Wednesday, 9 July 2014

Rupa-rupanya dia seorang psycho ??


Ini kisah benar aku sendiri yang diolah ala-ala novel misteri. Dia kawan baik roomates aku. Dan ini cerita zaman diploma.


Nama dia Mary, asal antara Sabah or Sarawak, entah aku dah lupa. Mulanya, Mary kawan rapat kepada roomates aku, Jaja. Tapi oleh sebab Mary selalu datang ke bilik aku, makan-makan, sembang-sembang, gurau-gurau, akhirnya aku pun jadi rapat dengan dia. Lagipun, kitorang bertiga sama persatuan PBSM masa tu. So, memang pergi perjumpaan PBSM sama-sama selalunya.

***********************************************

Lebih kurang dalam 2 sem berkawan dengan Mary, langsung aku dan Jaja tak perasan tentang hobinya yang 'sesuatu' itu. Bukan kitorang je, semua tak sedar tentang hobinya tu. Apa yang aku tahu, Mary seorang yang friendly, suka bersembang, dan normal, cuma dia selalu bersendirian...


Tapi, lama-lama entah macam mana berlaku kes kecurian kecil-kecilan, yang mana beritanya tu takdelah tersebar ke seluruh kampus. Cuma tersebar antara penghuni blok dan kawan-kawan mangsa je lah kot. Tapi yang aku pelik, certain kes kecurian tu melibatkan Mary sebagai suspek utama! Aku dan Jaja jadi tertanya-tanya...kenapa Mary??

***********************************************

Malam sebelum Mary dikantoikan oleh ketua-ketua blok, Mary mengadu pada Jaja sambil menangis-nangis. Aku nampak dia menangis duduk kat tangga dengan Jaja, tapi aku tak tahu diorang bincang apa. Bila Jaja balik bilik, baru dia cerita kat aku, apa yang Mary bagitau dia tadi...

Rupanya, Mary menafikan tuduhan dia yang mencuri tu, dia cakap dia stress tertekan lah ape lah sebab semua orang tuduh dia, sedangkan dia tak buat. Hmm..kalau aku, memang aku pun tertekan jugak. Masa tu, aku memang kesian kat Mary, tapi Jaja lagi teruk, sebab dia back up si Mary ni depan kawan-kawan dia yang tuduh Mary ni mencuri. Nanti aku jelaskan, kenapa ia teruk..

Dan esoknya, Mary dicari oleh ketua-ketua blok. Tapi, Mary tak nak balik bilik. Hingga akhirnya, ketua-ketua blok bersama beberapa mangsa kes curi, buat keputusan geledah bilik Mary tanpa kehadiran Mary kat situ.

**********************************************

"Lynn....i cakap ni mesti u rasa terkejut gila, Lynn !"

Aku yang memang dah tahu Jaja daripada bilik Mary untuk lihat secara live proses 'pengkantoian Mary' pun, terus tanya dia balik...

"Betul Mary yang buat?"

Jaja mengangguk lemah je. Dia cakap dia malu sebab back up Mary kaw-kaw punya hari tu. Dan lepas tu, dia ceritakan 'sesuatu' yang lebih mengejutkan aku. 'Sesuatu' yang meremangkan bulu roma aku...Hobi Mary !

*************************************************

Bilik Mary berselerak dengan barang-barang dia sendiri, termasuklah barang-barang lain, yang cukup dikenali oleh mangsa-mangsa curi yang ada. 

"Itu handphone aku!!"

"Itu cadar aku!!"

"Itu purse aku!!"

"Itu baju aku!!"

Terdapat juga satu beg yang penuh berisi pakaian-pakaian kanak-kanak, lampin dan sebagainya.

*************************************************

Kecurian 1: Dompet

5 orang rakan termasuk Mary, ada dalam sebuah bilik. Masing-masing ada yang tengah makan sambil bersembang, baring-baring, tengok movie. Semuanya okay, sebelum tiba-tiba berlaku blackout dalam 2 minit macam tu. (Satu blog blackout)

Bila letrik dah ada semula, semua masih tak perasan, sampailah mereka berlima buat keputusan nak keluar pergi koperasi. Seorang daripada 5 orang itu (mangsa) tiba-tiba menjerit, dompet dia hilang! Dia memang letak kat situ, tapi sekarang dah hilang!

Masing-masing mencari, tolong cari sekitar dalam bilik tu, termasuklah Mary....dompet tu tak dijumpai langsung...sehinggalah bilik Mary digeledah. Dompet tu ada kat situ. Ketika diorang sibuk mencari dompet tu dalam bilik tu, dompet tu sebenarnya ada pada Mary. Heeheehee~

Kecurian yang gagal

Apa perasaan anda, kalau tiba-tiba kawan baik anda yang daripada level lain, ataupun blok lain...takde mesej, takde call cakap nak datang bilik anda, tiba-tiba tercegat depan pintu bilik anda, sedang berusaha untuk swap pintu bilik anda (buka pintu ala-ala pencuri guna kad, incase kunci tertinggal kat dalam or hilang) dan masuk ke dalam. Tapi bila terlihat anda ada dalam bilik, dan kita tanya kenapa? Dia cuma jawab, dia nak tengok kita ada kat bilik ke tak..dan lepas tu dia blah camtu je..

Apakah???? Tak pelik ke? Itulah kegagalan Mary suatu hari tu. Dia bernasib baik kawan dia dalam bilik tu tengah tidur, dan masih mamai saat dia terjaga bila tengok Mary masuk.

**************************************************

Mencuri suatu hobi

Ya! Aku rasa itulah yang dialami oleh Mary. Ada orang jadikan membunuh sebagai hobi, dan Mary pula jadikan mencuri sebagai hobi. Aku rasa, dia sukakan cabaran ketika melakukan pencurian dan rasa seronok bila dia dapat lihat reaksi mangsa depan matanya sendiri, tanpa curiga kepada dia iaitu si pencuri.

Tahu apa lagi yang ada dalam bilik Mary ketika digeledah? Terdapat sekotak or maybe toolbox yang dalam tu penuh dengan peralatan untuk mencuri. Sapu tangan putih yang doktor guna untuk buat operation dan juga sejenis cecair untuk menghilangkan kesan cap jari pun ada. Aku tak tau dari mana dia dapat. Or maybe cecair tu cecair biasa je kot?

Lagi satu, yang meremangkan aku adalah, cuti apa entah selama sebulan macam tu, semua orang balik kecuali Mary. Wallahualam dia buat apa. Cuma aku terbayang, agak gila kalau dia stay selama itu, sorang-sorang kat blok waktu malam, sunyi...hanya untuk melaksanakan hobi dia tu...


*************************************************

Sem ketiga, Mary berhenti study. Dan sejak tu, aku dan Jaja tak tahu keadaan Mary sekarang ni...





p/s : sampai sekarang bila aku ingat semula, aku pernah jadi kawan dia, aku akan rasa seram sejuk. Rasa macam dia adalah hantu! Gulp!


4 comments:

  1. Oh Mary.. Kentalnya dia.. HAHA !

    ReplyDelete
  2. haha ...aku ade kwn sorg cam ni time study jg dulu.....hidup sebuah penipuan....semua tipunnn xde yg betui pun ..pastu hilang..haha

    ReplyDelete
  3. Gile hebat lah Mary ni! Cun tak dia? HAHA

    ReplyDelete
  4. Aku suka ngan dak2 psycho ni sbab hebat bhai hahaha... Tapi nasib baik la aku ni bukan paycho sbab kekdang otak aku ni tak betul sikit... haha

    ReplyDelete