Salam :D
Okay, ini entry tentang tutorial adobe Photoshop ya :)
Berkenaan text and wording. Dalam tutorial kali ni, anda akan belajar :
1. Macam mana nak buat stroke / outline pada tulisan?
2. Macam mana nak buat warna tulisan jadi gradient (bertona)?
3. Macam mana nak letak bayang-bayang (shadow) pada tulisan?
Bila bukak Photoshop, pastikan terdapat 3 table yang utama telah 'dikeluarkan' dan terpapar di skrin iaitu Table Tools, Table Layer dan Table Characters. Kalau takde, sila :
Lihat pada Top Bar ---> click Window ---> Select 3 table tersebut
Cara 'menulis' di Photoshop adalah :-
i. Click File (Top Bar) --> New --> Select 'T' (Tools Table) dan click pada 'canvas' korang dan boleh lah menulis. Adjust jenis tulisan, saiz dan warna tulisan mengikut citarasa anda di Character Table :
Inilah rupa character table |
Dah siap tulis, okay, sekarang kita akan hias tulisan tersebut dengan menggunakan 'Layer Style' :)
1. Macam mana nak buat stroke / outline (garisan luar) pada tulisan?
Lihat pada 'Layer Table' :
dan akan muncul table 'Layer Style' seperti ini :
Jadi kan?? (n_n)
2. Macam mana nak buat warna tulisan jadi gradient (bertona)?
Okay ulang langkah macam tadi, klik 2x pada layer text (di Layer Table) sampai keluar table 'Layer Style', cuma kali ini, select Gradient Overlay:
Macam biasa, tick kotak preview dan OK bila dah rasa okay ya |
3. Macam mana nak letak bayang-bayang (shadow) pada tulisan?
Ulang langkah macam tadi, klik 2x pada layer text (di Layer Table) sampai keluar table 'Layer Style', dan kali ini, select Drop Shadow :
Haa jadi tak?? :)
Kalau jadi, tahniah, kalau stuck, boleh tanya aku dan bagitau korang stuck kat mana ya..:) Okay, next kalau aku tak busy, aku buat tutorial untuk letak gambar pada tulisan macam ni :
Okay itu saje, semoga bermanfaat untuk mereka yang baru-baru berkenalan dengan Adobe Photoshop yang ala-ala segan nak bertanya tentang ilmu-ilmu basic Photoshop. Hehe :) Bye~
P/s : kenapa aku guna 'donut' ek? sebab lapar kot? Hmm~
Aku langsung tak tahu guna Photoshop.
ReplyDeletebagusnyaa..yui lgsg xnk bljr ni..hihih
ReplyDelete