Monday, 17 March 2014

Kisah Sengal Aku dan Pengaruh Filem



Aku ni kalau layan movie or even kartun sekalipun, tak sah kalau takde
yang 'terserap' sikit dalam diri aku ni. Hahaha, meh aku cerita sikit :

1. Kartun Sailormoon


Okay ni cerita zaman aku sekolah rendah, dalam darjah 1 ke darjah 2 kalau
tak silap. Sailormoon ni memang favourite cartoon aku, tak pernah miss!
Lagu dia aku hafal, perangai Sailormoon tu aku tahu, sejarah silam dia
semua lah aku tau...lagi-lagi part ayat keramat sailormoon tu~ Hahaha

"Dengan kuasa bulannn~~ akan menghukummu~~~~" Kebabom~~

Okay, akibat terlalu menjiwai watak sailormoon (lah kononnya), aku terasa
nak jadi ala-ala sailormoon (-..-) Kalau korang peminat tegar Sailormoon pasti
korang tahu watak utama yang ikat rambut dua tu suka berdiri kat tingkap
sambil disimbahi cahaya bulan malam. Hahahaha nak tahu apa aku buat??

Tiap-tiap malam (pada masa itu), aku akan bukak tingkap aku seluas-luas
mungkin, dan aku akan diri kat tingkap or baring ke duduk ke tak kisahlah,
asalkan aku dapat disimbahi dengan cahaya bulan malam tu. Time tu dah tak
terfikir dah kalau hantu tetiba muncul kat luar tingkap tu. Tak fikir kalau
nyamuk masuk pastu gigit aku. Aku tak fikir dah semua tu, sebab aku nak
jadi macam Sailormoon !! Konon-konon aku buat macam tu dengan harapan
aku dapat serap kuasa bulan.......zzz

(owh hebat imaginasi aku nih...)

2. Kuch Kuch Hota Hai


Akibat daripada movie hindustan iniiiiiilah, aku terjebak dengan pemakaian
skaf rambut jenis getah yang macam si Kajol pakai dalam movie tu.. Hadoi~

3. La Usurpadora

 

Aku tak tahu korang yang baya-baya aku ada perasan ke tak cerita Mexico
ni dulu. Apa yang penting, cerita ni adalah cerita fevret yang tersangat fevret
bagi aku. Kisah sepasang kembar mengharungi kehidupan, yang mana sorang
kembar ni baik, manakala yang lagi sorang jahat. Sungguh memilukan ceritanya.

Gambar yang belah kanan tu adalah heroin dia. Sangat cantik !! (n_n) aku suka
rambut dia, dan aku dengan konfidentnya potong rambut aku sendiri dengan
harapan rambut aku yang bahagian depan (rambut yang tutup dahi tu)
akan jadi sama macam rambut heroin tu. Tak sedar agaknya yang aku ni takde
rambut bahagian depan tu dan rambut aku jenis rambut beralun, maka selepas
gunting....aku macam damnnnn ! Macam anak orang asli ! Ok bye

Owh by the way, siapa yang tahu aku menangis time tengah sedih macam mana?
Pada sesiapa yang tahu, itu juga adalah pengaruh daripada cerita ini.  Watak heroin
sangat tabah. Bila dia bersedih, dia akan duduk sorang-sorang, diamm je...
tahu-tahu air mata dah mengalir. Takde tersedu-sedan bagai. Hahaha...kekal
sampai sekarang aku menangis macam tu :p

4. Ada Apa Dengan Cinta


Okay,filem ini lah yang membuatkan aku jatuh cinta dengan bahasa-bahasa puisi.
Honestly aku cakap, puisi-puisi dalam filem Ada Apa Dengan Cinta ni sangatlah
indah bahasanya. Sangat tersirat tapi boleh faham lagi lah.

Start daripada tengok movie ni, banyak puisi yang aku buat...tapi aku simpan..
Hehehe...sebab malu, orang cool mana buat puisi dowh~ hahaha :p 

5. 30 Days Of Night

Aku suka tengok filem-filem Vampire, tapi ini adalah satu-satunya movie Vampire
yang membuatkan aku sangat-sangat takut dengan Vampire. Sebab Vampire dia
jahatttttt dan kejammmmmm !! Aku suka movie ni, tapi even dah tengok banyak
kali pun, tetap rasa suspen dan takut ..wuwuwu T_T

Aku selalu terbayang diorang 4 orang ni tetiba termuncul kat depan aku daripada
tangga hujung level dorm aku, time aku nak pergi toilet malam-malam...sampai
sekarang still terasa keseramannya...
Akibat terlalu takut, aku sampai termimpi-mimpi benda ni. Aku takut diorang
wujud, even aku tahu mana ada kat Malaysia nih kan. Tapi dalam mimpi tu,
boleh pulak mak aku tetiba muncul dan cakap dengan aku macam ni,

"Lynn nak tahu....sebenarnya...

Vampire tu wujud tau....."


(-..-)


..............



Okay tu jelah kot...yang lain tak berapa nak
terpengaruh sangat aku rasa.
Hahah...terima kasih sudi singgah sini (n_n)


1 comment:

  1. aku byk tgk cite air craft ... terhempas la .. kena hijack la ... paling tak leh lupa terhempas kat gunung salji mana tah ..pergunungan elps kot ..pastu mkn mayat tu ... pheeewww

    pastu aku tertgk pan am 2-3 minggu lepas ..pasal pendaratan pendek dan pelepasan pendek ....

    waktu org dok kecoh mh370 terhempas aku ttp pendirian ia kena hijack ... huhu pengaruh cite barat betui aku ni ....

    lg satu aku suka terpengaruh ngan cite barat bab fbi cia jenayah dan dll ..sikit sebanyak ia bg ilmu kat aku bila berhadapan ngan penguatkuasa undang2.. gaya berckp seupa loyer buruk .. hahaha tkt enpolis ...kekeke

    ReplyDelete