Salam. Hoyeah~hoyeah~ aku baru tahu tentang kewujudan villa penginapan berkonsepkan fully traditional macam ni kat Johor. First time pergi sana masa jamuan buka puasa minggu lepas :D Sangat-sangat cantik, meh aku citer lagi...
BOUTIQUE HOTEL VILLA WARISAN JA (Johor Bahru)
Lokasi : Jalan Abdul Rahman Andak, 80000 Johor Bahru
(ini aku tak tahu nak explain macam mana, tapi masa aku pergi tu, daripada jalan tepi laut Johor tu, aku masuk simpang yang ada Zoo Johor tu, then pandai-pandailah cari dalam tu..haha)
Daripada luar, akan nampak pintu gerbang ni...
dan bila masuk je...tersergam indah villa ni, memang cantik gila dengan ukiran-ukiran kayu dia tu..aku rasa datang sini macam balik kampung..haha padahal umah nenek aku takde pun berukir-ukir camni :p
Binaan yang sebelah kanan tu, adalah car park. Macam parking kereta kat bawah rumah lama, rumah kayu lama kan tinggi-tinggi semua..hehe
Bahagian atas dia tu macam pangkin kosong lah..boleh ambil angin kat situ...berfungsi jugak sebagai tempat untuk buffet Ramadhan dan apa-apa majlis macam majlis perkahwinan ke..diorang akan guna kawasan tu. |
Okay, ini pulak bahagian pintu utama nak masuk ke ruang penginapan. Kira macam lobi lah, dan lobi dia ni jugak berfungsi sebagai wedding gallery, sebab masuk-masuk je, korang akan nampak sebuah dekorasi pelamin berkonsepkan tradisional terpampang depan mata...coOL~
Kalau stay kat bilik ground level, sangat best sebab pool tu macam korang yang punya. Bukak-bukak pintu je dah nampak pool depan mata...
Pintu masuk utama ke ruang lobi Villa Warisan JA |
Inilah pelamin yang aku cakap tu, style jugak kalau kahwin tema ukiran-ukiran tradisional macam ni, hehehe...owh ya, bahagian kerusi tu agak messy sikit, sebab ramai orang duk bergambar kat situ :p |
Haa...okay dah warm up, jom aku bawak pusing-pusing dalam villa ni. Yang menariknya tentang Villa Warisan JA ni bukan je sebab konsep dia yang tradisional tu, tapi bilik-bilik penginapan dia luas dan memiliki pemandangan bandar yang cantik, then ada pool dan suasana persekitaran yang selesa dan unik. Jom kita tengok gambar lagi :D Sila abaikan mahkluk-mahkluk yang ada dalam gambar-gambar tersebut ya...
Ruang bersantap yang open dan sejuk |
Haa ni dalam bathroom tau, tingkap tu boleh bukak tutup..so kalau korang nak mandi berangan-angan sambil tengok awan, boleh lah bukak je tingkap tu~ sumber gambar |
sumber gambar |
Ini antara gambar bilik penginapan kat villa tu :
Feeling raja sehari sangat kann~~
Kalau stay kat bilik ground level, sangat best sebab pool tu macam korang yang punya. Bukak-bukak pintu je dah nampak pool depan mata...
Pool depan mata (terlindung dengan pagar) sumber gambar |
Surau kat villa ni terletak kat tingkat atas sekali...so, masa solat akan rasa tiupan angin-angi sepoi bahasa~
Suasana di Villa Warisan Ja pada waktu malam ramadhan (lepas buku puasa) Sangat cantik kalau korang tengok depan mata tau, meriah gila, macam hari raya! :D |
...lepas tu aku pun pening lalat...Hahaha ;p K bye~
Kalau korang berminat nak menginap di sini, or nak tanya apa-apa kalau nak buat event kat sini, boleh terus pergi ke FB mereka ya.
tgk deko ala2 kat indon.. tp cun woooo...
ReplyDeleteko leh wat kenduri kat sini lawa wei ....
ReplyDeletepelamin tu mmg besh gile...katil tu lagi la ...