Kulit aku ni sangat mudah untuk sunburn, tapi sangat susah
pulak nak kembali normal. Haishh...dulu-dulu time sekolah
memang aku tak guna sunblock, sebab aku baca dalam majalah,
sunblock sebenarnya akan membuatkan kulit jadi lebih gelap.
Erk? Entah mitos ke apekah, tapi sebab tu lah aku tak guna
sunblock. So, bila tak guna sunblock, memang sunburn lah~~
Lagi-lagi kalau baru balik daripada mandi pantai. Esoknya
confirm kulit aku dah gelap sikit dan jadi macam kusam dan
kering. Ingat lagi, masa diploma dulu, pergi mandi pantai,
esok keluar lagi pergi bandar. Tengah nak naik bas tu, pakcik
bas boleh tanya aku,
"Dik, baru lepas pergi pantai ke?"
Aiseyh~~mesti dia perasan gejala sunburn yang wujud kat
muka aku masa tu. Wuwu~ Dan masa pergi bandar tu jugak
aku telah disarankan untuk guna produk ni (disarankan oleh
si dia~) So, aku pun beli lah...mahal gak memandangkan aku
ni student lagi, tapi tak kisah lah, yang penting aku nak cerah
berseri semula. Hahahaa :p
So, balik jalan-jalan tu, lepas cuci muka, aku guna produk ni.
Sapu kat kulit muka. Hmm~ segar je rasa..hehehe...dan tak
sampai seminggu okay aku guna, muka aku dah cerah semula,
dah hilang dah sunburn-sunburn yang tidak diingini tu. Dia
bukan setakat cerah, tapi cerah berseri! Kahkahkah ! (ni puji
diri sendiri ke apekah ni~)
Tapi, serius lah...memang terbaik dan berkesan produk tu.
Dan aku still guna sampai sekarang. Nak tahu produk apa?
Tadaaaa !!!
Nivea Whitening Toner
Aku guna yang warna putih pink tu (kanan) |
Aku beranggapan bahawa kalau Olay mungkin produk yg lebih
kepada anti-ageing, Clean & Clear mungkin produk yang fokus
kepada membersihkan wajah, dan produk Nivea pulak fokus
kepada pencerahan kulit.
NIVEA memang berkesan dalam mencerahkan kulit aku.
Sekarang, aku memang pengguna setia produk Nivea. Daripada
Toner, pembersih muka, losyen UV Protection, Whitening Body
Lotion, Whitening Serum Lotion, Nivea Night Cream dan
Nivea Lip Balm :D
(nampak tak betapa yakinnya aku dengan produk Nivea,
customer loyalty gitu..hahah)
Tapi, yang memang rutin aku beli just pembersih muka dengan
Whitening Toner tu sahaja, losyen-losyen, cream-cream malam
tu, dengan serum segala bagai tu aku just beli bila aku rasa kulit
aku dah kering. Al-maklumlah, Nivea harganya boleh tahan jugak
dan aku ni jenis yang tak feminin sangat untuk sapu losyen tiap-
tiap malam~
Ha, lagi satu kan...Lip Balm dia sangat lembut okay bila kena
kat bibir tu. Macam best je. Hahaha...okay tu je nak share.
Harap bermanfaat buat mereka yang kulit senang sunburn dan
nak cerah berseri macam aku.. Hahahaha perasan~perasan
Okay, terima kasih sudi singgah sini (n_n)
Thank you sis.sangat membantu.kebetulan muka saya sunburn teruk sekarang sbb masuk kawad.
ReplyDeletenk try lah 😍😍
ReplyDeletebyk kali dh pegi watson dgn guardian tak jumpe pon nivea whitening toner tu
ReplyDelete