Happy Three Friends

Miss Money

Friday 30 August 2013

DIY Tutorial : Keychain Aiskrim Batang dpd Felt


Salam semua. Okay, aku nak kongsikan sedikit tutorial yang mungkin korang dah tahu,
tapi aku baru nak share kan~ Hahaha....so untuk DIY Aiskrim Batang Felt ni, disertakan
sekali dengan DIY Pack nya sekali untuk yang nak try jahit sendiri. Tapi, tu akan aku
explain di akhir entry. Sekarang biar aku citer pasal tutorialnya dulu ya :D

Bahan-bahan :

Batang kayu aiskrim - assorted button and beads - Kain felt - readymade faces icon - 
Keychain ring - templates ais krim - fiber

 
(Gambar tidak lengkap)

Peralatan :-

Gunting - Gam UHU / gam kuat yang lain - benang - jarum

Cara-cara :-

i. Tekap template aiskrim pada kain felt, lukis, dan gunting kain felt sehingga anda dapat
   bentuk macam di bawah ini : (gunting untuk bahagian depan dan belakang)

  

ii. Jahit kan (jahit jelujur) bahagian 'lelehan aiskrim' di atas bahagian 'badan' aiskrim.
   Warna mengikut citarasa anda.


iii. Jahit / gam buttons, beads dan readymade faces icon. Susunan mengikut citarasa anda.


iv. Sapu sedikit gam di bahagian yang bertanda di batang kayu aiskrim. Gam di letak
    pada bahagian kayu yang panjang sedikit. (letak di depan belakang kayu)


v. Tampal kan kedua-dua belah bahagian ais krim depan dan belakang pada batang kayu
   tersebut, dan boleh terus jahit tepi (jahitan insang pari)


vi. Jangan lupa selitkan keychain ring di bahagian tengah2 atas aiskrim dan kemudian
sambung jahitan.


vii. Tinggalkan sedikit bahagian yang tak berjahit, untuk memasukkan fiber ke dalamnya.


viii. Setelah fiber dimasukkan secukupnya, boleh lah terus jahit sampai habis :D

Dah siap !! (>_<)


                                   Depan                                                          Belakang


Dah boleh gantung keychain ni kat beg..yeayyy! Okay, untuk dapatkan DIY Pack ni,
boleh klik SINI

TERIMA KASIH ! :D


Friday 23 August 2013

Percubaan Pertama Guna Natural Vision Eyewear !

Salam semua.


Masa aku kecik, aku tak suka gila pakai cermin mata. Tapi aku nak tengok Tv, tapi tak
suka pakai cermin mata. So, camne? Aku rapatkan lima-lima jari tangan aku, dan aku tekap
kat mata aku, so aku dapat tengok TV dengan jelas melalui lubang kecik kat celah jari aku
tu, even aku rabun dan tak pakai cermin mata masa tu. Hehehe...

Sama lah konsepnya dengan cermin mata nih (n_n)

Konsep Natural Vision Eyewear

Natural Vision Eyewear juga dikenali sebagai pinhole glasses, sebab ada banyak lubang-lubang
kecik kat glasses tu sendiri. Actually, benda ni diperbuat daripada plastik je pon, even namanya
glasses.

So, fungsi lubang-lubang kecik pada glasses tu lah yang membantu otak kita mencari titik
fokus dan mampu melatih mata kita yang telah 'out focus' agar kembali ke tempat asal di kornea
mata (ini harus melalui penggunaan yang berdisiplin, selama 15-20 minit setiap hari untuk
suatu tempoh tertentu)

Aku terbaca dalam buku Jerry D.Gray ( Rasullulah is my Doctor),

Cermin mata membantu mata kita fokus pada jarak 6 meter, so kalau kita pakai cermin mata
dan melihat sesuatu yang lebih dekat / lebih jauh daripada jarak tersebut, mata kita terpaksa
membuat suatu titik fokus yang baru, dan hal ini boleh menyebabkan ketegangan pada mata.
Dan jika berterusan, mengakibatkan mata kita menjadi semakin rosak dan teruk.

(sebab tu lah power mata kita makin bertambah dari satu masa ke satu masa, kerana
cermin mata berfungsi untuk membantu kita melihat, dan bukan untuk memulihkan
penglihatan kita)

First Time Pakai

Semalam aku dah pakai, 15-20 minit macam tu, memang nampak cuma aku masih kabur
sikit sebab mata belum biasa dan power aku tinggi sampai cecah 600++. Tapi, insyaAllah
kalau guna secara konsisten setiap hari, aku rasa ada harapan aku boleh tinggalkan je
cermin mata aku kat rumah. Chewahhh~

Tapi, untuk permulaan, memang akan rasa pening sikit, sama macam kita baru2 nak pakai
cermin mata kan? :D

Nak beli ??

Boleh, email aku kat lynndamya@yahoo.com :)

Harga : Rm 50 (dah termasuk postage) 

Okay, nanti sempat aku update perkembangannya ya ! Terima kasih. Harap bermanfaat :D


Thursday 22 August 2013

Natural Vision Eyewear aku dah sampai !!




Salam semua. Haaa pernah dengar pasal Natural Vision Eyewear tak? Tahu tak apa
benda menatang nya tu?? Haha, actually aku pon baru tahu pasal ni.

Bagi yang rabun mata macam aku, sedar tak yang makin lama, power rabun korang tu
makin bertambah. Bila check mata je, makin bertambah, bila check mata je makin
bertambah. Pening kan, risau pulak apa jadi akan datang. Gila apa kalau makin naik je kan?

Tapi, masa tu aku tak tahu apa lagi solution yang baik selain memakai cermin mata. Ada
orang suruh pakai contact lens, tapi fungsinya sama je macam cermin mata. Tak boleh
nak memulihkan. Takkan nak bedah mata pulak kan? Haha



Dan akhirnya, aku rasa aku jumpa jawapan dia dalam buku ni. Tak sia-siaaaaaaaa beli derr~
Penulis ni siap dah uji dan praktikkan pada mata dia sendiri, tu yang buat aku rasa boleh
caya kat beliau nih. Hehe, apa salahnya ikhtiar kan~

So, aku google kat mana aku boleh beli benda ni dan jumpa ! Inilah benda yang aku beli tu,
inilah NATURAL VISION EYEWEAR, iaitu terapi mata secara semulajadi, tanpa ubat titik
mata, tanpa pembedahan apa-apa, tanpa kaca mata or whatever.



Nak tahu macam mana ia berfungsi? Esok aku update, sebab malam ni aku baru nak try.
Hehehehe... ;)


Wednesday 21 August 2013

Kisah si comel yang suka pandang kamera (n_n)


Salam. Hari tu aku dah bagitau aku nak update
tentang si comel aku kan? Jadi,

ini lah dia SI COMEL AKU~~~~ hahaha
(motif kena gelak sekali??)

Comel tak saya~~~ ?
Asalnya dia ni kucing jalanan yang menginap di belakang rumah aku bersama
ibu kandung dan adik beradik kandungnya yang ada 5 ekor termasuk dia. 

Tapi, masa ni..tinggal ibu dia dan dua beradik je termasuk comel.
Yang lain tak dapat dikesan
Family aku selalu bukak pintu belakang, untuk kasi diorang makan. Tapi bila
bukak je pintu, masing2 jauhhhh je sebab penakut. Tensen haku! Ambil masa
gak aku nak menjinakkan si comel nih !

Yang tengah-tengah tu angah, dan yang paling kanan tu, si comel. Comot betul kan? Haha
Tapi sekarang tinggal comel je, yang lain mana entah..
Setelah beberapa minggu bagi diorang makan, akhirnya, aku berjaya membuatkan
si comel jinak !! Hahaha ini lah suatu kepuasan dan keterujaan bagi seorang
penggemar kucing !! :D

Saya dah jinak, meow~meow~~
Dan akhirnya, kucing ini sah menjadi hak milik kami sekeluarga, hahaha!
Daripada dia duduk di belakang, kitorang pindahkan dia kat depan rumah,
so dia main kat depan je lah, kawan dengan Anissah, kucing putih aku tu.

Si comel ni suka sangat mengeow comel. Comel gila ! Histeria aku tengok
dia mengeow ! Hahaha

ISO tinggi sangat. Tak nampak badan saya yang comel ni ;(
Owh ya, si comel ni, memang tak boleh blah. Setiap kali aku amek kamera,
dia dah siap2 dah duduk cantik2, buat muka comel, dan pandang kamera dengan
wajah innocent. Semua koleksi gambar menatang kecik ni semuanya tengok
kamera. Adoi~~~

 


Yang putih itu lah Anissah :D...kucing2 aku, aktiviti menyambut aku adalah dengan bergolek-
golek di halaman rumah dengan miangnya..macam ni lah ! Si comel macam dah takde keja lain
pergi peluk kaki si Anissah tu~
Aktiviti bergelimpangan sambil mengeratkan silaturrahim sesama kucing.
Yang hitam tu nama dia Berry~Berry~Mon
Si comel yang menyelit kat tengah-tengah (-_-')
Hahaha okay itu lah dia sedikit sebanyak tentang si comel aku nih :)
Btw, ada sedikit kesedihan sebenarnya di sini. Berry~Berry~Mon aku dah
hilang 2, 3 hari ni, dia sakit dah berbulan-bulan dan badan dia sangat kurus
Tapi aku tetap jaga dan sayang Berry masa dia sakit tu...

Sampai skang, pon belum balik jugak..
Mak aku cakap maybe Berry dah tak de... :'(


Berry, bye2 berry~berry~mon saya :')
Harap awak doakan saya dan family saya ya..Hehehe



Monday 19 August 2013

Kau minat?



Aku minat ! Semua lagu dia memang layan !
Malam ni konsert dia kat Bukit Jalil. Jam 9 malam.

Hari tu aku survey harga tiket, bapak mahal! Hahaha...sedih~

Dan sekarang ni, kat ofiz aku memang bukak Hot Fm, dan hot Fm pergi
on air kan semua bagai lagu Linkin Park selama 1 jam, sekarang. Tak nak menggelupur
pulak aku kan~ T_T

Nasib bos xde, boleh gak ah menjerit sekali nyanyi. Hahahaha...nasib je tak hujan~

Okay, sapa yg pergi malam ni, kirim salam hari raya lah ek kat diorang.

~Jealous~


Friday 16 August 2013

Citer Hali Laya Maa~


Salam semua. Salam 1 dunia. Salam Hali Laya nya pon adoi~
Ini celita, celita waa punya hali laya. Huahahaha...layann aaa...layann...


Tahun ni, family aku bukan sedondon, tetapi empat dondon haa...masing-masing
pakat tak nak beli baju raya. Haha...aku tak beli baju raya sebab aku tengok design2
baju raya sekarang macam over glamour gitu. Banyak manik dan bling-bling. Takkan
aku nak pakai cenggitu?? Erk~tercalar sifat-sifat cool aku nanti~hahaha


Tahun ni jugak, aku berkuasa terhadap rumah aku. Chewahh yelah sebab aku cakap
aku nak cat rumah, cat aku sponsor~so haruslah mengikut citarasa aku ni kan~
Hahaha, begitu berkuasa aku sampai mak abah dan aku-aku sekali bertukar menjadi
shrek, sebab gigih cat rumah warna hijau~ Terima kasih tolong cat rumah wahai
ibu bapa ku..haha (n_n)

Gambar-gambar semasa proses mengecat, rasa macam Deco Bersama Eric gitu, haha

Owh ye, satu lagi tentang raya tahun ini, aku rasa seperti hilang keistimewaan :(
Mentang-mentang aku dah kerja, terus tak dapat langsung duit raya. Tak bagi can
langsung diorang ni. Wuwuwu T_T Owh ya, nasib nenek dan mak aku bagi duit
raya lagi kat aku. Hahaha :p

Btw aku xsuka pic ni, sebab muka aku control gila..adoi~ nenek aku pon lagi cun
Ni adik aku, muka dia jadik camtu sebab aku paksa dia diri rendah sket dari aku, hahaha
Okay ini pulak style posing yang popular untuk every year masa tengah
beratur nak minta maaf, confirm memang ade pic gaya mcam ni, ada lagi satu
pic tapi tak jumpa lak letak mana, haha :p

Tengah Q untuk salam minta maaf kat nenek..haha

Haaaa okay, ada benda best tentang hari raya aku tahun ni. Sebab raya kali ni,
aku ada si comel !!!!!

\(n_n)/

Hoyeahhh ! Hoyeeaaahh !! Ini lah dia si comel aku ! :D


Terasa lebih bermakna bila raya ada si comel nih. Hahaha motif~
Tak sabar nak citer pasal kucing baru aku ni, nanti aku update. Hehehe
Okay, itu saja lah citer raya aku untuk tahun ini, tahun 2013 ni...

InsyaAllah, semoga kita dipanjangkan umur untuk menemui Ramadhan & Syawal
yang seterusnya. Amin~ 

(n_n)



Itulah Perjuangan Sebenar, Merekalah Pejuang Sebenar


Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata-kata;
Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.

Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang;
Kamu berhimpun menuntut keadilan dengan Al-Quran sebagai 'pedang'.

Ketika kami marah akan kecederaan Messi;
Kamu tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.

Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona;
Rakyat dan media kamu bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.

Ketika kami mempertahankan surau yang tiada jemaah;
Masjid kamu penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.

Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat;
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.

Ketika isteri di sini dipukul hanya kerana suami yang bebal;
Anak isteri kamu di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.

Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah;
Kamu di sana berdiri megah dan syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.

Ketika kami di sini mempersoalkan ulama' bersunnah;
Kamu di sana menentang hujah ulama' yang punah.

Ketika Muslimah kami mempersoalkan tokoh ilmuwan Islam beristeri dua;
Muslimah kamu meyokong suami dan anak menuntut keadilan samada muda atau tua.

Ketika mufti kami baru mengeluarkan fatwa HARAM sertai pertandingan ratu cantik;
Ulama' kamu berfatwa mempertahankan dataran itu adalah wajib, lebih baik dari beri'tikaf di masjid tanpa pengaruh politik.

Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka;
Pemimpin kamu menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.

Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit;
Masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.

Ketika kami berjuang melalui facebook dan twitter dengan sambil lewa;
Kamu berjuang berhabis keringat, wang, makanan, dan nyawa.

Kamu menggunakan kesemua medium bagi menegakkan keamanan, menuntut keadilan pelbagai cara;
Sedangkan kami ingin menekan 'share' akan nukilan ini pun masih berkira-kira.

Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana; Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.

Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya;
Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya.


( Sumber Penuh : Himpunan Aman Mengutuk Kekejaman Kudeta Mesir 
aku share kan kata-kata ini kerana semuanya betul tentang aku, tentang apa yang aku nampak,
tentang apa yang kita buat, dan tentang apa yang mereka di sana sedang buat di ketika ini.)

Thursday 15 August 2013

T-shirt Doodle Comel dpd Kopi Soh Kopitiam

Salam semua. Pernah dengar tak nama Kopi Soh ni? Aku pon tak pernah dengar
sebelum ni, dan aku dapat tahu tentang Kopi Soh ni pun selepas admin page dia
say Thanx sebab aku bagi dia guna design doodle ketupat aku, hari tu.

So, aku pon ala-ala stalk lah apa benda sebenarnya Kopi Soh ni, haha. Dekat page
FB dia, ala-ala page untuk bersembang-sembang lah, dan paling menarik, dia ada
produk sendiri, iaitu T-shirt doodle yang aku rasa kiut dan miut :D

Jom tengok ni :





Tapi, aku paling suka yang ni : 


Omey angat kan~ omey angat kan~ omey angat kan~~
Hahaha!

Okay, ada antara T-shirt2 ni yang dah pon sold out, so kalau ada yang berkenan, cepatlah

Segala maklumat tentang harga dan rasional T-shirt ni pon ade kat situ. Apa yang penting,
berbaiklah sesama kaum ya. Terima kasih (n_n)


Monday 5 August 2013

Imaginasi aku tentang blogger-blogger ini

Salam. Ohoh tinggal berapa hari je lagi nak beraya. Aku baru dapat sekeping kad raya,
sebekas kuih raya samprit, dan 2 helai T-shirt raya yang istimewa. Chewahh~terima
kasih kepada pemberi2 sekalian ya. (n_n)

Owh ya, aku ada bagi kad raya untuk kawan2 blogger yang selalu singgah blog aku,dan
aku ada lukis2 dalam kad tu, mengikut imaginasi aku tentang apa yang tahu tentang blogger
itu. So, meh aku explain satu2 ya.



Apa yang aku tahu, zaza sorang yg ulat buku, suka membaca dan suka sharekan
info2 yg bermanfaat dalam blog dia. Dia juga minat dalam bidang felt craft. Sebab
tu aku lukis dia tengah baca buku, dan judul2 buku tu adalah buku yg dia suka baca.



Hah dia ni kalau baca segala penulisan dia dalam blog, hampir kesemua ceritanya
bernadakan melankolik dan kesedihan, kesayuan, kesepian dan segala bagai yang
macam sedih je. Even cerita gembira pon sometimes dia olah supaya bernada sedih.
Sebab tu aku gelar reenapple ni Melancholic Blogger, sedih je entry-entry nya.



Heh minah ni memang tak boleh nak dinafikan lagi keobsesan beliau terhadap
kamera. Dalam blog minah ni, berjuta-juta lemon pic dia dengan style-style fashionnya
tu. Hahaha, sebab tu aku lukis dia tgh berfesyen bagai tu, style baju tu pon antara yang
dia pernah pakai, belt love tu antara aksesori beliau yang aku minat. Dan hello kitty tu aku
lukis sebab aku ada baca entry dia pergi Puteri Harbour, tgk rumah hello kitty. Meroyan
sebab dia suka hello kitty tu comel. :D



Sebenarnya, aku tak banyak tahu tentang yui, jadi aku cari point lain.Jadi, aku
ketengahkan dia sebagai craft supplier, sebab tu lukisan aku macam tu. Dia ada
jual kain felt! And yang belah depan dalam tupperware tu adalah popia mini, sebab
yui memang ade amek order popia mini pon :D Try lah ! Haha



Haaaa ni antara blogger terawal yang aku kenal. Entry-entry dia memang ringkas tapi
padat, tak memenangkan otak ku nak baca. cuma aku memang tak tahu sangat pasal
fyfy ni, yang aku tahu dia minat art dan dia budak Sabah. Jadi, saje aku buat dia naek
belon panas tu, konon-konon balik Sabah naik belon, hihi :D

6. Blogger Gugu Soriano (permission denied)


Gugu ni pon sekarang entry-entry dia bernada melankolik pula. Paling aku ingat adalah
header dia gambar anime, ada tangan lelaki keluar daripada laptop, untuk lapkan airmata
seorang perempuan yang tengah menangis. Jadi, daripada situ, aku guna konsep yang
sama, iaitu keluar daripada laptop, dengan membawa kuih raya untuk beliau dengan
harapan beliau akan gembira. Hahahaa...(tak tahu lah berjaya ke tak)



Pada aku, penulisan Lana memang best. Aku suka sebab ringkas tapi padat, ayat dia
tak berat sebelah, mengambil berat semua pihak. Memang best baca! :D Cuma aku
memang tak tahu sangat pasal diri dia, aku tak pernah lihat dia expose wajah dia dalam
blog, haha jadi aku gelar dia adalah blogger yang misteri. Dan aku imaginasikan dia 
macam dalam lukisan aku tu. Err...lana, mana lagi cun? Kau ke lukisan aku? Hahaha :p
Gurau je~



Kakak ni aku baru je follow blog dia this year, best sebab dia cerita2 pasal daily life
dia. Tapi still aku belum kenal lagi kakak ni macam mana dan siapa, yang aku tahu
dia ada dua orang anak, lelaki dan perempuan. Jadi, aku lukis lah beliau begitu. Haha
maaf kak, kalau anak kau xcomel aku lukis....saya tak reti lukis kartun kanak-kanak
T_T haha



Yaaaaa ini lah Mommy Shinta !! :D hahaha antara blogger terawal yang aku follow, 
memang best, sebab banyak dia cerita pasal anak dia yang comel tu, Shinta. Hihi..
Jadi, lukisan aku untuk beliau adalah ala-ala scrapbook yang ada pic dia dan Shinta.
Sweet tak kak? Tapi, ketika aku menulis ni, aku belum poskan lagi....wuwuwu....
aku poskan petang ni, memang confirm sampai lepas raya. Ko dah lah duk sabah kak..

(-_-')


Hahaha okay jadi itulah imaginasi dan lukisan yang terhasil tentang blogger-
blogger ini. Harap apa yang aku lukis, apa yang aku imaginasikan tu tak menyinggung
mana-mana blogger ya. :D