Friday, 9 May 2014

You say...Happy Mother's Day ?



Trending, ucapkan selamat itu, selamat ini di laman sosial.
Trending, upload gambar bersama dan kata saya sayang mak.
Trending, kalau tak wish atau upload di laman sosial, dituduh
tak alert dan tak sayangkan mak. Bukan hari ibu saja,
tapi dah macam trending untuk semua hari yang ada peristiwa.

Tahukah kita apa erti 'sayangkan ibu' yang sebenar-benarnya mengikut Islam?

(Sumber)

Dalam rancangan Al-Kuliyyah (TV3) siri 'Kirim Ibu Bapa ke Syurga', ustaz penceramah itu ada ceritakan sebuah kisah tentang seorang anak pada zaman-zaman Rasulullah SAW dahulu :

Ada seorang anak yang meninggalkan ibu nya untuk bekerja di kawasan bandar. Bayangkan dulu bukan macam sekarang, mungkin kena merantau jauh-jauh untuk mencari rezeki. Dulu bukan macam sekarang yang ada kenderaan, dulu hanya ada unta dan paling tidak pun memang harus berjalan kaki sahaja.

Dikisahkan anak yang sedang berada di bandar yang jauh dari ibunya, tiba-tiba terasa seperti ibunya memanggilnya dari kampung. Terasa seperti ibunya memanggil-manggil namanya, menyebut-nyebut namanya agar dia pulang ke pangkuannya.

Maka anak itu pun terus saja meninggalkan urusannya di bandar, dan segera menapak untuk pulang ke kampung halaman, untuk berjumpa dengan ibunya. Berjalanlah si anak dari hari ke hari, dari minggu ke minggu kerana jauhnya jarak antara bandar itu dengan kampungnya. Seolah kedengaran suara ibunya memanggil-manggil namanya.

Dia balik ke kampung semata-mata kerana ibu dia panggil dia, dia sanggup berjalan jauh selama berhari-hari sebab ibu dia panggil dia. Tidak terlarat lagi kerana penat lelah berjalan, si anak merangkak pula demi meneruskan perjalanan untuk berjumpa dengan ibunya semata-mata kerana ibu dia panggil dia. Habis berdarah-darah tapak tangannya, koyak-koyak seluarnya dan berdarah-darah juga bahagian lutut dan kakinya. Dalam berkeadaan begitu, dia pulang untuk berjumpa dengan ibunya sebab ibu dia panggil dia.

Rasulullah kata apa?

Anak itu masih belum layak lagi untuk digelar anak yang baik


....


Bayangkan betapa Rasulullah SAW nak tunjukkan betapa besarnya jasa dan pengorbanan seorang ibu, sehinggakan apa yang anak itu lakukan demi pulang berjumpa dengan ibu sampai merangkak dan berdarah-darah, pun belum layak untuk digelar seorang anak yang baik.




Sekarang ni mungkin kita lebihkan kerja, lebihkan member-member, lebihkan pasangan, lebihkan segala-galanya kecuali ibu bapa kita. Sebab kita tahu mereka pasti akan mengalah dengan kita. Ya, ibu bapa sangat sayang kepada kita, selalu ingin menjaga hati kita, selalu kata 'tidak apa' kan?




Kita memang takkan sedar selagi belum kehilangan mereka...

Kepada yang masih punya ibu bapa, berbuat baiklah kepada mereka sepertimana yang diajarkan dalam Islam, sebelum Tuhan tarik 'nikmat' itu dari anda untuk selama-lamanya. Ibu bapa adalah salah satu 'nikmat' yang Tuhan bagi kepada kita. Kasih sayang yang abadi. Takkan ada orang yang mampu sayang dan kasihi kita sebagaimana mereka mengasihi kita. Takkan ada orang yang mampu menjaga hati kita dengan selalu berkata 'tak apa' melainkan dia adalah ibu bapa kita...
walaupun orang itu kata dia cintakan kita dengan sepenuh hati..



Kepada mereka yang 'nikmat' tersebut telah diambil oleh Tuhan, jangan bersedih kerana kematian bukanlah suatu perpisahan untuk selama-lamanya. Anda memang tidak dapat berjumpa lagi dengan mereka, tetapi anda masih boleh menyedekahkan pahala untuk mereka. Siapa tahu, boleh bertemu di syurga nanti, insyaAllah :)

Dari rancangan Al-Kuliyyah 'Kirim Ibu Bapa ke Syurga', ustaz telah menyampaikan sesuatu yang mungkin dapat mendorong kita agar menjadi anak-anak yang baik untuk membantu ibu ayah yang telah meninggal dunia di 'sana' :

Sebilangan besar ulama berpendapat, insyaAllah pahala kebaikan kita dapat disedekahkan kepada ibu bapa kita. Kalau kita berbuat baik, contohnya kita membantu golongan miskin, kita niat dalam hati, 

'Ya Allah, aku sedekahkan pahala daripada kebaikan ini (sekiranya ada pahala), kepada ibu / ayah / kedua ibu ayah ku yang telah meninggal dunia...amin'

InsyaAllah, DIA akan membantu kita. Percaya dan yakin kepada Allah SWT. Janganlah dibiarkan kubur mereka gelap-gelita dan mendapat seksaan terus-terusan kerana dosa-dosa kita yang hanyut dengan keseronokan dunia, dan jarang mendoakan mereka.
Na'uzubillah...


Sekian saja tentang ibu dan ayah. Al-fatihah untuk kenalan aku yang ibunya telah tiada, Rain Suhati dan Reenapple (ini untuk yang aku tahu) dan semua yang berkenaan.


Kena kuatkan semangat bila nak tulis entry macam ni, lagi-lagi bila berkaitan ibu dan ayah :(


1 comment:

  1. suka kita dtg sini.. leh tgk hujan.. mmm mak... mak is everything.. salam kasih sayang buat semua ibu yg ada di dunia dan yg telah kembali..

    ReplyDelete