Salam \(n_n)/
Haaaa....meh aku kongsi sikit idea hadiah perkahwinan untuk kawan-kawan korang, khas untuk mereka yang bujang-bujang, yang kewangan masih okay-okay je, tapi nak belikan hadiah yang berguna untuk kawan korang tu :D
1. Beli keperluan rumah untuk mereka
Bahan mentah seperti beras
Kita tahu, majlis perkahwinan memakan belanja yang sangat banyak. Jadi dengan memberikan sekampit beras, minyak masak, gula dan garam pun aku rasa dah memadai. Ringan sikit beban dan dapat lah makan untuk sebulan selepas berkahwin...kot? :p Set of Toiletries |
Tak perlu lah lengkap dari shower foam, scrub bagai..cukup beli yang asas-asas seperti shower foam, shampu, tuala mandi, ubat gigi, dan couple set of toothbrushes yang comel, mungkin? |
2. Barang eletrik yang murah tetapi berkualiti dan berguna !
Pewangi semburan
Ini sangat berguna yang mana aku rasa ramai orang tidak terfikir untuk menjadikan ia sebagai hadiah perkahwinan. Boleh menjamin keselesaan di ruang tidur pengantin. |
Haaaa...nampak je kecil, tapi benda ni pun sangat-sangat berguna demi menjamin keselesaan di ruang tidur. Pengantin tak diganggu nyamukk~~~Haha ini Rm 10 je! |
******************************
So, ini hadiah yang aku bagi untuk kawan aku kahwin bulan 12 yang lalu. Dua orang kawin sekaligus pada tarikh yang sama, hadoi~ Apa aku nak beli ni. Jalan-jalan dalam Econsave, ternampak ini, terus beli ! Hahaha
Pewangi Spray ni memang satu set dalam kotak, so memang sesuai untuk dijadikan hadiah, tinggal balut saja :D Harga dia Rm20 je ye :) |
Tadaaaaaa !!
Dah siap balut !!! |
Okay itu saje, harap bermanfaat ya! Terima kasih sudi singgah sini (n_n)
(lepas ni korang tahu lah aku bagi apa untuk wedding korang, next maybe
tong gas, siapa nakkkkkk?? hahaha)
Oemgee...seriously good idea! Dah la ada wedding next week. Settle masalah nk bagi hadiah apa. Thanx! ^_^
ReplyDeleteOkeh. Aku punya nanti, nak satu guni beras cap rambutan. Hahaha
ReplyDeleteHihi.. stuju ngan uols sy pun suka bagi hadiah kahwin terutamanya buat kawan-kawan rapat..
ReplyDeletekalo kawan yang betul2 rapat.. beli yg mahei sikit..hehee..
very simply good idea for express one. Tq!
ReplyDeletebagus..idea yang menarik....boleh ambik idea nih
ReplyDeletebtw..jom lawat blog saya
www.sihatnatural.blogspot.com
Yup..bagus tu.
ReplyDeleten tambahan..blh juga bg..rak pengering pinggan yg mini.. atau tmpt sangkut gelas.. papan pemotong..sudu o garfu.. getah alas lantai blik air..sarung bantal..or bekas letak garam,kunyit,asam glugor, perasa dll yg satu set tu..d kdai rm2 pun xape.. instead of gelas n pinggan. lbh jimat..utk yg baru kawin.mmg byk perkakas kcil mcm ni nak guna..