Monday, 29 December 2014

Kenapa kita nak kaya ?

Rata-rata orang bila ditanya kenapa nak kaya, akan menjawab...

"Nak hidup senang"

Sekarang, cuba definisikan 'senang' tersebut. Apa maksud 'kesenangan' pada pandangan kita? Adakah senang untuk memenuhi keperluan asas, seperti membayar hutang rumah, kereta dan perbelanjaan harian? Adakah senang untuk lebih dari itu? Seperti senang untuk membeli-belah apa saja yang diimpikan? Bak kata orang-orang tua kita, 'kau ada duit, senang hidup kau. Nak beli apa je, kau boleh beli je sesuka hati.' Betulkah itu definisi 'senang'? Dan 'kesenangan' yang bagaimana sebenarnya yang kita mahukan lagi dalam hidup kita?

Cuba kita pusing sedikit soalan tu,
cuba fikir kenapa kita ni masih tak kaya-kaya?

Aku bagi dua situasi :-

1. Sesetengah orang, kita nampak dia dah bekerja keras, dah cuba sehabis baik bekerja demi mendapatkan wang, tetapi kenapa kita rasa dia masih belum kaya lagi? 

2. Dan lagi setengah orang, pendapatan bulanan mereka memang lebih dari cukup untuk mereka melunaskan hutang keperluan asas iaitu rumah dan kereta, malah lebihnya boleh pula digunakan untuk membeli-belah tanpa rasa sesak, kenapa golongan macam ni pun rasa dia masih belum kaya?

Kenapa?...

1. Kerana definisi kita terhadap perkataan 'kaya' tu sendiri adalah salah sama sekali! Kita salah anggap dengan makna 'kaya'. Sesetengah orang, kita nampak dia dah bekerja keras, dah cuba sehabis baik bekerja dapatkan wang, dia mungkin kaya, tapi bila kita tak nampak dia pakai barangan branded, selagi kita tak nampak dia guna kereta mewah, selagi kita tak nampak dia bergaya dan hidup dalam kemewahan, kita akan menganggap dia tu tak kaya. Pemahaman kita tentang 'kekayaan' jauh terpesong. Kita menilai kekayaan itu berdasarkan apa yang mampu dimiliki dan di show-off. Sedangkan kekayaan itu sepatutnya dinilai berdasarkan jumlah yang berjaya disimpan. 

"Kau ni kerja siang malam, bagai nak rak kerja, tapi still takde kereta. Beli lah satu, sampai bila nak naik motor? Takkan tak mampu kot?"

Dengan menggunakan ayat yang seumpama itu, kita berjaya membantu membuatkan seseorang itu merasakan dirinya masih belum kaya dan masih tidak mampu. Kejam tak kita? :)

2. Kenapa sesetengah orang, asyik tidak merasa cukup dan asyik rasa dia belum kaya? Selain soal keberkatan, ada lagi satu hal yang menyumbang kepada 'rasa tidak cukup' dan tidak kaya ini, iaitu keinginan. Selagi ada keinginan, selagi itulah kita berusaha. Dan selagi ia tidak tercapai, selagi itulah kita rasa kita ni macam miskin gila. Ini semua permainan dan ilusi minda je sebenarnya. Kita tengok orang pakai iphone6, kita pun nak beli juga, tapi takde duitlah pulak. Mahal. Time tu lah otak kita akan psiko kita, dia buat kita rasa macam kita ni belum kaya sebab tak mampu nak beli.

Percayalah, satu hari nanti kalau kau dah dapat beli Iphone6, definisi kau tentang 'kaya' akan berubah lagi bila kau tak dapat nak beli latest iphone10 yang mungkin berharga Rm5000++....sebab apa? Sebab keinginan selalu menginginkan sesuatu yang diluar kemampuan kita. Kau akan mentafsir 'kaya' itu pada orang yang mampu beli iphone10 pulak :) (just incase kalau iphone10 wujudlah)

Jadi, nampak tak betapa bodohnya kita ni sebenarnya? Otak kita main trick macam tu je, kita dah rasa miskin harta. Aku rasa jadi macam ni sebab kita menilai kekayaan seseorang berdasarkan apa yang dia mampu beli dan show-off di laman sosial kot? So, kita pun nak orang lihat kita ni kaya dengan mampu membeli sesuatu yang mahal. :)

Ok, next. Jawapan kedua bila ditanya kenapa nak kaya, orang akan menjawab;

"Nak tolong orang susah"

Baik hati dan sungguh murni cita-cita tersebut kan? Sejauh mana kita nak bantu tu sebenarnya? Atau betul ke bila dah kaya nanti, kita betul-betul lah nak bantu orang susah?

Paling senang, kita tengah duduk di meja makan di restoran-restoran. Datang seorang kanak-kanak membawa bakul jual kacang rebus kat kita. Harga Rm2. Confirm kita beli kan? Tak sampai hati nak biar, atleast budak tu berusaha cari duit dengan berniaga, bukan dengan minta sedekah. Kemudian, datang pula seorang pakcik buta dipimpin oleh seorang wanita yang mungkin juga buta, mungkin isterinya, datang meminta sedekah dari anda. Alamak! Tadi dah bagi Rm2, ni datang pulak orang buta. Tak bagi kesian pula. Takpelah, bagi je lah. Rm1 je pun. Kemudian, datang pulak seorang perempuan mengendong bayi kecil ke meja anda, meminta sedekah. Aduh! Ni menipu ke apa ni? Orang sekarang bukan boleh percaya! Ditakdirkan lepas tu datang pulak seorang lelaki tempang meminta derma, belum sempat sampai ke meja kita dah geleng kepala sebagai isyarat tak nak derma. Lepas tu..datang lagi.....

OKAY STOP!

Persoalan yang aku nak kita renungkan di sini, mungkin di ketika itu kita bergaji rendah. Sebab tu kita pun fikirkan diri sendiri dan keluarga bila nak bantu orang, kita ni pun tak berapa nak kaya. Tapi, cuba bayangkan kalau ditakdirkan Tuhan, kita menjadi kaya suatu hari nanti...

Adakah kita masih menderma seringgit saja untuk mereka-mereka yang meminta derma ini?

Adakah kita jadi was-was sedekah sebab kita takut kita tertipu dengan mereka?

Adakah kita akan rasa rugi kalau bagi duit ni kat diorang; yang mungkin sebenarnya dia ni penipu! Tak buta tapi pura-pura buta...yang tu pula buat-buat miskin...dan yang minta derma buat sekolah agama ni pulak, entah-entah masuk poket dia sendiri~ (ragu-ragu punya banyak, padahal kalau derma, seringgit je pun, bukan Rm50)

Jadi, di mana cita-cita murni kita nak tolong orang susah tadi tu? Zakat memang wajib bayar. Kita ni pula bukanlah team rancangan BersamaMu nak meredah kampung-kampung dan pedalaman untuk cari dan bantu orang susah. Bukan juga mendaftar di mana-mana pusat kebajikan untuk bantu orang susah dari sudut kewangan atau sponsor. Jadi, bilanya kita berpeluang untuk membantu orang susah tu kalau bukan dengan menderma pada mereka-mereka yang meminta sedekah tu? Soal betul ke tak duit tu disalurkan untuk yang benar-benar memerlukan itu tolak tepi, sebab kita punya Tuhan untuk balas kalau dia tipu kita.

Cuba bayangkan pula, semua yang meminta derma tu adalah ujian yang Dia bagi untuk kita lepas kita kaya, sebab Dia nak uji betul ke tak kita ni nak tolong orang susah. Dan kau gagal ujian tersebut, lalu Tuhan tarik semula kekayaan kau...? :)

************************************************

Jadi, sebenarnya untuk apa kita kaya sebab kalau dah kaya pun masih rasa miskin sebab mengidam benda-benda yang masih di luar kemampuan? Dan kenapa perlu kaya jika dah kaya nanti pun kita rasa berat nak menolong orang-orang yang susah?

Kenapa kita nak sangat jadi kaya sebenarnya.....

...?

Apa yang kita kejar....?




p/s : menulis tengah malam, memang entry macam ni lah hasilnya...


3 comments:

  1. mendalam sungguh entry ni...

    slalu muhasaabah diri, wpon ada compang-camping serba sedikit, kaya dgn kasih sayang & ada insan d sayangi, Alhmdlh...

    ReplyDelete
  2. Niat kita itu yg perlu dibetuikan....
    Sbb tu kita tak kaya2 wlupun dh berusaha keras...niat tu penting sbb ape klu sbb Allah mudah jlnnya

    ReplyDelete
  3. apa pun point utama adalah niat kt..

    kt sndiri tahu kenapa kt belum kaya atau sudah kaya, atau hampir kaya =)

    p/s: eh kucing lari lempas mandul? Dia tak pengsanke? sbb meow yui semua akan pgsan.. plg cpt sejam lepas itu bru sedar

    ReplyDelete