Salam... (n_n)
Korang nampak tak makcik yang pakai tudung warna cream yang ketiga dari kiri tu?
*****************************************
Sebelum ni, mak aku ada cakap yang nenek aku pernah tidur dengan Saloma. Even nenek aku sendiri pun cakap, Saloma tidur dengan dia masa dulu-dulu. Sebab Saloma ni kira sedara-sedara jugaklah dengan keturunan keluarga aku ni. Mak aku pun cakap, pelakon Melissa Saila tu pun sebenarnya ada bau-bau bacang jugak dengan family tree kitorang.
Wah! Aku tak tau dia dah pakai tudung :D |
Aku dan sepupu-sepupu aku yang lain pun owhh~ teruja jugak sebab tak sangka. Hahaha..tapi takdelah perasaan sangat, sebab entahlah~ haha...sehinggalah masa wedding anak sepupu mak aku hari tu, kira sepupu sepapat aku jugaklah yang kahwin tu..masa tu, memang ramai giler sedara-mara yang entah dari ceruk mana siap ada yang aku tak kenal langsung~ hahaha...semua datang berkumpul.
Arwah atuk aku family belah dia majority daripada Singapura dan Indonesia. So, hari tu dapat jumpa yang belah Singapura je, yang Indonesia dah terputus hubungan. Kena buat jejak kasih agaknya kalau nak jumpa balik. Haha..dan owh ya, berbalik pada kisah nenek aku dan Saloma tu, masa kat wedding tu lah, terjumpa makcik ni, yang merupakan sepupu arwah atuk aku dan sepupu sepapat Saloma and the gang~
Makcik ni tengah cerita-cerita, kitorang boleh sibuk ambil2 gambar~ Hahah :p |
Makcik ni lah yang telah menceritakan kat aku tentang family tree dan carta susur galur keluarga kami yang dalam tu terselit nama-nama bintang-bintang terkenal Singapura suatu ketika dulu iaitu, Saloma dan suaminya P. Ramlee, Mimi Loma (filem Ahmad Albab) dan juga seniwati Mariani.
Gambar ni terasa sangat vintage dan ada 1001 cerita disebaliknya.. |
Hooo....baru aku percaya....dan baru aku faham macam mana selok-beloknya family tree aku ni. Rasa sebak pulak bila tengok gambar-gambar lama tu dan terasa seperti ada connection bila tengok balik filem-filem diorang dulu T_T. Teringat pulak arwah atok aku T_T. Al-fatihah~ Hmm..besar banget family~ itu belum campur dengan sanak-saudara belah Indonesia lagi tu. Entah artis mana lagi yang termasuk dalam family tree kitorang. Muahaha puii~~ nak yang artis-artis sesajer~~ Hahaha.. :P
P/s : Ah, motif aku touching buat entry ni, gambar-gambar lama tu buat aku rasa macam ada something yang sentimental value gitu. Dah lah aku ni suka benda-benda lama dan vintage camni :)
so sweet la .. ptt la ko pun lawa semacam je ... lebih kurang je ngan melisa aila tu ... putuih gebu seketurunan rupenye
ReplyDelete