Salam \(n_n)/
Hohoho~ annual dinner datang kembali. Kali ni, baik punya bini boss plan, dia bawak kitorang pergi makan di Lats Place Restaurant..yahoo! Selalu baca komik Lat dalam majalah Gila-gila dulu, kali ni tak sangka dapat pergi makan kat restoran dia pulak. Memang tip-top, jom ikut aku, terjah Lats Place ni tengok best ke tidak ;)
Nak pergi sana, senang je. Pergi ke Kota Iskandar, pegi Pearl Harbour dan cari Traders Hotel ni.
Dalam bangunan ni lah letaknya Hello Kitty Town, Bob The Builder dan Lats Place tu. Kat perkarangan hotel tu ada macam tasik dan banyak kapal.
Sini memang port untuk bergambar sambil berangan kapal-kapal tu kau yang punya~ |
Gigih siap buat props semata nak shooting time dinner ni~ hahah
Lats Place tu terletak di dalam bangunan tu tau, so korang jalan, dan naik escalator, depan tu memang terus jumpa Lats Place ni.
Daripada luar, nampak macam 'Eh, camni je ke?' Sekali bila masuk, rasa macam masuk kampung tau. Interior penuh dengan hutan-hutan dan rumah kayu yang ala-ala rekaan 3D gitu.
Dalam ni, macam ada bahagian-bahagian dia. Kalau nak buat dinner makan ramai-ramai, boleh booking satu bahagian tu terus. So, orang lain tak kacau lah kan. Hehe |
Dekorasi dalam restoran memang sangatlah menakjubkan sebab dia ada tema kan. So, memang sangat menarik :D
Ni kawan aku dan budak kecik tu kena sembang-sembang dengan kartun dalam skrin tu, aku punyalah menyorok tunduk je supaya tak kena, sekali kena jugak. Kalau korang nak tahu, bahagian dinding-dinding dia tu ada banyak kamera tau, so daripada situ diorang boleh nampak kita, dan bercakap dengan kita. Hehe..rasa macam dalam citer SAW lah pulak :p
Ni masa aku bersembang dengan kartun dalam skrin tu. Nama dia Tong. Dia tanya aku pandai main congkak ke tak~ Cheh, setakat congkak kan~ ape ade hal..hahaha sembang-sembang gitu lah.. |
Then, about the food! Kat Lats Place aku tak sure ada pakej-pakej ke apa, tapi untuk yang datang saje-saje nak makan tu boleh order ala carte. Macam kitorang datang ramai-ramai untuk dinner, so kira by per head. Makannya 1 round je, nasi putih dan lauk-lauk kampung. Perghhh gila sedap!
Satu dulang ni memang set untuk 4 orang saje. So, takdelah berebut sangat kan. Semuanya sedap. Daging dia, sambal belacan dia..hadui~~ bertambah-tambah nasi. Hihi :P |
Makan pulak kena dengan sound system dia macam dalam cinema, rasa macam betul-betul dalam kampung. Ada bunyi kicauan burung, tetiba ada bunyi kambing mengembek. Pastu ada macam bunyi motor lalu. Haha sweet gila :D
Owh ya, kalau kita lebih 20 orang dan ke atas, diorang akan buat show untuk kita tau. Ada tarian nyanyi lagu Welcome To Lats Place, ada joget lambak dan lagu Goodbye. So, jom lah layan interior design dalam Lats Place ni dan kemeriahan semalam di sana.
Ni suasana jadi biru sebab konon-konon cuaca mendung nak hujan. Then dalam skrin tu tunjuk hujan, dan bunyi dalam bahagian kitorang makan tu pun macam hujan-hujan gitu. Cool Gila!
Ni aku menang Lucky Draw, dapat tuala gitu~ hahah masa ni 'cuaca' dah mendung gila. Elok je habis aku amek hadiah, lampu terus padam habis, dah budak-budak ni amek hadiah dalam gelap lepas tu :p
Rupa-rupanya, dia tutup lampu sebab nak tunjukkan lampu kelip-kelip ala-ala kunang-kunang! Haha best sangat :D Tapi takde gambar pulak. Aku ambil video je :p
Ni pulak masa tarian India dengan kartun dalam skrin, ikut apa yang kartun tu buat, time ni pun dia boleh bercakap dengan kita tau, hehe :D
Ni pulak, diorang ajak joget lambak ramai-ramai. Hahaha layan~ memang meriah gila \(n_n)/
Ini pulak nyanyian lagu Goodbye..dengar lagu ni even ceria tapi cam sedih pulak nak balik, sebab tadi meriah gila, then nak balik dah..wuwu~
Apapun, memang sangat pengalaman berharga kot masuk restoran bertema macam ni kat Malaysia. Gila coOL dan bukan calang-calang tau tema dia tu. Bukan ala kadar punya restoran. Memang serius menarik :D Terima kasih pada boss dan kak fara sebab bawa kami ke sini (n_n)
Kesimpulannya Lats Place seronok untuk dijadikan tempat reunion / dinner dan apa jua majlis yang dijoin secara ramai-ramai :D Harga per head untuk majlis, sorang Rm 70 :) Okay sekian saja review dari aku, BYE-BYE :D
P/s : next entry aku try upload video dan gambar dekorasi dalam Lats Place ya :D
Wahh.. Bestnya. AKu nak pergi sanalah satu hari nanti.
ReplyDeleteseronok nye restoran ni...first time dengar ni..rm70 hmm berbaloi la kan dengar layanan and decoration dalam tu...
ReplyDeleteOh ada restoran macamni dekat nusajaya, selalu jugak round-round area Iskandar waktu weekend.
ReplyDeleteThanks sharing. Lama dah tak pergi ke JB insyaallah info anda dapat membantu nanti. Salam ukhuwah, jemput datang ke blog saya http://mummyfiras.blogspot.com
ReplyDeletedah lama tahu pasal restoran lats ni..tapi ntah bila nak gi makan sini. nice review. ni yang tak sabar nak gi..
ReplyDelete