Salam. Okay, aku dah terberangan idea gila pulak ni...
Aku bercita-cita nak buat majlis kahwin aku waktu malam secara outdoor...boleh? Bukan tak pernah dibuat orang, memang ada tapi jarang. Aku begitu tertarik dengan majlis kahwin macam ni, sebab banyak guna lampu-lampu. Aku suka tengok lampu malam-malam! :D Meriahnyaa...haha..
Ini antara idea-idea untuk mereka yang nak buat majlis perkahwinan mereka pada waktu malam ya :
1. Khemah Transparent
Seriously, aku baru tau kewujudan khemah transparent macam ni. Memang sesuai lah guna khemah ni untuk buat majlis kahwin tengah malam.
Rasa macam santai sungguh. Lagi best kalau cuaca nyaman dan ala-ala hujan gerimis kan...boleh nampak suasana hujan tu disinari cahaya-cahaya lampu yang meriah. Wow, so refreshing! Excited dah aku ni~~
2. Lebihkan penggunaan lampu pelbagai jenis
Okay, dah namanya buat pada waktu malam, kenalah lebihkan lampu kan. Takut tersungkur pulak tetamu kalau tak nampak jalan nanti. Hehe...means dalam tema kahwin malam macam ni, bolehlah diminimumkan hiasan bunga-bungaan tu dan ganti kepada lampu-lampu. Biasanya, lampu putih kurang sesuai kalau buat outdoor, so gunalah lampu yang berwarna natural macam dalam contoh ni:
Lampu lilit pokok
Lampu gantung besar / kecil
Penggunaan Lantern atau Tanglung
Apapun, semua jenis lampu pun cantik. Ikut kreativiti anda, kalau nak gabung kesemua jenis lampu pun boleh, tapi susun aturnya kenalah sesuai dengan tempat-tempat yang anda nak letak tu. Means kalau kat tempat tetamu nak makan, janganlah letak lampu yang malap sangat, takut tetamu tercekik pula :P
3. Glow In The Dark decorations!
4. Gambar Kahwin Yang Pasti Berbeza !!
Kenapa aku cakap berbeza? Sebab perkahwinan waktu malam ni, teknik fotografi dia lain sikit, anda boleh bermain dengan lampu dan cahaya. Yaaa...album kahwin anda pasti akan 'menyala-nyala' Hahaha ;p
Apapun, kena pertimbangkan beberapa perkara juga kalau nak buat majlis perkahwinan waktu malam secara outdoor ni, seperti :
1. Tempat - kalau laman rumah luas, boleh lah buat. Or sewa mana-mana tempat yang sesuai. Tapi, kena pastikan takde nyamuk. Malam-malam ni nyamuk kan suka menggigit~
2. Penyambungan wayar dan sumber tenaga - sambungan tu kena buat hati-hati dan kemas, wayar jangan berselirat, bahaya tau..
3. Sesuatu yang menyeramkan - haaa aiyok, pilih tempat pun agak-agak lah. Jangan yang terlalu sunyi, takut-takut ternampak pulak 'si putih-putih melati' tercegat je kat hujung nuu....hihihihi~~
Okay tu je lah idea yang dapat dikongsikan untuk tema majlis perkahwinan di malam hari. Selamat mencuba. Terima kasih singgah sini (n_n)

Pandangan khemah transparent daripada bawah. Asalnya kosong saje, tapi boleh lah dihias contoh tambah lampu kat tengah dan jurai-jurai tu. |
Rasa macam santai sungguh. Lagi best kalau cuaca nyaman dan ala-ala hujan gerimis kan...boleh nampak suasana hujan tu disinari cahaya-cahaya lampu yang meriah. Wow, so refreshing! Excited dah aku ni~~
2. Lebihkan penggunaan lampu pelbagai jenis
Okay, dah namanya buat pada waktu malam, kenalah lebihkan lampu kan. Takut tersungkur pulak tetamu kalau tak nampak jalan nanti. Hehe...means dalam tema kahwin malam macam ni, bolehlah diminimumkan hiasan bunga-bungaan tu dan ganti kepada lampu-lampu. Biasanya, lampu putih kurang sesuai kalau buat outdoor, so gunalah lampu yang berwarna natural macam dalam contoh ni:
Lampu lilit pokok
Okay lampu lilit pokok yang berwarna kekuningan macam ni efek dia sangatlah memberangsangkan sebab terlihat sangat meriah dan ekslusif gitu. |
Lampu gantung besar / kecil
Ini pun cantik dan mudah kalau korang malas nak melilit pokok dengan lampu. Efek tetap meriah dan romantik gitu. Cuma pandai-pandailah lilit wayarnya pulak supaya sampai kepada sumber elektriknya ya..hehe |
Penggunaan Lantern atau Tanglung
Hiaskan lantern dengan dekorasi juraian bunga-bungaan untuk menghasilkan efek yang memukau. Sangat cantik! |
Apapun, semua jenis lampu pun cantik. Ikut kreativiti anda, kalau nak gabung kesemua jenis lampu pun boleh, tapi susun aturnya kenalah sesuai dengan tempat-tempat yang anda nak letak tu. Means kalau kat tempat tetamu nak makan, janganlah letak lampu yang malap sangat, takut tetamu tercekik pula :P
3. Glow In The Dark decorations!
Cool gila okay meja menyala-nyala. Hahah~ ini dia buat dalam dewan, boleh juga diaplikasikan untuk outdoor :D |
Ini Glowing Jar. Kalau search kat Youtube, ada tutorial camne nak buat benda ni, dia guna cecair glow in the dark tak silap aku. |
Btw, Glowing Jar ni boleh dijadikan doorgift untuk tetamu jugak. Serius lain daripada yang lain! Bestnye kalau dapat..hahah :D |
4. Gambar Kahwin Yang Pasti Berbeza !!
Kenapa aku cakap berbeza? Sebab perkahwinan waktu malam ni, teknik fotografi dia lain sikit, anda boleh bermain dengan lampu dan cahaya. Yaaa...album kahwin anda pasti akan 'menyala-nyala' Hahaha ;p
Boleh juga main bunga api (n_n) |
dan boleh guna teknik tulis-tulis guna cahaya macam ni...haa gambar kahwin waktu siang mana dapat camni, kan..kan..kan? Hihi |
Apapun, kena pertimbangkan beberapa perkara juga kalau nak buat majlis perkahwinan waktu malam secara outdoor ni, seperti :
1. Tempat - kalau laman rumah luas, boleh lah buat. Or sewa mana-mana tempat yang sesuai. Tapi, kena pastikan takde nyamuk. Malam-malam ni nyamuk kan suka menggigit~
2. Penyambungan wayar dan sumber tenaga - sambungan tu kena buat hati-hati dan kemas, wayar jangan berselirat, bahaya tau..
3. Sesuatu yang menyeramkan - haaa aiyok, pilih tempat pun agak-agak lah. Jangan yang terlalu sunyi, takut-takut ternampak pulak 'si putih-putih melati' tercegat je kat hujung nuu....hihihihi~~
Okay tu je lah idea yang dapat dikongsikan untuk tema majlis perkahwinan di malam hari. Selamat mencuba. Terima kasih singgah sini (n_n)
suka sangat wedding at night! I wish mine was like this. unfortunately not.
ReplyDeletehope adik saya macamni..gigih..nak juga wedding malam2..
cantik ... slalu majlis perkahwinan india ...cam ni la .. di bawah cahaya lampu cuma add tarian sikit ...
ReplyDeletetp aku tgk org arab pun suka majlis buat malam2
cantik .. ! tapi malam tak nampak sgt make up pengantin . hehhe
ReplyDeletetapi malam dia punya masa tu agak terhad laaaa.... tup-tup dah tgh malam... hahaha... tp best gak nie.. nanti nak try bincang la dengan bakal biniku kahkah.. (eh)
ReplyDeletecntiklaa...
ReplyDeletesronok tgk =)