Wednesday, 22 January 2014

Inspirasi Arjuna Beta...


(Play)

"Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu
yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau Tercela

Ngeri....
Tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau Tercela

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa..."


Itu lirik lagu Arjuna Beta daripada Fynn Jamal. Lagu dicipta khas untuk
anaknya, Arjuna. Lagu dah lama, tapi aku baru dengar. Sekali dengar
terus aku ulang, tak nak berhenti. Lagu yang penuh fantasi dan seperti
terasa terawang-awangan bila mendengarnya. Sebuah fantasi seorang
anak dengan ibunya, daripada kecil, besar sehinggalah kelak, apabila
tiba masanya, ibu mungkin pergi dahulu....mengingatkan anaknya
bagaimana untuk menghadapi dunia...

lagu ni buat aku tersentuh...



Lirik yang buatkan aku jadi sayu sangat adalah rangkap ini :

Ngeri....
Tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

:'(


...


"Dan apabila MATA IBUmu sudah TERTUTUP, 
maka HILANGlah satu KEBERKATAN di sisi ALLAH, iaitu DOA SEORANG IBU.."

Allahhu Rabbi..
sudilah kiranya Kau panjangkanlah usia ibu dan bapaku..aminn


Mendengar lagu ini berulang-ulang kali memberikan aku inspirasi ini.....bila siap,
aku akan upload

Mohon dengar lagu tu, dan kenanglah ibu anda... baru anda faham
'fantasi' yang aku katakan itu.. :)



4 comments:

  1. Hurm.. aku pun tak dapat Doa dari seorang Ibu. Huwaaa :'(

    ReplyDelete
  2. Lakaran pro.. tu hehehe..

    Akak dah jadi ibu. .. faham sgt hati ibu kat anaknya. :D


    Nong andy

    ReplyDelete
  3. cam alam fantasi je ko nye scratch tu ... cam alam dewa dewi je kan

    ReplyDelete
  4. hati seorng ibu... berfikir sejenak...

    ReplyDelete