Salam.
Ya!! Kalau anda pergi ke Bandung, Kartika Sari(bakery shop) inilah antara tempat yang paling wajib anda kunjungi untuk beli ole-ole buat sedara-mara ataupun kawan-kawan anda, sebab ole-olenya tersangatlah sedap dan lazat sangat-sangat~
Aku ni tak pernah pun pergi Bandung, tapi aku selalu dapat rasa ole-ole dari Kartika Sari ni sebab bini boss aku selalu jugak melancong ke sana. Kalau tak pun, kawan-kawan dia yang melancong ke sana, lepas tu bagi ole-ole kat bini boss aku ni. So, kitorang selalunya akan dapat rasa sekali. Haha~ sebab tu lah aku tau ianya sedap! Sangat sedap! Jom tengok apa ole-ole istimewa yang pengunjung selalu beli jika singgah di Kartika Sari ini :-
1. Bolen Pisang
Ini ala-ala macam karipap yang tepung dia lebih tebal macam roti tetapi lembut, ala-ala pastry gitulah kot, dan dalam dia berinti pisang. Ada juga yang berinti kacang hijau. Pelik kan, tapi rasa dia tetap tidak menghampakan. Sedap!!
Tahap kesedapannya : 8/10
2. Bagelen Special Cheese & Special Butter
Ini yang aku rasa palinggggg sedap!! Kalau kat sini, benda ni kita panggil roti kering atau roti kok yang keras tu haa, kalau kat Bandung panggil Bagelen gitu sih~ Bagelen di Kartika Sari ini aku tak tahu kenapa, rasa sangat-sangat sedap dan rangup rapuh gitu, senang nak gigit. Memang wajib beli!!
Tahap kesedapan : 11/10 (haa nampak tak, sedap gila sampai terlebih skala..Haha)
3. Brownies Kukus Original
Aku pernah rasa sekali je brownies iaitu masa makan dekat Vivo, terus aku tak suka brownies, sebab rasa dia macam kek biasa yang takde rase apa-apa. Aku fikir, apa lah yang sedapnya brownies ni, sehinggalah aku dapat rasa brownies daripada Kartika Sari ni. Perghh~ sedap betul!!!!! Dia macam rapuh dan kering, tapi tetap lembap dan creamy gitu~ sedap sangat T_T
Tahap kesedapannya : 10/10
Jadi itulah sedikit sebanyak info tentang Kartika Sari ni. Ramai yang akan pergi sini bila diorang pergi bercuti kat Bandung. Memang tempat ni kiranya dah famous lah, cuma aku je yang baru tahu. Hahaha (n_n) so, bila dah tahu tu, kot ada kawan-kawan or sedara-mare yang nak pergi sana, boleh lah korang kirim (berserta duit ya :p) ole-ole daripada Kartika Sari ni. Memang berbaloi :D
Okay itu saje, semoga bermanfaat (n_n)
P/s : siapa sih mau ke bandung? mau kirimin~~ gue udah ngidam bagelen nih :'( haha
aduhai..nampak sedap sgt ni sampai terlebih2 mata dibaginya tu..hehehe
ReplyDeletesuriaqistina.blogspot.com
ok...best tempat ni.. tak pernah pergi bandung lagi..just pergi jakarta je...mesti rambang mata nak beli hehe
ReplyDeleteok nanti akan jd destinasi aku nk pi jalan nanti ... hehehe
ReplyDeletemenarik gile aku pun dok dgr org cerita tapi tak sampai lagi ke sini
pre order bagelen,bolen pisang dan brownies kartikasari whatsapp ina 0192633431
ReplyDelete