh bernafas dengan lega setiap kali aku menarik nafas
Yang rasa sihat sepanjang masa...cuma sekarang
Masa macam berlari pecut tinggalkan aku
Sedar-sedar dah habis hari ni...sedar-sedar dah habis bulan ni...tahun ni....
Cepatnya !
Sekarang, balik kerja, serius mengantuk gila
Tidur paling lambat jam 1 pagi
Apakah?
Lepas tu, aku selalu sesak nafas. Aku tak tahu kenapa.
Tapi aku rasa, sebab sekarang aku banyak terdedah dengan habuk dan asap masa
aku balik kerja naik bas...hmmmm
Sakit tahu :(



Owh, memang sejak kebelakangan ni, aku asyik rasa letih dan penat je, selalu mengantuk,
tapi semalam, masa aku tengah busy tolong mak ayah aku kat pasar malam, aku tersedar
something...

Memang aku rasa tak sihat, tapi aku perasan yang kalau aku masa aku tolong mak ayah aku
berniaga, aku tak rasa penat langsung! Dan aku rasa itu magic! Haha :D Alhamdulillah,
mungkin sebab aku ikhlas kot ?

Owh lagi satu, aku perasan...gaji aku tak banyak tapi Alhamdulillah, masih cukup dan aku
tak perlu meminta. Masih cukup untuk aku bagi-bagi sikit kat parent dan adik aku, masih
boleh aku belanja beli barang untuk diri sendiri, dan masih cukup untuk aku sedekah sikit
dekat orang-orang susah. Alhamdulillah...



Kadang aku macam hairan sendiri, macam mana boleh cukup? Tapi bila fikir balik, aku rasa
ia cukup sebab aku langsung tak terniat nak beli benda-benda trendy yang wujud sekarang ni.
Ya, maksud aku macam smartphone, Ipad, tudung yang bertingkat-tingkat yang mahal tu,
baju-baju kurung moden yang harga beratus tu, serius. Aku tak kisah semua tu.

Aku cuma nak senangkan mak ayah aku, family aku, dan masa depan aku. Itu yang penting.
:)

 

Hmmm....apa lagi ya nak tulis?
Macam panjang sangat je ni...ada orang baca ke? Hehe
Terima kasih kalau baca, kalau tak baca pon xpe, sebab ini memang entry luahan perasaan
yang tak berapa nak rasa sangat...

Okay lah..dah nak balik kerja ni. Take care semua.
Aku masih tak berperasaan sekarang nih.

:)