Tuesday, 24 June 2014

Kisah Seekor Kucing bernama Manap



Okay, ini lah pendatang baru yang tak sedar diri beliau adalah seekor kucing jalanan yang menumpang kat rumah aku. Kedatangannya yang memang tak reti nak balik, hari-hari ada di depan pintu rumah telah menyebabkan Anissah terasa hati dengan aku dan merajuk dengan aku sebab dia ingat aku telah menduakan dia. Konflik sungguh masalah ini, sampai aku terfikir Anissah kena sihir. Hahaha...padahal Anissah merajuk dengan aku.

Bersusah-payah dan berjam-jam aku menghabiskan masa untuk mengembalikan semula memori si Anissah Gemok ni yang aku ni lah tuan beliau. Tiap kali aku balik kerja, aku kena teman beliau bergolek-golek kat jalan depan rumah aku, malam lepas maghrib aku terpaksa korbankan certain cerita kegemaran untuk melayan lagi si gemok ni bergolek-golek kat tengah jalan. Esok pagi nak pergi kerja pun layan lagi golek-golek tengah jalan.

Sampaikan si gemok ni nak makan pun aku kena tunggu kat sebelah dia, temankan dia makan sampai habis, sebelum lepas tu dia ajak bergolek-golek lagi. Hadoi~ tapi lepas tu, dia dah mula 'ingat dan kenal' aku semula. Sekarang, Alhamdulillah dah okay. Haha.. :D

Owh ya, berbalik kepada kucing pendatang tadi yang bernama Manap, entry kali ni aku nak cerita pasal Manap semata.(walaupun aku dah tercerita pasal Anissah tadi, haha)


Ye gemok, pasal kau~

Manap ni asalnya kucing yang tumpang makan kat belakang rumah aku. Macam mana boleh dapat nama Manap tu pulak adalah daripada salah satu scene dalam Filem Zombi Kampung Pisang. Masa Lan Pet-pet kena ikat dengan sorang pempuan tu, Lan tanya pempuan tu, "Siapa nama?" Tetiba daripada belakang perempuan tu ada sorang lelaki yang rupa-rupanya terikat sekali dengan diorang, bersusah-payah dia nak jawab nama dia "Manap..." Haha, part tu kelakar kalau korang tengok. So, oleh kerana kucing ni ala-ala sama kesian dengan watak Manap tu, aku letak je lah nama dia Manap :p 

Btw, Manap SANGAT GEDIKKK !!
SANGAT GEMOK !!
SANGAT SELEBET !!
dan beliau tak reti nak pergi jalan-jalan sebab takde kawan. Duk tercongok je kat depan pintu 24/7 (-_-')



Manap kalau dah 'gila', semua dia nak gigit...maklumlah forever alone~ Kucing aku semua tak nak kawan dengan si Manap ni, haha~ sian Manap :p


Haa okay tu je lah aku nak citer pasal Manap ni. Sebenarnya kucing macam Manap ni memang ada ciri-ciri kucing idaman kitorang sekeluarga, ye lah kucing gemok yang comel, yang selalu je ada kat rumah. Tapi tu lah, cuma aku tak leh over sangat layan si Manap ni, nanti sentap lagi si Anissah tu, tak sanggup daku~ haha :p

p/s : ada sekor lagi pendatang baru, nama dia aku letak Geli pastu bertukar kepada Jelly, kepada Jolie, dan akhirnya Angelina Jolie terus. Haha :p Okay tu je, bye :D


Baik kau diam, Manap...grrrr (-..-')

1 comment: