Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 28 November 2013

Habislah Lepas Ni Kita Jilat-jilat Logam Je lahhh....

Salam. Owh man~ teknologi yang canggih kadang-kadang membuatkan manusia kelihatan
seperti bangang. Aku masih ingat lagi ketika awal-awal dahulu tahun 2006 masyarakat
diperkenalkan dengan permainan video seperti Wii Sports keluaran Nintendo, yang mana
alat kawalannya mampu mengesan pergerakan dan daya momentum.



Wii Sports mengubah cara masyarakat bermain game, daripada duduk atau berbaring saja
sambil menekan-nekan button di game console kepada pergerakan sepenuhnya yang maksimum
seolah-olah kita betul-betul sedang bermain, dengan hanya memegang alat kawalan yang aku
maksudkan tadi !

Walaupun ianya macam 'main permainan video yang menyihatkan' kerana dapat mengeluarkan
peluh, aku tetap rasa kelakar bila tengok orang main game ini. Rasa macam bangang sungguh
apabila kita membuat gaya sesuatu yang kita tidak buat secara zahirnya, di depan TV or PC,
dan erk..bersungguh-sungguh pulak tu (-_-') :

 
 

Bersemangat di depan TV (-_-') :




Sungguh apakah~ (-_-')

Dan kalau anda ingat sebelum-sebelum ni, ramai pakar yang berusaha untuk menghasilkan
'perasa digital' yang membolehkan kita merasa makanan tanpa memakannya, dan kini
mereka semakin hampir dengan teknologi itu :

Digital Taste

The Digital Taste Interfaces yang membolehkan pengguna merasai sensasi perasa
perisa yang pelbagai melalui elektrod
tastething500sc.jpg
Part of The Digital Taste Interfaces
Sumber Gambar : Ranasinghe

Tonton video untuk pemahaman yang lebih berkesan :

Aku rasa macam geli pulak kalau kena berkongsi logam tu (Tongue Interface),
boleh basuh dengan air ke? Kang kena letrik pulak, hahah :p

Digital Lollipop

Matlamat mereka membuat kajian untuk menghasilkan 'Lollipop Elektrik' ini yang
kononnya dapat membantu masyarakat yang gemar memakan candy / ice cream,
tetapi dalam masa yang sama tidak mahu tubuh badan mereka menjadi 'comel'.

Konsepnya dan method nya mungkin sama dengan Digital Faces Interface, dan kalau
nak tau lebih lanjut, boleh baca sini kot~

So,


Aku harap kita tak terpengaruh dengan semua ni, sebab kalau nak diikutkan,
banyak lagi cara untuk kita berdiet secara sihat. Produk ni sama je macam
produk-produk kuruskan badan yang lain. This is pharmacy and technology business
and once it called a business, ia hanya hendak mengaut keuntungan daripada anda.

Ia memang satu teknologi yang tak dapat dinafikan betapa hebat dan canggihnya,
tetapi kalau difikirkan secara mendalam, tidakkah ia merosakkan sesuatu yang asal
dan semulajadi ? Maksud aku, cara kita menikmati makanan dan sesuatu yang
semulajadi seperti sistem dalam tubuh badan kita.

Bila benda ini wujud, jangan terkejut kalau ada yang terlalu obses dengannya,
sampai tak makan dan hanya menjilat logam-logam besi ini sebagai ganti
kepada 'makanannya'. Ia adalah sesuatu yang tidak sihat.


Jangan biar diri anda diperbodohkan :)


Sekian, terima kasih sudi baca :)


Tuesday, 26 November 2013

10 Idea Mahal dan Murah Untuk 'Awesome'kan Kediaman Anda !

Salam. Aku teringin nak ada rumah sendiri yang mana aku boleh mofidy supaya menjadi
unik dan dihias dengan 'perhiasan-perhiasan' kreatif yang lain daripada rumah lain. Hehehe...
Berikut adalah antara idea yang mungkin korang boleh cuba, mengikut tahap kemampuan
dan bajet korang. Segala rating yang aku berikan hanyalah mengikut naluri hati aku, hahaha~
Jom tengok idea-ideanya :

1. Tilam Berakuarium


Bajet : RM 1000 ke atas
Sebab : Customized aquarium
Best : Dapat tenangkan fikiran dan minda dengan melihat ikan-ikan berenang
sebelum tidur (owh bestnya!)
Risiko : Takut tetiba pecah, dan dapatlah mandi bersama ikan~ hahaha

2. Lampu Bercorak 'Hutan'


Bajet : Mampu milik
Sebab : Harga mengikut jenama, corak lampu dan kualitinya
Best : Sebab suasana dalam bilik / kediaman mampu bertukar menjadi tempat lain
Risiko : Takut mata anda terlalu kreatif sehingga dapat 'melihat' bayang-bayang
yang tidak dikehendaki, kemudian berasa takut, lalu rasa tak boleh tidur (-_-')

*Contohnya : tengah syok2 menikmati pemandangan, tetiba mcam ternampak
bayang-bayang lembaga yang menakutkan, padahal tu effect corak pada lampu je pun~

3. Indoor-outdoor Pool


Bajet : RM 3000 ke atas
Sebab : Melibatkan 'kerja-kerja pembinaan' kolam
Best : Dapat tenangkan fikiran dan 'suasana berenang' yang unik , dapat berenang
dari dalam ke luar rumah, dan balik semula, dan ulang balik~ memang best lah !
Risiko : Perompak pun mungkin turut berenang-renang dengan mudahnya kalau
anda tak buat grill besi or pintu kat sempadan kolam tu (O_o')


4. Kerusi Meja Makan Yang Berbuai


Bajet : RM 1000 ke atas
Sebab : Customized dining table set
Best : Bestlahhhh sebab sambil makan sambil main buaian macam kat Marrybrown!
Risiko : Dikhuatiri mengambil masa berjam-jam untuk menghabiskan makanan kerana
terlalu asyik berbuai~ (aku lah tu kot, haha)

5. Pasir di bawah meja kerja / meja study


Bajet : Free / RM 50 kot?
Sebab : Ambil pasir kat pantai FREE, beli pasir kena bayar sikit lah :p
Best : Sebab buat kerja sambil kaki main-main kat pasir, lagi best kalau ada
sound effect bunyi ombak-ombak pantai (play dekat PC) wahh~~
Risiko : Amat berisiko tinggi bagi mereka yang membela kucing ! Hahaha

6. Gelongsor untuk tangga 'Spiral'


Bajet : RM 2000 ke atas
Sebab : Customized kotttttt~ gila ke apa, hahaha
Best : Memandangkan aku teringin nak main gelongsor tapi rasa macam dah
dewasa gila utk main di taman permainan kanak-kanak, maka aku rasa harussslah
benda ni best gila ! Dapat main gelongsor kat rumah ! Yahooo !! (>_<)
Risiko : Budak-budak kecik yang datang rumah korang mesti tak nak balik punya
sebab nak main gelongsorrrr je~ Hahaha :p

7. Lantai Kaca Transparent Yang Menakutkan Di Bilik Air~~


Bajet : RM 500 ke atas
Sebab : Cermin tu haruslah yang berkualiti tinggi kan?
Best : Sebab boleh mandi dengan perasaan yang kengerian dan ketakutan~ Erk,
best ke? (-_-')
Risiko : Cermin retak, pecah, jatuh dan MATI !!! (*_*)

8. Buaian atas tangga

Aku selalu berfikir, apa yang boleh dibuat dengan ruang atas bahagian tangga rumah yang
terbiar kosong je sedangkan ruang tu mungkin boleh dibuat bilik or something yang best,
dan ini adalah jawapannya ! Haha style :

 

Bajet : RM 50 ke atas
Sebab : Beli jaring yang berkualiti tinggi
Best : Best sebab boleh bersantai-santai kat atas tu...bestnya !! :D
Risiko : Skru penggantung jaring tiba-tiba tertanggal, jatuh, dan MATI !!
(hahaha mati lagi, cedera je lah kot :p)

9. Kebun Herba di Dinding Dapur


Bajet : Tak tentu (kos rendah kot)
Sebab : Perlu modal yang berterusan untuk bercucuk tanam
(beli baja, tanah, benih herba, dan sebagainya)
Best : Tak perlu beli herba, kebersihan herba lebih terjamin sebab anda yang jaga,
dan boleh 'kenalkan' anak-anak anda dengan herba-herba semulajadi :)
Risiko : Anak-anak yang 'suka membantu' akan merosakkan tanaman herba anda.
Hahaha...:p

10. Cinema di halaman rumah

Aku tak tahu kenapa aku suka sangat idea yang ini, mungkin sebab aku suka tengok movie kot?
Serius santai kot kalau tengok movie macam ni..tapi kalau nak buat kat halaman rumah teres aku ni, kena letak papan-papan penghadang lah supaya takde orang yang berniat jahat masuk..haha
keselamatan wajib dijaga ! hahaha~


Bajet : Mengikut citarasa dan peralatan
Sebab : Yelah kalau nak siap bertilam-tilam empuk macam tu siap dengan lilin
bagai tu, up sikitlah kosnya. Hehe
Best : Rasa santai gila bila menonton movie macam ni ! (n_n)
Risiko : Tetiba hari hujan~ Hahaha :p


Haaa, okay itu je yang aku nak kongsikan dalam entry kali ni. Paling aku suka
adalah swimming pool, gelongsor tangga, kebun herba dan cinema ni. Korang?
Hehe (n_n)


Friday, 22 November 2013

Apa itu Chee Cheong Fun ?


Salam semua (n_n).

Nampaknya selepas aku update entry Kopitiam Killiney ni, ramai yang bertanya
apakah itu Chee Cheong Fun ? Baiklah, sini aku dah kumpulkan sikit maklumat
untuk menerangkan apa jadahnya Chee Cheong Fun ini?? 

Chee Cheong Fun atau nama lainnya Rice Noodle Roll / Steamed Rice Roll
adalah sejenis hidangan makanan Kantonis yang berasal dari China Selatan dan
Hong Kong.

Chee Cheong Fun dihidangkan dalam pelbagai cara, namun dua cara yang
popular adalah dengan menghidangkan chee cheong fun bergulung yang ada inti (isi)
kat dalam dan chee cheong fun dengan kuah ala rojak petis dan sambal tumis.

 
            Chee Cheong Fun Berinti (Sumber)                       Chee Cheong Fun 'Kosong' (Sumber)

Yang aku makan di Kopitiam Killiney tu adalah Chee Cheong Fun 'Kosong'.
Kalau Chee Cheong Fun berinti tu aku tak sure ada dijual kat mana, better
kalau nak beli pon beli daripada melayu lah, or beli di restoran2 yang ada sijil
halal..sebab kalau ikut resepi asal makanan ni, inti dia tu adalah daging ehem2~
Sebab tengok lah asal makanan ni daripada mana, lepas tu kalau kat malaysia
makanan ni banyak diterajui dan diolah oleh masyarakat Cina :)


TEKSTUR CHEE CHEONG FUN

Saja bagi zoom supaya korang dapat lihat teksturnya menggunakan mata kasar..hahaha
(SUMBER)

Okay, rasa chee cheong fun ni, macam ni :

Rasa kenyal, licin, lembut, lemak-lemak sikit dan tawar...
pendek kata ala-ala kuey teow / laksam lahh :D

So, kombinasi antara tepung gulung tu bersama kuah petis ke ape ntah tu yang
rasanya ala-ala kuah rojak petis, tambah dengan sambal tumis, fuhhhh~ i like baby~
Makan pulak dengan chopstick, so boleh lah korang tergedik-gedik berlagak ala
chinese~ Hahaha...


Kalau kat Killiney harganya Rm 3.80 kot, entahlah lupa pulak...haha..
nampak macam sikit, tapi kalau dah namanya tepung gulung kan, kenyang jugak makan
even satu set...erk tak tahulah kalau perut korang..hahah

Okay, itu saja. harap penerangan ni membantu menambahkan ilmu korang lah ye~
Hahahaha (n_n) eh banyak gelak pulak aku hari ni :P


Bye~


Monday, 18 November 2013

Jom Ushar KILLINEY KOPITIAM, NUSAJAYA !



Salam semua. Untuk makluman, aku bukanlah seorang penggemar kopitiam,
tetapi oleh kerana aku ada kerja sikit untuk Killiney ni, maka aku tahu lah sedikit
sebanyak tentang Kopitiam ni. Jom, aku share sikit sejarah dan menu-menu
kat Kopitiam ni, hehe :

Tentang KILLINEY KOPITIAM

- Perniagaan kopitiam ini bermula di Singapura, dan kini telah dibuka cawangannya di
Mydin, Nusajaya.

- Diusahakan oleh seorang wanita Melayu yang bernama Puan Anita (kakak
Mamat Sepah)

- Mempunyai sijil HALAL daripada JAKIM

- Waktu Perniagaan : 10.00 am - 10.00 pm

Menu di KILLINEY KOPITIAM

Masa aku mula-mula pergi sini, menu jenis ala Carte nya tak banyak sangat,
tetapi sekarang dah bertambah banyaknya. Tu yang aku kena design menu baru.
So ini antara menu-menu yang ada di Killiney :

Killiney Breafkast Special
Mee Rebus : RM 7.90
Chee Cheong Fun : RM 3.80
Cantonese Mee : RM 7.90
Killiney Chicken Chop : RM 13.90
Mee Siam : RM 7.90
Nasi Lemak Sambal Sotong : RM 9.90
Nyonya Chicken Curry (Rice / Bread) : RM 7.90
Durian Puff : RM 7 ( 3 pcs)
* Bukan gambar Killiney, sumber gambar : Asyik
Haaa, okay itu lah antara menu yang ada di Killiney Kopitiam. Actually banyak
lagi makanan yang ada kat situ, tapi takkan nak letak semua kot? Hehehe :p


Owh ye, komen aku??





Pada aku, Killiney ni makanan dia, rasa dia, okay lah...Boleh lahh...
Cuma kalau nak bandingkan dari segi harga, kedai makan biasa pun boleh dapat
lagi murah kot untuk rasa yang lebih kurang sama. Tapi, di Killiney masih berbaloi
dengan harga yang diberikan sebab sepinggan tu mak oii punya lah banyak dia letak.

Then, kalau korang nak pergi makan kat sini, aku syorkan korang rasa
Chee Cheong Fun, Mee Siam dan Durian Puff ! Hahahah, bukan menu lain kurang
sedap, tapi 3 ni aku tak pernah rasa, so sekali rasa, wah sedap jugak. Jadi, aku
syorkan kat korang untuk rasa gak ! Hahaha :p

Komen negatif :

Aku pernah pergi Kopitiam ni sekali, dengan family aku. Tapi yang masuk order
aku dengan adik aku je lah. Masa tu malam. Nak order Chee Cheong Fun dengan
Durian Puff lah konon, bukan pergi atas urusan design ke apa.

Ada sorang waiter yang aku rasa tak layak langsung kerja kat situ. Perangainya
macam sesuai jadi budak-budak yang jual tiket kat bus stand tu. Kurang ajar dan
menggatal. Kalau korang pergi dan nasib korang 'bertuah', maka akan dapatlah
korang tengok ada sorang ni yang macam kurang kasih sayang sikit dan asyik
memekak je kat dalam tu, menyanyi lah hapa lah. Mintak perhatian kott??
Entahlah, tapi aku rasa cara dia bekerja tu menjatuhkan imej ekslusif kopitiam ini.
Haii....Maaflah~

Apapun, harganya berpatutan, environment kedai sangattt selesa, ada WIFI,
dan makanan pun mengenyangkan. Heheheh :D

Okay itu saja, thanx sudi singgah sini (n_n)


Saturday, 16 November 2013

10 Kucing Yang Popular Kerana Corak Bulunya ! :D

Corak pada bulu kucing, sama macam kita tengok awan. Kadang-kadang bila tengok awan
lama-lama, kita dapat lihat ia seolah-olah menyerupai sesuatu yang dah sedia ada kat dunia
ni kan? Jadi, samalah macam bulu kucing, dan ini antara contoh kucing-kucing yang
popular kerana corak bulunya yang menyerupai sesuatu seperti ini :

Sam, The Cat With Eyebrows


Venus, The Two-Faced Kitten

Unik betul, bukan setakat warna je lain, mata dia pun sebelah lain, sebelah lain :D
Cat with a Permanent Hat


Kitten with a Heartshaped Marking

Tak tahu ini original atau pun sengaja dibuat, sebab dalam entry ini ada sumber mengatakan
kat Barat memang trend buat bentuk love kat kucing diorang..hehe
Snowball, The 'Kitler' Cat

Haha aku rasa KITLER lebih ganas daripada HITLER :p
Cat with Grandma Hair

Haha, hari tu aku dengan abah aku ada nampak kucing macam ni tapi, dia warna
putih, atas kepala dia macam ada rambut nenek-nenek macam ni, tapi kitorang
panggil kucing tu, 'kucing rambut belah tengah'. Hahah...lepas tu, esok-esoknya
terus dah tak nampak lagi kucing tu..aku rasa dia segan or dah terbang ke Korea
untuk 'set rambut' ala-ala KPOP.

Monkey's Best Friend Forever Cat

Erkk....kalau lah itu betul-betul monyet, rimas betul asyik nak peluk je! Hahah
Inception - Cat within a cat

Aku rasa tu saka dia lah....haha

dan last but not least aku nak perkenalkan kat korang.....


WAK DOYOK VERSI KUCINGGGGG !!!





Hahahaha same kann...aku tak tahu lah apesal bila first tengok gambar kucing
bermisai tu, terus je automatik aku teringat si Wak Doyok ni..hahah, mungkin
pada misainya tu lah kan..begitu ketara sekali..hahah :p

Eh jap, korang kenal tak siapa Wak Doyok ni sebenarnya? Haa, meh aku bagi
pencerahan sikit siapakah beliau ini :

Wak Doyok nama glamour, nama penuhnya ialah :

Tengku Muhammad Azwan Shah

996570_229013077247403_747081036_n
Beliau yang tengah memakai seluar hijau.
Sumber Gambar : Masses
Beliau ni bukanlah artis, selebriti, atau pun ahli-ahli politik yang terkenal, sebab
tu tak ramai yang mengenali beliau ni, TAPI....kalau sebut je nama dia dalam
kalangan pencinta fesyen dan fashion-fashion designer, semua kenal ! Hahah..

sebab beliau adalah seorang pereka fesyen yang hebat !

Foto
Inilah fesyen ataupun gaya yang diketengahkan oleh Wak Doyok.
Sumber gambar : Harian Metro
(btw, yang dua dari kiri tu kawan aku, haha nak mention gak ke?)
Nak tahu lebih lanjut pasal beliau, boleh baca kat SINI

Eh, entry aku ni awal-awal kucing, akhir-akhir fashion-fashion pulak...haha
Btw, harap Wak Doyok tak saman aku samakan kucing, macam dia...:p Hahah