Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 31 March 2014

Setelah 2 minggu minum EPHYRA



Salam. Hoyeahhh~ masih lagi dengan cerita EPHYRA ya...
Hahaha...kali ni aku nak cerita secara details tentang apa
yang berlaku setelah 2 minggu aku minum EPHYRA ni..

1. Keletihan dan kepenatan hilang


Okay honestly, rutin harian aku adalah memenatkan dan
mengantukkan. Kerja start 9 pagi sampai 6 petang, balik
pergi pasar malam tolong parent berniaga, balik niaga malam
jam 9 lebih macam tu...sampai rumah biasanya lepas mandi
semua, aku akan golek-golek konon untuk mencari mood
untuk menjahit bantal. Tapi, selalu aku mencari mood tu
memang confirm sampai ke alam mimpi lah kan sebab tertido.
Sangat selalu aku tertido, dan proses jahit bantal aku dalam
dua bulan before ni memang agak tergendala.

Dan lepas try EPHYRA, baru hari kedua kot aku minum dah
rasa kesannya. Bila malam balik daripada niaga, aku boleh
duduk kat ruang tamu, tengok-tengok TV, main-main kucing,
buat air panas dan makan biskut, bual-bual dengan parent
aku sambil buat lawak sengal...aku rasa macam haaahhh....
nyamannya~ teringat dulu before minum EPHYRA, balik niaga
je aku memang terus naik atas masuk bilik dan 'cari mood'.
Kurang dapat spend time bersama keluarga berbanding
sekarang ni :D

2. Senang Bangun Pagi


Sekarang aku dah boleh bangun pagi dengan jayanya
tanpa 'snooze' kan alarm, mahupun bergolek-golek untuk
5 minit lagi kononnya. Perasaan ketika bangun pagi tu
macam boleh terus berfikir tanpa mamai dan terus
mengucapkan ,'Alhamdulillah..' sebab masih hidup,
dan rasa tenang. Aku ni susah betul bangun pagi kalau
takde pape yang penting berlaku pada hari tersebut,  tapi
sekarang selalu terjaga awal dan tak ngantuk lepas tu :D

3. Melancarkan proses pembuangan


Okay tengok dalam gambar tu memang banyak buah-buahan
yang perlu dimakan untuk betul-betul melancarkan sistem
pembuangan kita ni. Tapi aku jenis yang kurang gemar makan
buah-buahan sebagai snek. So EPHYRA sangat membantu
sebab kebanyakan khasiat daripada buah-buahan ni dah
dicampurkan sekali dalam ramuan sepaket EPHYRA tu.

So, minum EPHYRA pada waktu pagi sebelum tidur, atau
pada waktu malam sebelum tidur, memang tak mengecewakan.
Kalau ada yang belum tercerna memang cepat je dapat signal daripada encik perut. Hahaha :D

4. Rambut kurang gugur masa mandi


Serius aku perasan rambut aku kurang gugur masa mandi.
Kalau dulu, memang masa syampu rambut tu, tarik guna jari
je rambut aku dah boleh tertarik sekali sebab akar dia tak
kuat kot? Tapi sekarang Alhamdulillah, aku ada gak try
tarik-tarik sikit rambut aku masa tengah bersyampu tu, haha
tapi kurang lah dalam 2,3 helai je gugur.. :D

5. Kulit Tumit Jadi Lembut

Okay aku ni selesa pakai selipar je kalau pergi kerja or
pergi jalan-jalan. So, bila dah selalu guna selipar je of
course lah kaki selalu terdedah dengan habuk dan apa-apa
je kat luar tu yang boleh merosakkan dan mengeringkan
bahagian kaki dan tapak kaki. Lepas tu, kat rumah aku
tak suka pakai selipar bulu-bulu yang comel tu, sebab
rasa macam panas...so sometimes memang tapak kaki tu
ala-ala haus sikit..aku ni pulak jenis yang malas pakai
losyen tiap-tiap malam. Hahaha~

So, lepas minum EPHYRA ni, aku macam terkejut sikit
sebab satu hari tu aku tersentuh tapak kaki sendiri, dan
terus aku tengok tapak kaki aku...apesal macam lembut
sikit ni?? Kulit kering kat tumit aku dah macam berkurangan
dan jadi macam lembut lah...itu baru seminggu lebih
guna EPHYRA, kot kalau minum sebulan agaknya boleh
jadi licin terus kot? Haha :D


Tapi, even EPHYRA ni sebenarnya mencantikkan wajah
daripada dalam dan terus 'ke luar'...tapi aku belum rasa
perubahan itu. Lain orang, lain kot? Aku tak tahu sebab
muka aku before ni Alhamdulillah bersih dan takde jerawat-
jerawat sangat, senang kata okay lah. So agaknya tu yang
tak nampak sangat perubahannya even dah guna EPHYRA
ni kot..hehe

Ada lagi satu yang aku nak sahihkan tentang EPHYRA ni.
Ada satu testimoni yang cerita, period pain dia dah tak teruk
macam dulu lagi or maybe dah tak de lagi period pain masa
period, selepas gunakan EPHYRA! Wahhh...okay jugak
kalau macam tu, sebab aku ni bila part period, sometimes
akan diserang period pain yang sakit gila macam nak pengsan!
So, aku akan teruskan penggunaan EPHYRA ni dengan mak
aku. Aku nak pastikan betul ke EPHYRA ni boleh mengurangkan
Period pain aku ni..hehehe

Nota tambahan tentang EPHYRA :

EPHYRA sangat sesuai diminum oleh ibu yang sedang
menyusukan anak, sebab ia dapat membantu menambah
kandungan susu ibu.

Anak-anak yang masih menyusu dengan ibu yang minum
EPHYRA ni turut mendapat kebaikan EPHYRA melalui
susu tersebut, seperti kulit bayi akan menjadi cerah.

Lelaki juga boleh minum EPHYRA kerana ia berfungsi
sebagai anti-oksida yang 'membersihkan' sistem dalaman
tubuh badan dan seterusnya, apabila dalam badan sudah
'sihat', itu yang luaran pun jadi berseri. Fungsi ini juga
bertindak sama pada pengguna wanita.

EPHYRA sesuai diminum oleh golongan remaja hinggalah
kepada golongan yang berumur. Bagi ibu yang mengandung,
dapatkan nasihat doktor jika ingin minum EPHYRA ni.

EPHYRA halal !! :D ini sangat penting tahu !

EPHYRA adalah ganjaran untuk tubuh badan anda
sendiri dan boleh dijadikan hadiah untuk yang tersayang,
mahupun dijadikan hantaran perkahwinan (n_n)

 Email : lynndamya@yahoo.com jika berminat.
Sekotak RM 197 (Free postage)


Sunday, 30 March 2014

Susahnya nak pilih mesin jahit !!!


Okay, aku sedang dalam proses nak men-survey dan
seterusnya membeli mesin jahit. Aku sangatlah tak tahu
menahu tentang mesin jahit. ZERO! Sangat-sangat ZERO!
Entah macam mana aku boleh suka menjahit pun aku tak
taahuuu lahhh.... (-_-') haihhh~

Satu mesin yang aku berkenan adalah Janome 2049 ni:


Aku tertarik dengan mesin ni sebab ia adalah sebuah
mesin jahit 'All in One' yg mana dia boleh jahit lurus,
boleh jahit tepi, boleh jahit sembat, boleh jahit pattern-
pattern, boleh jahit lubang butang, boleh jahit kain nipis,
kain tebal, lepas tu boleh pulak buat sulam, boleh buat
'quilting', boleh jahit manik dan sebagainya. Paling best,
boleh jahit barangan kraf! So, tak payah beli mesin
jahit tepi sebijik, masin jahit lurus sebijik dan sebagainya kan...


Then, beli mesin ni (harga RM 2499) siap sekali pakej
kelas percuma untuk setahun di EPAL (pusat yang menjual
jenama Janome ni). Setiap bulan, satu kelas. Satu kelas,
belajar jahit dua benda. So genap hadiri kelas free tu selama
12 kali, kita dah dapat belajar jahit 24 benda. Best kan!!

Then, bagi yang tak dapat attend kelas, or nak belajar
sendiri, dalam harga tu memang dah siap pakej sekali
dengan buku-buku manual dan CD-CD tutorialnya. Sangatlah
mudahnya kan!!

Tapi, bila aku buat research lagi, hadoi...semak samun
dah kepala aku ni..T_T, aku terbaca pulak komen-komen
negatif tentang mesin Janome ni. Salah satu komen yang
membuatkan aku tawar hati dengan JANOME adalah : 

Even Janome 2049 ni 'All in One', tapi jahitannya
tak kemas macam mesin jahit khas. Contoh, jahitan
tepi guna mesin Janome tak sekemas mesin khas yang
dibuat untuk jahit tepi saja.

Dan aku setuju dengan itu...T_T, tengok ni :

Tak cantik mane ponnnnnn jahitannya....... !!

......


Hmmmmmmmmm.....


I'd


...


felt...



.....



sooooooo......



Kenapalah aku selalu ngantuk masa kelas Kemahiran Hidup
dulu....kalau tak, mesti aku dah pandai guna mesn jahit T_T

Padan muka, kauuuuu Lynnnnn~~~


Hadiahkan EPHYRA untuk mama :D



Salam. Hari tu mak aku mengadu sakit-sakit kaki.
Kaki dia selalu 'sesemut' dan kena 'simpul biawak'.
Urat-urat selalu tersimpul. Tak boleh tidur mengiring
sebelah kiri kalau tak silap aku, tidur mengiring belah
kanan saja. Kesian mak aku. Nak minta urut segan,
sebab sakitnya tu daripada hujung jari kaki, sampailah
ke punggung dan pinggang. Aku ade tolong urut-urut
jugak, tapi yelah aku ni tukang urut tak bertauliah,
maka hilang sakit nya untuk sementara je lah.

Then, abah belikan madu. Murah je madu tu, RM 7.90
jenama Fan Choice, but even murah, ia tetap asli sebab
takde mendapan gula kat bahagian bawah madu tu, dan
tak beku kalau masuk icebox. Dan Alhamdulillah, kaki
mak aku dah takde sakit-sakit lagi, dah boleh berjalan
jauh dan berdiri lama.

TAPI....lutut mak aku lah pulak yang sakitnya pun adoi~
Tak tahu apesal...dan semenjak bulan lepas mak aku dah
rasa sakit-sakit lutut, kesian mak T_T tak tahu nak guna
ubat apa...jadi belikanlah pelbagai koyok untuk meredakan
sakit tu...bermacam jenis koyok sampai jenis-jenis koyok
yang aku tak pernah tahu kewujudannya pun ada, contoh
macam koyok Cili, koyoknya warna merah. Mak aku cakap
sakit gila pakai yang tu sebab panas betul. Hahaha...

Last-last mak aku guna koyok Panaflex ni je, untuk redakan
sakit lutut dia tu :


Tapi, agak tak berbaloi sebab ia hanya berfungsi untuk
meredakan, bukan untuk merawat punca sakit lutut tu.
So, aku fikir, tak leh jadi ni, duit habis beli benda yang
tidak memulihkan...dan aku pun teringat blogger
Kak Intan Berlian ada cerita tentang EPHYRA!


Terus aku search dan kaji betul-betul tentang EPHYRA ni.
Aku jenis yang anti-chemical. So, takut jugak kalau-kalau
EPHYRA ni diperbuat daripada bahan-bahan yang bahaya.
Lagi pulak, aku nak hadiahkan untuk mak aku, gila kalau
tak check betul-betul. Segala nama saintifik yang ada
seperti Asthaxanthin, L-Gluthatione dan Ceri Acerolla
(ini dah terang-terang buah ceri pon beriya nak check gak)
aku check betul-betul, dan akhirnya....

CONFIRM !! Semua kandungan adalah berdasarkan
bahan-bahan semulajadi yang berfungsi sebagai anti-oksida
yang sangat berguna untuk 'healing process' badan kita.

Dan, aku pon nekad beli EPHYRA untuk mak aku,sebab
salah satu fungsi EPHYRA adalah dapat memulihkan sakit-
sakit sendi dan otot.

Ni EPHYRA yang aku beli, satu kotak mengandungi
30 paket untuk penggunaan selama sebulan. Rasa oren,
sedap wehh~ owh ye, setiap pembelian dalam kotak
akan 'dipercumakan' sekali dengan Beg dan Shaker EPHYRA.

Untuk percubaan pertama ni, aku beli satu je dulu, saja
nak suruh mak aku try dulu. Dengan aku-aku pun sekali
menyibuk nak try~ haruslah kan~ hahah..dan sekarang
dah nak masuk 2 minggu kitorang minum EPHYRA ni :D


Dan kesan yang dialami adalah positif ! :D kitorang baru
minum tak sampai seminggu hari tu, dah rasa perubahan.
Mak aku tetiba cakap, Alhamdulillah dah hilang rasa sakit
lutut tu. Koyok Panaflex terakhir yang aku beli hari tu
before EPHYRA sampai pun aku tengok belum terusik
lagi. Wah, ini sudah bagus ! :D

Bukan mak aku je yang rasa perubahan, lepas seminggu
minum EPHYRA pun, aku dah rasa macam kepenatan
melampau aku dah hilang. Bila aku fikir-fikir semula,
sebenarnya pada hari kedua aku minum EPHYRA je dah
rasa kesan positifnya :D Memang Alhamdulillah sebab
balik kerja aku still ada tenaga untuk siapkan tempahan
bantal aku, dan esok paginya pula, senang nak bangun pagi.
Rasa macam selesa je dan bersemangat. Hahaha...(n_n)

Okay itu lah sedikit pengalaman lepas aku try sendiri
Produk EPHYRA ni, even tak sampai sebulan pun dah
nampak dan rasa kesannya. Bagus sangat EPHYRA ni!


Harga EPHYRA ni di pasaran adalah RM 197, tapi
kalau korang berminat dan nak try EPHYRA ni, aku
boleh dapatkan dengan harga yang murah. Khas untuk
pembaca blog aku saja. Haha untunglah korang yang
tabah baca entry yang panjang gila ni kan :p Dapat diskaun
sikit~ Hehe...

Kalau nak boleh email aku kat sini :
lynndamya@yahoo.com

By the way, pagi tadi mak aku dah standby 50% duit untuk
kongsi beli EPHYRA ni dengan aku. Hahaa~aku cakap takpe,
ini kira hadiah untuk dia untuk setiap bulan. Cuma kalau aku tetibe tersengkek ke, aku akan ngendeng-ngendenglah minta dia sponsor separuh~ Hahaha :p Korang pun boleh
buat yang sama macam aku buat, bagi hadiah kat mak,
or bagi kat mak mertua ke. Btw EPHYRA ni lelaki pun
boleh minum tau :D 

EPHYRA ni bukan je untuk merawat sakit-sakit lutut dan
kepenatan je tau, malah dapat mengurangkan kesan-kesan
jerawat / jeragat / bintik-bintik hitam pada wajah,
me'moist'kan / melembapkan kulit wajah yang kusam, dapat
mencerahkan kulit termasuk kulit-kulit tubuh badan sekali,
lepas tu mengurangkan rambut gugur, awet muda, kekal
cergas macam aku ni haa..haha dan banyak lagi, next aku
akan update lagi ya.

Okay, sekian terima kasih kepada silent readers yang tabah
membaca.. (n_n) Bye~

Friday, 28 March 2014

Terima Kasih Majalah Ratu Sehari :)



Salam. Yeaay...sebenarnya ini cerita minggu lepas,
tapi aku simpan dulu demi menghormati tragedi MH370.

Okay, straight to the point, aku nak ceritakan
yang dalam majalah Ratu Sehari dalam gambar tu,
ada gambar produk kraf felt aku. Alhamdulillah~
haha siapa yang tak happy kan? :p

Actually aku tak pernah tahu pun kewujudan majalah ni,
yelah 'majalah kahwin-kahwin'...bukan aku tahu sangat pun,
lainlah kalau komik, hihi...so editor dia email aku dan
attached surat rasmi untuk memuatkan gambar produk aku
dalam majalah Ratu Sehari ni, di bawah ruang 'Ilham Kasih'
iaitu ruangan idea-idea hadiah untuk majlis perkahwinan
khususnya, di samping mempromosikan Hummy Lovey
di ruangan Direktori.

Dia email aku tahun lepas, dalam akhir November.
Baru minggu lepas dia email aku bagitau majalah yang
dia maksudkan tu dah keluar. Then, aku baru dapat tahu
yang rupa-rupanya majalah ni keluar 3 kali setahun je..
Owhhh~

Ruangan Isi Kandungan & Muka surat
Aku beli majalah ni terus daripada pihak Editor,
so bila majalah tu sampai, tak perlu susah-susah cari
page mana, sebab dah ditandakan dengan magnet
percuma yang comel ni, hehe


Antara produk yang dimasukkan di bawah ruangan
Ilham Kasih ini, produk saya? tuuu kat tepi tuuu~ :p
Yeayyy, chef dan Miko-miko saya pun ada masuk..
masing-masing nak tumpang glamour :p
Tapi sayang, masa editor email aku, bantal cutebox
aku belum siap lagi, haha but it's okay (n_n)

Okay kepada sesiapa yang pun baru tahu tentang
majalah ni, dan rasa nak beli untuk rujukan perkahwinan
korang, boleh lah cari-cari kat kedai berdekatan ya, boleh
dibeli dengan harga Rm 25 :D Serius aku rasa tak mampu
bila tengok design-design dan pakej perkahwinan dalam
majalah ni. Hahaha~


Okay tu je, bye...terima kasih singgah sini :D


Thursday, 27 March 2014

Mimpi...



Kadang mimpi bukan sekadar permainan syaitan...

tetapi juga petunjuk-petunjuk yang didatangkan
dari Tuhan kepada yang terpilih,

dan apabila ramai ilmuan agama yang bermimpi tentang
sesuatu yang hampir sama...

Kita harus sedar yang ia berkemungkinan besar
adalah petunjuk dan sesuatu yang masuk akal

kerana ia datang dari Tuhan

......


Jangan biarkan petunjuk-petunjuk itu lenyap hanya kerana kita
lebih percaya yang mimpi itu adalah permainan tidur...





Wednesday, 26 March 2014

HUKUMAN MATI TERHADAP 529 ORANG PENYOKONG DR. MORSI



Belum pun habis kita menenangkan jiwa yang berduka
dengan berita pesawat MH370 yang dikatakan berakhir
di tengah lautan Hindi, Allah menguji kita lagi dengan
dugaan yang besar di mana, ratusan saudara Islam
kita yang telah dijatuhkan hukuman mati di Mesir.


Kalau masih ingat lagi, Dr. Morsi atau nama sebenarnya
Muhammad Muhammad Mursi Isa Al-Ayyat adalah
presiden Mesir pertama yang telah sah dipilih melalui
demokrasi dan suara orang ramai. Namun, beliau telah
digulingkan atas sebab-sebab ini :

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan lima anaknya
menghafaz al-Quran

2. Satu-satunya calon yg berjanji di hadapan Allah dan rakyat
utk melaksanakan syariat Islam

3. Satu-satunya calon yg pernah mengajar di 5 buah
universiti antarabangsa

4. Satu-satunya calon yg pelbagai artikelnya diterbitkan
oleh NASA

5. Satu-satunya calon yg pernah terpilih sebagai ahli parlimen
terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.

6. Satu-satunya calon yg tidak mencalonkan dirinya untuk
jawatan tetapi dipilih oleh syura.

7. Satu-satunya calon yg memperolehi sokongan dari pergerakan
cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body
of Rights and Reformation

8. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya parti politik
terbesar Mesir iaitu Perti Kebebasan dan Keadilan

9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jamaah Islam
terbesar di dunia iaitu Jamaah Ikhwan Muslimin.

10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek
pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam
semua bidang kepakaran.

dan kerana ini, para pengikut dan penyokong setia
presiden Islam yang hebat ini masih mahu beliau
menjadi Presiden Mesir, seterusnya mentadbir Mesir
dengan berlandaskan syariat Islam yang sebenar-benarnya.

Namun terbaru, keadaan ini telah menyebabkan ratusan
yang tercedera dan menyebabkan seorang / dua orang
polis, yang akhirnya telah menjadi alasan kerajaan Mesir
agar boleh menghapuskan sekaligus penyokong-penyokong
kebenaran ini dengan kejam sekali.

MESIR BERSIKAP KEJAM JATUHI KUMUMAN GANTUNG SAMPAI MATI
KEPADA 529 PENYOKONG MOHAMED MORSI


Antara 529 penyokong Dr. Morsi yang diisytiharkan
dijatuhkan hukuman mati termasuklah Mursyidul Am
pergerakan Ikhwanul Muslimin, Dr. Mohamed Badie
dan presiden JFP, Dr. Mohamed Saad Katatni.

Tindakan ini, dibuat untuk menakut-nakutkan rakyat
menjelang pilihanraya presiden Mesir tak lama lagi, 
tetapi lihat lah sendiri wajah-wajah mereka yang bakal
dihukum mati ini...


Sesungguhnya mereka hanya takutkan Allah SWT,
dan sepatutnya kita juga begitu. Hanya takutkan
Allah yang satu, yang Esa dan yang berkuasa...

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut mengecam
kekejaman Mesir ini.

"Sesungguhnya hukuman ini merupakan langkah ke
belakang yang menjanjikan masa depan yang serba gelap
terhadap amalan demokrasi serta rakyat Mesir
keseluruhannya", tegas Presiden ABIM, Amidi Abd. Manan
dalam satu kenyataan.

Katanya, hukuman itu jelas merupakan rentetan daripada
langkah kuku besi yang didalangi oleh rejim pemerintah
Mesir untuk mengukuhkan cengkaman kuasa mereka.

(Tambahan apa yang aku baca di KOSMO bertarikh
25 Mac 2014, pihak peguambela seolah tidak diberi
peluang untuk berbicara, dan perbicaraan yang dilakukan
hanyalah selama dua hari dan dijalankan tanpa dihadiri
oleh sebilangan besar yang dijatuhkan hukuman)

Menurut ABIM, 'pembunuhan kehakiman' terhadap
529 mangsa terbaru ini adalah usaha untuk memusnahkan
gerakan Ikhwan Muslimin yang bergerak serta berdiri di
atas dukungan akar umbi rakyat Mesir semakin berkembang.


Sumber : COGIbnu Hasyimmy Buletin, KOSMO, Ilham Ikhlas


Monday, 24 March 2014

Masih Terhalang...



Pengorbanan...

Terlepas bebas mungkin suatu kegembiraan untuk diri sendiri...
namun untuk berkorban memerlukan kita terus dikurung...



"Tapi bukan untuk selamanya..."

janjiku kepada diri sendiri


...


:)



Friday, 21 March 2014

Tempah Loket Yang Seiras Dengan Kucing Anda


Custom cat portrait pendant silver plated chain - ceramic cat  - custom pet pendant necklace made to order spring gift


\



Kau tau berapa nak buat benda ni?

Boleh klik sini lah kalau berminat : 

Sebijik RM 170.59

p/s : Siapa kata orang seni ni susah nak cari makan? Hehehe...InsyaAllah,
ade je jalannya kalau ada kemahiran...tapi, tak berduit aku nak buat macam
ni, hahah.. :P


Tips Buat Pelamin DIY




Okay, ramai bride to be di luar sana yang teringin nak buat dan hias sendiri pelamin mereka, tapi tak tahu macam mana nak mula. Jadi, dalam entry ini, aku nk kongsikan sikit apa yang patut anda buat untuk DIY Pelamin Perkahwinan anda :)

1. Sewa barang-barang pelamin yang basic

Aku bagi contoh untuk yang sangat-sangat basic dan
betul-betul perlu sahaja iaitu platform / stage untuk
pelamin seperti ini :


Platform / stage untuk pelamin, klik SINI jika berminat

2. Beli kerusi pelamin

Nampak macam membazir tetapi ia sebenarnya macam
3 in 1 apabila anda membeli sendiri kerusi pelamin.
Kerusi pelamin tak semestinya jenis yang ada ukiran-ukiran
sebab rata-rata zaman sekarang lebih gemar design kerusi
yang lebih moden.

 Furniture Awesome Modern Sitting Furniture Morning Dew Chairs & Sofas Unique Morning Dew Chair Design Sofa Furniture

 

Kalau macam tu, baik pergi IKEA dan beli sebijik yang mempunyai design moden dan ekslusif.
Kedai perabot lain pun mesti ada je kerusi-kerusi yang
cantik yang dijual tak lebih RM 1000. Kalau sewa,semua
anda kena pulang balik. Kalau beli sendiri, lepas habis
majlis, kerusi cantik tu masih anda yang punya, dannn...
siapa tahu, anda boleh sewakan pulak kerusi tu untuk
bride to be yang berkenan ;)

Dah lah jimat, dapat pulangan pula...hehe dan kalau kat
rumah memang dah ada kerusi yang just nice untuk dijadikan
kerusi pengantin, pon boleh sebat je...hahaha lagi jimat tahu!

3. Cara Nak Hias Pelamin DIY

Okay, kita akan lihat keseluruhan bahagian pelamin dan
cuba untuk seimbangkan hiasannya agar nampak sekata
dan 'tak togel' (tak kosong).

Aku andaikan kita dah berhabis duit beli kerusi
pelamin yang cantik, maka kita boleh jimatkan wang
untuk menghias background pelamin dengan :

1. Cara lipatan langsir yang 'just nice'
2. DIY Background berlampu (utk pelamin gaya ekslusif)
3. Penggunaan jurai-jurai hiasan

Sekarang aku akan terangkan satu-persatu, iaitu;

1. Cara Lipatan Langsir yang 'just nice'

Google dan study macam mana langsir background
pelamin di ikat dan di hias. Pemilihan warna dan cara
ikatan langsir sangat-sangat membantu menyerikan
pelamin, walaupun anda hanya meletakkan sebuah kerusi
pelamin semata-mata, tanpa ada hiasan bunga yang banyak.







Simple but still stunning kan dengan cara ikatan langsir
dia? Sangat jimat, just beli kain ela banyak-banyak kat
kedai kain, kalau nak bereksperimen pun boleh, mungkin
boleh mix-match kan dengan kain satin, kain yang jarang
tu ke, yang ada corak, or boleh juga guna jenis yang
macam liplap-liplap tu utk efek yang lagi ala-ala datin.
Hehehe...

Penggunaan langsir macam ni, perlu ada besi atau apa
saja sebagai bingkai utk sidai/pasang kain langsir tu.
Kalau tak yakin or xde besi-besi macam tu, boleh sewa
panel background pelamin sekali dengan platform pelamin
macam aku cakap di awal entry tadi :)

2. DIY Background Berlampu

Tak perlu ikut trend dengan lampu-lampu chandelier
(yang menyebabkan tetamu yang bergambar di belakang pengantin terhantuk), jika nak tampil dengan pelamin
yang jarang dibuat tetapi masih lagi nampak ekslusif,
boleh try seperti ini :


Mungkin boleh tanya pada yang lebih pakar untuk
membuat seperti ini, lampu ini aku pernah nampak
di bahagian luar Pavillion,KL di bahagian pintu yang
mengadap air pancut tu, kalau daripada luar, dinding
sebelah kiri, warna kelabu. Lampu dia sangatt kecik
dan macam jenis sticker, tapi dia boleh berkelip-kelip.
Serius style !

Bagi anda yang nak sesuatu yang sangat simple
dan minimal tanpa hiasan bunga yang melampau,
tetapi tetap lain dari yang lain, boleh cuba
background seperti ini. Boleh guna lampu lap-lip
saja. Style ini sesuai juga kalau ada yang nak
berkahwin dengan tema angkasa lepas. Wahh :D

Contoh lain yang menggunakan lampu lap-lip sebagai
background pelamin




Okay jom buat kira-kira sikit utk lihat penjimatannya :

Sewa platform pelamin (2 pcs) : RM 80
Sewa panel (1 pcs) : RM 50
Beli kerusi Pelamin : RM 800
Langsir Background Pelamin : RM 200
Lampu lap-lip : 100
Lain-lain Hiasan : RM 200

Jumlah : RM 1500 (anggaran kasar)

(berbaloi apabila semua barang adalah milik anda
dan tak perlu dipulangkan, melainkan yang disewa.
Kalau rasa terlebih bajet jugak, pandai-
pandailah nak cut cost celah mana ya. Hehehe...)


3. Penggunaan Jurai-jurai Hiasan



Okay, jurai-jurai hiasan juga sangat menyerikan pelamin
jika dikenakan pada gaya yang betul sebenarnya. Lebih-
lebih lagi jurai-jurai hiasan yang terdiri daripada manik-
manik berkilau seakan-akan mutiara gitu~

Jika berkilau, ia akn memberi kesan seperti cermin yang
menyebabkan ia kelihatan seperti lampu-lampu yang
indah, seperti ini:


Tapi ini dia hias bahagian meja tetamu, boleh juga
digayakan untuk pelamin. Ala-ala perkahwinan tema
kristal-kristal dan puteri ais gitu~ Hahah :p

Haaa...okay, itu sajalah tips yang aku dapat kongsikan
untuk anda yang rasa nak DIY Pelamin Kahwin sendiri.
Sangat disarankan untuk mereka yang rasa-rasa macam
bosan dengan trend pelamin sekarang yang begitu banyak
bunga-bunga dan berkaler pastel semata.

TAPI, jika anda membaca entry tips ini pun dah terasa
penat dan leceh, better JANGAN BUAT, sebab aku
takut tak kemana pelamin DIY korang tu, haha okay,
itu je, harap bermanfaat.. (n_n) TQ dan nantikan tips
selanjutnya daripada aku. Ewahh~~