Salam :)
Ya, selepas Legoland dan Taman Hello Kitty, Johor kini membuka sebuah lagi taman tema hiburan iaitu Taman Tema Angry Birds sebagai sebuah tarikan pelancongan. Taman tema yang dikatakan Taman Tema Angry Birds yang pertama di Asia Tenggara ini lokasinya terletak dalam sebuah shopping mall di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru, iaitu dalam Komtar JBCC Mall.
Para pengunjung akan dihidangkan dengan pelbagai permainan, aktiviti dan hiburan yang menyeronokkan seperti Lazer Bird Shoot, Red Bird Goal, Piggy Shooting Gallery dan Captain Black Bird Ship.
Taman tema ini dikhabarkan akan mula dibuka untuk orang ramai dalam minggu ini.
Walaubagaimanapun, taman tema ini bukan percuma. Harga tiket untuk sekali masuk adalah Rm75, manakala untuk pemegang myKad dan myKid adalah Rm60. Taman Tema Angry Birds ini dibuka daripada 10 a.m - 10 p.m pada setiap hari.
*******************************************
So, welcome to Johore yang mana taman temanya mahal-mahal belaka. Yelah, kata Johor ni bakal-bakal jadi Singapore kedua kan~ Pada aku, tak berbaloi kot bayar Rm60 untuk main benda-benda ni. Nampak macam statik sungguh. Baik bawa anak kau pergi playground, atau tepi pantai, atau taman bunga supaya anak-anak kau kenal dengan 4 elemen bumi ini iaitu tanah, air, api dan angin.
Sekian~
mahal juga ea...bru berangan2 nk bw ank2 ke sini...erm...mcm tak berbaloi pulak rasa rm60 tu...
ReplyDeletelepas ni nak buka taman tema apa plak ha.
ReplyDeleteBila Johor nak buka IKEA kan? hihihi
ReplyDeleteSaya pun belum berkesampatan ke Komtar...hihi
husband mmg org johor, baru berangan nak bawa anak ke situ, tp tgk harga tiket mcm x berbaloi jerk...huhu...
ReplyDeletensb bek xminat angry bird..ahahha
ReplyDeletedah outdated dah games angry bird ni .. zaman memula android femes ye la ... hehehe
ReplyDeletetp aku suka ayat ko kat bwh sekali ...sgt kagum aku baca ..4 elemen bumi .. fuuuhhh