Friday, 4 April 2014

Kenapa Maho Beach bahaya ???


Aku nampak senior aku post gambar ni kat FB :



bahagian caption, photographer tulis Maho Beach ni cantik,
air biru, pasir putih tepi pantai~ tapi itu bukan sebab utama
kenapa pantai itu ada ramai pengunjung , sebab.................

Urghh, ayat dia tak habis, tapi curiosity di dalam hati begitu
meluap-luap nak tau kenapa, so aku google, whyyyyy ??

File:Corsair Airbus A330 at SXM Bidini.jpg

Rupa-rupanya, Maho Beach yang terletak di area Carribean ni
sangat berbahaya sebab ia merupakan kawasan terakhir
sebelum pesawat me-landing-kan dirinya di lapangan terbang
St. Maarten. Kalau korang nak tahu, kawasan belakang yang
nampak jalan raya hitam tu lah landasannya. Kira airport tu
memang betul-betul belakang pantai tu haa...patutlah pesawat
dah rendah gila bila tiba sini....

So, untuk membolehkan pesawat berhenti dengan lancar dan
tepat di landasan St. Maarten tu nanti, pesawat dah standby
dari jarak-jarak tertentu untuk mula mengurangkan ketinggian
pesawat dan mula terbang rendah-rendah-rendah sebelum
mendarat. Kawasan Maho Beach tu kira dah paling rendah lah
tu sebelum pesawat landing kat airport.

File:American 757 on final approach at St Maarten Airport.jpg

1380633948



Papan tanda AMARAN yang sangat jarang ditemui :

1380634034

Jom tengok kapal terbang landing baikkkk punya...
hati-hati tunduk kepala okay~ hehe :p


Kalau takde accident best lah, buatnya ada masalah, huishh
naya je ! By the way, aku balik kerja nak ke pasar malam
akan lalu Airport Senai. Kalau korang orang Kulai or orang
JB, mesti tahu Hutan Bandar, Bandar Putra. Situ kira port
terbaik untuk berekreasi sambil tengok kapal terbang yang
terbang rendah before landing kat airport senait tu, cuma
takdelah serendah di Maho Beach. Hehe

Okay itu saja, terima kasih sudi singgah sini :D


9 comments:

  1. cerita terbaik .. aku suka ....

    ReplyDelete
  2. macam menarik je tapi bahya pulak.. huuu

    ReplyDelete
  3. Hushh , bahaya betul . Tapi tempat dia mcm best . Hahaa .

    ReplyDelete
  4. Serius lah ??? tak sesuai langsung untuk org awam.... sgt membahayakan.... at least negara tuh kena fikir keselamatan awam...

    ReplyDelete
  5. bising kot kapal terbang turun naik. huhu. dekat plak tu.

    ReplyDelete
  6. bising kot kapal terbang turun naik. huhu. dekat plak tu.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.

    Lynnnnnnn!!! Aku rindu kauuuu! hahaha

    Ini betul2 tempat tarikan pelancong. Boleh pekak telinga dengar deruan enjin airplane T_T

    ReplyDelete
  8. mak aih rendahnye....msti bingit bunyi...

    ReplyDelete