Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 8 July 2014

Buffet Ramadhan Bawah Rm50 di sekitar JB


*entry ini untuk panduan sendiri saja, hehehe :p


Semenjak aku dah kerja ni, barulah aku tahu, kewujudan buffet-buffet Ramadhan yang ada kat hotel-hotel ni. Tu pun, lepas aku join Majlis Berbuka Puasa kat hotel yang merupakan agenda wajib setiap tahun (staff makan, boss bayar~) Hahaha~ dan semenjak tu jugak lah, aku bercita-cita nak bawak mak abah dan adik aku merasa berbuka puasa kat hotel..hehehe

Memandangkan aku ni bukan lah berduit sangat, jadi aku cuba ushar buffet-buffet Ramadhan yang bawah Rm50 je. Kami sekeluarga 4 orang dewasa, so bajet dalam Rm200. (nak makan hotel, kena lah kerja kuat sikit dapatkan duit~masalahnya ada customer aku ni tak bayar-bayar lagi duit pillow dia yang dah lama aku siapkan. Hish)

Okay, berbalik kepada Buffet Ramadhan bawah Rm50 di sekitar JB, ini yang aku jumpa. Aku seacrh dengan keadaan hotelnya sekali untuk tengok hotelnya boleh dipercayai ke tidak. Hahaha :p


1. Hotel Sentral Johor Bahru (Rm38 kalau beli awal)

Johor Bahru Hotel Sentral Johor Bahru, Hotel Sentral Johor Bahru  Johor Bahru

Ini hotel dia :
 

2. Suria City Hotel (Rm38 kalau beli awal)


Ini hotel dia :
Suria City Hotel Johor Bahru
Wow! Kat mane seyh~ aku tak pernah nampak pulak hotel ni time jalan-jalan kat jb~haha

3. Goodhope Hotel  (Rm38 kalau beli awal)


Ini hotel dia:
 
Hotel ni aku tahu, area skudai...selalu nampak..hehehe

Haa setakat ni itu jelah Buffet Ramadhan bawah Rm50 kat hotel yang aku jumpa. Lain semuanya atas Rm60..restoran-restoran pun ada gak buat Buffet Ramadhan, bajet antara Rm20 - Rm50 camtu. Aku sharekan sekali untuk panduan orang-orang Jb sekalian :

1. Restoran Abah Beriyani (Adult: Rm28 - Child: Rm14)
012-7337007
2. Banafee Village (Adult: Rm43.90 - Child: Rm20)
07-3333377
3. Alibaba Karaoke (Adult: Rm19.90 - Child: Rm16.90)
07-2391888

Haa okay tu je yang aku jumpa. Aku tak sure, maybe restoran-restoran yang buat buffet ramadhan ni just buat promosi melalui FB je kot, so korang pandai-pandailah cari sendiri yang lain ya. 

Mengikut pengalaman aku berbuka kat hotel, ruang solat memang ada, dan memang selesa lah kan suraunya. Besar, ber'air-cond' dan telekung sejadah semua cukup. Masa makan pula daripada start berbuka tu sampailah nak ke Isya'. Memang boleh solat dulu dan sambung makan semula. Okay, tu lah sedikit info mengenai Buffet Ramadhan 2014 di JB. Banyak lagi yang Rm 50 - Rm 100, tapi aku tak share, sebab mahal sangat~ Haha :D


p/s : sekali-sekala tak membazir. Bila hari-hari baru membazir. Harap dapat bawa mak abah adik merasa suasana berbuka puasa di hotel :) Owh money, come to me please~~ :p


2 comments:

Unknown said...

banyak jugak ye?/kat penang ni kalau nak buffet yang murah,banyak pilihan kena ke seberang sana la..belah sini tak banyak sangat..

**
Yang guna voucher tu dah guna dah lyn..order tak sampai 3 hari dah dapat barang..kali ni beli benda yang sama jugak ,kuantiti je berbeza,beli dua,tapi dah seminggu tak dapat2..call je dia jawab Your Order Has Been Shipped tapi tak jugak sampai2 depan pintu rumah ni..angin je rasa,..

lia said...

hi..Lynn Damya..tq sudi singgah blog akak...akak nak reply komen pasal pantyliner tu....pantyliner ni bukan pakai buang, lepas guna kita basuh mcm biasa then boleh guna lagi...setakat ni akak tak jual..buat utk pakai sendiri je..Lynn cuba klik kat link yg akak bg tu ada tutorialnya....cuba la buat dulu ye...in Sha Allah jadi..:)