Wednesday, 12 November 2014

Sinopsis Penuh Novel 'Mental' FIXI


Salam.
Thanx kak Eima bagi aku cadangan untuk cerita tentang novel ni. Komen pendek aku, jalan citer bosan dan cliche sebab aku boleh agak apa yang berlaku. Haha~


So, here's the story :

- Penulis menggunakan konsep 'flashback'. Bermula di bus stop apabila watak utama bertemu dengan sorang watak gadis yang memang selalu datang bus stop tu untuk tunggu ex-bf nya yang takkan datang kembali. Lepas bersembang-sembang, watak utama pun telah 'buka ceritanya' selepas dipaksa oleh gadis tu.

- Sepanjang permulaan cerita, hanya berkisar kehidupan watak utama (Maya) sebagai seorang pembantu rumah dalam sebuah keluarga yang 'mental-mental' orangnya. Tuan rumah berskandal dengan dia, isteri tuan rumah ala-ala nak bercerai dengan suaminya tu, anak lelaki pasangan itu (Rashid) nak potong tangan kanan dia sebab dia kata tu bukan tangan dia (sakit mental) dan adiknya (Rania) pula seolah-olah nak murtad.

Maya sepanjang jadi pembantu rumah, kerap 'bermain' dgn Tuan Rumah bila wife dia takde. Dia jugak kerap diganggu oleh Rashid yang asyik ugut akan pos gambar seks Maya dengan ayah dia pada keluarga Maya di kampung kalau Maya taknak tolong dia potong tangan dia.

Maya dah cerita pada pasangan tuan rumah tu tentang masalah Rashid yang nak potong tangan tu dan Rania yang nak jadi murtad, tapi dua-dua pasangan tu lantak kau lah dan tak ambil kisah. Dan diorang macam tak suka si Maya ni cerita pasal anak-anak diorang kat diorang.

 Dalam masa yang sama, Maya telah berkenalan dengan jiran rumahnya iaitu Benjamin. Benjamin sangat berahsia tentang keluarganya pada Maya (benjamin ada hati kat Maya sebenarnya)

- Entahlah, sepanjang plot hanya menceritakan Maya asyik lah diganggu Rashid yg suruh dia potongkan tangannya, then benda-benda lain yang tak penting sangat pun. Maybe untuk memanjangkan cerita je. Dan watak-watak sekeliling Maya keep asking this question to Maya,

"Awak tak ingat apa-apa pasal Raudhah? Langsung tak ingat??"

Ya, sebab tu aku dah expect mesti Maya ni lah Raudhah, maybe dia ada split personality or accident terhentak kepala sampai dia lupa habis yg dia tu sebenarnya Raudhah...

And ada benda pelik jadi masa dekat-dekat akhir cerita. Maya disumbat dalam hospital sakit mental. Lagi mengejutkan, mak ayah kandung dia cakap, kalau nak keluar dari situ, kena ikut je macam yg Tuan rumah tu nak, iaitu Maya kena jadi Raudhah! Berlakon jadi Raudhah! Apekahh??

*****************************************

Pengakhiran Novel Mental ni :

Dan ya! Memang betul pun Maya tu adalah Raudhah. Segala-gala yang diceritakan tu hanyalah imaginasi dalam kepala otak dia je. About Rashid, about Rania, semuanya tipu. Ilusi. Watak rekaan minda dia semata. Sebab tu pasangan tuan rumah tu tak layan bila dia cakap pasal Rashid dan Rania, sebab memang tak wujud langsung. Pasangan tu pun marah bila dia mengadu masalah Rashid dan Rania yang dalam imaginasi Maya, adalah anak pasangan Tuan Rumah, sebab pasangan tu tak boleh dapatkan anak. Isteri Tuan Rumah ade problem sikit.

And..sebab tu Maya...sorry Raudhah kena kawin dengan Tuan Rumah tu, just untuk dapatkan anak. Lepas tu, cerai. Tapi masa Raudhah pregnant (anak kembar lelaki perempuan), something happened. Isteri Benjamin (Maya) ajak lari...ya aku tak tahu apesal lepas eccident si Raudhah ingat dia adalah Maya (-_-')...

Isteri Benjamin jumpa Maya dan ajak lari. Mental sungguh! Rupa-rupanya mereka adalah pasangan Lesbian! Ayah Raudhah dengar plan diorang nak lari dari rumah, dia konon-konon offer diri bawa diorang lari. But at the same time, ayah Raudhah inform Benjamin bagitau Maya dan Raudhah nak lari.

Benjamin sempat kejar kereta diorang, then kereta yang dipandu ayah Raudhah accident. Maya (isteri benjamin mati). Raudhah keguguran anak kembar yang sejak awalnya dah diberikan nama Rashid dan Rania oleh pasangan tuan rumahnya itu. Dan sejak itu jugaklah, Raudhah ingat dia adalah Maya. That's it.

***************************************

Akhir cerita ini, Raudhah duduk di hospital. Masih lagi dapat melihat Rashid dan Rania dan berbual-bual dengan mereka. Menjaga mereka seperti sebelum-sebelum ini... :)

Mental...

P/s : Aku baru habis baca Ilusaniti pulak, nanti aku citer ya :)

No comments:

Post a Comment